Anda di halaman 1dari 7

Novela Pengajaran dari Cinta

Cerita Pertama : 1

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. Aku
dilahirkan di muka bumi ini hasil daripada kasih sayang Mama dan Ayah. Ya, semuanya bermula
dari kasih sayang. Ayah dan Mama telah memberikan aku nama Farina (bukan nama sebenar).
Nama itu penuh maknanya tersendiri. Mama cakap maksud nama aku pemaaf. Maknanya aku ni
mesti pemaaf orangnya.

Semasa kecil aku tidak pernah tahu apa itu masalah. Aku meneruskan hidup aku sama seperti
kanak-kanak lain. Sewaktu umur aku enam tahun, keluarga aku dikejutkan sesuatu berita iaitu
aku ditimpa musibah. Aku disahkan menghidap penyakit jantung yang digelar Rheumatic Fever.
Ya, sejak aku berumur enam tahun aku telah menghidap penyakit itu. Aku tidak tahu apa-apa.
Kerana ketika itu aku masih kecil. Aku mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur di bawah
pengawasan Institut Jantung Negara sehingga kini. Kira-kira sudah hampir 13 tahun aku
menghidap penyakit ini.

Tapi kini, doktor memberitahu, aku sudah pulih tapi belum sepenuhnya. Aku mendapati aku
tidak boleh terlalu kerap sangat berfikir. Terutama tentang masalah-masalah yang aku hadapi. Ini
kerana situasi itu akan memberi kesan kepada kesihatan aku terutama pada jantung aku. Mama
dan Ayah sering sibuk dengan kerja-kerja mereka di pejabat. Aku tidak pernah salahkan mereka
kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian.

Aku mempunyai tiga orang abang. Tapi rasanya seperti tidak pernah rasa kasih sayang seorang
abang. Mungkin kerana mereka dulu tinggal di asrama penuh di Kelantan. Makanya aku tinggal
bersama orang tuaku dan adik-adikku. Aku sangat rapat dengan makcikku. Dia memang seorang
yang baik. Seorang yang prihatin terhadap kebajikan aku sekeluarga. Mungkin kerana dia tidak
memiliki keluarga sendiri. Aku berazam untuk menjaganya sewaktu dia sudah tua nanti. Begitu
juga Ayah dan Mama. Insya’Allah jika umurku masih panjang untuk terus bernafas dalam dunia
ciptaan Allah ini.

Sampai suatu masa, aku terpaksa berpisah dengan makcikku. Kerana dia bekerja di luar Negara.
Ketika itu Tuhan sahaja yang tahu bertapa beratnya perasaan ini untuk berpisah dengannya.
Kerana hanya dia tempat aku bermanja selama ini. Dia telah menganggap aku seperti anaknya
sendiri. Aku sedih dalam keterpaksaan. Dia telah pergi berhijrah ke Negara orang. Dan aku mula
hidup sendirian tanpa perhatian dan kasih sayang. Saat itu aku mula tahu berdikari.

Pada tahun 2005 aku bakal menduduki PMR. Aku mengambil kelas tambahan di Pusat Tuisyen
di sekitar Setiawangsa. Dari situ aku mula mengenali seorang lelaki yang telah menaruh hati
pada aku. Ya, aku masih ingat namanya. Fairuz (bukan nama sebenar). Lelaki itu telah banyak
mengajar aku tentang hidup. Hidup yang seharusnya perlu ada rasa jujur terhadap segala aspek.
Hidup yang penuh drama. Dia lelaki yang telah banyak menipu aku. Lelaki yang tidak
sepatutnya aku kenal. Tapi semua itu aku tidak pernah berdendam. Aku meleraikan hubungan
kami setelah tiga bulan terjalin. Lagipun, ibunya sendiri tidak merestui hubungan kami.

Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas. Kadanag-kadang kita di bawah. Aku telah
berjumpa dengan seorang lelaki yang teramat baik. Aku rasa dia lah insan yang paling terbaik
penah aku jumpa. Nak tahu kenapa? Sebab dia jujur, dia ikhlas, dia tulus dan amat
bertanggungjawab. Macam mana aku tahu? Sebab dia kawan baik Fairuz, iaitu bekas kekasih
aku. Dan aku pernah berkawan dengan dia. Namanya Ashraf (bukan nama sebenar). Seorang
lelaki yang pernah mendiami hati aku. Lelaki yang mulia bagi aku. Lelaki yang tiada tandingan
dengan lelaki-lelaki lain. Oh, sungguh aku bertuah kerana aku dan dia adalah pasangan kekasih
setelah berpisah dengan Fairuz.

Kami menjalinkan hubungan sebagai pasangan yang paling romantik dan bahagia. Itulah yang
kawan-kawan kami sering perkatakan. Kami ibarat isi dan kuku, ibarat kumbang dan bunganya.
Yang tidak boleh berpisah dan berenggang. Empat tahun hubungan kami terjalin. Empat tahun
mungkin angka yang sedikit. Tapi dalam empat tahun itu terdapat beribu-ribu kenangan yang
tidak mampu luput dari ingatan. Mana mungkin kasih sayang setulus itu dapat dilupakan. Apatah
lagi itulah kali pertama aku benar-benar rasa cinta selain kasih sayang Mama, Ayah dan nenek
serta makcikku yang telah bertahun-tahun tinggalkan aku.

Kenapa ya hubungan itu hanya berhasil selama empat tahun sahaja? Ini semua gara-gara
perasaan tidak bersyukur. Perasaan yang memberontak untuk bebas dari komitmen. Perasaan
yang tidak boleh terkawal. Perasaan yang inginkan kasih sayang yang melimpah-ruah akibat
tidak memilikinya sejak kecil. Dan perasaan itu sendiri datang dari aku sendiri. Aku terlalu
bodoh dan terlalu ikutkan nafsu dan perasaan. Aku telah curang terhadap dia setelah empat tahun
bersama. Mungkin aku bosan dengan hubungan kami yang ketika itu sering sahaja dingin. Lalu,
aku mencari langkah untuk menghilangkan rasa dingin itu dengan menjalinkan hubungan dengan
lelaki lain. Ya, semestinya kalian mengatakan aku perempuan yang tidak kenang di untung.
Perempuan yang entah macam-macam lagi. Yang buruk-buruklah kiranya. Tapi, aku akur
memang itulah kesalahan paling besar pernah aku buat sepanjang hayat aku. Setiap manusia
tidak pernah lari dari membuat silap. Meninggalkan Ashraf yang begitu setia, begitu sabar
dengan setiap kerenah aku selama ini. Aku tahu, tidak ada lelaki lain yang mampu tahan dengan
perangai dan kerenah aku. Hanya Ashraf, lelaki itu sahaja. Lelaki yang paling perfect!
Beruntunglah kalian jika memilikinya. Dan aku akan cemburu terhadap insan yang berjaya
mendampingi hidupnya.

Aku mulakan hidup aku bersama kekasih baru aku yang aku sendiri tidak pasti adakah hubungan
ini akan kekal. Tapi aku akan berusaha. Kerana Ashraf telah berpesan kepada aku untuk hidup
baik-baik setelah dia melepaskan aku dari lingkaran hidupnya. Sungguh pun aku telah curang
terhadapnya, tapi dia tetap melayan aku dengan baik sekali. Aku terpaksa menamatkan hubungan
kami kerana aku tidak sanggup sakiti hatinya lagi. Dia terlalu baik untuk aku. Biarlah dia bebas
dengan hidup barunya. Untuk didampingi dengan orang yang layak menerima cinta sucinya itu.
Aku berdoa agar dia bahagia bertemu cintanya. Dalam diam aku sering berdoa sekiranya peluang
itu masih ada di hadapanku. Aku tahu itu sesuatu yang mustahil. Tapi, jika benar cinta itu ikhlas
dan suci, berbekalkan restu daripada yang Maha mencintai. Aku yakin, peluang itu akan sentiasa
berada di hadapan dan menanti aku untuk mengorakkan langkah aku.
Kini, aku menjalankan hidup aku seperti biasa. Walaupun kadang-kadang aku terpaksa telan
dengan pahit memori-memori lalu. Aku akan berusaha untuk menjadi pasangan yang baik untuk
kekasih baru aku, Hariz (bukan nama sebenar). Aku akan menerima setiap kekurangan dalam
dirinya. Dan aku harap dia juga dapat menerima setiap kekurangan dalam diri aku. Untuk apa
aku coretkan kisah ini? Kerana ianya sebagai pengajaran kepada kalian yang sedang bercinta.
Dalam sebuah perhubungan perlulah ada rasa tanggungjawab, setia, jujur, amanah dan ikhlas.
Sekiranya terdapat perselisihan, segeralah berbincang. Dan janganlah menyesal seperti mana
telah aku alaminya. Peluang itu datang sekali, dan rebutlah ia. Nikmatinya dengan sungguh-
sungguh. Setiap perbuatan baik, Tuhan akan balas dengan baik. Dan setiap perbuatan buruk itu
Tuhan akan balas dengan balasan yang setimpal. Sungguh aku menyesal dengan tindakan dan
perbuatan aku. Sejujurnya aku mengharap cintanya dan merindui bait-bait cinta antara kami.
Untuk kalian, “Selamat menjalani hidup ini”.

Cerita : Izinkan Abg Kahwin Seorg lagi.


“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,
sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan
Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan
kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur
tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah,
Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu,
semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si
kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang
diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang
menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar
membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia
berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang
bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh,
cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi
Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan
wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan
seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini
sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar
permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa
sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah
jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan
keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima
sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya
senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna
hijau.

“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!”
terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya.
Abang faham.”

Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan
pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan
haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak
mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar
Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak
menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah
serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis
kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,
lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya.
Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf
Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari
itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat
kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4
itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak
langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan
pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu
yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah
tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi,
Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana
menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk
dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abang…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western
food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk
kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi,
Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food,
Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita
semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita.
Aliyah sayangkan Abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia
jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya
Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…
hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu
persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari,
Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat
Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan
pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak.
Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan
Abang…

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah
bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air
tangan Aliyah.
Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-
sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

Anda mungkin juga menyukai