Anda di halaman 1dari 12

Topik Konsep

Koheren
3 dalam Wacana
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep koheren dalam wacana;
2. Menjelaskan pengertian koheren secara analitikal;
3. Membincangkan aplikasi koheren dalam ayat;
4. Mengulas jenis-jenis koheren dalam ayat; dan
5. Membincangkan peranan koheren dalam wacana.

PENGENALAN
Topik ini membicarakan konsep koheren dalam wacana, termasuk keutuhan
wacana yang berkait dengan aspek fonologi, semantik dan gramatis. Selain itu,
dibicarakan pengaplikasian konsep koheren dalam wacana serta
pencerakinannya dengan konsep koheren.

Penggunaan kata wacana telah menular dalam kehidupan kita sehari-hari.


Tahukah anda, apakah yang dimaksudkan dengan wacana? Untuk mempelajari
wacana, apatah lagi menganalisisnya, anda memerlukan kemampuan untuk
berkomunikasi kerana analisis wacana merupakan kajian tentang aneka fungsi
(pragmatik) bahasa dengan menggunakan linguistik. Jika anda berbicara tentang
pragmatik, maka secara implisit anda pun berbicara tentang wacana. Pendapat
para ahli wacana agak berbeza tentang hal ini. Pada mulanya ahli linguistik
menyatakan bahawa satuan bahasa yang terbesar adalah ayat. Amnya, satuan
bahasa yang dimaksudkan tersebut adalah fonem, morfem, frasa, klausa dan
ayat. Maka dengan itu, wujudnya wacana. Sejak itu, cabang ilmu linguistik telah
berkembang dengan pesat sehingga penstrukturan formal dalam bahasa tidak
berakhir pada ayat. Hal ini demikian kerana satuan bahasa secara linguistik
TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA ! 57

mempunyai urutan dari terkecil hingga kepada yang terbesar, iaitu seperti
berikut:
Fonem;
Morfem;
Kata;
Frasa;
Klausa;
Ayat; dan
Wacana.

3.1 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA

(a) Teori Wacana


Sebelum anda memahami konsep koheren, terlebih dahulu anda perlu
mendalami teori wacana. Pada satu ketika dahulu, pengajian linguistik
terbatas pada tataran ayat. Justeru, unsur bahasa yang terbesar dikatakan
sebagai ayat. Berikutan itu wujud anggapan bahawa wacana atau teks
adalah merupakan serangkaian ayat yang hanya dapat dianalisis atau
dihuraikan dalam unsur-unsur yang sama dengan atau lebih kecil daripada
ayat. Namun sejak separuh kedua abad telah banyak kajian tentang
wacana. Apakah yang dikatakan sebagai wacana?

Harimurti Kridalaksana (1982) mengemukakan bahawa wacana


merupakan satuan bahasa terlengkap dalam hierarki gramatikal. Wacana
juga merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Wacana
direalisasikan dalam bentuk penulisan utuh (novel, buku, siri ensiklopedia
dan sebagainya), paragraf atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

Dapat dijelaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa komunikatif, iaitu


yang sedang menjalankan fungsinya. Ini bererti bahawa wacana harus
mempunyai pesanan yang jelas dengan sokongan situasi komunikasi yang
bersifat autonomi, iaitu dapat berdiri dengan sendiri. Dengan demikian,
pemahaman wacana harus juga memperhitungkan konteks situasi kerana
perkara tersebut mempengaruhi makna dalam wacana.

Menurut Leman (1984), suatu wacana mempunyai ciri-ciri koheren atau


keutuhan wacana, maksud pengirim, kebolehterimaan, pemberian
informasi, situasi pengujaran dan pertautan.
58 TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA

(b) Konsep Koheren


Pengajaran pembacaan teks ialah pemahaman teks yang ditambah dengan
analisis. Dasarnya ialah analisis wacana. Banyak hal yang dapat dipelajari
melalui wacana, misalnya komunikasi, jenis teks, koheren dan sebagainya.
Pembacaan teks ini akan sangat membantu pelajaran bahasa yang lain.
Selain pemahaman dan pembacaan, unsur pengajaran komponen bahasa
seperti tatabahasa dan penulisan juga dapat memanfaatkan pembacaan
teks ini. Berikut dikemukakan dua aspek daripada pembacaan teks atau
wacana, iaitu koheren.

Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur dunia teks, terutamanya


susunan gagasan atau konsep; jalinan hubungan yang mengetengahkan hal
tersebut dan isi teks supaya dapat difahami secara relevan. Menurut Leman
(2002), koheren dapat dipertahankan apabila dipenuhi dengan aturan-
aturan berikut:
(i) Aturan Pengulangan;
(ii) Aturan Perkembangan;
(iii) Aturan Hubungan; dan
(iv) Aturan Tidak Bercanggah.

Untuk mempelajari wacana, anda terlebih dahulu perlu mengetahui teori


komunikasi, sama ada unsur-unsurnya atau pun kaedah komunikasi.
Berikut dikemukakan unsur-unsur komunikasi:

(c) Unsur-unsur Komunikasi


(i) Pengirim adalah yang menyampaikan pesanan yang terdiri daripada
seorang, satu kelompok manusia (misalnya satu syarikat), institusi
atau pemerintah.
(ii) Penerima adalah yang menerima pesanan yang terdiri daripada
satu orang, khalayak ramai, kelompok tertentu, haiwan ataupun
mesin.
(iii) Acuan adalah sesuatu yang diacu daripada pesanan yang
disampaikan kepada penerima. Acuan berupa benda, orang, situasi
ataupun konteks.
(iv) Pesanan adalah objek komunikasi yang terdiri daripada satu
rangkaian informasi yang disampaikan.
(v) Saluran komunikasi (rujuk Rajah 3.1) disebut juga sebagai jalinan
komunikasi. Kadang-kadang cukup dengan sifat komunikasi
langsung. Pada sesuatu ketika juga terdapat penggunaan pelbagai
teknik. Pesanan dapat disampaikan melalui penglihatan, misalnya
TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA ! 59

tulisan, gambar, filem, foto dan sebagainya. Pesanan juga boleh


disampaikan melalui pendengaran (seperti suara manusia), telefon
dan muzik.

Rajah 3.1: Muzik daripada Radio merupakan Saluran Komunikasi


Sumber: http://bahan-Malaysia-simple-fun.com/radio-malaysia-html

(vi) Kod adalah keseluruhan tanda dan aturan-aturan kombinasi. Kod


harus berdasarkan jalinan kesatuan supaya dapat difahami oleh
penerima.
(vii) Imbasan balik iaitu reaksi daripada penerima yang menyampaikan
pesanan dan mengirimkan kembali gagasan yang diterima. Jika
imbasan balik yang dikirimkan sama maksud dengan yang
diinginkan oleh pengirim, maka dikatakan pesanan yang
disampaikan dapat diterima dengan baik.

Wacana merupakan satuan terlengkap dan terbesar atas ayat atau klausa
dengan koheren berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir
nyata untuk disampaikan secara lisan atau bertulis. Kepaduan makna dan
koheren merupakan faktor penting untuk menentukan tingkat keterbacaan
dan kefahaman wacana. Kepaduan dan koheren merupakan unsur hakikat
wacana, iaitu unsur yang turut menentukan keutuhan wacana.
60 TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA

3.2 KEUTUHAN WACANA


Bahagian ini penting bagi anda mentafsirkan keutuhan wacana dan
mengaitkannya dengan aspek semantik, fonologi, leksikal dan gramatikal. Ini
juga merupakan penjelasan dan contoh lanjut daripada bab yang lepas. Bagi
pengetahuan anda seterusnya, keutuhan wacana adalah untuk:
Menentukan sama ada sesebuah wacana itu berkualiti ataupun tidak.
Hubungan dilihat dalam bahagian-bahagian wacana, iaitu dari segi semantik,
fonologi, leksikal dan gramatikal.

(a) Kaitan dari aspek semantik


Jalinan makna antara satu ayat dengan ayat lain atau antara perenggan
dengan perenggan lain:
(i) Hubungan sebab dan akibat: Dia sangat malas. Dia kurang bijak.
(ii) Hubungan sebab dan hasil: Ali rajin bekerja. Dia kaya.
(iii) Hubungan sebab dan tujuan: Hasan berpakaian kemas. Dia mahu
memikat Aminah.
(iv) Hubungan syarat dan hasil: Kita mesti rajin berusaha. Kerajinan
menjamin kejayaan.
(v) Hubungan latar dan kesimpulan: Lagu itu sungguh enak didengar.
Sebenarnya M. Nasir yang menciptanya.
(vi) Hubungan perbandingan: Hasnah cantik. Kakaknya lebih cantik lagi.
(vii) Hubungan sampingan: Saya sudah membuat kerja rumah. Saya letih,
jadi saya hendak tidur.
(viii) Hubungan memperkuat isi: Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal
mayang, berlesung pipit dan hidung mancung.

(b) Kaitan dari aspek fonologi


Dilihat dari segi hentian suara, nada suara, intonasi suara ! dapat
menimbulkan hubungan semantik antara bahagian wacana.

Intonasi berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan


pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat berikut:

Malaysia negara yang aman.


Negara yang aman, Malaysia. (ayat penyata)
Aman negara Malaysia? (ayat tanya)
TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA ! 61

(c) Kaitan dari aspek leksikal


Berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan
makna yang ingin disampaikan
(i) Antonim: Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.
(ii) Sinonim: Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan
dia melanjutkan pelajaran ke universiti.
(iii) Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan
bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak
indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.
(iv) Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi. Aku
berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku
dipenuhi dengan daki.

(d) Kaitan dari aspek gramatikal


Wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan
tatabahasa. Dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti:

Kata hubung: menghubungkan antara ayat dengan ayat atau perengan


dengan perenggan yang lain.
(i) Berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut
yang lain, sebaliknya dan sebagainya.
(ii) Berfungsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu,
kerana, dengan dan sebagainya.
(iii) Berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian,
berikutnya, pada masa, ketika itu dan sebagainya.

Kata rujukan: kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau
manusia.
Kata ganti nama: saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dan
sebagainya
Penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu
maklumat daripada penyataan yang diberikan.
Contoh: Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang
dengan perlahan.
62 TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA

AKTIVITI 3.1
AKTIVITI 3.1
Bincangkan keutuhan wacana dalam penulisan.

3.3 APLIKASI KONSEP KOHEREN DALAM


WACANA

3.3.1 Contoh Penulisan Esei yang Menunjukkan


Keutuhan Wacana
(a) Esei
Penulisan prosa untuk menyampaikan buah fikiran tentang sesuatu ialah
satu wacana. Wacana yang baik mestilah mempunyai keutuhan atau
kesempurnaan buah fikiran untuk membentuk sesebuah esei. Keutuhan
penulisan esei / wacana bercirikan: kesatuan idea, susunan sistematik
(organisasi esei) dan mempunyai jalinan yang kemas.

(b) Contoh Soalan


Pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat menyebabkan negara
kekurangan tenaga kerja. Satu daripada penyelesaiannya adalah dengan
mengimport pekerja asing. Langkah ini pula menimbulkan pelbagai
masalah.
Huraikan masalah-masalah yang dihadapi akibat kemasukan pekerja asing.
TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA ! 63

(c) Jawapan

Contoh jawapan:
Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan
peluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga
buruh yang mencukupi. Fenomena ini menyebabkan negara mengimport
tenaga dari negara jiran. Sebaliknya, kemasukan tenaga buruh asing
menimbulkan pelbagai masalah sosial.
Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar
belakang mereka telah membenarkan kemasukan penjenayah yang datang
untuk mengambil kesempatan. Sungguhpun sebahagian besar daripada buruh
asing tersebut datang untuk mencari rezeki, terdapat pula mereka yang
berniat jahat. Justeru, berlakulah jenayah seperti pencurian, rompakan dan
penipuan. Golongan jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat.
Oleh itu, kejadian rompakan dan kecurian kerapkali berlaku, iaitu ramai
melibatkan buruh asing.
Rancangan menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk lari
dari kampung halaman mereka. Mereka lari dari tempat mereka kerana
mereka melakukan jenayah. Pada ketika mereka datang ke sini, mereka
mungkin bertemu dengan seteru lama mereka. Justeru, kita kerapkali
dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan dalam kalangan buruh asing,
terutama sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina.
Selain itu, dalam kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang
bukan untuk makan gaji tetapi untuk berniaga. Walaupun pada mulanya
mereka bekerja, tetapi setelah beberapa lama, mereka berniaga dengan
membuka gerai pula. Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-kadang
bersaing dengan peniaga tempatan. Oleh sebab overhed mereka rendah,
mereka berupaya menjual barang-barang mereka dengan harga yang murah.
Kegiatan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada peniaga tempatan. Di
samping itu, peniaga tempatan yang tidak boleh bersaing meninggalkan
tempat perniagaan mereka.
Di samping itu, terdapat golongan buruh asing yang cuba menganut agama
atau budaya tempatan sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan.
Kebanyakan mereka berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. Setelah berjaya
mengumpulkan wang dengan banyak, mereka balik ke negara asal mereka
dan meninggalkan anak-anak dan isteri mereka. Jika fenomena ini tidak
dikawal, sudah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan negara.
64 TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA

Rancangan jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang, tapak


pembinaan, ladang-ladang, hotel dan restoran rupa-rupanya mewujudkan
masalah yang berat. Andainya pengambilan buruh asing berlanjutan, maka
kawalan yang ketat dan saringan yang teliti perlulah diambil oleh pihak yang
berwajib.
(+348 patah perkataan)

3.3.2 Pencerakinan Konsep Koheren dalam Wacana


Koheren merupakan kesinambungan fikiran dalam teks. Koheren termasuk
wilayah semantik wacana. Dasar koheren ini adalah interpretasi atas masing-
masing ayat yang dihubungkan dengan interpretasi ayat-ayat lain. Oleh itu,
interpretasi sebuah ayat tidaklah kaku, melainkan bergantung kepada
konteksnya. Hal-hal yang menentukan koheren sebuah wacana:
(a) Adanya kesinambungan konsep dan hubungan yang dapat difahami dan
relevan. Konsepnya adalah konfigurasi pengetahuan yang dapat diperoleh
atau diaktifkan dengan sedikit sebanyak kesatuan dan konsistensi dalam
fikiran. Manakala hubungan adalah hubungan antara konsep yang tampil
bersama dalam dunia teks. Fakta yang ada dalam teks perlu ada hubungan
dengan dunia yang ditampilkan. Oleh sebab itu, sebuah wacana dikatakan
koheren apabila ada pertalian makna dalamnya.
(b) Adanya perkembangan (progression) agar sebuah teks dianggap koheren,
baik dari segi ayat mahupun klausa. Perkembangan itu harus disertai
dengan adanya penambahan unsur semantik yang selalu diperbaharui.
Dengan itu, urutan ayatnya akan bertambah baik. Jika susunan ayat tidak
tepat, maka perkembangan teks akan terganggu.
(c) Tidak boleh wujud percanggahan dalam wacana, sehingga wacana itu
dapat dianggap koheren. Suatu wacana tidak boleh mengandungi
pertentangan antara sesuatu unsur semantik dengan isi yang terdapat pada
bahagian lain wacana, sama ada yang ditampilkan secara eksplisit
mahupun yang berupa pengertian implisit. Dalam hal ini, urutan ayat yang
tidak tepat juga dapat menentukan adanya percanggahan atau
pertentangan.
(d) Identiti individual. Maksud „individual‰ bukan hanya kepada manusia,
tetapi juga kepada haiwan, bahkan pada benda. Dalam suatu wacana,
identiti individual berhubungan dengan konsep. Hubungan antara konsep
dan identiti individual adalah cakupan, keanggotaan, sebahagian !
keseluruhan dan pemilikan. Misalnya, ruang merupakan bahagian pejabat,
meja adalah sebahagian daripada ruangan pejabat, sedangkan surat-surat,
TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA ! 65

buku, alat tulis dan komputer merupakan benda-benda yang termasuk


dalam „dunia pejabat‰. Identiti individual dan konsep pula dihubungkan
oleh kata kerja yang biasanya disebut predikat.

Sesuatu wacana tidak perlu lengkap dalam menghuraikan semua peristiwa yang
mendokong atau fakta yang membentuk sesuatu situasi tertentu yang
ditampilkan. Demikian kerana hal itu tidak praktikal dan secara pragmatik pun
tidak dianggap sesuai. Oleh sebab itu, apabila tidak relevan, maka tidak perlu
diutarakan semua.

Kita menggunakan bahasa dalam kesinambungan atau untaian wacana. Kadang-


kadang dari segi bentuk terlihat kerapian hubungan, tetapi dari segi makna
terasa janggal. Oleh sebab itu, keutuhan sesuatu wacana ditentukan pula oleh
logik; logik bentuk dan makna dalam wacana. Logik makna menuntut
kecermatan dalam pemakaian bahasa. Cermat memakai bahasa bererti dapat
menyampaikan pesanan dengan tepat. Selain itu, tanpa konteks, tanpa
hubungan-hubungan wacana yang bersifat antara ayat, kita sukar berkomunikasi
dengan tepat antara satu sama lain.

Melalui wacana kita dapat saling menyapa, menegur, meminta, memohon,


menyetujui, menyepakati, bertanya, meminta keterangan, meyakinkan,
menyuruh, memerintah, mengkritik, memaafkan, mengampuni dan sebagainya.
Dengan demikian, kita dapat menampilkan wacana bermakna, kita teruja
menyemak wacana, berbicara dengan wacana, membaca wacana dan menulis
dalam bahasa yang baik dan benar.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Huraikan maksud koheren dan berikan contoh-contoh yang


relevan.
2. Apakah ciri-ciri koheren?
3. Bagaimanakah anda dapat menyerapkan koheren dalam
penulisan?

Suatu wacana mempunyai ciri-ciri koheren (keutuhan wacana), maksud


pengirim, keboleh terimaan, memberikan informasi, situasi pengujaran dan
intertekstualisasi.
66 TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA

Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur dunia teks, terutamanya


susunan gagasan atau konsep; berkat hubungan-hubungan yang
mengetengahkan hal tersebut dan isi teks dapat difahami secara relevan.
Koheren dapat dipertahankan apabila dipenuhi dengan aturan-aturan
berikut:
(a) Aturan pengulangan;
(b) Aturan perkembangan;
(c) Aturan hubungan; dan
(d) Aturan yang tidak terkandung pertentangan.

Untuk mempelajari wacana, terlebih dahulu perlu diketahui tentang teori


komunikasi, sama ada unsur-unsurnya mahu pun kaedah komunikasi.
Wacana merupakan satuan yang terlengkap dan terbesar atas ayat atau
klausa dengan kerapian (koheren) berkesinambungan yang mempunyai awal
dan akhir nyata yang disampaikan secara lisan atau bertulis.
Kepaduan makna dan kerapian bentuk merupakan faktor penting untuk
menentukan tingkat keterbacaan dan kefahaman wacana.
Kepaduan dan kerapian merupakan unsur hakikat wacana, iaitu unsur yang
turut menentukan keutuhan wacana.

Ayat Komunikasi
Dunia Teks Konteks
Fonologi Leksikal
Gramatikal Perkembangan
Kerapian Satuan
Keutuhan Semantik
Klausa Teori Wacana
Koheren Unsur Komunikasi
TOPIK 3 KONSEP KOHEREN DALAM WACANA ! 67

Harimurti Kridalaksana. (1982). Kamus linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia.


Leman Ahmad. (1984). Air biru ombak biru. Bandar Seri Begawan: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Dicapai pada 12 Januari, 2009, daripada http://bahan-Malaysia-simple-
fun.com/radio-malaysia-html.

Anda mungkin juga menyukai