Anda di halaman 1dari 18

ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan…………………………………………….. 1

Definisi tamadun……………………………………… 1 –2

Tamadun Dunia……………………………………….. 2

Tamadun-tamadun yang berteraskan agama…………. 3

Tamadun Rom yang beteraskan agama Kristian…….. 4

Tamadun India yang beteraskan agama Hindu……… 5 – 6

Tamadun China yang beteraskan agama Budha……. 7 – 10

Tamadun Islam yang berteraskan agama Islam…….. 10 – 12

- Sains dan teknologi dalam tamadun Islam… 12 – 14

- Senibina tamadun Islam…………………… 14

Kesimpulan…………………………………………. 15

Bibliografi………………………………………….. 16

1 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

PENGENALAN

Tamadun adalah merupakan suatu perubahan yang berlaku samada tamadun

tersebut dapat membawa kemajuan atau tamadun tersebut membawa kepada kemunduran

atau kemusnahan. Selalunya tamadun dikaitkan dengan perubahan dari segi

pembangunan, sikap atau manusia itu sendiri. Jelasnya tamadun adalah satu proses

perubahan yang sentiasa berlaku di dalam kehidupan manusia tidak kira ianya

memerlukan satu proses perubahan jangka panjang ataupun sebaliknya.

DEFINISI TAMADUN

Tamadun yang berasal dari perkataan “Maddana” yang bermaksud memajukan

sesebuah bandar . Tamadun juga terdapat istilah yang berbeza-beza. Antara yang sering

digunakan ialah Madanna, Umran, Hadarah, Civilization dan juga Peradaban. Tamadun

juga dieertikan sebagai peradaban di mana definisi umum konsep tamadun bukan hanya

mementingkan pencapaian lahiriah seperti pembinaan kota atau bandar semata-mata

tetapi ia juga merangkumi aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

Takrif tamadun juga membawa erti “….Pencapaian manusia dalam bentuk kota, sistem

tulisan, kesenian, senibina, kepercayaan, undang-undang dan politik…” (M.A.J Beg

1985)

2 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Kamus Dewan (1998), mendefinisikan tamadun sebagai “…keadaan masyarakat

manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan, serta

perkembangan pemikiran sosial, budaya, politik dan sebagainya…”.

TAMADUN-TAMADUN DUNIA

Terlalu banyak sejarah-sejarah ketamadunan dunia yang dibukukan atau direncanakan

yang mana setiap tamadun mempunyai kisah dan sejarah dan juga mempunyai ciri-ciri

ketamadunan yang tersendiri.

Sebagai contoh, tamadun Mesir-Kuno, Firaun. Keunggulan dan kebijaksanaan tamadun

tersebut dalam senibina amat mengkagumkan sehingga ianya hampir mustahil bagi para

pengkaji sejarah merungkaikan rahsia senibina pada zaman Firaun.

Walaubagaimanapun, disebalik kehebatan yang ada pada senibina Firaun pada masa itu,

wujudnya juga sistem pemerintahan yang zalim.

Pada zaman kemuncak pemerintahan Firaun, dia menganggap dirinya sebagai tuhan dan

mempunyai kuasa sehingga sanggup mengorbankan rakyatnya untuk tujuan ritual.

Daripada tamadun Mesir-Kuno ini, Firaun membangunkan negeri dengan membuat

banyak projek pembangunan dan kesannya masih lagi wujud dan masih lagi dapat dilihat

oleh generasi kita pada masa sekarang. Walaubagaimanapun, pembangunan yang dibuat

oleh Firaun dengan membina piramid dan juga pembinaan-pembinaan lain bukanlah

bukanlah satu tamadun yang beteraskan kepada agama secara keseluruhannya dan oleh

sebab itu tamadun ini tidak dapat kekal dan sejarah ketamadunannya hanya dapat diingati

sebagai tamadun yang hebat dengan senibina dengan pemerintahan yang zalim.

3 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

TAMADUN-TAMADUN YANG BERTERASKAN AGAMA

Tamadun yang berteraskan agama adalah satu tamadun yang boleh kekal dan membawa

kesan kepada sesebuah masyarakat atau peradaban manusia. Banyak tamadun yang

berteraskan agama boleh kita lihat dan ianya masih wujud sehingga sekarang. Malik

Bennabi menegaskan bahawa tamadun tidak mungkin lahir melainkan dengan adanya

kepercayaan agama. Malah tamadun sesuatu umat itu tidak akan lahir melainkan

mengikut wahyu yang diturunkan dari langit. Jelaslah bahawa nilai-nilai agama yang

diturunkan dari langit merupakan faktor yang sangat penting dan merupakan pengatur

serta penyusun dalam pembinaan sesuatu tamadun. Oleh sebab itu, golongan yang

menyeru manusia supaya kembali kepada ajaran agama dan keimanan dalam usaha

membentuk tamadun lebih hampir kepada kebenaran dari golongan ahli politik dan islah

yang memisahkan agama dari kehidupan. Pemisahan iman dari kehidupan menjadikan

menjadikan manusia hidup tanpa erti yang menghilangkan ghairah untuk memahami

sesuatu dan akan hilang nafsu untuk bekerja. Antara tamadun-tamadun yang berteraskan

agama ialah Tamadun China, Tamadun India, Tamadun Rom dan Tamadun Islam.

4 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

TAMADUN ROM BERTERASKAN AGAMA KRISTIAN

Tamadun Rom yang mengamalkan agama kristian dan mendapat tempat dalam

tamadun tersebut adalah pada zaman Constatine 280-337 SM. Sebelum itu, masyarakat

Rom tidak berpegang kepada mana-mana ajaran agama. Di sini, masyarakat Rom percaya

bahawa agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari dari Jerussalam dan

mereka berpegang teguh dengan ajaran yang terkandung di dalam kitab Injil.

Selain daripada itu, tamadun Rom yang mengamalkan undang-undang Pajean 12,

undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural. Dari segi

ekonomi juga, tamadun rom mengamalkan aktiviti perdagangan dan pertanian,

perdagangan antarabangsa semasa zaman Augustus Caesar. Tamadun Rom juga

memperkenalkan sistem perdagangan menggunakan wang emas dan perak dan juga

mengenakan cukai yang bersistematik.

Dari segi sains dan teknologi, tamadun Rom juga terkenal dengan ilmu geometri,

astronomi dan juga muzik dan dari segi senibina pula, Rom adalah merupakan sebuah

kota senibina yang unggul dan tinggalan senibinanya masih lagi dapat dilihat sehingga

sekarang. Sungguhpun tamadun Rom dikatakan sebuah tamadun yang hebat, namun

dipercayai bahawa pemerintahannya mengamalkan sistem paksaan dalam beragama

kerana penindasan dan penyiksaan akan diberikan kepada mereka yang enggan menganut

agama Kristian.

Walaubagaimanapun, bermula daripada tamadun Rom, agama Kristian berkembang ke

seluruh pelusuk dunia dan inilah yang menjadikan tamadun yang berteraskan agama

mampu untuk bertahan dan mengekalkan kesan ke atas ketamadunan sesebuah negara.

5 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

TAMADUN INDIA YANG BERTERASKAN AGAMA HINDU

Berasal dari Sungai Sindhu (Indus) dan juga dikenali sebagai Sanata Dharma iaitu

peraturan kerohanian yang kekal dan abadi. Mereka mempercayai wujudnya beberapa

tuhan dan tuhan mereka juga mempunyai 3 fungsi iaitu:-

i. Mencipta (Brahman)

ii. Memelihara (Vishnu)

iii. Membina (Siva)

Agama Hindu juga mempercayai hukum karma di mana ianya berhubungkait dengan

kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Agama Hindu ini

pernah mencapai zaman kegemilangan di zaman Gupta 320-520 M. Agama ini percaya

bahawa tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham,

Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah

menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin. Agama ini

mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan

Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa

empayar Gupta.

Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan

manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah

bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Mosyak, iaitu

kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak

6 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah berbuat baik semasa

hidupnya agar Moksyak dapat dicapai.

Dalam Tamadun India, mereka mengamalkan sistem monarki atau sistem beraja di mana

mereka mempunyai dua golongan iaitu golongan Ksyatria dan golongan Brahmin.

Dari segi perundangan, tamadun India mengamalkan undang-undang maharaja sebagai

titah dan perintah pada dinasti Mourya, manakala semasa pemerintahan Raja Asoka,

konsep undang-undang adalah beteraskan kepada kesejahteraan rakyat.

Tamadun ini juga berkembang pada zaman Chandra Gupta Mourya dengan menyatukan

kerajaan kecil di utara India.

Dari segi ekonomi, masyarakat India sememangnya terkenal dengan aktiviti perdagangan

dan perindustrian dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat aktiviti perdagangan

yang dilakukan oleh masyarakat India.

Di India juga, mereka menggunakan matawang sebagai cara menguruskan sistem

perdagangan mereka dan mengenakan cukai pada barang-barang dagangan. Dari segi

pendidikan, India mengamalkan agama mereka dengan merujuk kepada kitab-kitab Veda

iaitu kitab yang berasaskan agama Hindu. Bidang fisiologi yang berkaitan dengan Yoga

adalah merupakan kejayaan tamadun India dalam bidang sains sehingga ianya diiktiraf

sebagai cara perubatan yang berkesan dalam bidang kesihatan sehingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun dalam konteks sosial, India masih mengamalkan sistem kasta

sehingga mewujudkan suasana berpuak dalam masyarakat mereka sendiri.

7 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

TAMADUN CHINA BETERASKAN AGAMA BUDDHA

Sidhaarta Gautama adalah seorang yang mengasaskan agama Buddha. Kewujudan

agama ini lahir kerana terdapatnya penetangan terhadap agama hindu yang dilihat tidak

adil dari segi perbezaan kasta. Oleh itu, dia melarikan diri dan mengasaskan ajaran

seperti 4 kebenaran mulia dan juga ajaran jalan 8 lapis.

Ajaran Buddha mencapai kegemilangan pada zaman Asoka dan menjadi agama rasmi

dinasti Mourya. Agama Buddha menggunakan kitab Tripithaka yang mengandungi Sutta

Pittaka, Vunaya Pittaka dan Abhidhamma Pittaka. Diantara kebenaran mulia yang

diajarkan dalam agama Buddha iaitu:-

a. Kehidupan penuh dengan kepahitan.

b. Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu.

c. Untuk mengatasi kepahitan hidup perlu mengatasi nafsu.

d. Cara mnenamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu iaitu dengan cara jalan 8

lapis.

Jalan 8 lapis mengandungi:-

a. Kepercayaan dan pengetahuan yang baik

- kepercayaan yang kuat

- memahami diri sendiri

- membangunkan warisan kehidupan yang jelas

b. Keinginan yang baik

8 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

- perlu mengambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang

berjaya.

c. Pengucapan yang baik

- tidak melakukan fitnah, menipu atau mengenakan seseorang.

d. Kelakuan yang baik

- bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri dan

keterlaluan dalam tuntuan arak dan perlakuan seks.

e. Makna kehidupan yang baik

- perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan yang lain.

f. Usaha yang baik

- perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.

- mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan.

g. Penilaian yang baik

- perlu berhati-hati dengan kata-kata dengan perlakuan dengan orang lain.

h. Pertapaan yang baik.

- Menumpukan sepenuhnya kepada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran

yang mendalam.

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan

China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran

empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Pada

zaman tamadun China, maharaja adalah merupakan pentadbir yang berkuasa mutlak.

Hukuman berat dan bercorak kolektif antara sistem perundangan yang diamalkan oleh

9 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

zaman tamadun China seperti Dinasti Chin walaupun dinasti Hin mengamalkan undang-

undang berasakan agama Confiucius. Dalam bidang pertanian, sejak Zaman

Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas

tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu,

kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada

zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus

meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem

penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga

kesuburan tanah. Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada

zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan

telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian

terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan

menggunakan terusan yang dibina.

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak

berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah

dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembok ini dibina sejak zaman

Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini

dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu

bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan

Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu.

Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat

dan batu-bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok

10 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

biarpun dibina daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini terdapat pintu

gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.

Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja.

Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah

Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman.

Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda.

Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang

merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan.

Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda

pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda

mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau

bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat.

TAMADUN ISLAM BERTERASKAN AGAMA ISLAM

Tamadun Islam lahir dan bangkit apabila masyarakat islam di makkah pada tahun

610 Masihi dan juga apabila Nabi Muhammad S.A.W diutuskan wahyu melalui Malaikat

Jibril di Gua Hira’. Apabila tiba di Makkah, era ketamadunan islam mula terbentuk

selepas mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy Makkah..

11 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Walaubagaimanapun, tamadun Islam tetap berkembang sehingga diakui sebagai mangkin

kepada zaman pembaharuan di Eropah yang akhirnya melahirkan tamadun yang

gemilang di sana.

Tamadun Islam mementingkan akhlak, keperibadian mulia setiap insan. Oleh yang

demikian ciri-ciri tamadun islam adalah beteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Menurut Esa Khalid 2001 (UTM), ciri-ciri tamadun Islam adalah seperti berikut:-

i- Negara atau politik yang maju.

ii- Bandaraya islam yang maju.

iii- Susun lapis sosial masyarakat yang teratur rapi.

iv- Bangunan-bangunan yang tersergam indah dan hebat.

v- Ilmu pengetahuan yang tinggi.

vi- Kesenian yang halus

vii- Ekonomi yang mantap.

Kesemua ciri-ciri tamadun islam yang disebutklan oleh Esa Kahlid adalah berpandukan

kepada ciri-ciri:-

i- Rabbaniyyah (Ketuhanan)

ii- Insanniyyah (Kemanusiaan)

iii- Dunnyawiyyah (Keduniaan)

iv- Syumulliyah (Keseluruhan)

Keistimewaan tamadun Islam dilihat apabila islam memang mementingkan keamanan

dan kesejahteraan. Islam juga telah menggariskan undang-undang dan hukum-hukum

12 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

supaya diikuti oleh penganutnya supaya tidak terpesong dari akidah. Di dalam

pembetukkan hukum-hukum Islam, Nabi Muhammad S.A.W sebagai saluran wahyu

dapat memberikan pelbagai jawapan kepada persoalan semasa orang Islam dan mereka

yang sezaman dengan Baginda. Tegasnya, wahyu diturunkan untuk menjelaskan semua

keadaan.

Di bawah khalifah Ar-Rashiddan, 27 orang sahabat rasulullah dikenali sebagai ahli yang

memberi pendapat tentang hal hukum. Di antara ahli-ahli tersebut ialah seperti Umar Ibn

Al-Khattab, Ali Ibn Abu Talib, Aisyah, Abbas dan lain-lain. Al-Quran merupakan rujukan

yang paling pertama sekali dirujuk sebelum merujuk kepada perkara-perkara yang lain

seperti sunnah, extroplasi iaitu akal.

Perkara paling penting dalam pembentukkan tamadun islam ialah wahyu Allah S.W.T

yang disampaikan kepada para rasul dan nabi untuk disebarkan kepada umat manusia.

Wahyu yang diakhiri dengan Al-Quran mengandungi tiga asas utama tamadun islam iaitu

akidah, syariah dan akhlak. Al-Quran adalah sebagai rujukan dan panduan dan oleh itu

kita dapat memahami bahawa di dalam tamadun Islam, sudah wujudnya media

penyebaran islam sebagai salah satu cara untuk berdakwah.

Walaupun Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab, tetapi ia ditujukan kepada semua

manusia, setiap zaman. Bahasa Arab dikatakan sebagai bahasa induk tamadun Islam,

sungguhgpun begitu, sebagai aktiviti dakwah, para pendakwah Islam mempergunakan

bahasa utama wilayah dunia atau ‘lingua franca’ seperti Parsi, Turki, Hindu, Urdu dan

Melayu untuk menyampaikan dakwah islamiah. Dengan wujudnya cara pendakwahan

seperti ini, dapat digambarkan bahawa tamadun Islam sedang pesat membangun pada

masa tersebut.

13 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM TAMADUN ISLAM

Kebanyakan orang berpendapat bahawa Islam tidak terdapat ilmu sains dan teknologi.

Kenyataan ini sama sekali tidak betul dan telah disangkal oleh para sarjana muslim

kerana mereka telah berjaya membuktikan dan membongkar rahsia sejarah

perkembangan tamadun Islam itu sendiri. Mereka mendapati bahawa sains dan teknologi

sebenarnya sama-sama tumbuh setanding dengan agama serta budaya sesuatu tamadun

dalam menentukan kemajuan masyarakat manusia. Oleh yang demikian, tamadun Islam

juga tidak terlepas dari aliran ini. Kelangsungan sains dan teknologi Islam selalu

didasarkan atas asas-asas nilai, konsep dan prinsip-prinsip yang ada dalam Islam.

Menurut Ziauddin Sardar dalam buku ‘Hujah Sains Islam’, corak sains islam adalah

seperti berikut:-

1. Mengimani wahyu

2. Sains hanyalah sebagai alat untuk mencari keredhaan Allah dan

ianya juga adakah satu bentuk,

3. Terdapat banyak kaedah yang berasaskan kepada penaakulan dan

juga wahyu, baik dari segi objektif ataupun subjektif semuanya

sah.

4. Emosi perlu untuk meningkatkan pengetahuan sains dari segi

rohani dan sosial.

14 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

5. Memihak kepada kebenaran jika sains suatu bentuk pengabdian,

ahli sains mesti mengambil kira akibat-akibat yang timbul

daripada penemuannya. Ibadat ialah amalan dan natijahnya

mestilah sesuatu yang baik. Jika tidak, ahli sains hanyalah ejen

yang tidak bermoral.

6. Adanya kesubjektivitian - arah sains adalah subjektif.

Pengesahan penyataan bergantung kepada operasi pembuktian,

niat dan juga pandangan hidup sendiri. Pengakuan adanya

subjektiviti memaksa ahli-ahli sains mengaku kelemahan-

kelemahan mereka.

7. Latihan pemutusan- kenyataan sains selalunya dibuat dengan

bukti yang tidak meyakinkan. Ahli sains sebenarnya boleh

membuat keputusan bila berhadapan dengan bukti yang tidak

meyakinkan. Apabila sampai masa dengan bukti meyakinkan,

mungkin tidak lewat untuk melakukan sesuatu tentang akibat-

akibat yang telah merosakkan itu.

SENIBINA TAMADUN ISLAM

Pembinaan masjid agung semasa di Iraq yang disiapkan pada tahun 847

menggabungkan senibina Hispotail adalah salah satu contoh kegemilangan tamadun

Islam dalam bidang senibina. Ianya sentiasa berkembang dari semasa ke semasa sejak

bermulanya aktiviti senibina islam di Sepanyol dan Afrika Utara pada tahun 785.

pembinaan seperti Masjid Qalsharif di Rusia, Alhambra iaitu istana atau kubu di Granada

15 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

dan sebagainya adalah merupakan bukti berkembangnya senibina tamadun Islam pada

masa itu.

KESIMPULAN

Tamadun-tamadun yang berteraskan agama merupakan tamadun yang boleh

membentuk atau mengubah sesebuah negara dan masyarakat di dalamnya. Ciri-ciri

khusus dalam keistimewaan tamadun yang berteraskan agama seperti ketuhanan,

perundangan, sosio ekonomi, senibina dan sebagainya membezakan tamadun-tamadun

yang lain yang tidak berteraskan agama. Keistimewaan tamadun seperti ini dapat

mengawal masyarakat dari terpesong dari ajaran dan tuntutan sesebuah tamadun itu

sendiri. Oleh yang demikian, tamadun yang berteraskan agama telah dapat membuktikan

bahawa tuntutan agama itu dapat membawa satu revolusi kehidupan dan peradaban

sesuatu kaum atau bangsa sehingga kini dapat dinikmati oleh generasi-generasi yang

baru. Tamadun telah membawa manusia menerokai banyak perkara-perkara sehingga

mewujudkan satu generasi yang moden pada masa sekarang. Tanpa aliran tamadun,

manusia mungkin akan kekal dengan cara kehidupan, bentuk pemerintahan, perundangan

dan sebagainya. Dengan kata lain, tamadun boleh dikatakan sebagai penggerak kepada

16 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

perubahan dunia dan mungkin tamadun akan sentiasa berkembang dan terus berevolusi

seiringan dengan gaya pemikiran manusia yang semakin lama semakin tidak terbatas.

Bibliografi

Esa Khalid.(2001). Konsep Tamadun Islam (Sains Dan Teknologi). Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

Mustafa Hj. Daud.(2000). Bahasa Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Ahmad Bashir Aziz, Mohd Liki Abd Hamid, Munif Zarirruddin Fikri Nordin, Kamarudin
Ahmad, Amir Hamzah Abdul.(2008). Modul ADN1013 Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Tanpa pengarang. (2008). Tamadun China (atas talian)


http://it411x34.tripod.com (17 Ogos 2008)

Khazali Idris. (2008). Anjung Ilmu (atas talian)


http://khazalii.googlepages.com/islamsebagaiagamadantamadun (17 Ogos 2008)

Wikipedia ekspidisi bebas. (2008). Tamadun Islam (atas talian)


http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam (17 Ogos 2008)

17 Matrik No. 191921


ADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

18 Matrik No. 191921