Anda di halaman 1dari 7

6.

0 Dapatan Kajian

6.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil

daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau

kemandirian kehidupan. Kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia,

mengancam sumber alam dan ekosistem serat menganggu emeniti alam sekitar disebabkan oleh

kemasukkan bahan pencemar seperti haba, cahaya, bahan kimia dan tenaga ke dalam alam

sekitar.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah

sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia,

biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,

mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah,

yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada keselamatan,

kesihatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk seperti

pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanih dan pencemaran bunyi.


6.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian (Selayang)

Terdapat pelbagai jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian (Selayang). Antaranya ialah :

a.) Pencemaran Udara


- Pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke udara. Biasanya kilang industri

dan kenderaan akan mengeluarkan gas-gas beracun seperti karbon monoksida, sulfur dioksida,

nitrogen dioksida, klorofluorokarbon (CFC) dan gas metana. Pencemaran udara ini berlaku

apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang menganggu atau membahayakan manusia,

tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda.

Di kawasan kajian (Selayang), banyak berlaku pencemaran udara.Kadang-kala keadaan di

sekitar kawasan kajian (Selyang) berjerubu sehingga menyukarkan pemandangan. Ini kerana di

kawasan kajian (Selayang) ini padat dengan penduduk dan jumlah kenderaan yang banyak yang

membebaskan asap ke udara. Kawasan kajian (Selayang) juga berhampiran dengan kawasan

Perindustrian Batu Caves, kawasan Perindustrian Selayang Baru dan kawasan Perindustrian

Selyang Indah yang turut membebaskan gas-gas yang boleh mencemarkan alam sekitar.

b.) Pencemaran bunyi

Kemasukkan bunyi-bunyi yang kuat yang boleh merosakkan sistem pendengaran dan

menganggu ketenteraman seseorang merupakan maksud pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi

biasanya melebihi 80Db(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.

Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu, kebisingan selang-seli, kebisingan

selanjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan. Pencemaran bunyi sudah tentu berlaku di

kawasan kajian (Selayang) kerana Selayang mempunyai banyak jalan raya yang sibuk. Jalan
Indah, Jalan Besar Selayang Baru dan Lebuh Raya Selayang – Kepong merupakan contoh jalan

raya yang sibuk di kawasan kajian (Selayang). Bunyi daripada kenderaan dan industri-industri

yang banyak serta bunyi daripada tapak pembinaan ini juga menyebabkan penduduk Selayang

tidak selesa.

c.) Pencemaran air

- Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna

sehingga tidak sesuai dan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Contohnya

sungai di Batu Caves yang terdapat di kawasan kajian (Selayang). Air sungai yang dahulu bersih

dan jernih kini sudah bertukar menjadi keruh dan kotor akibat kehadiran sampah sarap.

Berlaku pencemaran air di kawasan kajian kajian (Selayang) ini. Sampah sarap dibuang ke

dalam longkang oleh penduduk dan peniaga yang tidak bertanggungjawab. Longkang-longkang

tersumbat menyebabkan aliran air terganggu sehingga kadang-kadang boleh menyebabkan

berlaku banjir kilat apabila hujan lebat.

d.) Pencemaran tanih

- Pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga

terjadinya pertukatan warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan

buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.

Di kawasan kajian (Selayang) turut berlaku juga pencemaran tanih. Sampah sarap dibuang

merata tempat oleh penduduk Selayang yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, longokkan

sampah di sekitar Pasar Borong Selayang yang menyakitkan mata.


Saya bersyukur kerana walaupun berlaku pelbagai pencemaran alam sekitar di kawasan saya

(Selayang) tetapi keadaannya masih lagi terkawal .

6.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian (Selayang)

Terdapat pelbagai punca ynag menyebabkan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

(Selayang) ini. Antaranya:

a.) Pencemaran udara

i. Perkilangan

- Sektor perkilangan merupakan antara penyumbang utama dalam isu pencemaran alam

sekitar di kawasan kajian (Selayang). Hal ini demikian kerana terdapat kilang-kilang

yang melepaskan asap kotor seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan lain-lain

lagi ke dalam persekitaran kita. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam

dan mengeluarkan bau yang kurang menyenanagkan. Kilang-kilang ini terdapat di

sekitar kawasan Perindustrian Batu Caves yang berhampiran dengan Selayang. Asap

kotor tersebut dibawa oleh angin ke kawasan kajian (Selayang) ini.

ii. Kenderaan

- Kenderaan juga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Di kawasan kajian (Selayang)

terdapat bilangan kenderaan yang banyak setiap hari melalui jalan raya ynag sibuk
seperti Jalan Indah, Jalan Besar Selayang Baru dan Lebuh Raya Selayang – Kepong .

Pelepasan gas dan asap daripada kenderaan ini menyebabkan berlaku pencemaran udara

di kawasan ini. Udara tercemar mengandungi kandungan plumbum, karbon dioksida dan

karbon monoksida. Gas ini boleh menyebabkan fenomena hujan asid. Debu dalam asap

menjadi punca kejadian jerubu.Jerubu boleh mengancam kesihtan manusia terutamanya

mereka yang menghadapi masalah pernafasan.

iii. Pembakaran terbuka

Bagi menghapuskan sampah-sarap sesetengah penduduk di kawasan kajian (Selayang)

mengamalkan cara pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka akan menyebabkan

pencemaran udara. Walaupun pembakaran terbuka dilakukan di tempat lain namun asap

ini boleh dibawa oleh angin ke kawasan yang lain. Contoh, ada ketikanya Pengurusan

ladang di Indonesia akan membakar pokok-pokok tua bagi tujuan pembersihan ladang.

Kesan pembakaran di Indonesia ini dapat dirasai di kawasan kajian (Selayang), iaitu

jerubu sehingga menyebabkan keselesaan penduduk terjejas.

b.) Pencemaran air

i. Petempatan

- Pencemaran air di kawasan kajian (Selayang) ini dilakukan oleh penduduk yang tidak

bertanggungjawab. Mereka membuang sampah sarap ke dalam longkang menyebabkan

longkang tersumbat. Selain itu, bagi membina petempatan yang baru pemaju-pemaju

perumahan telah menggondolkan kawasan bukit dan hutan. Perkara ini juga
menyebabkan pencemaran air.Hal ini demikian kerana, air hujan tidak lagi dapat diserap

dan akan mengakibatkan lumpur bercampur dengan air sungai yang berdekatan dan

secara langsung mencemarkan air sungai tersebut. Sebagai contoh sungai di Batu Caves

yang terdapat di kawasan kajian (Selayang).

ii. Perniagaan

- Terdapat sisa sampah daripada Pasar Borong Selayang di kawasan kajian (Selayang) yang

dibuang ke dalam longkang dan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini turut

mencemarkan pemandangan dan lebih buruk lagi jika turun hujan yang lebat akan

menyebabkan berlaku banjir kilat.

c.) Pencemaran bunyi

i. Bunyi daripada kenderaan

- Pencemaran bunyi juga merupakan satu kesan negatif yang disebabkan oleh

perkembangan sistem pengangkutan yang pesat. Pencemaran bunyi dihasilkan oleh

kenderaan seperti motosikal, bas, lori dan kereta yang banyak.

Saya bersykur kerana di kawasan petempatan saya tidak berlaku bencana alam

walaupun terdapat pencemaran. Saya bersama penduduk Selayang yang lain mengambil

langkah untuk mengurangkan pencemaran alam tersebut.

Anda mungkin juga menyukai