Anda di halaman 1dari 14

Tema dan Persoalan Novel Kembara Amira

Tema novel ini ialah ketabahan dalam menjayakan


sesuatu misi atau tugas tanpa mengenal erti putus asa dan takut.

Perkara ini dibuktikan melalui tindakan Amira yang begitu tabah


semasa berada di Gunung Mat Raya iaitu di tempat ibunya bersama-sama
dengan pembantu dan pelajar-pelajarnya menjalankan aktiviti mencari
gali artifak lama tinggalan manusia zaman silam. Pelbagai cabaran dan
dugaan yang dihadapi oleh bukan sahaja Amira tetapi juga dihadapi
oleh ibunya sendiri, Jacinta, Itai dan juga pelajar-pelajar ibunya
yang sedang bekerja di tapak kerja lapangan itu. Amira hampir mati
lemas akibat tergelincir di sungai dan dia bernasib baik kerana
diselamatkan oleh Itai. Jacinta juga menghadapi cabaran iaitu dia
pengsan dan sesat di dalam hutan ketika hendak menjejaki Amira yang
dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Jacinta juga bernasib baik
kerana diselamatkan oleh Tau. Profesor Zaidah juga menghadapi cabaran
iaitu dia mendapat kecederaan iaitu tangannya terseliuh apabila
kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan
kerana breknya mengalami kerosakan.

Tugas mereka hampir-hampir tidak dapat disempurnakan kerana


keselamatan mereka bagaikan terancam dan menyebabkan Dr. Zawawi
mencadangkan kerja-kerja cari gali itu ditangguhkan buat sementara
waktu. Walau bagaimanapun, Profesor Zaidah tidak bersetuju dengan
cadangan Dr. Zawawi untuk menangguhkan kerja lapangan itu dan
mengatakan kerja itu perlu diteruskan. Amira tabah semasa melakukan
kerja cari gali dan akhirnya dia menjumpai artifak yang berupa bekas
air dan ada yang menjumpai karpus ataupun tulang pergelangan tangan
manusia. Seterusya, Amira tabah menghadapi dugaan semasa hendak
menyelamatkan Malique yang dikurung oleh makhluk yang berbulu (Tau)
bersama-sama dengan Itai, Pak Lias, dan Jacinta.

Persoalan
1. Persoalan kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara.
Contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih
berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.

2. Persoalan persahabatan yang erat dalam kehidupan


Contohnya, Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai
persahabatan serta saling menghormati antara satu sama lain.

3. Persoalan tolong-menolong dalam kehidupan


Contohnya, Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas di sungai dan
Tau pula menyelamatkan Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan
ketika hendak menjejaki Amira. Ludin pula merawat Profesor Zaidah
yang terseliuh tangannya dengan kaedah perubatan tradisional.

4. Persoalan keberanian dalam menempuh cabaran


Contohnya, Amira, Itai dan Jacinta berani untuk pergi ke Gunung Gua
Gajah demi menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan
dengan makhluk berbulu yang mengurung Malique.

5. Persoalan kebijaksanaan dalam tindakan


Contohnya, Amira menunjukkan kebijaksanaannya dengan bertindak pantas
dan tepat pada masanya untuk menggerakkan usaha demi menyelamatkan
Malique.

6. Persoalan kesabaran dan ketekunan dalam melaksanakan tugasan


Contohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah bersabar dan tekun
menjalankan kerja lapangan di tapak ekskavasi atau kerja lapangan
itu.

7. Persoalan keikhlasan dalam setiap tindakan


Contohnya, Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Amira yang
seolah-olah diabaikannya dan Ludin merawat Profesor Zaidah yang
mengalami kecederaan di tangannya dengan ikhlas.

8. Persoalan kepatuhan terhadap arahan ketua


Contohnya, Pak Lias dan Dr. Zawawi taat akan arahan Profesor Zaidah
serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh ketuanya itu.

9. Persoalan hormat-menghormati dalam mengeratkan perhubungan


Contohnya, Amira menghormati emaknya dan juga orang lain seperti Dr.
Zawawi, Itai dan Ludin. Itai juga menghormati Ludin, Tau dan Profesor
Zaidah.
10. Persoalan kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga
Contohnya, Profesor Zaidah sayang kepada Amira, iaitu dia masih
mengambil berat tentang keselamatan Amira. Tau amat menyayangi
anaknya iaitu Malique atau Sabi dan tidak mahu anaknya itu berjauhan
daripadanya.

11. Persoalan sayang akan alam sekitar daripada kemusnahan


Contohnya, Tau benci akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan
dan haiwan yang terdapat di dalam hutan.

12. Persoalan ketaatan kepada perintah Tuhan


Contohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah menunaikan kewajipan
mereka kepada Allah iaitu dengan menunaikan solat seperti solat
subuh.

13. Persoalan permuafakatan dalam membuat keputusan


Contohnya, masyarakat kampung orang Asli berbincang untuk mencapai
kata sepakat dalam menghadapi sebarang permasalahan seperti hendak
membuat keputusan berkaitan dengan peristiwa Itai yang membawa Amira
ke sungai yang terdapat ketulan emas.

14. Persoalan kebijaksanaan dalam membuat keputusan


Contohnya, Amira berfikir dengan rasional dan bijaksana dalam membuat
keputusan dengan menceritakan perkara yang sebenar kepada Ludin
tentang peristiwa dia dan Itai mengambil ketulan emas di sungai,
untuk dihadiahkan kepada Jacinta.
Novel Tingkatan 5 2011 - Kembara Amira

Sinopsis Novel Kembara Amira (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)

Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama dengan kawan karibnya,


Jacinta semasa cuti sekolah. Dia pergi ke Desa Karpus yang terletak
di Gunung Mat Raya kerana ibunya, Profesor Zaidah yang juga seorang
pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti
sedang menjalankan kajian dan mencari gali artifak atau tinggalan
manusia zaman silam di situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr.
Zawawi iaitu seorang pensyarah muda dan juga para pelajar tahun akhir
yang sedang mengikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan
arkeologi. Di Gunung Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaitu
seorang anak orang Asli yang tinggal di kampung orang Asli yang
berhampiran dengan kawasan tapak kerja lapangan di Desa Karpus itu.

Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari gali artifak,


satu kumpulan lain sedang membuat kajian untuk mencari gali emas di
kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi pencari emas itu pula ialah
sebuah syarikat dari Pulau Pinang dan mereka mengupah O’Hara
menjalankan kajian untuk menilai kandungan emas di kawasan itu.
Selain itu, Malique pula diberikan tugas untuk memasukkan
laporan kajian itu ke dalam komputer dan Internet. Antara yang
terlibat dalam syarikat pencari emas itu ialah Chin dan Roslan di
samping pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah.

Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah mengalami
peristiwa pahit, iaitu Amira dihanyutkan oleh air sungai yang deras.
Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak berjumpa dengan Malique di
kawasan air terjun yang menjadi tempat mereka mandi. Amira bernasib
baik kerana telah diselamatkan oleh Itai daripada lemas di dalam
sungai dan Jacinta pula telah diselamatkan oleh Tau dalam keadaan
pengsan kerana hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh air
sungai.

Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah menemukan karpus
atau tulang pergelangan tangan manusia, barang-barang tinggalan
manusia zaman silam seperti tembikar dan kapak batu. Amira merasai
pengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan bekas air yang
sempurna bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam
itu. Mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah dengan
bantuan Tau.

Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah dialami oleh


mereka, seperti mereka mendengar pelbagai bunyi pada waktu malam,
tali khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kaki
manusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah
pula telah mengalami kecederaan di lengannya, akibat kemalangan
semasa dia menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak
Lias di dalam hutan itu. Perkara itu berlaku semasa kereta pacuan
empat roda yang dinaiki oleh mereka terbabas dan hilang kawalan
kerana breknya tidak berfungsi. Namun begitu, Ludin, iaitu ketua
kampung orang Asli yang juga bapa angkat Itai telah membantu
Profesor Zaidah. Dia merawat kecederaan Profesor Zaidah dengan
menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun
kayu, herba dan buluh.

Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas pula telah mengalami


kemalangan akibat kereta pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas
ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencari pekerja yang
hilang. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan iaitu tulang
kakinya patah. Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan
oleh makhluk yang berbulu tebal. Walau bagaimanapun, dia
disembunyikan dan dikurung di dalam sebuah gua di Gunung Gua Gajah
oleh makhluk itu. Kehilangan Malique telah menyebabkan kawan-kawannya
berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya. Amira pula
menggerakkan usaha dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk
mencari Malique.

Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan Amira terjumpa


mobile disk kepunyaan Malique di dalam gua itu. Hal itu menguatkan
semangat Amira untuk mencari Malique dan dia berasa bahawa Malique
masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan gua itu. Perkara itu
diperkukuh lagi dengan bukti bahwa mobile disk itu memang milik
Malique dan kandungannya berisi laporan hasil kajian tentang emas di
kawasan hutan itu. Amira benar-benar yakin bahawa Malique masih hidup
dan berada di kawasan gua itu, dan dia meminta bantuan Itai untuk
mencari Malique. Selain Amira dan Itai, Pak Lias, Jacinta, Roslan,
Profesor Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan mereka untuk
mencari Malique. Pada masa yang sama, O’Hara dan ibu Malique, iaitu
Jennifer juga sampai dan turut sama ke tempat tersebut untuk
menyertai gerakan itu.

Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam
gua itu. Tau yakin bahawa Malique ialah Sabi iaitu anak
kandungnya dengan Ipah. Tau yang memakai sarung beruang cuba
bertindak kasar kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka
membawa Malique keluar dari situ. Walau bagaimanapun, Ludin sampai
tepat pada masanya dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak di
luar batasan dan menerima keadaan itu dengan rasional.

Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan pendedahan


yang dilakukan oleh Jennifer. Jennifer mengakui bahawa Malique
sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya dengan Tau. Dia juga mengakui
bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini
bermakna, Itai dapat bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya
sendiri. Jennifer (Ipah) telah meninggalkan Tau dan Itai suatu masa
dahulu kerana konflik jiwa akibat dia tidak diterima oleh masyarakat
di kampung itu. Jadi, dia mengambil kesempatan untuk keluar dari
kampung itu dengan mengikut Johnny. Selepas semuanya selesai,
Malique membuat keputusan untuk tinggal di situ buat sementara waktu
dengan bapa dan adik kandungnya, iaitu semasa bapanya merawat
kecederaannya itu.

Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah


universiti di Kuala Lumpur. Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam
bidang perubatan. Malique meneruskan projek teknologi maklumat (IT)
di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia dibantu oleh Roslan.
Malique berjaya menggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua
laporannya terhapus oleh virus ciptaannya sendiri. Hal ini bermakna,
kawasan hutan yang disayanginya itu dapat diselamatkan daripada
menjadi mangsa syarikat pencari gali emas. Sementara itu, Jacinta
berada di Paris kerana melibatkan diri dalam perniagaan fesyen,
syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya
iaitu dia melibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah
Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. Profesor Zaidah masih
meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat dan
dibantu oleh Rusdi yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.

Nilai Murni dalam Kembara Amira

1. Tolong-menolong - sebagai contohnya, Itai menolong Amira dengan


menyelamatkannya daripada lemas di sungai. Jacinta pula membawakan
Amira makanan untuk makan malam ke khemahnya.

2. Kerjasama - contohnya Itai dan Ludin memberikan kerjasama dalam


gerakan atau usaha untuk mencari Malique yang hilang.

3. Hormat-menghormati - contohnya Amira menghormati emaknya dan juga


orang lain seperti Dr. Zawawi, Itai dan Ludin dan tidak pernah
meninggikan suara atau bersikap kurang sopan kepada mereka.

4. Kegigihan - contohnya Amira gigih berusaha untuk mencari Malique


yang hilang dengan bantuan Itai. Pelajar-pelajar Profesor Zaidah pula
gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan itu
walaupun diganggu oleh pelbagai bunyi pada waktu malam.

5. Kasih sayang - contohnya ibu Amira amat menyayanginya dan ada masa
untuknya walaupun dia sibuk dengan tugasnya. Jennifer pula sayang
akan anaknya iaitu Malique dan sanggup datang ke hutan itu untuk
mengikuti perkembangan dan keadaannya setelah mendapat berita bahawa
anaknya itu hilang di dalam hutan..

6. Kesabaran dan ketekunan - contohnya pelajar-pelajar Profesor


Zaidah bersabar dan tekun menjalankan kerja lapangan di tapak
ekskavasi atau kerja lapangan walaupun menghadapi pelbagai masalah
dan rintangan.

7. Taat akan agama – selepas menunaikan solat subuh, semua pelajar


masih tidur kerana keletihan. Amira mengqada solat Subuh apabila
sampai di Stesen Dahan Hijau kerana tidak sempat menunaikannya semasa
di dalam kereta api.

8. Belas kasihan – Pak Lias kasihan kepada Amira iaitu apabila


Profesor Zaidah seolah-olah tidak mempedulikan anak tunggalnya itu.

9. Sayang akan alam sekitar - Tau dan Malique tidak suka akan orang
yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan binatang yang terdapat di
dalam hutan itu.

10. Keikhlasan - Ludin merawat tangan Profesor Zaidah yang terseliuh


dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional setiap hari dengan
ikhlas.

11. Mengakui kesilapan - Profesor Zaidah mengakui kesilapannya iaitu


pada mulanya dia kurang yakin dengan rawatan yang hendak diberikan
oleh Ludin tetapi cara rawatan yang diberikan oleh Ludin benar-benar
berkesan. Beliau juga mengakui kesilapannya yang mengabaikan Amira
hingga dia hampir mati lemas di sungai kerana terlalu mementingkan
kerjanya.
Latar Masyarakat Novel Kembara Amira

1. Masyarakat pelajar - Amira, Jacinta dan Itai merupakan pelajar


sekolah yang sedang bercuti.

2. Masyarakat yang mementingkan persahabatan - Amira dan Jacinta


bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling
menghormati dan tidak pernah bersengketa dalam sebarang perkara.
Amira dan Itai sanggup mencari ketulan emas untuk dihadiahkan kepada
Jacinta walaupun tindakan itu membahayakan diri mereka sendiri.

3. Masyarakat yang sayang akan alam sekitar - Tau tidak suka akan
orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan binatang yang
terdapat di dalam hutan. Malique juga tidak mahu hutan itu dirosakkan
atau dimusnahkan.

4. Masyarakat orang Asli - Ludin, Tau dan Itai merupakan orang Asli
yang tinggal di kawasan Bukit Mat Raya.
5. Masyarakat yang gigih berusaha - Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan
pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak
kerja lapangan.

6. Masyarakat yang suka menolong orang - Itai menyelamatkan Amira


daripada mati lemas dan Tau pula menyelamatkan Jacinta.

7. Masyarakat yang mementingkan muafakat - Masyarakat kampung


berbincang untuk membuat keputusan dalam menghadapi sebarang
permasalahan seperti peristiwa Itai yang membawa Amira ke sungai yang
ada ketulan emas.

8. Masyarakat yang berani - Amira dan Itai berani untuk pergi ke gua
Gajah untuk menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan
dengan makhluk berbulu yang mengurung Malique.

9. Masyarakat yang kuat semangat - Amira kuat semangat ketika cuba


melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di
sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin.

10. Masyarakat yang penyayang - Profesor Zaidah merupakan ibu yang


penyayang kerana walaupun sibuk, dia masih mengambil berat
keselamatan Amira. Begitu juga dengan Tau yang sangat sayang akan
anaknya iaitu Malique atau Sabi.

11. Masyarakat yang ikhlas - Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah
tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya. Amira pula memberikan
ketulan emas itu kepada Ludin setelah diminta oleh Ludin kerana dia
ikhlas dan tiada tujuan lain, selain hendak memberikan ketulan emas
tersebut kepada Jacinta sebagai hadiah.

12. Masyarakat yang patuh akan arahan - Pak Lias menghormati dan taat
akan arahan Profesor Zaidah serta menjalankan tugas seperti yang
diarahkan oleh ketuanya itu. Dr. Zawawi juga patuh akan arahan yang
diberikan oleh Profesor Zaidah.

13. Masyarakat yang menghormati orang lain - Itai menghormati orang


yang lebih tua daripadanya, contohnya dia menghormati Ludin dan Tau
dan tidak membantah cakap mereka.

14. Masyarakat yang mahir dalam perubatan tradisional - Ludin


berkemahiran untuk merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya
hingga sembuh dengan menggunakan perubatan tradisional iaitu daripada
buluh, daun kayu dan ramuan daripada akar kayu.
15. Masyarakat yang mengakui kesalahan atau kesilapan yang telah
dilakukan - Profesor Zaidah mengakui kesilapannya yang mengutamakan
kerjanya dan mengabaikan Amira terutamanya selepas dia hampir mati
lemas di sungai.

Watak dan Perwatakan Novel Kembara Amira

Watak Utama

Amira
Amira ialah seorang pelajar dan berkawan baik dengan Jacinta. Ibunya
ialah Profesor Zaidah, iaitu pensyarah universiti dalam bidang
arkeologi. Semasa cuti sekolah yang panjang, Amira dan Jacinta pergi
ke kawasan emaknya yang sedang menjalankan kerja lapangan iaitu
mencari gali artifak di Desa Karpus. Dia seorang anak tunggal yang
berani dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan. Sebagai contohnya,
dia berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menggerakkan usaha
menyelamatkan Malique yang hilang. Amira tabah menghadapi dugaan
walaupun mengalami peristiwa pahit iaitu dia hampir mati lemas akbiat
tergelincir dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Amira juga
suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Amira
menggerakkan usaha untuk menolong Malique dengan mendapatkan bantuan
daripada Itai untuk mengesannya. Selain itu, dia bersahabat baik
dengan Jacinta yang berketurunan Tionghua.

Amira menghormati orang yang lebih tua daripadanya terutamanya


ibunya, Pak Lias dan Dr. Zawawi. Sebagai contohnya, dia mengucapkan
salam kepada ibunya pada suatu pagi selepas Jacinta ditemui dalam
keadaan pengsan. Selain itu, dia merupakan seorang pelajar yang
pintar untuk membuat keputusan. Sebagai contohnya, Amira diminta oleh
ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah.
Dia kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk
batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-
batu itu licin. Amira seorang yang prihatin, contohnya dia prihatin
akan Jacinta yang baru sedar daripada pengsan dengan
menyuapkan kawannya sup.

Walau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang


dia berbuat sesuatu tindakan yang tidak dijangka oleh ibu dan
ayahnya. Namun begitu, dia seorang anak yang baik, contohnya dia
tidak cerewet dan tidak pernah merungut dalam sebarang hal. Selain
itu, Amira juga seorang yang penyayang, buktinya dia memicit bahu
ibunya yang cedera perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Amira
taat akan agama iaitu dia dengan segera mengqada solat Subuh yang
tidak dapat ditunaikan semasa di dalam kereta api. Amira seorang yang
bertanggungjawab, contohnya dia rasa bersalah dan tidak berhenti
menangis kerana dia yang menyebabkan Jacinta hilang. Dia cuma
berhenti menangis apabila Jacinta berjaya ditemui oleh Tau.

Watak Sampingan

Jacinta
Jacinta ialah seorang pelajar yang berbangsa Cina yang berkulit putih
dan gebu serta menjadi kawan baik Amira. Ibunya sudah meninggal
dunia, dan ayahnya sekarang berkahwin dengan seorang perempuan lain.
Dia tidak suka akan ibu tiri yang baru dikahwini oleh ayahnya itu.
Dia mengikut Amira pergi ke tapak kerja lapangan atau tapak cari gali
artifak tinggalan manusia pada zaman silam yang sedang dijalankan
oleh ibu Amira dengan pelajar-pelajarnya tahun akhirnya. Dia telah
beberapa kali mengikut Amira dalam melakukan kerja-kerja dalam bidang
arkeologi. Jacinta diselamatkan dan diusung oleh Tau ke Desa Karpus.
Dia dalam keadaan pengsan ketika dijumpai oleh Tau di celah banir
pokok balak yang besar. Jacinta menyukai Dr. Zawawi iaitu pensyarah
muda dan pembantu Profesor Zaidah.
Jacinta seorang yang tabah tetapi sentiasa tidak sabar, dan dia cepat
merajuk apabila keluarganya menjadi topik perbualan. Dia suka
menolong orang, contohnya dia bersama-sama dengan Amira, Itai, Pak
Lias, Roslan, dan beberapa orang lagi dalam gerakan mencari Malique
yang hilang. Dia sanggup membahayakan dirinya sendiri dalam usaha
untuk menolong Amira yang dihanyutkan oleh air sungai yang deras.

Jacinta seorang yang bijak berkata-kata dan pandai berhujah,


contohnya dia berhujah dengan O’Hara semasa mereka mencari Malique.
Dia mengambil berat akan kebajikan rakannya, contohnya dia membawakan
Amira makanan ke khemahnya pada suatu malam. Jacinta juga tidak
pernah menyinggung perasaan sahabatnya, Amira walaupun mereka
berlainan agama.

Itai
Itai ialah anak Tau tetapi menjadi anak angkat kepada Ludin yang
berketurunan suku Orang Asli Semai yang tinggal di kampung di sebelah
anak bukit. Sebenarnya Itai ialah adik Malique dan emak mereka ialah
Ipah atau Jennifer. Dia seorang anak muda yang hebat, pintar, berani
dan memiliki keistimewaan seperti boleh mengenali tapak kaki, meneka
jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa
oleh angin. Itai berkemahiran untuk menangkap ikan dengan tangan
iaitu tanpa menggunakan alat menangkap ikan. Itai akan dilantik
sebagai ketua kampung yang memahami alam di hutan itu, iaitu
menggantikan ayah angkatnya Ludin yang sedang memegang jawatan ketua
kampung itu. Itai juga merupakan pelajar yang pintar dan menjadi
harapan sekolahnya. Itai berkawan dengan Amira dan Jacinta selepas
peristiwa dia menyelamatkan Amira daripada mati lemas.

Itai suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya


Itai membantu Amira untuk mencari Malique yang hilang. Itai
menghormati orang yang lebih tua daripadanya, contohnya dia
menghormati Ludin dan Tau dan tidak membantah cakap mereka. Itai
seorang yang murah hati, iaitu dia dan Amira sanggup meredah hutan
untuk mengambil ketulan emas di sungai untuk dihadiahkan kepada
Jacinta. Dia seperti hilang semangat selepas terlihat makhluk yang
berbulu ketika bersama-sama dengan Amira di dalam hutan dan
seterusnya dia disergah oleh Tau pada masa itu.

Profesor Zaidah
Beliau seorang profesor dan pensyarah universiti dalam bidang
arkeologi. Beliau kuat bekerja, contohnya Amira mengatakan memang
tabiat ibunya suka memulakan kerja sejak awal pagi iaitu ketika orang
lain masih tidur. Amira juga hairan dengan ibunya yang memiliki
tenaga yang kuat untuk bekerja. Beliau merupakan ibu yang penyayang,
contohnya walaupun sibuk dia masih ada masa untuk Amira, lebih-lebih
lagi dia sedar akan kesalahannya yang mementingkan kerjanya selepas
Amira . Beliau seorang yang penyabar, contohnya dia masih bersabar
dan tidak memarahi Amira kerana kesilapannya yang menyebabkan Jacinta
cedera.

Profesor Zaidah seorang ketua yang prihatin, contohnya dia mengambil


berat kebajikan keluarga Pak Lias dan bertanyakan perbelanjaan
keluarganya sebelum dia meninggalkan mereka untuk bekerja di Bukit
Mat Raya. Beliau pakar dalam bidang arkeologi, contohnya dia
mengatakan bahawa setiap lapisan tanah yang berlainan warna mewakili
satu tempoh masa yang kita sendiri tidak pasti, mungkin ratusan atau
ribuan tahun. Beliau berpengalaman selama lebih kurang dua puluh lima
tahun dalam bidang itu.

Anda mungkin juga menyukai