Anda di halaman 1dari 3

. Mula-mula dilaporkan sebagai 7.

9 oleh USGS,

magnitudnya dicatatkan semula sebagai 8.8, kemudian 8.9,

dan akhirnya sekitar 9.0 dan 9.1.

Gempa ini berlaku di Jurang Jepun, di mana Plat

Pasifik terbenam di bawah Plat Amerika Utara. Gempa

sebesar ini biasanya meninggalkan pecahan sepanjang

480 kilometers (300 bt) ke atas serta memerlukan garis

sesar yang panjang dan agak lurus. Disebabkan

sempadan plat dan zon benam di kawasan ini tidak

begitu lurus, gempa bumi di kawasan ini biasanya diduga

bermagnitud sehingga 8–8.5, maka magnitud gempa ini

mengejutkan sesetengah ahi seismologi.

Kawasan hipopusat gempa ini menjangkau di luar

pesisir dari Wilayah Iwate hingga Wilayah Ibaraki. Agensi

Meteorologi Jepun berkata, gempa ini mungkin

memecahkan zon sesar dari Iwate ke Ibaraki yang

sepanjang 400 kilometers (250 bt) dan selebar

200 kilometers (120 bt). Dijelaskan juga bahawa gempa ini

mungkin mempunyai mekanisme yang sama dengan sebuah

lagi gempa bumi raksasa yang turut menyebabkan tsunami

besar pada tahun 869.


GEMPA BUMI

Gempa bumi utama didahului oleh beberapa kejutan depan yang besar,

bermula dengan peristiwa 7.2 MW pada 9 Mac yang berlaku kira-kira

40 kilometers (25 bt) dari gempa 11 Mac, diikuti oleh tiga lagi pada hari yang

sama dengan kekuatan melebihi 6 MW. Seminit sebelum gempa bumi hebat ini,

sistem Amaran Awal Gempa Bumi yang bersambung dengan sekitar 1,000

seismometer di Jepun menghantar amaran gempa bumi akan melanda kepada

jutaan penduduk menerusi teleisyen. Tindakan ini dipercayai menyelamatkan

ramai nyawa.

Peta gempa bumi Sendai 2011


Gempa ini bercatat maksimum 7 pada skala keamatan

seismis Agensi Meteorologi Jepun di Kurihara, Wilayah

Miyagi. Tiga lagi wilayah, iaitu Fukushima, Ibaraki dan

Tochigi, mencatat 6 tinggi pada skala AMJ. Stesen seismik

di wilayah-wilayah Iwate, Gunma, Saitama dan Chiba

mencatat 6 rendah, manakala Tokyo pula mencatat 5.Gempa

bumi berukuran magnitud 6.7 oleh JMA berlaku pada 18:59

UTC, 11 Mac (03:59, 12 Mac waktu tempatan). Hipopusatnya

terletak di Wilayah Niigata pada kedalaman 10 kilometers

(6.2 bt). Gempa bumi ini bercatat 6 tinggi pada skala

keamatan AMJ di Wilayah Nagano dan 6 rendah di Niigata

Gempa bumi ini berlaku di Lautan Pasifik barat,

130 kilometers (81 bt) di timur Sendai, Honshu, Jepun.

Pusat gempanya terletak 373 kilometers (232 bt) dari

Tokyo, menurut Pantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Kejutan lanjur berkali-kali dilaporkan selepas gempa M9.0

yang terdahulu pada 14:46 waktu tempatan. Kejutan lanjur

7.0 dilaporkan pada 15:06 waktu tempatan, M7.4 pada 15:15

waktu tempatan dan M7.2 pada 15:26 waktu tempatan. Lebih

seratus kali kejutan lanjur bermagnitud 4.5 ke atas telah

berlaku sejak gempa terbesar.

Anda mungkin juga menyukai