Anda di halaman 1dari 50

ORKID

Universiti Kebangsaan Malaysia


Fakulti Undang-undang
Program PHD Undang-undang
P58462
Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )

1
Bunga adalah sebahagian daripada keindahan alam yang
mampu membawa kita kepada perasaan gembira, sehingga ia
sering dikaitkan dengan perasaan kasih sayang, bersyukur dan
juga dukacita.

       Bunga dipakai pada hari pertunangan, pesta, pernikahan dan


juga kelahiran anak. Ianya juga sering digunakan untuk
menunjukkan simbol cinta, kesihatan dan umur yang panjang.
Bunga juga diletakkan di kuburan orang yang dicintai sebagai
tanda berkabung dan hormat.

Bunga dipakai dalam perayaan hari kebesaran, kemerdekaan,


menyambut orang kenamaan dan juga menghormati pahlawan
sebagai simbol penghargaan dan sukacita. Sesuatu perayaan
yang tidak dihiasi dengan bunga akan terasa hambar dan kurang
ceria.

2
3
Ada beberapa jenis bunga yang dianggap bernilai kerana
dipercayai memiliki pengaruh dan keistimewaan tertentu. Nilai dan
makna bunga selalu dikaitkan dengan bentuk, warna, bau, lagenda,
mitos atau kepercayaan tertentu.

Bunga juga digunakan sebagai penghias meja rumah makan, ruang


tamu, ruang restoran, ruang hotel dan sebagainya untuk
menyemarakkan suasana. Ruang yang dihiasi bunga mampu
melahirkan perasaan tenang dan damai.

Warna bunga melambangkan sesuatu kepada penggemarnya. Putih


dianggap melambangkan kesucian, kepercayaan, kejujuran dan
berkabung. Kuning melambangkan kebencian, dukacita dan
kesedihan. Hitam melambangkan dukacita, kesungguhan hati, dan
kesedihan. Biru pula melambangkan kesetiaan dan perenungan yang
dalam. Merah melambangkan asmara, kemasyhuran, nafsu amarah,
daya atau hasrat yang kuat. Emas melambangkan kemegahan dan
kekuasaan manakala perak pula melambangkan kepercayaan yang
teguh.

4
5
Bunga sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat.
Baunya yang harum dan warnanya yang menarik menjadi
penyeri di setiap majlis. Namun begitu, ramai yang belum
menyedari fungsi bunga dalam kehidupan dan budaya
masyarakat sekarang. Bunga bukan sahaja berguna sebagai
penyeri, tetapi ianya juga mempunyai maksud yang tertentu
dan berguna untuk perubatan.

6
Orkid begitu popular kerana saiz, struktur dan warna bunganya
yang berbeza-beza. Warnanya saja cukup menarik hati seperti
merah, kuning, merah jambu, putih dan ungu. Ada 808 spesies
orkid di Malaysia yang boleh dikenali menerusi bunga.

Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga,


akar, daun dan batangnya namun yang pasti, bunga menjadi
tarikan kecantikan tumbuhan ini.

7
Bagi orkid hutan, kebanyakan bunganya
berkembang pada April setiap tahun dan
hanya bertahan hingga sebulan. Sehingga
kini ada spesies asli yang hampir pupus
akibat pengambilan yang berleluasa
di hutan oleh peminat orkid.

Orkid hutan yang


mempunyai bau wangi
apabila kembang.

8
Keindahan orkid atau orchidaceae bukan saja
menjadikannya amat popular di
kalangan penggemar flora di negara ini, malah
ada yang sanggup meredah hutan belantara
untuk mendapatkan tumbuhan berkenaan.

9
10
Orkid adalah antara bunga yang mendapat permintaan tinggi di kalangan
masyarakat bagi tujuan hiasan dan mencantikkan halaman rumah.
Tanaman ini sering dikaitkan dengan golongan elit kerana sifat dan
imejnya yang dianggap eksklusif.

Namun, perkembangan pesat industri bunga-bungaan menyebabkan


minat terhadap orkid kini dikongsi oleh pelbagai peringkat lapisan
masyarakat. Ini kerana, orkid dikatakan mampu menyegarkan mata
selain memberi kepuasan jiwa kepada penggemarnya.

11
Pokok orkid sebenarnya dikategorikan
sebagai tumbuhan liar yang mempunyai
habitat asal di kawasan hutan.

Disebabkan sifatnya yang cantik dan


mudah dijaga, usaha penanamannya kini
telah diperluaskan secara komersial.

12
Orkid boleh hidup dengan subur jika mendapat
pendedahan cahaya matahari, kerap disiram, udara yang
segar dan baja yang sesuai.

13
Pokok bunga orkid liar yang tumbuh di hutan-hutan dalam
negara semakin terancam akibat kegiatan tidak
bertanggungjawab sesetengah pihak yang mengaut
keuntungan dengan memasarkan tumbuhan yang sukar
ditemui itu di pasaran antarabangsa.

Penasihat teknikal Persatuan Pencinta Alam Malaysia Johor


(MSNJ) Vincent Chow berkata spesis bunga orkid liar negara
berhadapan dengan kemungkinan akan pupus sekiranya
kegiatan haram pedagang tumbuhan liar itu tidak dibendung.

14
Spesis bunga orkid liar yang paling mendapat perhatian
pedagang haram adalah dari spesis "Paphiopedilum
Barbatum" yang harganya boleh mencecah antara
RM5,000 hingga RM10,000 satu pokok.

15
Salah satu masalah yang ketara di dalam usaha melindungi
biodiversiti flora dan fauna negara adalah kebebasan orang ramai
untuk keluar masuk kawasan hutan dalam negara.

Hutan-hutan dalam negara Malaysia mempunyai banyak "pintu


masuk" yang boleh digunakan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan untuk mengekploitasi kekayaan biodiversiti
negara bagi tujuan mengaut keuntungan.

16
Orkid juga penyumbang kepada pendapatan negara kita melalui
beberapa medium:
 
1.pelancongan – pembinaan taman-taman orkid di seluruh  Malaysia
2.pendidikan   –  penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik luar
yang  datang  ke Malaysia.
3.industri bunga – jualan  orkid pasuan dan keratan bunga
4.kraftangan  berasaskan orkid

17
Jenis-jenis Orkid

Secara ringkas orkid di kelaskan kepada  beberapa peringkat


seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya.

Spesis – merujuk kepada orkid liar.  Di dalam penulisan   piawai


adalah mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu orkid itu adalah
spesis dengan melihat pada:
a.  Huruf  ‘italic’ digunakan
b.  Hanya huruf pertama sahaja huruf  besar, yang lain lain adalah
berhuruf kecil
Contoh : Phalaenopsis bellina

18
Hibrid –  merujuk kepada orkid yang telah dikacukan
di antara sesama genus atau  sesama famili.

Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut


penulisan piawai adalah seperti berikut:

a.  Huruf  tegak digunakan sepenuhnya


b.  Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai
dengan huruf besar. Contoh :  Phalaenopsis
Timothy  Christopher

19
Contoh orkid kacuk sesama genus :

Bulbophyllum  Meen Garuda – adalah hasil kacukan orkid


daripada genus bulbophyllum. Ia terhasil daripada
kacukan Bulbophyllum lasiochilum  dengan Bulbophyllum
echinolabium.
 
Contoh orkid kacuk sesama famili:
Aranda Majul ‘Rimau’  - adalah kacukan orkid daripada famili
Vanda. Ia terhasil daripada kacukan Arachnis Maggei Oei
dengan Vanda insignis.

20
Pengkelasan  mengikut cara pertumbuhan
 
Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang
yang biasanya dipanggil stem yang hidup menegak.
Daun-daun  baru tumbuh  di setiap hujung stem tersebut.

Simpodial – adalah orkid yang tumbuh secara


mengeluarkan anak daripada bebawang yang telah
matang.

21
22
23
24
Orkid dan persekitaran hidup semulajadinya
 
Maksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap
jenis orkid untuk hidup.
 
1.  Tanah
 
Orkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanya
pengemar orkid menggunakan tanah pasuan yang boleh didapati di nurseri
nurseri bunga berhampiran anda. Daripada pengalaman penulis tanah pasuan
di nurseri perlu ditambah media yang mampu meningkatkan saliran dan
pengudaraan yang baik. Orkid dalam genus Spathoglottis dan  Phaius  adalah
salah satu orkid yang memerlukan tanah sebagai medianya untuk hidup.

25
2.  Epifit

Sejenis orkid yang hidup secara  menumpang di atas pokok.


Orkid epifit bukan parasit iaitu  ia tidak ’mencuri’ keperluan
hidupnya daripada perumahnya. Orkid jenis ini telah
ditanam menggunakan beberapa jenis media sebagai
ganti kepada pokok perumah asalnya. Antara orkid  epifit
adalah  genus Bulbophyllum, Dendrobium,   Phalaenopsis
dan Vanda.

26
3.  Memanjat

Orkid jenis memanjat ini boleh dikenali dengan pangkalnya hidup


ditanah dan ia menjalar memanjat atau melilit media sokongannya.
Biasanya dia mempunyai akar udara yang berserabut. Biasanya orkid
jenis ini adalah monopodial seperti genus Dipodium, Arachnis dan
Mokara. Orkid vanila juga termasuk di dalam kumpulan ini.
 

4.  Litofit
 
Ia menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan
biasanya kita boleh melihat orkid jenis ini hidup di batu batu tepian
air terjun yang ditumbuhi dengan lumut. Antaranya ialah beberapa
jenis orkid  di dalam genus Paphiopedilum, Eria dan juga
sekumpulan orkid yang di panggil ‘Jewel Orchid’.

27
Daripada ciri-ciri pengkelasan di atas, setiap orkid akan berkemungkinan
mempunyai gabungan ciri-ciri yang telah disebutkan :-

Contoh 1 : Orkid Phalaenopsis violacea


- Spesis, Monopodial dan Epifit
Contoh 2 : Orkid Dendrobium Sonia  
- Hibrid, Simpodial dan Epifit
Contoh 3 : Orkid Sphatoglottis aurea 
 - Spesis, Simpodial dan Tanah

28
Orkid yang popular di tanam di Malaysia
 
Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana
beberapa faktor seperti :-
 
warna bunga yang lebih menarik
bunga yang tahan lama
pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar
harga yang murah berbanding orkid liar
saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar
sesuai untuk jualan keratan bunga

29
Terdapat beberapa jenis genus  orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di
dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran
Malaysia khususnya. Antaranya;

Dendrobium
Phalaenopsis
Arachnis
Vanda
Cattleya
Oncidium

30
Penulis juga cuba berkongsi pengalaman beberapa teknik cara
membiakkan orkid dan juga media  tanaman yang selalu digunakan
dikalangan peminat orkid.

Susahkah menanam orkid?


“Saya minat orkid tapi high maintenance la....”
“Mak cik minat tengok je nak tanam tak reti..”
“Orkid ? Susah la, bunga masa beli je lepas tu tak mau bunga dah..”
“Orkid mak cik banyak mati, siram, baja semua cukup dah, tu yang frust
dah nak jaga orkid.”

Itulah beberapa komen spontan yang penulis dengar daripada penggemar


flora  apabila  mereka berkunjung ke pameran pameran orkid yang turut di
hadiri oleh penulis.

31
  Secara umum menjawab persoalan persoalan di atas, sebenarnya
orkid tidak susah untuk di tanam, sama seperti pokok bunga lain
juga. Apa yang penting pengetahuan tentang keperluan hidupnya
sahaja. Ini adalah sesuatu yang pasti untuk anda ambil berat
kerana ia adalah benda hidup seperti manusia. Sudah tentu orkid
juga memerlukan persekitaran yang sesuai, ‘makanan’ dan
‘minuman’  untuk hidup. Maka adalah menjadi tanggungjawab
kita untuk menyediakannya. Setelah anda melakukannya, anda
akan gembira apabila melihat orkid anda hidup subur dan
mengeluarkan bunga yang cantik.

32
Penanaman orkid memerlukan kita menentukan
media yang sesuai mengikut habitat asalnya  seperti
telah di terangkan di dalam sub topik; orkid dan
persekitaran hidup semulajadinya. Terdapat beberapa
jenis media yang biasa digunakan oleh peminat orkid.
Bergantung kepada penanam untuk memilih
kesesuaian media mengikut iklim mikro* kawasan
penanam anda.

33
Pecahan batu bata 
 
Salah satu media yang popular digunakan dan mudah didapati.
Digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Biasanya
dicampur sekali bersama dengan pecahan arang. Biasanya penulis
mendapatkan sumber pecahan batu bata ini di kawasan pembinaan
perumahan.

Teknik menggunakan :-

i. Sebelum menggunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun


kulat selama semalaman. Selepas itu angkat dan keringkan.
ii. Pecahkan batu batu kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut
kesesuaian pasu.
iii. Letakkan pecahan besar di bawah pasu, diikuti dengan bersaiz
medium dan kecil.
iv. Tanam orkid di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid
anda. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancang
sebagai sokongan.

34
Pecahan arang
Juga media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit.
Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Digunakan bersama
dengan pecahan batu bata.

Teknik menggunakan:

i. Rendamkan arang selama semalaman untuk membuang garam. ( kerana


arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut).
ii. Siram arang menggunakan aliran air  supaya sisa garam dapat dibuang.
iii. Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah
seterusnya.

35
Potongan batang paku pakis gajah.

Media ini juga amat digemari oleh penanam orkid kerana ia


boleh menyimpan air dengan lebih lama dan mengelakkan kesan
buruk daripada penyiraman melampau.  Media ini amat sesuai
untuk tanama secara gantung.

Teknik menggunakan:-
i. Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian  orkid yang
hendak di tanam.

ii. Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang


tidak mencederakan orkid anda. Penulis biasa menggunakan tali
rafia kerana ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada
media tanaman.

36
Orkid seperti  tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam
menyediakan persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan
lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar
pencahayaan kepada orkid boleh di beri
dengan  penyediaan  teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan
kadar cahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili
Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid
famili Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari hanya 50%
untuk hidup dengan subur.

37
Sebagai penggemar orkid, fasa pembiakan orkid memang tidak dapat di
elakkan kerana  ia sudah tentu memberikan anda kelebihan untuk
meningkatkan bilangan pokok di dalam koleksi anda. Selain itu risiko anda
untuk kehilangan total pokok yang mungkin mati di serang penyakit juga
amat rendah kerana mempunyai beberapa pokok  daripada jenis yang sama.

Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:


pembiakan daripada anak benih, daripada ‘flask’, pot komuniti,
pot individu ,  pembahagian rumpun , keratan daripada pokok
induk dan biji benih

38
Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk
anda ambil perhatian. Ini kerana ia mempengaruhi
kualiti  hidup  orkid  dan mungkin yang lebih  penting anda
mungkin kehilangan  orkid anda selamanya.

Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada  bawaan 4 elemen, iaitu


virus, bakteria, serangga dan kulat. Kemahiran mengenal
penyakit  memerlukan pengetahuan dan pengalaman kerana
kadang kala  sesuatu penyakit itu mempunyai  tanda yang
sama  untuk bawaan  virus atau bakteria atau kulat. Di sini
penulis berkongsi pengalaman untuk rawatan penyakit
bawaan  serangga, kulat dan bakteria sahaja.

39
1. Virus
 
Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita
kenal pasti secara teliti kerana memerlukan ujian
makmal. Bagaimanapun serangan virus hanya
melemahkan pokok orkid anda, tidak
menyebabkan  kehilangan poko k orkid
kesayangan anda.

Untuk mengelakkan jangkitan  virus  anda


perlu  menjaga kebersihan kawasan penanaman.
Untuk rawatan , anda perlu memusnahkan pokok
yang dijangkiti.

40
2 Bakteria

Biasanya tanda penyakit  orkid


disebabkan  bakteria  meyamai  dengan penyakit bawaan kulat. Apa
yang penulis perhatikan,  penyakit  bawaan bakteria adalah lebih
cepat merebak  berbanding bawaan kulat. Tanda biasa penyakit
bawaan bakteria ialah  reput pada mana-mana bahagian pokok dan
berbau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap
dan  pengudaraan yang  kurang baik adalah antara faktor jangkitan.
 
Antara penyakit  bawaan bateria adalah:
 
Reput bakteria (Bacterial rot) – satu bintik coklat berair pada daun,
cepat merebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis.
Reput daun ( Brown Rot) – bintik berair pada daun, daun kuning
dan gugur.

41
3 Kulat (fungus)

Tanda seperti  disebabkan  oleh bakteria tetapi  kadar merebak lebih lambat  dan tidak


mengeluarkan bau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan
yang kurang baik adalah punca utama jangkitan. Antara penyakit bawaan kulat yang biasa
menyerang orkid ialah:
Antraknose
Black leaf spot
Cercospora leaf spot
Reput hitam ( Black rot)
Reput pangkal ( Basal rot)
Reput pucuk ( Crown rot)

Oleh sebab itu  ada  pengeluar  yang mengeluarkan racun 2 dalam 1  iaitu untuk


merawat  penyakit kulat dan bakteria serentak. Ada racun yang dijual boleh merawat beberapa
jenis penyakit dan ada yang tertumpu kepada satu jenis penyakit sahaja untuk pilihan pembeli.

42
Rawatan terhadap bakteria dan kulat

Potong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, penulis


membuang  rumpun kecil yang dijangkiti. Jika orkid monopodial, ia
biasa berlaku pada daun, penulis hanya memotong daun yang
dijangkiti sahaja.
Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian dengan
penyakit kepada rumpun atau pokok yang telah sihat untuk langkah
berjaga mengelakkan jangkitan.
Perhatikan perkembangan rumpun atau pokok yang telah dirawat,
jika masih terdapat sebarang jangkitan, ulangi proses di atas.

43
4 Serangga

Serangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang  biasa. Antara


serangga yang popular menyerang orkid adalah :

a. Semut
b. White flies
c. Aphid
d. Mites
e. Lipas
f. Scale insects
g. Kumbang
h.  Siput

44
Kumbang, lebah dan semut akan merosakkan bunga yang telah
kembang dengan memakan kudup bunga dan juga  pendebugaan
yang tidak kita kehendaki. Koleksi penulis biasa di serang
kumbang berwarna kuning yang selalu meninggalkan larva pada
tangkai bunga yang akan  memakan keseluruhan bunga. Lebah
dan semut tidak menjadi masalah utama kepada koleksi penulis.

Siput dan lipas akan memberi masalah dengan cara ia memakan


akar  dan pucuk muda pokok orkid anda. Ini akan merencatkan
pertumbuhan pokok.

45
Bunga Puteri adalah spesies orkid yang terbesar di dunia dan ia diketahui
tumbuh liar menumpang di atas pokok yang tinggi di dalam hutan.

Batangnya berjurai sepanjang tiga meter dan rumpun pangkalnya dipenuhi


dengan akar angin. Bunganya keluar pada tangkai yang tegak sepanjang
dua meter dan pada satu tangkai terdapat empat hingga 50 kuntum bunga
yang besar. Kuntum bunga ini kembang sekuntum dan berakhir sehingga
tiga bulan dan ia kelihatan unik dan menarik apabila berbunga lebat di atas
pokok yang tinggi.

46
Berasal daripada jenis tumbuhan liar
di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan
Filipina, dianggarkan terdapat lebih 1,000
spesies orkid di seluruh dunia.
Bagaimanapun, spesies Phalaenopsis antara
pilihan yang paling digemari oleh
masyarakat tempatan.

Keunikan

Ini kerana sifatnya yang tahan lebih lama


dan proses penjagaannya yang mudah
berbanding spesies-spesies lain. Atas alasan
itu, usaha penanaman baka Phalaenopsis
kini telah dilaksanakan secara komersial.

47
48
Penjagaan orkid Phalaenopsis jauh lebih mudah daripada
orkid biasa.

Cahaya matahari
Apa yang perlu cuma dari segi pendedahan terhadap
cahaya matahari, kekerapan siraman air, kelembapan,
pengaliran udara, bahan semaian dan baja.

49
‘ROOT GOOD, GROWTH GOOD, FLOWER GOOD’

Kata-kata di atas adalah satu  lagi


petua  yang amat bagus untuk anda ingat
di dalam penjagaan orkid.

Musbri Mohamed
Mei 2011

50

Anda mungkin juga menyukai