Anda di halaman 1dari 10

Senaraikan 2 pelopor teori humanistic

- Abraham Maslow

- Carl Rogers

4 prinsip pembelajaran humanistik :

- Mengutamakan pendidikan afektif

- Pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu


mempunyai cara belajar yang berbeza dgn individu lain

- Strategi p&p mesti diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar

- Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan sendiri

- Guru mesti menjaga kendiri pelajar dan membimbing supaya potensi mereka dapat
dikembangkan ke tahap optimum

4 implikasi teori humanis ke atas sesi p&p

- Guru memastikan keperluan asas pelajar dipenuhi

- Guru mengamalkan prinsip kebebasan dan demokrasi

- Strategi berpusatkan murid diamalkan

- Guru menerapkan pembelajaran kendiri dalam diri pelajar

- Interaksi antara pelajar digalakkan

- Pembelajaran yang paling berkesan ialah belajar cara belajar

Siapakah pengasas teori pembelajaran sosial?

- Bandura

Berikan huraian ringkas tentang teori permodelan Bandura

- Pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku


manusia. Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang
lain, individu tersebut scr tidak langsung mempelajari pula perubahan t/laku tersebut
Apakah empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui teori pemodelan?

- Perhatian (pembelajaran hanya akan berlaku jika ada penumpuan perhatian)

- Mengingat (t/laku yang diperhatikan mesti dikekalkan dalam ingatan- gunakan bahasa
dan imaginasi)

- Reproduksi (harus berupaya melakukan semula t/laku yang ditirunya)

- Motivasi/peneguhan (individu biasanya meniru dan melakukan semula t/laku yg


diperhatikan sekiranya ia mendatangkan kepuasan, peneguhan positif dan ganjaran)

Implikasi teori bandura dalam p&P :

- Penyampaian guru mesti cekap dan menarik – role model yang digemari oleh pelajar

- Demonstrasi guru mesti jelas dan menarik – so that pelajar dapat meniru dgn tepat

- Penggunaan rakan sebaya yang cemerlang sebagai role model – buat demonstrasi

- Ajar nilai murni guna teknik main peranan dan simulasi

- ABM (kraftangan, karangan, lukisan) yang bermutu tinggi

Langkah2 mengatasi masalah disiplin bilik darjah

- Tidak boleh selalu menggunakan hukuman ; nanti murid hilang motivasi

- Sekiranya hukuman perlu dilakukan, lakukan dengan cepat supaya lebih berkesan

- Hukuman mesti setimpal; hukuman berat tidak boleh diberikan atas kesalahan kecil

- Hukuman hanya boleh dilakukan setelah pertimbangan yang teliti

- Jangan sekadar menghukum, sebaliknya penjelasan mesti diberikan kepada pelajar


mengapa mereka perlu dihukum.
Senaraikan prinsip-prinsip asas teori pembelajaran konstruktivisme

- Pelajar mempunyai idea atau pengetahuan asas

- Pelajar membina pengetahuan baru berasaskan pengetahuan asal – prinsip


scaffolding/menyusun bata. (belajar dari senang ke susah;konkrit ke abstrak)

- Melibatkan aspek sosial dan fizikal

- Berlaku dalam konteks yang bermakna kepada pelajar (thoughtful learning).

- Guru sebagai fasilitator, strategi berpusatkan pelajar

- Pelajar membina pengetahuan dengan mengaitkan pembelajaran dahulu dengan


pembelajaran terkini

Senaraikan implikasi teori pembelajaran konstruktivisme ke atas p&p

- Guru menyediakan suasana p&p yang menggalakkan penyertaan pelajar – guru sebagai
fasilitator, gaya kepimpinan demokratik, interaksi dan soaljawap digalakkan, soalan-
soalan aras tinggi juga dimasukkan

- Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid; keputusan ujian yang lepas,
pengalaman lepas bersama pelajar

- Guru hanya memainkan peranan sebagai fasilitator ; guna ABM, suasana kondusif,
pengadil kepada perbincangan, pakar rujuk-tp bukan sebagai watak utama

- Guru perlu mahir dengan pelbagai teknik pengurusan bilik darjah ; penggunaan pelbagai
pendekatan dan strategi berpusatkan murid – kaedah kumpulan, pembelajaran aktif,

- ABM yang mencukupi dan pelbagai pelu disediakan agar pelajar dapat membina
pengetahuan (pelajar dapat mencuba –hands on, minds on, hearts on)

Modifikasi Tingkah Laku = Pendekatan sistematik untuk mengubah t/l melalui aplikasi prinsip2
pelaziman

Tingkah laku bermasalah – negative, positive…

Positif : ingin tahu, cepat belajar, pintar, cerdas, proaktif


Negatif 3 jenis * Distruktif lagi teruk daripada distruptif.

I. bergantung (menghalang) – hanya diri sendiri ( kebimbangan, pengunduran diri)

II. distruptif(mengganggu) – mengganggu orang lain (bising, hyperaktif, ketawa kuat,


hyperaktif)

III. distruktif(antisocial) – membahayakan diri dan orang lain ( vandalism, gensterisme)

Senaraikan teknik2 yang boleh digunakan untuk modifikasi tingkah laku :

- Peneguhan positif (ganjaran, pujian) dan negatif (denda)

- Reverse psychology – menyuruh pelajar membuat kesalahan tersebut. Contoh; ada


pelajar membuat bising, guru menyuruh pelajar tersebut meneruskan perbuatan
tersebut.

- Shaping – membentuk tingkah laku melalui bbrp peneguhan yang diberi secara
beransur2.

- Token economy – juga menggunakan prinsip peneguhan. Tapi ganjaran hanya dapat
dimiliki setelah t/laku positif berulang dan berjaya mengumpul token

- Kontrak lisan/ bertulis – contohnya aku janji yang ditandatangani di hadapan pengetua

- Modeling – ada kaitan dengan teori permodelan bandura (gunakan pelajar cemerlang
sbg role model/ sesiapa shj yang hebat di pandangan mata pelajar yang bermasalah).

Senaraikan prinsip2 bimbingan dan kaunseling :

- Interaksi antara kaunselor dan pelajar ; prinsip kepercayaan dan hub. Mesra

- Dijalankan secara bersendirian

- Pelajar sudi & rela ; tiada unsur paksaan

- Sistematik, teratur & mempunyai tindakan susulan

- Tanggungjawap bersama(bukan sahaja antara kaunselor dan murid, bahkan ibu bapa
dan pihak sekolah)

- Semua pelajar berhak mendapat peluang perkhidmatan ini


5 cara bagaimana guru bimbingan dan kauseling dapat membantu memperkembangkan
potensi pelajar

- Melayan keperluan2 pelajar spy perkembangan potensi mrk berlaku scr optimum

- Menolong pelajar memahami dan membentuk nilai, t/laku dan sikap yang sesuai dengan
budaya sekolah dan masyarakat

- Menolong pelajar memahami kekuatan dan kelemahan diri spy mereka dpt
menyesuaikan diri

- Menganjurkan kem motivasi bagi meningkatkan motivasi pelajar

- Memberi nasihat dan bimbingan dalam pelajar memilih jurusan atau m/pelajaran elektif
serta hala tuju kerjaya

Senaraikan2 ciri-ciri kemahiran berfikir ????

- Membanding dan membeza

- Membuat generalisasi

- Membuat keputusan

- menganalisis

Cara2 meningkatkan kemahiran berfikir murid

- Mengadakan perbincangan antara pelajar

- Menggunakan teknik penyelesaian masalah; mencari alternative, membuktikan


hipotesis, mendapatkan rumusan

- Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor sebelum membuat


pilihan

- Membimbing pelajar meninjau idea daripada sudut pandangan org lain

- Menggunakan soalan bercapah supaya belajar berfikir secara analitis, kritis dan rasional

- Cari teknik2 dalam CoRT (cognitive research trust)


Maksud strategi berpusatkan bahan

Bahan pengajaran memainkan peranan penting dalam proses pnp. Dengan menggunakan
strategi ini, pengajar boleh menyampaikan pengajarannya dgn lebih mudah menarik dan
berkesan.

Menggunakan : bahan pengajaran & bahan pembelajaran

Bahan pengajaran – carta, graf , peta, specimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita,
video, tv, projector, computer dan lcd

Bahan pembelajaran – buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat2 ujikaji, computer

5 kebaikan penggunaan strategi berpusatkan bahan

- Menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani (perkembangan menyeluruh)

- Penggunaan abm membantu pelajar memahami konsep abstrak dengan lebih jelas

- Pelajar mendapat kemahiran mengendalikan alat2 bantu mengajar

- Memupuk semangat berdikari – menjalankan aktiviti tanpa kehadiran pengajar

- Peluang interaksi antara pelajar meningkat. Sifat2 sosial yg positif dapat dibina

- Thoughtful learning!

5 perkara utama yg perlu ditimbangkan oleh guru dalam merancang sesuatu rph

- Butir-butir am seperti tarikh, masa dan bil pelajar

- Kemahiran yang ingin diterapkan

- Objektif pelajaran yang eksplisit

- Sumber pengajaran pembelajaran

- Penerapan nilai2 murni

- Penggabungjalinan kemahiran

- Permulaan/set induksi

- Perkembangan –pemeringkatan isi pelajaran, pengagihan masa

- Penutup
5 perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam memilih strategi p&p

- Pengetahuan sedia ada pelajar

- Minat dan sikap pelajar terhadap subjek atau topic yang diajar

- Aras kesukaran topic yang ingin diajar

- Kebolehan pelajar yang berbeza dalam satu kelas yang sama

Kepentingan refleksi selepas praktikum :

- Mengenalpasti masalah2 yang dihadapi dan cara penyelesaian

- Memastikan tindakan telah diambil untuk cuba menyelesaikan masalah

- Menilai tindakan sama ada berkesan atau tidak berjaya

- Melakukan penambahbaikan sekiranya perlu melalui cadangan2 baru

Ciri-ciri KBSR

- Bercorak pendidikan asas

- Dirancang bagi mencapai kemahiran dalam 3 bidang asas ; bidang komunikasi, bidang
manusia dengan alam sekeliling, bidan perkembangan diri individu

- Mengutamakan kemahiran asas 3M

- Menggalakkan penglibatan murid – strategi berpusatkan murid

- Memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu

- Program pemulihan diadakan untuk membantu murid lemah & program pengayaan
untuk murid yang lebih pandai

- Pendekatan integrasi – beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dalam satu m/p

Ciri – ciri KBSM (kesinambungan dan kesepaduan)

- Kesinambungan pendidikan KBSR; iaitu penguasaan 3M & perkembangan potensi


pelajar scr menyeluruh

- Semua mata pelajaran mesti mengandungi unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani
- Nilai2 murni diserapkan scr menyeluruh – nilai2 murni merentas kurikulum menerusi
semua subjek & yang dipupuk scr khusus dalam PI bagi pelajar muslim dan pendidikan
moral bagi pelajar bukan muslim

- Program penggunaan B. Malaysia dipertingkatkan dan diperkukuhkan – BM digunakan


dalam semua mata pelajaran – BM merentas kurikulum

- Menekankan pemupukan minat dan sikap positif thdp mendapatkan ilmu dan
kemahiran.

- Menitikberatkan penglibatan kokurikulum

Kesepaduan :

1. Kemahiran antara mata pelajaran 5. Ilmu antara m/pelajaran

2. Isi kandungan antara kurikulum dan koku

3. Bahasa merentas kurikulum

4. Nilai2 murni merentas kurikulum

Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan pencapaian antara pelajar bandar dan luar
bandar

- Kesan dasar pecah dan perintah oleh penjajah, orang melayu banyak menduduki
kawansan luar bandar

- Jurang ekonomi yang besar antara kedua2 lokasi ; pelajar luar bandar kekurangan
sokongan kewangan

- Kemajuan sains dan teknologi yang laju di bandar dan perlahan di kawasan luar bandar

- Kekurangan fasiliti dan tenaga pengajar di kawasan luar bandar

- Kurangnya pendedahan tentang kehidupan selepas tamat persekolahan dan tiada siapa
yang datang member motivasi

- Masalah disiplin & gejala sosial??how to relate


5 faktor yang menyebabkan tingkah laku distruptif

- Masalah keluarga – kurang kasih sayang, kurang perhatian, kesusahan hidup

- Masalah rakan sebaya – tidak diterima oleh rakan sebaya

- Kurang motivasi intrinsic – rasa tidak mampu dan tidak minat belajar

- Konsep kendiri yang negative

- Mempunyai masalah penumpuan (secara klinikal)

Bruner (Mazhab Kognitif)

- Teori pembentukan konsep –menyusun maklumat – sesuatu idea/konsep disusun


mengikut sifat2 umum – mengkategori – lebih ringkas, memudahkan pemahaman
pembelajaran dan proses mengingat

- Bahasa = penting dalam perkembangan kognitif = usaha memahami alam sekeliling


dalam bentuk symbol *symbol dan bahasa membantu manusia berfikir & solve probs

- Prinsip pembelajaran :

o Prinsip motivasi – pelajar yang masuk ke sekolah telah mpunyai motivasi


intrinsic (intrinsic ingin tahu –suka melihat, suka bertanya, suka bergerak)

o Prinsip struktur – isi pelajaran diorganise : apakah isi pengajaran yang sesuai,
apakah bentuk pengajaran yang sesuai

o Prinsip sekuen – i) prinsip kesediaan (set induksi)

ii) kaedah dan teknik mengajar – pemeringkatan isi pelajaran


(konkrit ke abstrak etc)

o Prinsip peneguhan – intrinsic ingin tahu kanak2 menjadi pendorong utama untuk
kanak2 mengambil inisiatif – kepuasan yang mereka dapati itu sendiri adalah
peneguhan tanpa memerlukan peneguhan2 lain

Teori pembelajaran kognitif Piaget

Sensori motor (0-2 tahun)

- Menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran

- Boleh membezakan objek sekitar


- Daya koordinasi antara penglihatan dan sentuhan

Pra operasi (2-7 tahun)

- Guna bahasa / symbol tunjukkan konsep

- Boleh bertutur dengan fasih

- Pemikiran egosentrik (anggap pandangan dan pengalaman org lain serupa dengannya)

- Percaya semua objek mempunyai jiwa (tidak boleh membezakan reality dan angan2)

- Pemikiran limited to transuktif shj –cth khusus kepada cth khusus sahaja. Tidak dapat
berfikir secara deduktif dan induktif

- Akhir fasa ini – berupaya memberi sebab untukmenyokong kepercayaan mereka, mula
mengelaskan objek mengikut cirri tertentu

Operasi konkrit (7-12 tahun)

- Egosentrik mulai luput

- Mula faham konsep transformasi, proses kebalikan dan proses songsangan

- Dapat mempelajari >2 perkara pada satu masa dan menguasai konsep keabadian

- Memahami aritmetik asas

- Mula menguasai pemikiran induktif dan deduktif

- Pemikiran limited kepada perkara KONKRIT shj!

Operasi formal (>12 tahun)

- Boleh mula berfikir scr abstrak, boleh menyelesaikan masalah kompleks

- Sudah menguasai pemikiran induktif dan deduktif – membuktikan teorem atau hukum
matematik

- Boleh menyelesaikan masalah operasi songsang dan masalah2 abstrak

- Boleh menggunakan logic untuk menyelesaikan masalah

Anda mungkin juga menyukai