Anda di halaman 1dari 5

KERERCAYAAN KEPADA TUHAN

Suatu anggapan yang disalah tafsirkan oleh setengah kalangan menyatakan bahawa
kepercayaan terhadap Tuhan Yang Maha Esa sebagai Maha Pencipta dan Maha Mengetahui
segala alam semesta itu adalah sesuatu yang emosional semata-mata, suatu tahayul pada
zaman lampau, tidak rasional dan tidak lojik, sebagaimana dicetuskan oleh sains moden.
Adalah dipercayai bahawa para saintis, ahli fizik, ahli biologi dan sebagainya telah
menimbulkan beberapa teori yang menolak dan menggantikan kepercayaan tradisional
mengenai Tuhan.

Pendapat demikian mempunyai dasar yang dibuat-buat dan adalah hasil kejahilan atau sikap
ketidakacuhan, baik mengenai asas-asas keyakinan terhadap agama mahupun bidang sains
fizikal itu sendiri. Adalah suatu kebenaran yang nyata bahawa disepanjang sejarah pemikiran
dunia terdapat sedikit sekali manusia yang benar-benar menolak konsep tentang wujudnya
Tuhan.

Pandangan umum yang sering dianggap sebagai anti-agama hampir semuanya bersifat
agnostik dan bukan atheistik. Dengan kata lain, mereka sebaliknya cuba mengenepikan
tentang wujudNya Tuhan tanpa menafikanNya. Hal ini memang benar dari sudut pandangan
tertentu, baik dari sudut sains moden mahupun teori yang bukan bersifat keagamaan pada
masa lampau.

Alam dunia ini mempunyai sistem yang nyata--berdasarkan sebab dan akibat, fenomena serta
hasil-hasilnya; sistem ini boleh diperbincangkan tanpa batas serta dibina teori mengenainya,
dengan memberi suatu gambaran yang cetek seolah-olah ianya lengkap. Tetapi hanya sekadar
itu sahaja dan mengenepikan hal-hal yang asas atau dengan mengakui bahawa hal-hal
tersebut tidak dapat diketahui. Sekiranya seseorang itu cuba mencari kenyataan yang dapat
meyakinkan berdasarkan prinsip-prinsip yang tegas bahawa wujudnya Yang Maha Esa itu
adalah tidak mungkin, maka sudah pasti ia tidak dapat menemuinya.

Sebabnya keadaan ini berlaku ialah kerana kepercayaan terhadap Allah adalah sesuatu yang
bersifat naluri , rasional, berkenyataan dan berintuisi, dan sengaja mengabaikan untuk
mengambil kira perkara tersebutlah yang menyebabkan sikap anti-agama itu dipertahankan.
Adalah suatu sifat naluri manusia yang mempunyai perasaan sejak lahir lagi mengenai
ketidaksempurnaan dirinya dan tidak berkeupayaan, dan sifat ini di bawa bersamanya sejak ia
dilahirkan hinggalah ke liang kubur. Dan dengan adany perassan inilah maka timbullah
keinginan untuk mencari perlindungan serta bantuan dari Yang Maha Esa, yang menguasai
seluruh tenaga tersebut, di mana manusia berasa dirinya serba kekurangan. Kita mengajukan
perasaan ini ke hadapan sebagai suatu naluri, walaupun ianya dapat dikesan dengan serta-
merta sebagai sesuatu yang berbukti juga. Kelemahan manusia yang dilandasi oleh pengaruh
yang tidak terhitung itu dan tidak dapat diatasinya adalah suatu fakat yang jelas dan tidak
perlu diperbincangkan lagi dengan panjang lebar.

Apa yang kurang disedari oleh setengah golongan intelek ialah kepercayaan kepada Tuhan itu
dapat disokong sepenuhnya dengan sebab dan logik, yang menjadi asas kepintaran manusia.
Sebagai contoh, adalah menjadi keperluan asas sebab-musabab, bahawa sesuatu efek tidak
dapat wujud tanpa sebab. Betapa kuat kita memerah otak, kita tidak dapat membayangkan
secara rasional sesuatu boleh berlaku tanpa sebab. Dan jika kita mahu menerima hujjah ini,
kita hanya boleh berbuat demikian deb=ngan mengenepikan Pemikiran. Pemikiran membawa
kita kepada kesimpulan bahawa sebagaimana elemen yang menjadi komposisi alam semesta
adalah efek daripada sesuatu sebab,m maka alam semesta itu sendiri sudah pasti merupakan
efek dari sesuatu sebab-satu sebab yang lebih kuat dan luar daripada alam semesta itu sendiri.
Para pemikir tanpa ugama terpaksa mengenepikan punca kejadian alam semesta dan mereka
terus berhujjah bahawa sesuatu telah terujud dari awal tanpa sebab yang diketahui. Hujjah ini
pada dasarnya tidak rasional dan dari itu tidak saintifik tetapi ianya menjadi keperluan kepad
para pemikir itu yang secara sengaja atau tidak sengaja, tidak mahu mengakui hukum-hukum
asas. Diantara mereka ini terdapat juga yang secara terbuka enggan berbincang atau
mengakui sebarang konsep metafizik. Tetapi sikap sedemikian hanya boleh dipertahankan
dengan mengabaikan akal pemikirak. Akal pemikiran itu meyakinkan kita kepada kesimpulan
bahawa memang adanya Penyabab yang muktamad, Penyebab segala sebab, melampaui alam
semesta yang mengandungi masa, ukuran dan perubahaan-yang Maha Agung.

Satu lagi tuntutan asas pemikiran ialah pelbagaian tidak boleh ujud tanpa hukum asas
penyatuan (Unity). Apabila fikiran manusia mengahadapi kepelbagaian, ia dengan serta-
merta cuba menyatukannya, kemudian menyatukan kepada penyatuan yang lebih tinggi dan
seterusnya sehingga tidak dapat ditingkatkan lagi. Hasil muktamad daripada pertimbangan
rasional mengenai kepelbagaian adalah unutk mencapai kepada penyatuan segala penyatuan,
Kesatuan Agung, Pencipta segala kepelbagaian, namun demikian pada asasnya adalah satu.
Apa jua fundamental pemikiran yang kita pilih, jika diikut, lambat laun kita akan dibawa
kepada matlamat yang sama-iaitu, kepercayaan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Agung.

Disamping kesimpulan yang dicapai secara proses rasional semata-mata, manusia dibawa
kepad kepercayaan kepada Tuhan dengan cara pemerhatian dan pengalaman. Salah satu
sebab utama yang menyebabkan manusia menafikan pengenalan tentang wujudnya Tuhan
adalah kerana keangkuhan intelek akibat daripada hasil menghargai kuasa yang dimiliki
dalam menganalisa dan sintesis dalam mempergunakan dengan kepintarannya mencipat
mesin-mesin yang kompleks unutk menjalankan tugasnya. Tetapi kebanggaan ini disebabkan
keranba terlalu menumpukan lebih perhatian kepada pencapaian diri sendiri dan buta kepada
kelemahan dirinya sendiri. Apakah sebenarnya kehebatan ciptaan mekanikal manusia tetapi
ianya hanya sekadar imitasi yang lemah dan rendah mutunya jika dibandingkan dengan
bentuk-bentuk yang begitu indah dan semulajadi yang terdapat dalam alam semesta. Dengan
cara meniru fungsi dari penglihatan manusia yang paling dasar, manusia berhasil mencipta
kamera; tetapi apakah dapat dibandingkan mesin ini yang dibuat daripada benda-benda yang
tidak bernyawa dengan bahan-bahan yang hidup yang terdapat pada mata manusia, dengan
segala pembaharuan, keterangan, kejelasan, keluwesan, dan kemantapan dari visinya,
hubungan yang langsung dengan minda yang bergerak dan menikmati segala benda yang
dilihatnya - dan kesemuanya ini tanpa sistem kontrol yang rumit dan yang langsung dibawah
perintah dari hasrat manusia? Ambil saja sebarang organ badan manusai dan kajilah ia -
telinga, jantung, otak, dan sudah pasti bahawa ianya diluar batas kemampuan manusia untuk
mengahayati dan mencipta alat-alat tersebut. Hasil penirua manusia yang tidak bermakna itu
adalah akibat dari kecerdikan, kesenian, dan kepintarannya. Apakah ada sesuatu hal yang
masuk akal, lojik, dan saintifik untuk menghubungkan alat-alat yang lebih canggih dan
sempurna serta berkekalan dari alam semulajadi dengan tanpa kabur dan buta seperti apa
yang dinamakan "the life force" atau "matter in evolution" dan mengabaikan begitu sahaja
tanp[a sebarang penjelasan? Sekirannya lojik ada bukti yanbg nyata (dan sekiranya tidak ada,
maka lebih baik kita berhenti berfikir dan menjad haiwan), maka suatu maha pengetahuan
sahajalah yang dapat mengetahui cara penciptaan yang ajaib-ajaib yang lebih unggul dari
pengetahuan manusia (sedangkan pengetahuan manusia sendiri adalah salah satu dari hasil
penciptaannya), dan mengawal seluruh kebendaan dan perjalanan alam semesta. Maha
pengetahuan tersebut hanya dapat dimilki oleh yang Maha Esa, Maha Pencipta , Maha
Pereka, dan Maha Memelihara dari segala ciptaan.

Sekiranya kita renungkan kedudukan kita dalam alam ini, maka kita akan dapati (demikian
juga semua makhluk yang lain) bahawa kita wujud dari gabungan tenaga dan keadaan yang
cukup akrab, maka kalau terdapat sedikit perubahan sekalipun, walaubagaimana halus akan
menghancurkan kita secara total. Kita hidup ibarat telur di hujung tanduk namun kita
dibolehkan untuk meneruskan kehidupan yang serba kompleks ini dalam keadaan kebebasan.
Kita tidak dapat hidup, umpamanya, tanpa istirehat setiap hari, kerana badan dan otak
manusia diciptakan sedemikian. Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, tetapi apa
yang menakjubkan ialah sistem solar telah dijadikan bersesuaian dengan keadaan manusia
yang lemah dan telah diaturkan siang dan malam yang bersesuaian dengan keperluan kita.
Manusia tidak dapat mengakui bahawa ia telah memaksa atau memujuk sistem solar untuk
berbuat demikian; dan demikian pula sistem solar tidak boleh memperakui bahawa ianya
telah berjaya membentuk tubuh manusia dan tenaga mental untuk disesuaikan dengan
peredarannya sendiri. Manusia dan sistem solar ternyata sekali terjalin dalam suatu organisasi
secara total di mana manusia mendapat manfaat darinya; penyelenggara dari keseimbangan
mutlak ini tidak lain dan tidak bukan ialah Al-Muqtadir, yang menguasai segala-galanya. Air
adalah suatu syarat yang diperlukan untuk kehidupan manusia; ianya juga merupakan
keperluan tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan makanan untuk manusia. Manusia
disediakan dengan air serta makanan utama, yang satu bergantung kepada yang lain.
Sekiranya air laut membanjiri sungai dan telaga kita atau turun dari langit, apakah ada
kesangsian bahawa kita semua akan mati akibat kelaparan dan kehausan dalam beberapa hari
sahaja dan seluruh dunia akan menjadi padang pasir yang kering kontang? Namun air laut
ditahan oleh suatu tabir yang ghaib di mana manusia sendiri tidak berkuasa berbuat demikian
dan matahari dan awan bergabung untuk menghapuskan garam dari air untuk membolehkan
kita terus hidup. Hubungan yang saling bergantungan yang berulang terus menerus ini
dengan diambil iktibar dari dunia fizikal, jika diibaratkan sebagai sesuatu yang kebetulan
("fortuitous") adalah merupakan suatu pertanyaan yang tidak berhabisan; dan malahan
berkontradiksi dalam istilahnya. 'Kebetulan' adalah ditujukan kepada sesuatu yang tidak
datang begitu saja kalau sistem atau peraturan yang ketahui, dan ternyata tidak bermakna dan
wujudnya pula cukupkacau bilau. Untuk menyebut satu sistem, suatu perseimbagan dan
organisasiyang dapat bersatu padu, suatu kebetulan adalah suatu kontradiksi diri yangketara
serta keliru. Suatu sistem "secara kebetulan" adalah suatu hal yang tidak masuk akal. Kalau
kita amati betul-betul, maka kita akan dapati bahawa seluruh alam semesta adalah saling
bergantung dan saling berhubung dan dariitu pula bukan secara kebetulan malahan terancang.
Kerpercayaan kepada Allah bermakna kepercayaan terhadap Perancang Alam Semesta.

Suatu elemen yang dasar dalam kesedaran manusia, suatu elemen yang mengatasi pemikiran
rasional adalah sesuatu kesedaran terhadap nilai dan tujuan kehidupan manusia. Sejahat-jahat
manusia sekali pun adalah terlarang dari menjadi seperti haiwan, dan bagi sebaik-baik
manusia, perasaan ini mempengaruhi jiwa raganya. Membezakan baik dari jahat, benar dari
salah, cantik dari hodoh, sihat dari tidak sihat, kebenaran dari kemungkaran adalah sesuatu
yang apabila diserang oleh analisa yang menghancurkan, maka ianya tetap tidak berkesan dan
terus kekal dalam kota intuisi masing-masing. Sepanjang zaman dan keadaan, manusia tidak
berhasil menanggalkan dirinya dari idea bahawa di sebalik kesan-kesan zahir, setiap
perbuatan mempunyai kualiti di mana ianya boleh diadili dan diperingkatkan dalam bahagian
nilai yang terakhir. Disamping kesedaran megenai wujudnya nilai-nilai ini, terdapat pula
perasaan bahawa tujuan hidup manusia ialah untuk mencapainya, bahawa bukan saja
kecemerlangan yang terdapat dalamnya, bahkan wajar untuk dimiliki, kerana ianya dicipta
untuk memilikinya. Kesedaran semulajadi mengenai tujuan yang berkualitatif, jika
berkembang tanpa prejudis yang agnostik, akan membawanya kepada konsep kebaikan dan
kebenaran mutlak sebagai matlamat akhir kewujudan manusia dan dari situlah (kerana kualiti
tidak wujud kecuali pada sesuatu yang berhak kepadanya) pula ianya mengarah kepada
sesuatu kewujudan yang memiliki dan pengarang sifat-sifat ini, Yang Maha Guna dan Yang
Maha Pengguna.

Keperluan muktamad tentang wujudnya Allah adalah terbukti. Pada beberapa peringkat
dalam sejarah dunia dan di sana-sini, beberapa orang tertentu mengakui mereka telah
ilhamkan oleh Tuhan untuk menyampaikan seruanNya kepada manusia. Mereka ini bukannya
gila; kita memiliki rekod sejarah mengenai setengah dari mereka termasuk sebahagian atau
seluruh dari seruan yang mereka katakan mereka telah diutuskan , dan ternyata mereka itu
adalah orang yang berintelek dan mempunyai moral yang cukup menyakinkan. Mereka tidak
muncul sekaligus, agar kita boleh menyatakan sebagai suatu trend sejarah. Mereka muncul
pada waktu-waktu tertentu melintasi sejarah, khususnya pada waktu kemerosotan moral.
Kalau kita mengkaji risalah mereka, kita dapati bahawa di samping perbezaan pengungkapan
yang berkaitan dengan keadaan zamannya, seruan-seruan tersebut bukan sahaja mempunyai
persamaan yang luar biasa malahan pada dasarnya cukup identikal. Mereka telah menyatakan
bahawa Tuhan telah menyampaikan kepada mereka berdasarkan inspirasi, dan telah
memerintah mereka untuk menyerukan kewujudannya sebagai Pencipta, Pemelihara, Al-
Muqadir dan, akhirnya, Pemusnah alam semesta, untuk menandakan KeampunaNya dan
KeadilaNya, dan untuk memberi amaran kepada manusia bahawa dengan cara mengingati
dan menyembahNya sahaja dan mengikuti moral dan prinsip-prinsip praktikal yang Ia telah
beritahu bahawa dengan cara ini sahajalah mereka akan mencapai kejayaan dan kebahagian
di dunia dan di akhirat. Nabi yang terakhir adalah Muhamad dari Mekah, yang telah
menyatakan bahawa tidak ada nabi yang lain sesudahnya, dan telah pun terbukti bahawa
berdasarkan fakta sejarah, tidak ada manusia yang boleh membuat tuntutan mengenai nabi
yang lain sejak zaman tersebut. Kini, mereka yang berbincang atau enggan berbincang
mengenai wujudnya Allah hampir semuanya bergantung kepada hujjah-hujjah rasional atau
antirasional dan jarang, kalau adapun sedikit sekali meninjau dari sudut fakta yang nyata.
Dua elemen yang dasar dalam pengetahuan manusia, iaitu seluruh sejarahnya, upamanya, dan
pengetahuan manusia biasa mengenai sains, hanya diketahui dari maklumat orang lain,
kecuali ianya pakar dalam bidang berkenaan. Apabila para pakar dalam cabang ilmu tertentu
terus mendesak bahawa sesuatu perkara itu sebagai fakta yang mutlak, sudah menjadi
keperluan untuk manusia yang lain yang tidak berkemampuan mencapai ilmu tersebut secara
langsung, akan menerimanya begitu sahaja. Dalam bidang inspirasi secara langsung dari
Allah, dan pengatahuan mengenai sifatNya dan kudratNya, kita memiliki kenyataan yang
berulang kali dari manusia dalam sejarah yang telah menyakinkan kita tentang wujudnya
Allah dan mereka telah diperintah untuk menyampaikan SeruanNya; bahkan bukan setakat
itu sahaja, kebenaran tentang bidang keTuhanan dan kerohanian seperti yang diterangkan
oleh nabi-nabi itu telah di sokong dan disahkan dengan pengalaman kerohanian oleh
pengikut-pengikut mereka yang tidak terbilang sehingga hari ini.

Penyokong-penyokong ini terdiri dari-dari para wali dan ahli-ahli mistik dari perbagai
masyarakat. Kenyataan ini mengenai wujudnya Allah, kenyataan-kenyataan para nabi, dan
kenyataan darinya sebagaimana yang dibuktikan oleh para penganut, kesemuanya
berdasarkan cara persepsi intuisi yang langsung dari wujudNya tidak dapat di nafi atau
diabaikan dengan begitu saja. Untuk menafikan dan mengabaikan perkara-perkara tersebut
begitu sahaja adalah suatu hal yang tidak lojik dan tidak saintifik; dan bertentangan dengan
prinsip dasar mengenai penerimaan dan penyebaran pengetahuan manusia. Sebagai tambahan
dari sifat kesedaran semulajadi, intuisi dan lojik, kepercayaan kepada Allah mempunyai bukti
yang tidak dapat dipertikaikan lagi untuk membuktikan kebenarannya

Atheisme sering dikatakan sebagai paham yang tidak mempercayai Tuhan, baik itu
keberadaannya maupun perannya dalam kehidupan manusia. Sulit untuk merunut sejak kapan
paham ini ada di muka bumi. Walaupun demikian, banyak orang yang mengklaim bahwa
dirinya atheis. Atheisme mulai diberikan landasan rasional ilmiah ketika Ludwig Feuerbach
menerbitkan karyanya The Essence of Christianity dan melakukan kritik agama khususnya
agama Kristen.

“Atheisme” yang (Tidak) Bertuhan


Atheisme model Ludwig Feuerbach adalah filsafat model “tak lain daripada…”. Hal ini
karena pemikiran yang diajukan hanya melihat sesuatu dibalik/dibelakang masalah yang
dibicarakannya. Bukannya secara jujur mengungkapkan kebenaran dan kesalahan dari agama
tapi langsung masuk kedalam adanya sesuatu di balik layar dari agama itu : “bahwa agama
tak lain daripada….”. Landasan filosofis ini sering disebut dengan nama Reduksionisme.

Dalam tulisan ini saya hanya mengungkapkan 4 landasan berpikir para pemikir aliran utama
atheisme, tentunya dengan penjelasan singkat ala kadarnya. Keempat pemikiran itu, yang
mempelopori filsafat kritis terhadap agama, adalah Ludwig Feuerbach, Sigmund Freud,
Friederich Nietzsche, dan Jean-Paul Sartre.

Anda mungkin juga menyukai