Anda di halaman 1dari 2

Objektif 1Malaysia

Kepercayaan kepada tuhan


Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang2
Kesopanan dan kesusilaan

8 elemen

• Budaya kecemerlangan
• Ketabahan
• Rendah hati
• Penerimaan
• Kesetiaan
• Meritokrasi
• Pendidikan
• Integriti

Menjayakan gagasan 1Malaysia di kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang sukar


dijadikan realiti. Ini kerana pelajar telah didedahkan dengan konsep perpaduan dan
penyatuan semenjak mereka melangkah ke alam universiti lagi. Lagi pula ereka
dibimbing oleh golongan akademik yang sudah pasti tentang halatuju Malaysia dan
mereka yang penuh dengan nilai-nilai murni. Cuma apa yang perlu difokuskan ialah
apakah langkah-langkah yang perlu diambil supaya konsep perpaduan yang berlangsung
di universiti dapat diaplikasikan walaupun mereka sudah bergelar graduan universiti.

Pentingnya pupukan nilai-nilai perpaduan di dalam masyarakat beranalogi seperti bahan-


bahan yang perlu untuk membancuh simen. Sekiranya adunannya salah, maka kekukuhan
sebuah bangunan akan diragui dan berisiko tinggi untuk runtuh.

1Malaysia pada perspektif pelajar merangkumi aspek-aspek yang sentiasa dilakukan


dalam rutin seharian seperti kuliah, rekreasi, sukan, persatuan dan kelab. Sekiranya
1Malaysia mahu diaplikasikan, maka pada aspek inilah ia seharusnya difokuskan.

8 elemen 1Malaysia yang didefinisikan dari perspektif pelajar:

Budaya kecemerlangan

Dalam budaya kecemerlangan di universiti, pendekatan seperti belajar berkumpulan,


kesediaan untuk membantu rakan-rakan di dalam kelas, tidak bersendirian untuk berjaya
dalam sesuatu subjek serta lain-lain lagi perlu diterap dalam nilai seorang pelajar. Tugas
itu perlu dipertanggungjawab kepada semua pihak. Contohnya program mentor mentee di
dalam sesebuah fakulti atau di dalam kelas. Pelajar sendiri yang mengajar rakan mereka.
Dalam konsep 1Malaysia ini, perpaduan dan berbilang kaum itu harus menjadi tempat
pertama. Budaya kecemerlangan juga bukan sahaja berteraskan pelajaran, malah ia boleh
diambil kira dari segi menepati masa, kekemasan penampilan, budi bahasa, dan
menghormati pensyarah atau tutor. Ia boleh dibimbing bersama.

Ketabahan

Terlalu banyak perkara yang terjadi pada waktu silam yang membabitkan perpaduan dan
bagaimana sukarnya untuk manghasilkan seseorang yang boleh menerajui kepimpinan
negara, cukup dengan keperluan akademik dan sahsiah. Oleh itu, pelajar harus bersyukur
dan menjadi lebih baik memandangkan keadaan perpaduan yang terjamin sekarang.
Pelajar perlu mengambil peluang dan bersifat cekal dalam merealisasikan aspirasi negara.
Dalam program yang akan di jalankan ini, ketabahan pelajar akan diuji dengan pelbagai
aktiviti, di mana bukan sahaja ketabahan diri sendiri akan dipersoalkan, malahan
ketabahan sebagai satu pasukan turut menjadi elemen penting.

Rendah hati

Sikat yang mempunyai nilai yang tinggi di dalam budaya rakyat Malaysia. Sikap ini
dapat membantu