Anda di halaman 1dari 2

Inflasi Di Malaysia

Artikel saya kali ini akan menyentuh mengenai inflasi di Malaysia. Jika kita tengok sejarah
inflasi di Malaysia pada tahun 1985 kadar inflasi hanyalah 0.4% tetapi telah meningkat
kepada 4.7% dalam tahun 1992. tetapi telah menurun kepada 3.5% pada tahun 1995 dan 3.6%
bagi sembilan bulan pertama tahun 1996.

Inflasi bermaksud suatu proses kenaikan yang berterusan dalam tingkat harga umum untuk
semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi.Inflasi diukur melalui kaedah
Indeks Harga Pengguna (IHP). IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan
dan perkhidmatan pada tahun asas dengan tahun semasa. Kadar inflasi pula adalah peratus
perubahan paras harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. 430
item barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah akan di ambil kira oleh IHP.

Faktor penyebab inflasi:

terdapat empat jenis/faktor berlakunya inflasi

1. Inflasi tarikan permintaan

- perbelanjaan kerajaan bertambah

- peningkatan pendapatan pengguna

- peningkatan pelaburan

- penurunan kadar cukai

2. Inflasi tolakan kos

- kenaikan kos pengeluaran

- kenaikan untung firma

- kenaikan upah buruh

3. Inflasi diimport

- peningkatan harga di luar negara

- penurunan kadar pertukaran wang

4. Jangkaan pengguna

Inflasi yang berlaku telah memberikan kesan positif dan negatif.

 kesan positif - inflasi yang sederhana akan menggalakan pelaburan dari firma-firma
dan sekaligus dapat meningkatkan penggunaan guna tenaga dan dapat mengurangkan
kadar pengganguran. Golongan pemilik harta tetap, pemilik saham dan golongan
peniaga akan menikmati keuntungan. Pertambahan pelaburan akan menambahkan
keluaran negara jika ekonomi belum mencapai tingkat guna tenaga penuh. akibatnya
pendapatan negara turut bertambah.
 kesan negatif - tingkat harag umum meningkat dan pendapatan benar penduduk akan
menurun da merendahkan kuasa beli pengguna. Golongan yang berpendapatan tetap,
pemiutang dan orang yang menabung mengalami kerugian kerana firma telah
mengurangkan pendapatan benar mereka.

Langkah-langkah membendung inflasi:

 kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketet untuk kurangkan pertumbuhan


penawaran wang di pasaran serta menetapkan kadar faedah yang tinggi bagi pinjaman
yang dibuat oleh pengguna agar dapat menggelakan perbelanjaan awam dan
mengetatkan syarat pengeluaran kad kredit.
 Dasar Fiskal iaitu pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, batrangan isi
rumah, barangan elektrik, elektronik dan sebagainya.
 kerajaan juga menggalakan persaingan yang lebih sihat agar industri dapat
menghasilkan produktiviti yang tinngi. Sistem pengangkutan jugs harus diperbaiki
untuk menggelakan kesesakan. Agensi -agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian
Pertanian, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA) juga di saran untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran
makanan.

Kempen anti-inflasi juga patut digiatkan agar penduduk sedar dan merubah sikap supaya
mereka dapat mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang
paling rendah. Di antara langkah-langkah yang dapat di ambil oleh penduduk di Malaysia
ialah:

 membeli barang buatan Malaysia


 mengelakkan pembelian tidak di rancang
 membali hanya barangan keperluan yang benar-benar diperlukan sahaja
 menggalakan penjimatan dan menabung
 mengurangkan pembelian dengan kad kredit
 elakkan amalan pencatut (profiteering) oleh para peniaga
 menggalakan pembentukan imej pengguna bijaksana..

Inflasi siafar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah
merujuk kepada usaha-usaha kerajaan mengakalkan paras harga bagi barangan dan
perkhidmatan perlu yang biasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini
terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang makanan, pengangkutan
utiliti dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai