Anda di halaman 1dari 4

Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Falsafah IPGM Kampus PM

IPGM Kampus PM berazam untuk terus berjuang ke arah penghayatan dan pembinaan semangat keintelektualan dan profesionalisme
pendidikan perguruan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sesuai dengan ajaran Islam dan kebudayaan Melayu.

Visi IPGM Kampus PM

IPGM Kampus PM sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Guru bagi melahirkan guru yang berbudaya ilmu, reflektif, berdedikasi dan
berintegriti.

Misi IPGM Kampus PM


Melaksanakan perkhidmatan pendidikan keguruan yang sistematik sebagai landasan membina keimanan, keilmuan dan kemahiran dalam
kalangan pelajar yang mampu bertindak secara berhikmah dalam pelbagai situasi melalui program pemantapan profesionalisme secara
bersepadu.

Objektif IPGM Kampus PM

 Melahirkan guru yang menguasai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai disiplin serta mengamalkannya secara reflektif dan saintifik;
 Membentuk watak guru peteladan dari segi kepimpinan, kecerdasan berfikir, kemantapan rohani, kestabilan emosi, ketangkasan
jasmani, penampilan diri dan berkemahiran interpersonal selaras dengan etika dan nilai keguruan;
 Memupuk kebolehan menganalisis situasi dalam menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan yang tepat;
 Mewujudkan iklim organisasi yang kondusif bagi menyuburkan budaya ilmu dan amalan pembelajaran sepanjang hayat untuk
meningkatkan profesionalisme keguruan dan budaya kerja;
 Meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi menerusi pembudayaan kerja berpasukan secara cekap, jelekit dan beriltizam dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan;
 Mewujudkan rangkaian kerjasama antara IPGM Kampus PM dengan institusi pendidikan, masyarakat, dan agensi-agensi lain untuk
menjana perkongsian ilmu dan kemahiran dalam menangani isu pendidikan semasa; dan
 Menjadikan IPGM Kampus PM pusat pendidikan guru yang unggul menerusi pelbagai kursus dan perkhidmatan konsultasi dalam
perkembangan profesionalisme keguruan.

11
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Matlamat IPGM Kampus PM

Melahirkan guru yang menguasai multidisiplin ilmu, mengungguli kemahiran keguruan dan memiliki akhlak mulia.

Moto IPGM Kampus PM

IMAN ILMU INTEGRITI

IPGM Kampus PM mengutamakan pemantapan iman, penguasaan dan penghayatan ilmu, kebijaksanaan berfikir dan kecekapan bertindak ke
arah pembentukan jati diri insan guru yang berhikmah dan beramanah.

Logo IPGM Kampus PM

Logo IPGM Kampus PM membawa pengertian yang berikut:

* Bintang berbucu lima melambangkan Rukun Islam yang lima dan juga Rukun Negara;
* Bulan sabit berwarna kuning melambangkan kesucian Agama Islam;
* Daun mengambil sempena nama tempat terletaknya Institut ini iaitu di Durian Daun.
* Nama IPPM dalam tulisan Jawi Nasakh melambangkan Institut mendukung keperibadian Melayu-lslam.
* Warna kuning dan biru melambangkan warna Institut, yang juga selari dengan pengertian warna-warna
pada bendera Malaysia, disebabkan Institut ini merupakan sebuah institusi di bawah Kerajaan Persekutuan;

* Moto IPPM ialah “Iman Ilmu Integriti”

*Logo ini digunakan sehingga logo IPGM yang seragam diwartakan untuk kegunaan semua IPGM

12
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Piagam Pelanggan IPGM Kampus PM

Kami warga IPGM Kampus PM dengan penuh tekad dan beriltizam memberi perkhidmatan pendidikan keguruan dan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk;

 melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti mengikut ketetapan dan keperluan kursus;
 memberi perhatian dan mengambil tindakan semua aduan pelanggan yang diterima;
 membayar elaun pelajar dalam tempoh sepuluh hari pertama bekerja bulan semasa mulai Februari dengan syarat peruntukan elaun
diterima KECUALI bagi pelajar yang baru mendaftar dan elaun pelajar yang dibayar secara semester;
 mempastikan pelajar IPGM Kampus PM menguasai ilmu dan kemahiran keguruan dan memiliki jati diri serta sahsiah yang unggul;
 mengemas kini semua maklumat pelajar untuk tujuan rekod dan rujukan;
 memaklumkan maklumat pelajar semester akhir ke bahagian-bahagian berkenaan sebelum penempatan atau menamatkan kursus;
 mengumumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh tiga hari bekerja selepas surat pengumuman keputusan peperiksaan diterima
daripada BPG; dan
 menyediakan khidmat konsultasi dan rujukan pendidikan kepada warga pendidik dari semasa ke semasa.

13
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Teras Kecemerlangan IPGM Kampus PM 2006 – 2010

1. Memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran;


2. Menyediakan prasarana kondusif untuk warga IPGM Kampus PM;
3. Membudayakan kerja cemerlang dalam kalangan warga IPGM Kampus PM;
4. Menghayati nilai-nilai murni dalam perkhidmatan;
5. Menyediakan perkhidmatan latihan berkesan kepada guru/guru pelatih;
6. Mewujudkan budaya penyayang; dan
7. Menjana penguasaan ilmu sepanjang hayat.

14

Anda mungkin juga menyukai