Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN KETUA PELAJAR SEMPENA PERSARAAN

PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERAK,


PARIT BUNTAR – TUAN HAJI IDRIS BIN ABDULLAH

Bismillahir Rahmanir Rahim

Terima kasih tuan/puan pengacara Majlis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Yang Dihormati Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perak, En. Mohd Rauhi bin Mohd Isa,

Yang Dihormati Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, Tuan Haji Mat Lazim bin Idris

Yang berusaha Ayahanda Yang Dikasihi, Tuan Haji Idris bin Abdullah, Pengetua SMK
Seri Perak, Parit Buntar , ayahanda yang diraikan dan isteri.

Yang dihormati , Yang dipertua PIBG, SMK Seri Perak

Guru-Guru kanan Pentadbiran, Guru-Guru Bimbingan dan kaunseling, guru-guru


penolong

Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru

seterusnya rakan-rakan pelajar sekelian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa
pengelola majlis ini kerana telah sudi memberikan peluang kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata bagi mewakili rakan-rakan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Perak, Parit Buntar sempena meraikan persaraan ayahanda yang amat
kami kasihi yang menjadi tonggak kejayaan kami anak-anak yang dahagakan ilmu untuk
menjamin kehidupan masa depan.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kerana hari ini bolehlah
dikatakan sebagai hari terakhir bagi kita dapat bersama-sama seorang ayah yang sangat
berbudi sebelum tiba tarikh rasmi persaraan wajib beliau kunjung tiba iaitu pada ………

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sebagai Seorang Ketua Pelajar sesi tahun 2011, saya ingin menggunakan kesempatan
yang diberi yang mana mungkin juga menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah
mesra dan melunaskan rasa rindu kasih kami iaitu anak-anak didik kepada ayahanda
Tuan Haji Idrisi bin Abdullah.

Lepas tu aku sambung guna pensel ja…buat last2 minit…hg cuba la ucap penghargaan
dia..
Dan contoh pnghargaan ka…
Yang Dihormati Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah
Kerian, Guru-Guru, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Rasanya saya tidak mahu berucap panjang untuk memberi ruang kepada agenda
seterusnya. Andaikata terdapat salah dan silap penyampaian saya kemaafan jua
dipohon. Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun untuk halwa telinga,

Buah cempedak diluar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Salah dan silap tolong maafkan.

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Semoga selamat sentosa dan sihat sejahtera buat ayahanda Tuan Haji Idris bin Abdullah
dan isteri.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

Anda mungkin juga menyukai