Anda di halaman 1dari 1

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional.

Drama tari
Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur
ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks
percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu ,
Patani, Kelantan]], Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan
unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan
teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di
Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai
wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan
Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa
meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian,
lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam
siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka
yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat
dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak.
Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan
watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba
menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.