Anda di halaman 1dari 2

Ni yg panduan Lec Pau Kee bg kn....

kalau saya nk buat mcm ni,sya akan huraikan seperti di


bawah. Yg penting apa yg kita buat tidak lari drp tajuknya iaitu guru berkesan berdasarkan nilai
bitara. Penggunaan ayat paling penting bila menulis agar menjurus kepada apa yg ditanya dan
apa yg perlu dijawab.

Tugasan 2

1.0 Pengenalan

2.0 Aspek ciri-ciri guru berkesan berdasarkan nilai-nilai bitara

2.1 Aspek __(Akauntabiliti)___ berdasarkan nilai bitara ___(Intergriti___)

2.2 Aspek ___________ berdasarkan nilai bitara ___________

2.3 Aspek ___________ berdasaskan nilai bitara _________

2.4 Aspek ___________ berdasarkan nilai bitara ___________

2.5 Aspek __________ berdasarkan nilai bitara ____________

3.0 Implikasi ciri-ciri guru berkesan berdasarkan nilai-nilai bitara

4.0 Rumusan

Bibliografi

2.1 Konsep Akauntabiliti


Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab
kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep
akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu
tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan
tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi
dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru
itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap

2.1.1 Pelajar

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan
keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab
haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani,
emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan
mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada
mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk
menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang
baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga
di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru
merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi
oleh anak muridnya.

2.1.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu
menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai
seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan
maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap
proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik
supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan
guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.