Anda di halaman 1dari 2

Peliharakan Kaki Semasa Berjalan,

Peliharakan Lidah Semasa Berkata;

Sabda Nabi Dijadikan Panduan,

Tuntutlah Ilmu Hingga Ke China.

Belayar Bernakhoda,

Berjalan Dengan Yang Tahu;

Ketika Ilmu Ditimba,

Biarlah Kita Berguru.

Teratai Melati Melur Dan Mawar,

Bunga-Bungaan Harum Dan Wangi;

Guru Laksana Pelita Pelajar,

Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Di Mana Ada Kemahuan,

Di Situ Ada Jalan;

Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,

Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.

Anda mungkin juga menyukai