Anda di halaman 1dari 11

Tips kecantikan

1. Selepas solat Isyak

2. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali

3. Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

4. Tiup dalam air dan minum.

5. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan

rumahtangga kita.

Makna Surah

Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan

isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka

sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai

jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR

- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran,
contohnya. - Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod
ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit
rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan
dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau
usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah
tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat
ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit.
Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi
untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang).
Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus
untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke)
dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum
lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan
lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas
dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure),
hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-
Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin
atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau
"spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah
pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit
tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu saya mengubati termasuklah anak-anak yang
mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan
penyakit kronik yang lain.

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah

dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu

permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih m ani s daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada

susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.

kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang


dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.

makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,

Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air

mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan

Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk

ketika menunaikan solat.

7) Jika orang ter ani aya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah

s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah

tetapi dizalimi.

10 Surah Yang Baik Diamalkan

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-
Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh
daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk
mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah
kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5
waktu.
2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-
Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin,
nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya.
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin
dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang
mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik
dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan
dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu
malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan
dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika
diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-
Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang
membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang
membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan
minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-
isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak
pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan
menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali
juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam
tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat
Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa
yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam
iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat
besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w.,
mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari
azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara
mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti
Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk
itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu
menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-
Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia
membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu
Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas.
Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia
akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan
dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur,
Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua
telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit
kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan
godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia,
bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari
kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini
termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia
memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan
manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN ALKARIM

By -

BISMILLAH  (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan
gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada
kematian terkejut.  Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim,
hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada
pembaca.

SURAH  AL-FATIHAH  (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya


permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan
ditakuti oleh musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya
rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari
tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya,
dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan
kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada
ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.  Barangsiapa berwudhuk lalu
membaca sekali, nescaya Allah ! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan
mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca
sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya 
ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh,dan
mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal
dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain
mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan
terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan
dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati
Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan
menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan
kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan
terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan
dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari
kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak  yang mungkin selama 3 hari
berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.
Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini,  keatas  air lalu diberi minum
kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika
ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan
tenggelam.

SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu
beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat
47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat
Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati
oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai
hakikat  iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat
perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa  membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia
melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari
surah ini, nescaya ia akan terhindar dari  mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan
ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia
akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa
membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap  sembahyang, nescaya akan
mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran
hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan
kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA’D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa
membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan
terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak
kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH  BANI  ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap
insya Allah akan hilang gagapnya itu.  Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia
pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang
setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa
membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
SURAH  THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan
akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21
kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan
sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat
di sisi Allah s.w.t .

SURAH  AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH  AL-MU’MINUN  (Orang-orang  Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum
minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari
surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari
kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang
siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia
akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali  ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di
dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan
ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-
orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.


SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan
mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya
akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.  Barang siapa membacanya,
nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak
menzaliminya.

SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari
penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat
dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir,
nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH  AL-AHZAB  (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat
kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah
ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH 
SABA‘  (
Saba‘)

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya
tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)


Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran
ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali
dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca
surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi  sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t
akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula Baginda
s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang
siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang
siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu
bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca
sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang
siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia  mati pada malam itu, mesti ia mati
syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan
diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun
kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta
naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini
banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh
anda sekalian.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD  (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.”Berdoalah
kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan
hina.”

[Al-Mukmin: 60]

Anda mungkin juga menyukai