Anda di halaman 1dari 2

Pahlawan Buntung

Baca petikan dan jawab soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

Waktu kami akan berangkat meninggalkan pangkalan, Pak Hussain dalam perjalanan
kerana memeriksa barang-barang rumahnya. Dengan tiba-tiba dia dicegat oleh dua orang
tentera Jepun. Rupa-rupanya Jepun itu boleh berbahasa Melayu. Dia kenal orang Melayu.
Dengan senapangnya, dia memaksa Pak Hussain menguburkan mayat-mayat tentera dan
orang mati. Ketika beberapa orang Jepun itu mahu mencari orang-orang kampong, Pak
Hussain menyatakan semuanya sudah lari. Sekaliannya sudah pindah. Akibat sikapnya yang
berani itu, Jepun tidak turun ke pangkalan. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar. Mayat-
mayat yang berpuluh-puluh (di Pantai Pak Amat sahaja) dikuburkan beramai-ramai. Dia
bekerja sehari suntuk. Darah menyimbah ke seluruh badannya. Dia seorang diri. Hingga
menjelang senja (dia pun diberi makan biskut dan air oleh tentera Jepun), dia meminta kepada
tentera yang pandai berbahasa Melayu itu, mahu membuang air besar. Ketika itulah dia
mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Hussain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari
Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali.

1. Apakah reaksi tentera Jepun apabila Pak Hussain mengatakan orang-orang kampung telah
lari? (2 markah)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Pada pendapat anda, apakah kesan negatif yang akan dialami oleh negara yang terlibat
dalam peperangan? (4 markah)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen diatas dan dua persoalan lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. (3 markah)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai