Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja telah diwujudkan pada tahun 1994

di mana ia bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan sekaligus melindungi

kebajikan orang-orang yang sedang bekerja di tempat kerja begitu juga orang lain yang turut

berada di sana tetapi tidak berkaitan dengan kerja yang dibuat. Di samping itu ia juga

menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi

orang-orang yang sedang bekerja. Falsafah dan prinsip akta ini diwujudkan adalah mengenai

tanggungjawab di antara majikan, perundangan serta kerjasama serta penglibatan para

pekerja.

Secara umum, struktur perundangan akta meliputi tugas dan kewajipan (di

antara pihak majikan, pakerja dan orang lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung); jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam syarikat atau perusahaan serta

penglibatan pegawai-pegawai JKKP, notis pemberitahuan dan larangan.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja merupakan gabungan dua

perundangan iaitu pertama; undang-undang berkanun yang mana digubal oleh kerajaan di

mana ianya melibatkan undang-undang berkaitan jenayah yang akan diadili oleh mahkamah

tinggi serta merangkumi penalti dan penjara jika sabit kesalahan. Keduanya; perundangan

umum yang mana ianya melibatkan keputusan para hakim di peringkat mahkamah sivil seperti

dalam kes-kes kelalaian, gangguan kerja dan kegagalan mematuhi peraturan-peraturan akta.

Ianya merangkumi urusan-urusan gantirugi atau denda yang biasanya melibatkan wang ringgit.

1
Skop akta merangkumi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi

termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali mereka yang bekerja

di atas kapal perdagangan dan angkatan tentera. Kewujudan akta adalah sangat penting

kerana ia bertindak sebagai pengawal kepada perjalanan mana-mana perusahaan atau syarikat

agar apa juga jenis pekerjaan yang dilakukan adalah dilindungi dan sekiranya sebarang

kejadian tidak diingini berlaku akan mendapat pembelaan sewajarnya. Ia juga mendorong

pihak majikan bagi menyediakan apa-apa bentuk peralatan keselamatan yang wajib disediakan

bersesuaian dengan jenis dan tempat kerja. Skop yang digunapakai secara umum adalah

seksyen 15, 16, 17, 18, 28, 29 dan 30. Bagaimanapun setiap perusahaan juga terikat dengan

akta lain seperti akta elektrik sekiranya ianya merupakan syarikat yang mengusahakan atau

memberi perkhidmatan yang berkaitan elektrik.

2
PROFIL SYARIKAT

POWERMARA ENTERPRISE adalah syarikat kontraktor berstatus bumiputra.

penubuhannya bermula pada 05 Jun 2001 di bawah pendaftaran Akta Bekalan Elektrik 1990

sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kerja-kerja berkaitan elektrik.

Skop kerja yang dikendalikan merangkumi senggaraan, pembersihan talian, pemasangan kabel

talian atas VT & VR, kabel bawah tanah VT & VR, pendawaian domestic & industri serta lampu

jalan termasuk pengujian ke atas pemasangan. Syarikat ini berpengalaman dalam

melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan di bawah seliaan SESB Sdn. Bhd. khasnya serta

jabatan-jabatan lain seperti JKR, Bomba, MPS amnya. Syarikat ini berkemampuan

melaksanakan kerja-kerja berkaitan dengan berbekalkan kemahiran dan kekompetenan yang

berpengalaman serta peralatan-peralatan yang lengkap.

Anda mungkin juga menyukai