Anda di halaman 1dari 14

SEMANTIK DAN PRAGMATIK

BAHASA MELAYU
(BML 3083)
MAKNA TERSURAT
MAKNA TERSIRAT
NOOR ADIBAH BINTI MAT HUSSIN
D20081032134
MAKNA
TERSURAT
DEFINISI
• Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) →
telah ditulis, tertulis atau tercatat.
• Darwis Harahap (1994:132) → makna
tersurat membawa pengertian sebagai
makna yang diperoleh semata-mata
daripada makna yang tertulis atau
makna yang diujarkan sahaja.
• dikenali sebagai makna selapis dan
makna denotasi
• Denotasi disebut sebagai makna
umum, makna kamus atau makna
leksikal.
• digunakan untuk karya ilmiah kerana
mempunyai makna tersurat yang
memudahkan pembaca memahami
maksudnya supaya ilmu yang
dipaparkan di dalamnya menjadi
pengetahuan bagi pembacanya
(Darwis Harahap, 1994:37).
• Makna denotasi menurut Abdullah
Hassan (1997:271) ialah benda atau
idea yang sebenarnya dirujuk oleh
sesuatu perkataan.
• Ia juga bermaksud makna yang
disebut di dalam kamus, tanpa
diwarnai oleh pengaruh emosi.
• makna yang bebas daripada
sebarang konteks.
• Makna tersurat dalam sesebuah ayat
juga bergantung kepada kebiasaan
penggunaannya
• Darwis Harahap (1994) yang
menyatakan, sekiranya sesebuah
ayat atau bahasa itu biasa digunakan,
maka ayat atau bahasa tersebut
dianggap betul.
KEKELIRUAN MAKNA
• penjodoh bilangan
a. Emak mahu pergi ke pasar membeli
dua ekor ikan.
• kata nama
a. Penari ada di dalam bilik persalinan.
b. Penari itu ada di dalam bilik
persalinan.
c. Mereka ada di dalam bilik persalinan
• kata kerja
a. Burung itu hinggap di atas pokok.
b. Burung itu terbang di atas pokok.
• kata sendi nama
a. Perkara itu ada luar pengetahuan
saya.
b. Perkara itu ada di luar pengetahuan
saya
MAKNA
TERSIRAT
DEFINISI
• makna yang diperoleh berbeza daripada
makna yang tertulis atau makna yang
diujurkan (Darwis Harahap, 1994:138).
• Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) makna
tersirat dimaksudkan sebagai terkandung atau
tersembunyi (di dalam sesuatu).
• Makna tersirat juga tergolong dalam makna
leksikal – mengutamakan nilai komunikatif,
iaitu apa yang dirujuk oleh penutur dalam
satu-satu konteks.
• makna konotasi atau konotatif dan ayat
berlapis-lapis.
• Konotasi merupakan makna lain daripada
asalnya tetapi jika di telusuri, ternyata ada
hubungannya
• untuk memberi makna kepada hasil karya
kreatif
• S. Nathesan (2001) menyatakan, makna
konotasi tidak tetap dan sentiasa berubah-
ubah mengikut konteks penggunaan kata dan
sosiobudaya sesebuah masyarakat pengguna
• contoh makna tersirat
a. Rajinnya anak mak.
b. Mati selera

 rajin – pemalas, tidak suka bekerja


 mati – tidak ada
KESIMPULAN
• Ayat tersurat dan ayat tersirat mempunyai
kepentingannya yang tersendiri dalam kehidupan
manusia untuk menyampai masej atau sesuatu
maksud tertentu.
• Ayat tersurat yang bersifat secara umum, ayat
selapis atau maksudnya yang disampaikan secara
terus dan mudah difahami pembaca dan pendengar.
• Ayat tersirat pula memerlukan pemahaman dan
penafsiran pembaca dan pendengar itu sendiri
untuk mengetahui maksud atau mesej yang ingin
disampaikan.
RUJUKAN
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra’in Shaari
(2009) Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Prospecta Printers Sdn Bhd.

Darwis Harahap (1994) Binaan Makna. Ampang, Selangor:


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Jenis Makna (2011). Diperoleh pada Mac 01, 2011 daripada


http://www.docstoc.com/docs/48810844

Tata Makna (2011). Diperoleh pada Mac 01, 2011 daripada


http://endonesa.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai