Hari ini dapat dilihat berapa ramai guru lebih bersikap ‘menjalankan tugas
sahaja’ bagi memenuhi arahan dari pihak atasan samada pengetua,
Pegawai Pelajaran Daerah atau Kementerian Pendidikan. Guru akan
kurang berusaha menentukan pembelajaran yang berkesan dan lebih
mudah memenuhi ’keperluan pentadbiran’ kerana ia diperhatikan dan
dihargai oleh orang atasan. Oleh itu mereka mengabaikan ’keperluan
pelajar’ di bilik darjah. Ini menimbulkan rasa tidak ikhlas di dalam diri
guru dalam mendidik. (Ishak Haron, 1993)
Mereka lupa bahawa Islam memandang tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Guru
adalah murabbi, muallim, mudarris, alim atau ulama pada kaca mata
Islam. Mereka menyampaikan ilmu-ilmu Allah supaya setiap yang
dididiknya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. (Ahmad Mohd
Salleh, 1995)
Cara penyelesaian :
Cara penyelesaiannya :
Keadaan bilik darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan
nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik
tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan
kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,mereka tidak
dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini
memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan
murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap
kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap
kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu
melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,pelajar yang
tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan
melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan
bergerak ke sana sini. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir
Ahmad, 2007)
Cara penyelesaiannya :
Di sini pihak yang terbabit untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak
pengurusan atau pentadbiran sekolah di mana mereka perlu berusaha
mendapatkan kemudahan bilik darjah yang masih tidak mencukupi. Pihak
kedua ialah peranan guru itu sendiri. Guru yang bermotivasi tinggi, kreatif
dan inovatif akan mempunyai semangat dan idea-idea yang kreatif dalam
membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Guru tersebut perlu
bijak dalam membentuk dan menyusun susunan peralatan dan barang-
barang yang terdapat di dalam bilik darjah agar nampak tersusun dan
tidak berselerak.
Aspek keceriaan juga ada kalanya memberikan kesan yang tinggi
terhadap suasana bilik darjah. Kepelbagaian hiasan di dinding seperti
ayat-ayat al-Quran, nas-nas hadis, kata-kata motivasi dari para ulama’ ,
sudut pameran kerja pelajar,sudut pengetahuan, sudut maklumat, sudut
bacaan dan sebagainya akan mewujudkan suasana kondusif
pembelajaran pelajar dan memotivasikan mereka. Sampel kerja-kerja
pelajar yang terbaik seperti karangan, lukisan, matematik dan sebagainya
boleh dipamerkan di bilik darjah supaya ia mendorong pelajar lain
membaiki kelemahan mereka.
Di sini guru perlu menerapkan nilai-nilai Islam iaitu mementingkan
kebersihan, kepentingan bekerjasama menjaga barang-barang, saling
tolong menolong dan sebagainya lagi. (Abd. Rahim Abd. Rashid)
Untuk mengatasi masalah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam bilik
darjah, ia mungkin boleh mengutarakan masalah tersebut kepada pihak
pengurusan sekolah untuk diambil jalan penyelesaiannya.
Untuk mewujudkan bilik darjah dan sekolah yang kondusif itu bukanlah
suatu pekerjaan yang mudah. Ada sesetengah sekolah dihadapkan
dengan masalah disiplin dan keruntuhan akhlak yang teruk dalam
kalangan murid-muridnya. Menurut Zawawi Ahmad (1996), akhlak ialah
suatu menifestasi hidup yang luas yang mencakupi kegiatan
menghubungkan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan
manusia dengan semua makhluk Allah yang lain di dunia ini. Akhlak
manusia adalah sangat peka dan mudah berkesan dengan sebarang
tingkah laku sama ada baik ataupun buruk. Oleh yang demikian
Rasulullah sering mengingatkan umatnya tentang mustahaknya akhlak
dibentuk dengan baik.
Namun akibat pengaruh dari barat, media massa dan sebagainya, kita
dapat lihat betapa runtuhnya akhlak dalam kalangan murid Islam pada
masa kini. Rakan sebaya juga mempengaruhi akhlak pelajar. Sebagai
contohnya, pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk
menimbulkan masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di
sekolah. Contohnya menghisap rokok, meminum arak, menyalahgunakan
dadah, merosakkan harta benda sekolah, ponteng kelas, bersembunyi di
dalam tandas dan sebagainya lagi. (Ibrahim Mamat,1997) Pelajar-pelajar
seperti inilah yang selalu menimbulkan masalah dan gangguan apabila
berada di dalam bilik darjah.
Cara penyelesaiannya :
Situasi ini akan berlaku apabila guru Pendidikan Islam mengajar sesuatu
yang tidak menjadi suatu amalan di dalam keluarga murid tersebut.
Misalannya, murid diajar tentang kewajipan menunaikan solat walau di
mana sahaja berada. Tetapi apabila pulang ke rumah, dia melihat ibu
bapanya tidak menunaikan solat. Maka pengaruh ibu bapanya akan
melebihi ajaran guru di dalam bilik darjah. Tambahan pula jika guru
tersebut tidak mempunyai kualiti dan daya sebagai
seorang pendakwah yang berkesan. (Azman Wan Chik, 1987)
Contoh yang lain ialah di sekolah, guru mengajar berkaitan budi pekerti,
atau adab pergaulan dan akhlak yang baik. Umpamanya bercakap dengan
menggunakan suara yang lemah lembut, mesra dan saling hormat
menghormati, menunaikan suruhan Allah dan nilai-nilai murni yang lain.
Namun, lain pula suasana yang wujud di dalam keluarga atau masyarakat
pelajar tersebut.
Cara penyelesaiannya :
Menurut Atan Long (1983), kepentingan guru tidak dapat dinafikan kerana
boleh dikatakan tiap-tiap ahli masyarakat di dalam zaman moden ini
melalui pendidikan yang diberikan oleh guru dan proses pendidikan yang
lain. Walaupun pendidikan lain yang berupa pendidikan tidak formal itu
penting, tetapi oleh kerana pendidikan formal yang disampaikan di
sekolah merupakan pendidikan yang bersistem, maka masyarakat lebih
menumpukan harapan kepada pendidikan yang diberikan oleh guru-guru
di sekolah. Namun, di dalam banyak hal tidak terdapat keselarasan di
antara apa yang dikemukakan di sekolah dengan apa yang diamalkan di
dalam masyarakat.
Contohnya guru mengajar tentang haramnya judi, tetapi murid melihat
judi berleluasa di dalam masyarakat. Maka, konflik akan timbul dalam diri
mereka. Hal ini akan menyebabkan kurangnya kepercayaan mereka
terhadap apa yang disampaikan oleh guru di sekolah terutama bagi
murid-murid yang masih mentah. (Azman Wan Chik, 1987). Inilah yang
dikatakan cabaran kepada guru Pendidikan Islam.
Cara penyelesaiannya :
Cara penyelesaiannya :
Menurut Razali Ismail (1992), kemudahan dan infrastruktur pendidikan
guru perlu disediakan dengan secukupnya. Antaranya kemudahan pusat
sumber, pusat penyuburan ilmu, makmal teknologi dan vokesyenal,
makmal komputer, bahan rujukan, bilik kuliah, bilik pengajaran mikro,
asrama, gimnasium, dewan perhimpunan, perabot, peralatan rekreasi,
kenderaan dan staf sokongan.
Mengikut Mohd Yusuf Ahmad (2004), surau sekolah adalah untuk pelajar-
pelajar melakukan praktikal ibadat serta kegiatan lain termasuk solat
berjemaah, tilawah al-Quran, tazkirah dan lain-lain. Pihak sekolah
bertanggungjawab mendirikan surau di sekolah masing-masing. Ini
semua adalah untuk memantapkan Pendidikan Islam yang telah diberikan
dalam bilik darjah dan juga untuk menghidupkan amalan dan
penghayatan Islam secara yang lebih berkesan.
Namun bagi guru Pendidikan Islam yang kreatif, sementara menunggu
proses pembinaan surau dibuat, mana-mana bilik darjah yang tidak
digunakan, boleh diganti sebagai surau.
PENUTUP
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah tugas guru ini amatlah berat.
Lebih-lebih lagi sebagai guru Pendidikan Islam. Amanah Allah yang
dipikul, hasrat negara yang terbeban di bahu, harapan dari pihak sekolah,
kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa, masyarakat yang sentiasa
mengharapkan sesuatu yang baik di dalam pendidikan dan sebagainya
lagi menjadikan tugas ini semakin rumit.
Seorang pendidik itu perlu berperanan sebagai seorang orang tua yang
baik, memiliki sifat kasih sayang, adil dan memiliki ilmu yang mendalam.
Guru juga perlu mempunyai hubungan yang harmoni dengan ibu bapa
dan pelajar serta bijak mengurus bilik darjah. Namun tugas pendidik
bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja, tetapi berterusan memantau
pelajar walau di mana mereka. Gamal Abdul Nasir Zakaria (2003)
Namun sebagai guru Pendidikan Islam, kita harus berpegang kepada
firman Allah mafhumnya, setiap kesulitan itu akan ada kemudahan. Sifat
ikhlas dan zuhud iaitu melakukan sesuatu demi mencari keredhaan Allah
perlu ada dalam diri setiap guru.
Sepertimana yang disebut oleh Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, (1993)
bahawa dari segi falsafah, pendidikan ialah satu proses memanusiakan
manusia. Dari situ, dapat kita rungkaikan bahawa bukan senang untuk
kita mendidik manusia supaya benar-benar dapat menjadi manusia yang
berguna kerana manusia ini terdiri dari pelbagai ragam dan karenah.
Pelbagai cabaran yang akan kita hadapi samada di bilik darjah ataupun
suasana sekolah itu sendiri.
Bilik darjah yang kondusif dan selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam
tidak akan dapat diwujudkan apabila suasana sekolah tidak membantu ke
arah itu. Malahan impian untuk mewujudkan sekolah yang selari dengan
prinsip-prinsip Islam juga tidak dapat dibentuk sekiranya pembentukan
nilai-nilai tersebut tidak diasuh di dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, keberkesanan bilik darjah saling berkait rapat dengan
suasana sekolah yang membantu di samping penglibatan pihak-pihak luar
samada bahagian Kementerian Pendidikan, pihak pengurusan sekolah,
ibu bapa, masyarakat dan ramai lagi demi mewujudkan bilik darjah dan
sekolah selari dengan prinsip-prinsip Islam. Begitu juga peranan sekolah
yang akan membantu keberkesanan mewujudkan bilik darjah yang selari
dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
RUJUKAN
Azman Wan Chik. (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya
Bistari Sdn. Bhd.
Nik Azis Nik Pa.(1993). Pendidikan Islam era 2020 tasawur dan strategi.
Dlm.
Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah (Ed.), Persediaan guru Pendidikan
Islam menghadapi negara maju (hlm. 96-98). Selangor : Tekno Edar.