Anda di halaman 1dari 3

http://www.bharian.com.

my/bharian/articles/Basbergoyangkuat_berpusing_/Article/

NASIONAL

'Bas bergoyang kuat, berpusing'


Oleh Amirullah Andi Nur, Zaiuddin Sharuddin, Nasir Abd Wahab, Badrul Hizar
Abd Jabar, Ifwan Tun Tuah, Tuty Haryanti Ahmad Rodzi, Amir Mamat, Hatim Ab
Manan dan Jaafar Mulup
bhnews@bharian.com.my
2010/10/11

Mangsa cedera cerita saat sebelum kemalangan babitkan enam kenderaan

REMBAU: Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 40 cedera dalam


kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di
Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.

SEBUAH bas menghempap


sebuah kereta dalam nahas di
Kilometer 223 Lebuh Raya
Utara-Selatan dekat Pedas,
malam tadi.

MAYAT diletak di tepi jalan


ketika kerja menyelamat
dilakukan.
SEORANG mangsa diberikan
bantuan kecemasan.

Kemalangan berlaku jam 7.12 malam apabila sebuah bas Ekspres Delima
dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan
bertentangan dan bertembung dengan sebuah van. Sebuah bas Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam
kemalangan itu.

Setakat tengah malam tadi, jumlah sebenar mangsa belum dikenal pasti
kerana semua yang terbabit sama ada yang meninggal dunia dan cedera,
termasuk parah dihantar ke hospital.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom,


berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di
antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.

“Sebahagian besar mangsa dihantar ke Hospital Tampin, Alor Gajah dan


Melaka bagi memudahkan mereka menerima rawatan kerana kemalangan
berlaku di lebuh raya menghala ke selatan,” katanya kepada Berita Harian
malam tadi.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata 24


pegawai dan anggota dari balai Rembau, Tampin dan Alor Gajah dihantar
ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.
Seorang penumpang bas ekspres yang cedera dan dihantar ke Hospital
Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Nur Najlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19,
berkata dia sedang tidur ketika kejadian.

Pelajar Universiti Malaya itu berkata, dia terkejut daripada tidur apabila bas
bergoyang kuat dan berpusing beberapa kali sebelum terbabas di lebuh
raya bertentangan.

“Bas menimpa sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah bas dari arah
bertentangan. Keadaan kelam kabut dan nasib baik saya hanya cedera
ringan,” katanya yang cedera muka dan tangan.

Difahamkan, bas JKM terbabit membawa bekas tentera yang menghadiri


Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Stadium
Bukit Jalil, Kuala Lumpur, petang semalam.
Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang
maklumbalas.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Basbergoyangkuat_berpusing_/Article/

Anda mungkin juga menyukai