Anda di halaman 1dari 4

Apa untungnya jadi penulis?

Oleh: NORDIN ABDULLAH

SEDANG kita terus giat menghasilkan karya demi karya dengan


penuh minat dan iltizam yang mantap, sesekali tentu ada kalangan
masyarakat yang melontarkan persoalan kepada kita, apa
untungnya jadi penulis?

Bagi menjawab soalan semacam ini, tentu kita akan berdepan


dengan kesukaran.

Dikatakan sebegini kerana jawapan yang biasa kita berikan kepada


soalan ini ialah kita jadi penulis untuk mencari kepuasan, selain
untuk menyumbangkan bakti kepada khalayak melalui karya-karya
yang dihasilkan.

Jawapan begini tentu saja akan diketawakan oleh masyarakat yang


rata-rata memandang sesuatu dari aspek kebendaan semata-mata.

Dalam hal ini apakah lagi yang mampu untuk kita perjelaskan
kerana hakikatnya, dalam konteks Malaysia, belum ada penulis
yang mampu hidup kaya raya kalau menjadi penulis sepenuh masa.

Ini adalah realiti kerana bayaran yang diterima lewat dan karya
yang diterbitkan hanya sekadar ada.

Bagi penulis semacam ini, ia pemberian yang cukup bermakna.


Selain disyukuri, ia merupakan pemberi semangat untuk kita
meneruskan usaha dalam menghasilkan karya-karya kreatif
mahupun non-kreatif yang lebih berkualiti dan memberi makna
untuk kesejagatan pembaca yang sudi membaca dan menghayati
hasil kerja itu.

Kalau kita telah memantapkan jiwa dan raga untuk menjadi


penulis, jangan terlalu menaruh harapan besar untuk mencari
imbuhan yang keterlaluan. Biarlah niat dan perjuangan di atas
landasan yang tulus. Memanglah imbalan itu satu keperluan.
Namun yang perlu difahami ialah kerja kita untuk memberi impak
kebaikan bagi kesejahteraan manusia sejagat.

Untuk menjadi penulis yang benar-benar dihormati, janganlah


terlalu menghitung akan untung rugi yang kita peroleh. Kerja-kerja
penulisan kita lakukan dengan benar-benar bersistematik yang
nantinya mampu disiarkan di media, seterusnya dibaca oleh
khalayak pembaca yang prihatin dan sudi.

Jangan dihirau akan tanggapan orang keliling kerana sebagai


penulis, kita mesti memantapkan semangat juang yang benar-benar
jitu. Maknanya kita sanggup berjuang dalam meletakkan diri untuk
menjadi seorang penulis yang benar-benar hebat dan hasil-hasil
karya kita akan terus dinikmati oleh khalayak.

Memang sukar untuk meyakinkan khalayak masyarakat tentang


makna perjuangan kita sebagai penulis. Siapa yang tak inginkan
wang dan kebendaan, namun perjuangan kita dalam bidang
penulisan bukan itu matlamat utamanya. Ia sekadar matlamat
sampingan kerana yang lebih penting ialah segala mesej lewat
karya-karya kita mampu difahami, lantas diterjemahkan dalam
kehidupan seharian.

Kita jadikan sagu hati karya yang kita peroleh sebagai pembakar
semangat untuk kita meneruskan usaha dalam menukilkan lebih
banyak karya-karya yang berkualiti, bermakna dan mampu
memberi impak kemanfaatan untuk pembaca dan masyarakat
keseluruhan. Jelasnya, wang memang penting tapi ia bukan segala-
galanya dan bukan matlamat utama kita menerjunkan diri dalam
bidang penulisan yang memungkinkan segala kemungkinan.

Kalau orang lain tak memandang apa-apa tentang puisi, cerpen


mahupun novel dan lain-lain, itu tidak mengapa. Namun bagi kita,
harta kita yang paling memberi makna ialah karya-karya yang kita
hasilkan. Inilah salah satu keuntungan yang mampu diperoleh
dalam penulisan. Selain dapat menyumbang bakti untuk
masyarakat, kita dapat buktikan kepada umum bahawa kita
menghasilkan sesuatu yang begitu bermakna yang tak mampu
dihasilkan oleh mereka yang tidak dikurniakan bakat dan
kebolehan.

Menyedari hakikat ini, wajar kita ucap syukur kerana kita diberi
bakat dan kebolehan berkarya yang bukan kepalang kurniaannya.
Maknanya kita merupakan kalangan insan yang diberi keuntungan
yang bukan calang-calang.

Untuk kita mensyukuri keuntungan dan bakat yang kita peroleh,


adalah wajar kita menjadikan diri kita kalangan penulis berjiwa
besar. Langkah dan tindakan perlu diadun bagi menghasilkan
karya-karya untuk disumbang bakti kepada khalayak pembaca
semata-mata bagi memberi mereka kefahaman dalam mengharungi
kehidupan ini agar terus mencintai kedamaian dan kesejahteraan
yang diredai Allah.

Inilah perjuangan kita sebagai penulis yang akan terus berkarya


selagi akal masih mampu berfikir dan kudrat masih bergerak. Kita
melakukan segala-galanya untuk mencari kebaikan bagi kehidupan
manusia sejagat. Inilah realiti perjuangan penulis yang sanggup
membakar diri bagi menerangi kehidupan orang lain.

Tidak kisah akan imbuhan yang diperoleh, penulis yang berjiwa


luhur akan terus menghasilkan karya tanpa jemu. Semuanya
dilakukan dengan niat yang tulus. Kalau karya yang disiarkan
diberi bayaran, kita akan mengucap kesyukuran. Seterusnya kita
meneruskan jejak untuk menjadi penulis bergelandangan, mencari
idea yang bernas, untuk dijadikan karya puisi, cerpen mahupun
novel buat santapan minda khalayak pembaca dan masyarakat
keseluruhannya.

Anda mungkin juga menyukai