Anda di halaman 1dari 1

Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

(2009)
ISBN: 9789831244807
Sem. Malaysia: RM17.00
Sabah/Sarawak: RM20.00

Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan
pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap
cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.

Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis
pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya… mereka hadir menyaksikan
perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang
kemudiannya mendorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu
memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan
hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki
Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya
perngorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya
sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta
mereka ada penghujungnya?

*Berkait:Ria Qistina &Bukan Pilihan Hati ~ Kisah ini adalah spin-off daripada Ria
Qistina. Dan, untuk mereka yang mahu tahu apa jadi pada adik Raisya, dapatkanlah
Bukan Pilihan Hati.

Anda mungkin juga menyukai