Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERKHEMAHAN LENCANA PKK KERIS PERAK DAN EMAS

ANJURAN PPD KUALA SELANGOR DAN PPM KUALA SELANGOR 2011

10 APRIL 2011, Seramai 124 orang PKK telah LULUS dengan jayanya lencana Keris
Perak dan Lencana Keris Emas. Antara sekolah yang menyertai ialah:
1. SK PUNCAK ALAM
2. SK PUNCAK ALAM 2
3. SK BUKIT BADONG
4. SK JERAM BT 20
5. SRK SAA KG KUANTAN
6. SK BESTARI JAYA
7. SJKT BATANG BERJUNTAI
8. SK PARIT MAHANG
9. SK ASSAM JAWA
10. SK BUKIT KERAYONG
11. SK TG KERAMAT
12. SK RANTAU PANJANG
13. SK JAYA SETIA
14. SK PASANGAN

Tahniah kepada 8 orang peserta dari kumpulan kita yang telah lulus dan berjaya
dalam Ujian Keris Perak. Perkhemahan yang diadakan di SK Parit Mahang, Jeram
selama 3 hari 2 malam, bermula 8 hingga 10 April 2011 hanya khusus untuk
pemegang Lencana Keris Gangsa dan pemegang Lencana Keris Perak untuk
mencapai Lencana Keris Perak dan Emas serta Rambu PKK. Pemimpin kita juga
turut bertugas dalam perkhemahan kali ini menjadi jurulatih dan Tuan Mohd Nizam
Md Yusoff juga telah dilantik menjadi kem komandan bagi perkhemahan kali ini.
Turut hadir dalam perkhemahan ini ialah Tuan Pesuruhjaya Daerah Kuala Selangor
Tuan Muhammed Adzhar bin Hj. Alias. Turut hadir sepanjang perkhemahan ialah
ASC Tuan Mohd Fadzil bin Mohd Yusof, (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Selangor).

Dalam perkhemahan ini para peserta dari kumpulan kita telah menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam setiap aktiviti yang telah diadakan. Aktiviti-aktiviti
merangkumi seluruh kemahiran yang standard untuk mencapai Kemajuan Lencana
Keris Perak. Dari aktiviti kawad kaki, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas,
halangan komando, Aktiviti Kerohanian, Solat berjemaah, Malam Kebudayaan
sehinggalah ke Khidmat Masyarakat. Aktiviti yang paling mencabar ialah halangan
komando, manakala aktiviti yang paling diminati murid ialah Malam kebudayaan.
Walaupun cuaca sejuk dan hujan turun pada malam sabtu, tetapi ia tidak
mematahkan semangat perkhemahan para peserta.
Pemimpin-pemimpin yang terlibat adalah dari Pasukan Latihan Daerah yang
mempunyai Manikayu dan berpengalaman dalam membimbing pengakap kanak-
kanak. Aktiviti-aktiviti Lencana Keris Perak di bimbing oleh Tuan Wan Azhari bin
Wan, Tuan Mohd Azhar Ahmad, Tuan Shah Khairudin Abd Majid, Tuan Mohd Ismail
Zulkifli, Tuan Abdul Rahim Razali, Tuan Anuar, manakala aktiviti Lencana Keris
Emas di bimbing oleh Tuan Yusoff bin Chik dan Tuan Mohd Nizam bin Md Yusoff.
Perkhemahan ini juga dibantu oleh Tuan Bu Haini bin Bu Naif, Tuan Rosman dari
pengakap Kelana dan Kelanasiswa UPSI. Majlis Penutup Perkhemahan Lencana PKK
Kuala Selangor (Pek Bercuti) 2011 Disempurnakan Oleh ASC Tuan Mohd Fadzil bin
Mohd Yusof. Ketua pasukan PKK kita, Aminul Haqim bin Mohd Nizam menerima sijil
Lencana dan penyertaan daripada Tuan ASC Mohd Fadzil di dalam majlis penutup
tersebut. Majlis bersurai jam 1200 dengan bergambar beramai-ramai.

MOHD ARZLANSYAH MUHD ALIFF ZIDANE MOHD IQBAL BAIHAQI AMINUL HAQIM

Kredit 6 hari camping Kredit 6 hari camping Kredit 6 hari camping Kredit 15 hari camping

MUHD IQHWAN FANSURI MUHD IKHWAN HAFIZ MOHD QAWIEM RIFQI NURUL SYASYA

Kredit 12 hari camping Kredit 6 hari camping Kredit 6 hari camping Kredit 12 hari camping

*kredit pengalaman perkhemahan antara Januari 2010 hingga 10 April 2011

Anda mungkin juga menyukai