Anda di halaman 1dari 1

Dari Masjid Tanah Ke KG Guan,

Terus pula ke Kuala Linggi,


Harap semua berikan tumpuan,
Mohon saya mulakan Arena ini.

Bismillahirrahmanirrahaim.

Assalamualaikum dan salam aprisiasi bumi tercinta daripada saya Muhamad Azam Bin Mohd Sani
selaku pengerusi. Warga dewan sekalian, bertemu kita sekali lagi dalam arena forum remaja. Topik
kita pada hari ini merupakan satu fenomena yang hebat membadai Negara kita iaitu “ Keruntuhan
Akhlak Dalam Kalangan Para Pelajar Dan Remaja” Dimana Penyelesaiannya. Bersama saya pada hari
ini adalah tiga orang ahli panel yang tidak asing lagi. Nampaknya siding dewan kita pada hari ini tidak
berkelip matanya khususnya para jejaka kerana terlihat keayuan dua orang ahli panel kita.Baiklah
sebelum saya menyimpang lebih jauh ingin saya perkenalkan ahli panel kita yang pertama iaitu
saudari Norie Danie Binti Musa yang berada di sebelah ________________ saya. Selamat datang
saudari, saudari kelihatan ayu pada hari ini. Seterusnya panel kita yang kedua merupakan kumbang
berkacamata iaitu saudara Muhamad Amran Bin Hamzah. Selamat datang saudara, kacak saudara
pada hari ini dan panel kita yang ketiga yang kelihatan malu-malu kucing tetapi bijak berbahasa iaitu
saudari Nora’Ain Binti Azman Shah yang cantik berbaju kurung. Selamat datang juga buat saudari.

Marcapada seringkali kita terlihat di dada akhbar ada saja masalah berkaitan keruntuhan
akhlak pelajar dan remaja contohnya kes pembuangan bayi, rogol, ponteng sekolah dan budaya skin
head. Usia remaja berdasarkan pakar psikologi merupakan masa yang sangat perlu dijaga oleh kedua
ibu bapa. Hal ini adalah kerana dalam usia remaja, seseorang individu itu akan mudah terpengaruh
dengan pelbagai gejala yang tidak baik. Saya ingin mengutarakan pertanyaan kepada saudari Norie
Danie, apakah punca kepada permasalahan ini?

Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan sebentar tadi. Jika remaja kurang diberi kasih
oleh kedua ibu bapa sayang sudah tentu mereka akan berasa keluarga sudah tidak penting lagi tetapi
bagi mereka yang penting adalah rakan. Dengar itu wahai siding dewan sekalian. Peribahasa ada
menyebut bahawa “ sayang anak tangan-tangankan , sayang isteri.... saya rasa siding dewan tahu
apa sambungannya. Baiklah soalah kedua saya ingin saya tujukan kepada saudara Amran ialah kalau
tadi sudah kita bincangkan tentang punca permasalahan ini, apakah pula kesan daripada keruntuhan
akhlak remaja. Silakan saudara....

Masya Allah saya yakin sidang dewan sudah tentu tidak inginkan gejala keruntuhan akhlak
ini terus berlarutan. Kita tidak inginkan remaja kita terus hanyut dan lalai dalam kehidupan mereka.

Anda mungkin juga menyukai