Anda di halaman 1dari 4



           


 

c Ê
Ê 


Dalam fizik, haba ditakrifkan sebagai tenaga dalam peralihan. Biasanya, haba adalah bentuk
tenaga dikaitkan dengan pergerakan atom, molekul dan partikel lain yang mengandungi jisim. Haba boleh
dihasilkan melalui tindak balas kimia (seperti membakar), tindak balas nuklear (seperti pelakuran (6 )
yang berlaku dalam Matahari), penyebaran eletromagnetik (seperti dalam oven eletrik), atau penyebaran
mekanikal (seperti geseran). Haba mampu dipindahkan antara dua objek melalui pancaran radiasi,
pengaliran dan olahan (). Suhu, ditakrifkan sebagai ukuran sesuatu objek yang membebaskan
haba secara sendiri, digunakn bagi menunjukkan aras gerakan asas yang dikaitkan dengan haba. Haba
hanya boleh dipindahkan antara objek, atau kawasan dalam objek, dengan kewujupan perbezaan
suhu.suhu diukur dalam unit Celsius.

Pada amnya,tenaga haba matahari dapat dipindahkan dari satu jisim ke jisim yang lain melalui tiga
proses utama iaitu:pengaliran (conduction),perolakan (convection) dan sinaran(radiation).Perpindahan
secara pengaliran berlaku apabila wujud pertembungan antara dua jisim panas dangan jisim
sejuk.tenaga haba biasanya akan mengalir dari jisim panas kepada jisim sejuk.tenaga ini juga dikenali
sebagai tenaga bahangan.

Pemindahan secara perolakan pula berlaku apabila cecair yang mengalir bersentuhan dengan jisim
pepejal atau jisim cecair yang berlainan suhu.Cecair boleh menambah atau mengurangkan haba di
permukaan sentuhan dengan cara percampuran di antara cecair yang lebih dingin atau panas.

Pemindahan haba secara sinaran berlaku dalam bentuk gelombang elektromagnet .Pemindahan
haba secara ini tidak memerlukan medium atau perantaraan.Sebagai contoh pemindahan tenaga suria
dari matahari ke bumi banyak berlaku menerusi sinaran gelombang electromagnet.

JAWAPAN
Tenaga suria dipindahkan dari matahari ke sistem bumi melalui 3 proses utama iaitu:
i.
 
 
) : Tenaga haba akan mengalir dari jisim panas ke
jisim sejuk apabila berlaku pertembungan antara dua jisim tersebut.
ii.
 

 
 : Berlaku apabila cecair yang mengalir bersentuhan
dengan jisim pepejal atau jisim cecair yang berlainan suhu. Cecair boleh
menambah atau mengurangkan haba di permukaan bersentuhan dengan cara
percampuran di antara cecair yang lebih dingin atau panas
iii.
 
 : Berlaku dalam bentuk gelombang elektromagnet yang
tidak memerlukan medium/perantaraan atau dikenali juga sebagai sinaran
insolusi/bahangan
cb. Nyatakan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya ekuinoks.
(6 markah)

Dalam kajian astronomi,  


 ialah peristiwa apabila Matahari boleh diperhati tepat di
atas khatulistiwa Bumi, sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-2c, bulan terakhir
setiap suku tahun dalam takwim suria terjadinya ekuinoks atau solstis. Pada tarikh-tarikh inilah waktu
malam dan siang sama jangka masanya manakala Matahari melintas khatulistiwa cakerawala (iaitu,
keserongan 0 darjah). Secara teknikal, ekuinoks terjadi apabila Matahari terletak di satu daripada dua titik
bertentangan di sfera cakerawala iaitu bersilangnya khatulistiwa cakerawala dan ekliptik. Lebih lanjut lagi,
ekuinoks merupakan dua hari dalam setiap tahun apabila pusat Matahari meluangkan tempoh masa yang
sekata di atas dan bawah ufuk di setiap lokasi di Bumi.

Antara ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa ekuinoks adalah tenaga matahari
maksimum diterima di kawasan khatulistiwa kerana kedudukan matahari tepat di atas garisan
khatulistiwa.selain itu,terjadinya musim bunga dan musim luruh di kawasan iklim serdahana.

Kedua-dua kutub iaitu kutub utara dan selatan turut menerima cahaya matahari serta perubahan
tekanan udara akan berlaku dan menyebabkan perubahan tiupan angin dan juga hujan di sesetengah
kawasan di permukaan bimi.



Ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa ekuinoks:
Musim ekuinoks: Siang dan malam adalah sama panjang di semua tempat
Ciri-ciri:

a.Pancaran matahari tengahari tepat di atas garisan Khatulistiwa pada 2c Mac


dan 23 September
b.Tenaga matahari maksimum diterima di kawasan Khatulistiwa
c.Terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana
d.Terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana
e.Kedua-dua kutub menerima cahaya matahari
f.Perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan angin dan juga hujan.
cÊJelaskan kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumi
akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia(c3 markah)
Cahaya matahari amat penting terhadap hidupan di muka bumi kerana ianya menjadi keperluan untuk
manusia meneruskan kehidupan serta menjalankan kegiatan aktiviti harian.Namun begitu jika bahangan
matahari yang diterima bumi berlebihan,pelbagai kesan yang negatif terhadap manusia akan timbul.Hal
ini berlaku kerana lapisan ozon yang menapis jumlah sinaran ultra unggu(uv) matahari ke bumi semakan
nipis kesan daripada tindakan manusia

Antara kesan-kesanya terhadap manusia adalah Kesan kepada kulit iaitu kulit menjadi gelab dan
terbakar. Pendedahan yang begitu lama boleh menyebabkan barah kulit.Kos rawatan yang tinggi
diperlukan bagi mengubati penyakit ini.Selaian itu, Kesan kepada mata merosakkan penglihatan
manusia.Sebagai contoh lapisan ketarak pada mata akan timbul dan boleh menyebabkan buta.

Bahangan matahari yang melampau juga turut menyebabkan kehilangan air dalam badan secara
berlebihan dan cepat berbanding biasa.Ini akan menyebabkan sel-sel kulit menjadi cepat kering dan mati.
Sistem pelalian manusia juga turut menjadi lemah.Pelaian adalah ubat untuk melawan penyakit diri kita
sendiri. Iaitu sel-sel darah putih yang mampu melawan penyakit. Untuk mengelakkan dari penyakit mesti
kuat kan sistem pertahanan badan, jadi boleh lah melawan sel-sel kanser, virus , bakteria, menstabilkan
sistem immun badan sangat penting, jadi ini dapat menghindari dari penyakit autoimmun macam SLE,
psoriasis, rheumatoid arthritis.

Lebihan bahangan matahari ke bumi turut mempengaruhi genetik manusia yang boleh
menyebabkan kecacatan bayi semasa dilahirkan.Hal ini dapat dilihat terutamanya di Negara-negara yang
berada tepat di bawah garisan khatulistiwa. Selain itu,Kekurangan sumber makanan akibat perubahan
menyebabkan kekurangan pembentukan plankton dalam badan.Ini terjadi kerana tahap kesuburan tanih
untuk kegiatan aktiviti pertanian bagi dijadikan sumber makanan amat terhad.

Akativi luar rumah juga menjadi terhad akibat daripada pemanasan global.Seharusnya manusia
hendaklah menyedari kesan pemanasan global ni terhadap mereka dan memikirkan cara untuk
mengatasinya daripada semakin serius.



Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan peningkatan kemasukan pancaran ultraungu


ke atmosfera dan kesan-kesannya ialah:
a.Kesan kepada kulit iaitu kulit menjadi gelab dan terbakar. Pendedahan yang begitu
lama boleh menyebabkan barah kulit
b.Kesan kepada mata- merosakkan penglihatan manusia
c.Melemahkan sistem pelalian manusia
d.Menyebabkan kehilangan air badan secara berlebihan
e.Mempengaruhi genetik manusia yang boleh menyebabkan kecacatan
f.Kekurangan sumber makanan akibat perubahan dan kekurangan pembentukan
plankton
g.Menghadkan aktiviti luar rumah akibat pemanasan globa