Anda di halaman 1dari 20

Cara menyembahyangkan jenazah & pengurusan jenazah

- Last Updated (09 Apr 2008 : 05:45 PM)

Soalan :

Bagaimanakah cara-caranya menguruskan jenazah dan solat jenazah?

Jawapan:

Apabila seseorang
itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan
:

Hendaklah
kita ucapkan :

Tukarkan
pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.

Rapatkan
kedua belah matanya.

Qiamkan
http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
tangannya seperti dalam sembahyang.

Rapatkan
mulutnya.

Ikat dagunya
dan simpul di atas ubunnya.

Luruskan
kakinya.

Ikatkan
kedua ibu jari kakinya.

Letakkan di
tempat yang tinggi.

Hadapkan ke
Qiblat.

Orang
yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari
kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya
sendiri kalau simati bapanya.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Kalau
warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam
atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Persediaan dan keperluan untuk memandikan jenazah

Sediakan
tempat mandi.

Sabun
mandi.

Air
daun bidara.

Air
bersih.

Sugi
- 7 batang.

Sarung
tangan - 3 atau 5.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
-

Sedikit
kapas.

Air
kapur barus.

Baldi
serta gayong.

Sebelum
memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan
mengkafan mayat telah disediakan seperti :

Kain
putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa

Gunting

Kapas

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Cendana

Kapur
barus

Air
mawar

Minyak
wangi (Minyak Attar)

Tikar
jerami

Bantal
(dari daun pandan)

Tempat
mandi yang khas.

Cara memandikan jenazah :

-
http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Letakkan
mayat di tempat mandi yang disediakan.

Tutup
seluruh anggota mayat kecuali muka.

Semua
Bilal (orang yang memandikan jenazah) hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.

Sediakan
air sabun.

Sediakan
air kapur barus.

Istinjakkan
mayat terlebih dahulu.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
-

Angkat
sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

Mengeluarkan
kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit
perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam
mulutnya dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh
auratnya.

Siram
dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.

Kemudian
gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya,
celah jari tangan, kakinya dan rambutnya.

Selepas
itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

Kemudian
bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil
http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
berniat :

Lafaz
niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja
aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"

Lafaz
niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja
aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Telentangkan
mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali
dengan air bersih.

Siram
sebelah kanan 3 kali.

Siram
sebelah kiri 3 kali.

Kemudian
mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah
belakang.

Mengiringkan
mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

Telentangkan
semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.

Lepas itu
siram dengan air kapur barus.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Lepas itu
wudukkan mayat.

Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja
aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

"Sahaja
aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah
s.w.t"

Cara
mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas
jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya,
sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki
hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah
dimandikan oleh perempuan.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Siram
dengan air sembilan.

Setelah
selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan
sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh
badan mayat.

Cawatkan
bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.

Lepas
itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.

Segala
apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah
dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).

Dengan
ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Cara-cara mengkafankan jenazah :

Pertama
:
Hendaklah disediakan tiga lembar
kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau
dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan
yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang
tidak mengandungi alkohol.

Kedua
:
Hendaklah disediakan tali
pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan
tersebut.

Ketiga
: Hendaklah disediakan kapas yang
disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :

1. Kemaluan

2. Wajah (muka)

3. Kedua buah dada

4. Kedua Telinga

5. Kedua siku tangannya

6. Kedua tumitnya

Keempat
:
Angkatlah mayat tersebut dengan
berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.

Kelima
:
http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Tutupkan jenazah itu dengan
kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di
atas.

Keenam
: Hendaklah kain kafan tersebut
diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling
bawah,
kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima
ikatan.

Semua tali
pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum
diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.

Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan


menggunakan minyak wangi.

Setelah siap
diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

CARA MENGERJAKAN SOLAT JENAZAH

Dalam
mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan
secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan)
sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.

Bagi
orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama
dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah
setalah disolatkan oleh orang lelaki.

Adapun
hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal
menguruskannya.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Cara
mengerjakan Solat Jenazah

Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke


atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.

Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan


lambung atau bahagian tengah jenazah itu.

Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah,


diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat
lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat
tempatnya itu luas dan bersih.

Rukun
Solat Jenazah

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana


cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat
kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat.
Adapun rukunnya ada empat :

i. Niat mendirikan solat jenazah yang


dimaksudkan

ii. Berdiri bagi yang berkuasa.

iii. Bertakbir empat kali.

iv. Salam

Lafaz
niat solat jenazah :

a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian


:

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
"Sahaja
aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat
takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

b.
Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja
aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

c. Lafaz
niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

"Sahaja
aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat
takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

d. Lafaz
niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
"Sahaja
aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat
takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

e. Lafaz
niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

"Sahaja
aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat
takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum

"Sahaja
aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat
takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

Bacaan
dan Doa dalam Solat Jenazah.

Takbir
yang pertama :
http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Membaca lafaz :

Allahu
Akbaru (Allah Maha Besar).

Kemudian
dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :

Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

-
http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Segala
puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Yang
berkuasa mengadili pada hari pembalasan.

Hanya
kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita
segala pertolongan.

Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus.

Iaitu
Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka,
bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan
orang-orang yang sesat.

b) Takbir yang kedua

Membaca
lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan
dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :
http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
"Ya
Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan
atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat
pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi
Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau
memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh
alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

c.
Takbir yang ketiga :

Selepas
takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan
ampun pada si mati :

"Ya
Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah
serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah
kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan
bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah
dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih
dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih
baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik
dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari
keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa
kubur dan seksa neraka."

Takbir yang ke empat,

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12
Selepas
mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti
di bawah ini :

"Ya
Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan
janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya
dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami
yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah
menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang
yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Memberi Salam (selepas membaca doa selepas takbir yang keempat)

http://soaljawab.jais.gov.my - SOAL JAWAB AGAMA Powered by Mambo Generated:13 May, 2011, 21:12

Anda mungkin juga menyukai