Anda di halaman 1dari 7

PROPOSAL KA]IAN TINDAKAN

6.1Proposal Kajian Tindakan


Proposal atau kertas cadangan kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang
beberapaperkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang
projek kajiantindakan yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab
persoalan seperti:

Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?

Apakah isu (masalah) yang dikenal pasti?

Apakah objektifnya?

Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?

Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya?

Berapakah kos yang diperlukan?
Proposal disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijalankan dan boleh
disediakan
sepanjang tahun.
6.2 Fungsi Proposal
Proposal merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian,
langkahlangkahmenjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh
pelaksanaan kajiansemasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu
penyelidik menjalankan kajiandengan lebih terancang.
6.3 Kandungan Dalam Proposal Kajian Tindakan
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN TIDAK MEMPUNYAI FORMAT YANG
KHUSUS.NAMUN BEGITU, BERIKUT DIBERIKAN PANDUAN ASAS UNTUK
MEMUDAHKAN KITAMENULIS PROPOSAL:
1.Nama Sekolah (berserta alamat penuh)
2.Kumpulan penyelidik
3
Tajuk kajian
4.Refieksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
5.Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian
6.Objektif Kajian
7.Kumpulan Sasaran
8.Tindakan yang dicadangkan
9.Jadual pelaksanaan Kajian
10.Kos Kajian
6.4 Syarat Untuk Mendapatkan Pembiayaan
Kelulusan sesuatu proposal serta jumlah kos yang ditawarkan bergantung
kepada
penilaian terhadap perkara-perkara berikut:-
• Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian
• Objektif kajian
• Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan
• Bahan yang akan digunakan
• Kos yang terperinci
Kos kajian hendaklah dinyatakan dengan terperinci dari segi:
• Jumlah bahan yang diperlukan,
• Harga bagi satu unit bahan,
• Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan

Format Kajian & Tindakan Peringkat Sekolah

1. Pendahuluan

2. Pernyataan Masalah

3. Tujuan Kajian

4. Reka Bentuk dan Metodologi Kajian

5. Dapatan Kajian
i. Faktor Penyebab
ii. Peranan Murid
iii. Peranan Guru
iv. Peranan Ibu Bapa
v. Peranan Kaunselor
vi. Tatacara Pengurusan & Pentadbiran
vii. Lain-lain

6. Implikasi

7. Kesimpulan

8. Cadangan Program

9. Lampiran

KERTAS CADANGAN [2009] TAJUK KAJIAN:


KAJIAN TINDAKAN
SEKTOR JAMINAN
KUALITI Meningkatkan pengurusan tindakan
susulan pasca urusan rasmi menggunakan
JABATAN PELAJARAN 3T (TENGOK-TAKWIM-TINDAK)
NEGERI PULAU
PINANG
OLEH:
JUSNIAR BINTI AB JALIL
PENGETUA SMK KEPALA BATAS

1.
TAJUK KAJIAN

Meningkatkan pengurusan tindakan susulan pasca urusan rasmi


menggunakan 3T (TENGOK-TAKWIM-TINDAK)

2. NAMA PENYELIDIK DAN ALAMAT SEKOLAH

JUSNIAR BINTI AB JALIL


SMK KEPALA BATAS,
JALAN 3, 13200
KEPALA BATAS, S. PRAI

3. REFLEKSI PERMASALAHAN YANG LALU

Pengetua adalah orang yang penting di sekolah kerana tugas utamanya


adalah untuk memastikan ”core business” sekolah dapat dilaksanakan
dengan lancar dan dapat mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang selaras
dengan visi sekolah iatu ” Menjana Modal Insan Yang Cemerlang Menjelang
Tahun 2010 ”.

Untuk mencapai visi tersebut semua warga pendidikan memainkan peranan


masing-masing setiap masa. Dalam pada masa yang sama juga,didapati
bahawa ramai guru diminta hadir atau keluar atas urusan rasmi. Apabila
mereka masuk ke sekolah, guru-guru ini diminta menulis minit curai untuk ;

i. Membuktikan dia hadir ke tempat urusan rasmi


ii. Melaksanakan tindakan susulan hasil urusan rasmi tersebut
iii. Perkongsian maklumat dengan pentadbir

Hasil dari bilangan minit curai guru yang keluar atas urusan rasmi yang ada
dalam fail pengurusan Pengetua di dapati tidak sama dengan bilangan surat
arahan keluar dalam rekod daftar surat masuk. Ini membuktikan bahawa guru
tidak menyerahkan minit curai apabila datang ke sekolah semula walaupun
format minit curai telah diberikan semasa Mesyuarat Pengurusan.

Oleh kerana Pengetua kerap keluar atas urusan rasmi, maka pengetua perlu
mencari langkah untuk mengenalpasti guru yang keluar dan mendapat
maklumbalas hasil mereka keluar kerana urusan rasmi.

4. ISU KEPERIHATINAN/ FOKUS KAJIAN

 Menyerahkan minit curai untuk makluman pentadbir daripada guru yang


keluar atas urusan rasmi
 Guru tersebut membuat tindakan suslan seperti apa yang tercatat dalam
minit curai tersebut.

5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am:
Meningkatkan Pengurusan tindakan susulan apabila guru memberi minit
curai selepas menghadiri urusan rasmi

Objektif Khusus:

• guru-guru yang keluar menyerahkan minit curai yang lengkap


• Guru akan membuat tindakan susulan seperti yang tertulis dalam
minit curai

6. KUMPULAN SASARAN
Semua guru SMK Kepala Batas iaitu seramai 50 orang

7. PROSEDUR KAJIAN

7.1 Tinjauan Awal

Beberapa cara yang akan diguna untuk mengumpul data awal, contohnya:

i. analisis helaian minit curai yang dihantar oleh guru


ii. laporan mesyuarat
iii. temu bual

7.2 Cadangan Tindakan Intervensi

 Menyediakan format minit curai


 Mengeluarkan arahan bertulis atau memaklumkan dalam mesyuarat
tentang peraturan penggunaan 3 T
 Pembinaan Laman WEB Sekolah yang mesra pengguna
 Membina program 3T yang mudah menggunakan perisisan access dan
Outlook oleh guru ICT
 Staf sokongan akan memasukkan maklumat minit curai ke dalam program
tersebut

Aktiviti 1: semua guru ada membawa format minit curai semasa urusan rasmi
di luar

Aktiviti 2: sekiranya guru tidak sempat menulis minit curai menggunakan


format yang disediakan, guru boleh membuat salinan dan dikepilkan
bersama borang minit curai yang disediakan

Aktiviti 3: staf sokongan akan memasukkan maklumat seperti nama guru,


tajuk urusan rasmi, tempat, dan tarikh dalam program 3 T
Aktiviti 4: menggunakan program 3 T, boleh mengesan sama guru ada
menyerahkan minit curai dan membuat tindakan seperti yang
tercatat dalam minit curai tersebut

8. PENILAIAIN TINDAKAN INTERVENSI/JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Minggu/ Bulan
Bil. Perkara

1 2 3 4 1 2 3 4
1 Mengenal pasti masalah dan X
mengumpul data awal
2 Menulis proposal kajian X
3 Merancang tindakan X
4 melaksanakan kajian tindakan X
5 Menyediakan format minit curai X
6 Taklimat kepada guru dalammesy X
7 Membina program 3T X X X
8 Mengisi maklumat X X X X X X X
9 Refleksi kajian X
10 Menulis laporan

9. KOS
Harga
Bil. Perkara Kuantiti Kos
seunit
Kertas A 4 4 RIM RM 90.00 RM 360.

KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN

SEKTOR JAMINAN KUALITI JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU


PINNANG
TAJUK KAJIAN:

Meningkatkan pengurusan tindakan susulan pasca urusan rasmi


menggunakan
3T (TENGOK-TAKWIM-TINDAK)

OLEH:
JUSNIAR BINTI AB JALIL
PENGETUA SMK KEPALA BATAS

Anda mungkin juga menyukai