Anda di halaman 1dari 21

OBJEKTIF

Setelah mempelajarai modul ini, para pelajar dapat :

1.Menjelaskan sejarah perkembangan kurikulum dan pengajaran


yang berlaku di Malaysia sejak zaman sebelum penjajahan hingga
kini.

2.Menyatakan ciri-ciri perkembangan kurikulum dan pengajaran


pendidikan tradisional sebelum kedatangan penjajahan British di
Tanah Melayu.

3. Menghuraikan corak perkembangan kurikulum dan


pengajaran semasa zaman penjajahan British seperti Sistem
Pendidikan Venarkular.
4. Membincangkan laporan-laporan berkenaan dengan perubahan
kurikulum dan pengajaran di sekolah kearah mewujudkan
kurikulum dan pengajaran yang seragam di sekolah.

5. Menerangkan perkembangan kurikulum dan pengajaran


selepas merdeka sebagaimana yang dinyatakan dalam akta-
akta pelajaran.

6. Menyatakan perkembangan-perkembangan terkini dalam


kurikulum dan pengajaran sekolah sebagaimana yang
dijelaskan dalam dasar-dasar baru Kementerian Pelajaran
Malaysia.
PERINGKAT PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN
PENGAJARAN DI MALAYSIA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
• Kurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah
institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan
(Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979).

• Kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala


ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
Malaysia.

• Kurikulum berperanan untuk mengembangkan potensi


murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial
dengan cara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat
yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta
menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk
keperluan Negara.
Kerr J. K (1968), Hirst (1975) serta Nicholls S. H. dan
Nicholls A (1978) mentafrif kan kurikulum adalah rancangan
diperingkat sekolah

B.O.Smith, W.D. Stanley dan J. H. Shores (1957), J. G Saylor


& W. M Alexander (1974) dan K. Egan (1978) menyatakan
kurikulum adalah rancangan bidang pendidikan.

Tyler(1950) ,G. A. Beauchamp (1968) dan A.S Robinson


(1971) memfokuskan kurikulum kepada objektif dan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku sama ada di
sekolah atau di luar sekolah.
Aktiviti
Aktiviti
Pencapaian
Pencapaian pendidikan
pendidikan
pembelajaran
pembelajaran

5Walker
konsep am dalam
(1990)
kurikulum
Walker 1990

Pembelajaran
Pembelajaran Matapelajaran
Mata pelajaran
yangdiinginkan
yang diinginkan

Pengalamanpelajar
Pengalaman pelajar
Perundangan pendidikan

1957: The Education Ordinance, 1957


1961: Akta Pelajaran, 1961
1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak - 1971)
1971: Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974: Akta Politeknik Ungku Omar
1980: Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
Laporan-laporan penting

1956: Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956 (Penyata Razak)


1960: Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pelajaran, 1960
(Penyata Rahman Talib)
1967: Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973: Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat
mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
Kurikulum
1956: General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964: General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965: Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967: Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973: Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982: KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983: KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988: Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989: Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989: Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
1991: Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992: Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah
rendah
1993: Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah
yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah
rendah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan


ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Imbasan Sejarah 

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman


Pengukuhan

Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan


Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa
pengantar utama
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling
Malaysia
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman
Kemaskini

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis


dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan
unsur-unsur disiplin yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik
dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan
mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis


dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan
unsur-unsur disiplin yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik
dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11
tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan
mutu pelajaran keseluruhan
Rang Undang Undang Pendidikan 1995

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk


menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti
untuk mencapai aspirasi negara
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar
pendidikan kebangsaan
Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan kebangsaan
Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta
Halatuju Pendidikan 

Perundangan Pendidikan
1957 - The Education Ordinance, 1957
1961 - Education Act, 1961
1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974 - Akta Politeknik Ungku Omar
1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
Laporan-Laporan Penting

1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata


Razak)
1960 - Report of the Education Review Committee, 1960
(Penyata Rahman Talib)
1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat
mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan
KURIKULUM SEBELUM MERDEKA
1946 - 1957

Rancangan Cheeseman diperkenal


- Fungsi untuk mempermudahkan pentadbiran British di TM
- Kurikulum diseragamkan
- Bahasa Inggeris wajib di semua sekolah sehingga
peringkat menengah
- Pendidkan percuma
- Majlis Perundangan persekutuan menolak cadangan ini
disebabkan bahasa pengantar BI
- Wujudnya sekolah Vernilular...kesannya?
Laporan Barnes (1950),
• Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar bagi
sekolah-sekolah
• Mata pelajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diajar di sekolah-sekolah
Cina dan Tamil.
• Kurikulum bagi mata pelajaran Sains dirombak daripada kurikulum
asalnya.
• Jemaah Nazir persekutuan ditubuhkan
• Pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.
• Kurikulum dan pengajaran di peringkat sekolah menengah dilaksanakan
dengan bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris
• Terbuka kepada kanak-kanak yang tamat persekolahannya di peringkat
sekolah rendah.
• Kurikulum dan pengajaran juga dilaksanakan di Sekolah menengah
vokasional moden
• Penguasa tempatan ditubuhkan bagi mengawal selia perkembangan
kurikulum dan pengajaran di semua sekolah.
Laporan Rahman Talib (1960)
bertujuan utk mengkaji dasar pendidikan yang telah
diterima pada 1956. Jawatankuasa tersebut telah
mengkaji pelaksanaannya pada masa itu dan masa
akan datang serta mengkaji implikasi kewangan tentang
pelaksanaan kurikulum yang dikemukakan oleh dasar
penyata Razak.
Rentetan Sejarah Perkembangan kurikulum
•Rancangan Cheeseman
•Penyata Barnes
•Penyata Razak
•Penyata Rahman Talib
•Akta Pelajaran 1961
•Laporan Kabinet 1975
•Akta Pendidikan 1996

Anda mungkin juga menyukai