Anda di halaman 1dari 2

ADAB SEORANG GURU MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

Pertama
Belas kasihan kepada murid dan memperlakukanya sebagai anak. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya aku bagi kalian adalah bagai bapa terhadap anaknya”.

(Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Nasa’i dan Ibnu


Hibban)

Kedua
Meneladani Rasulullah s.a.w dengan tidak meminta upah mengajar, tidak bertujuan mencari imbalan
ataupun ucapan terima kasih, tetapi mengajar semata-mata kerana Allah S.W.T dan taqarrud kepada-
Nya.

Ketiga
Tidak meninggalkan nasihat kepada murid sama sekali, seperti melarangnya daripada usaha untuk
beralih kepada satu tingkatan sebelum berhak menerimanya, dan mendalami ilmu tersembunyi sebelum
menguasai ilmu yang jelas. Kemudian mengingatkan murid bahawa tujuan mencari ilmu adalah taqarrud
kepada Allah S.W.T bukan untuk meraih kekuasaan, kedudukan dan persaingan.

Keempat
Mencegah murid daripada akhlak tercela, dengan cara tidak langsung dan terang-terangan sedapat
mungkin dan dengan kasih sayang bukan dengan celaan. Kerana terang-terangan boleh mengurangi
kewibawaan, menimbulkan keberanian untuk membangkang dan merangsang sikap keras.

Kelima
Guru yang arif bidangnya tidak mencela ilmu-ilmu yang bukan bidangnya…seorang guru yang khusus
pada sesuatu bidang harus memperluaskan pandangan murid pada ilmu-ilmu lain juga. Guru juga harus
memantapkan pengetahuan murid terhadap bidang yang diajarnya.
Keenam
Membatasi ilmu sesuai dengan kemampuan pemahaman murid, tidak menyampaikannya yang tidak
boleh dijangkau oleh kemampuan akalnya agar tidak membuatkannya enggan atau memberatkan
akalnya kerana kemampuan manusia itu terbatas.

Ketujuh
Murid yang terbatas kemampuannya, sebaiknya disampaikan kepada hal-hal yang jelas dan sesuai
dengannya dan tidak disebutkan kepadanya bahawa sebaliknya ada lagi yang tidak boleh disampaikan
kepada mereka. Ini boleh menyebabkan murid akan kurang minatnya hal-hal yang jelas tersebut,
membuatkan hatinya goncang, dan mengesankan kebakhilan penyampaian ilmu terhadap dirinya sebab
setiap orang yakin bahawa dirinya layak menerima ilmu yang mendalam.

Kelapan
Hendaknya guru melaksanakan ilmunya. Perbuatannya tidak mendustakan perkataannya, kerana ilmu
diketahui dengan mata hati dan amal diketahui dengan mata. Orang yang memiliki mata jauh lebih
banyak. Jika amal perbuatannya bertentang dengan ilmu maka guru tidak akan memiliki daya bimbing.
Dalam surah al-Baqarah ayat 40, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “Mengapa kamu suruh orang
lain mengerjakan kebaikan, sedang kamu melupakan diri kamu sendiri”.

Anda mungkin juga menyukai