Anda di halaman 1dari 3

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar


Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia


Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya


Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
Dia tiba-tiba berenang masuk paya dan menaiki batang cenderai tumbang yang
menganjur ke pulau kecil di tengah-tengah paya itu.

“Hei…, nanti kau jatuh!” aku menjerit apabila melihat tangannya tergewang-gewang
meniti batang cenderai.

“Tidak, jangan takut!” Dia terus meniti hingga ke hujung. Aku berasa agak ngeri juga.
Aku yakin air paya di bawah itu sudah pasti dalam. Kalau dia jatuh sudah tentu lemas.

Dia kemudian melompat lalu memijak pulau kecil yang diserabuti benta itu. Akhirnya
hilang ke sebelah sana paya. Aku menunggu-nunggu, dan mula menduga-duga perkara yang
hendak dilakukannya.

Tidak lama kemudian budak perempuan itu muncul. Dia datang mendapatkan aku. Pada
tangannya terdapat sejambak bunga bertampuk ungu dan berkelopak putih. Bunga itu besar,
lebih kurang sebesar sanggul ibu. Tanpa kusedari, aku telahpun menyambutnya.

“Ooh, cantik! Bunga apa ini?”

“Capa rengat, setengah-setengah orang panggil melur hutan.”

“Emm…wangi… tapi tentu bunga itu akan layu.”

“Taruhlah di dalam botol berisi air, kaurenjis-renjislah, biar bunga itu tahan lama.”

1. Semua yang berikut ialah ciri-ciri bunga capa rengat seperti dalam petikan, kecuali

A berbau wangi.
B berkelopak putih.
C bertampuk ungu.
D lebih besar daripada sanggul ibu.

2. Mengapakah ‘aku’ mula menduga-duga perkara yang akan dilakukan oleh budak
perempuan itu?

A Kerana ‘aku’ tertunggu-tunggu akan barang yang dibawa oleh budak perempuan.
B Kerana budak perempuan itu telah hilang di sebalik paya
C Kerana ‘aku’ tidak dapat melihat perkara dilakukan oleh budak perempuan
D Kerana ‘aku’ bosan ditanggalkan sendirian oleh budak perempuan itu.

3. Perwatakan budak perempuan yang dapat dilihat daripada cerpen di atas ialah

A yakin dengan kebolehannya meniti batang cenderai


B gigih mendapatkan bunga bagi membuktikan kebolehannya kepada ‘aku’
C pandai menjaga hati ‘aku’ dengan mendapatkan bunga capa rengat.
D mempunyai banyak pengetahuan tentang bunga melur hutan.

4. Antara berikut, yang manakah pengajaran yang paling sesuai dengan petikan?
A Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan apa yang dihajati
B Kita harus menghargai pemberian orang lain walaupun tidak mahal
C Kita perlu menjaga pertuturan dan tingkah laku apabila berhadapan dengan orang
tua
D Kita mesti menghormati sesama rakan tanpa mengira rupa dan kekayaan

5. Apa peristiwa yang berlaku pada klimaks cerpen Capa Rengat?


A Aku mengetahui bahawa Su mempunyai emak tiri yang bengis.
B Ibu ‘aku’ mengambil keputusan untuk pulang ke kota
C Su dipanggil oleh adik tiri lelakinya ketika ‘aku’dan Su menyiapkan kota
D Ibu memberitahu ‘aku’ bahawa kami tidak akan pulang ke kampung lagi

Anda mungkin juga menyukai