Anda di halaman 1dari 22

UNIT 4: DARAB

UNIT 4.1(a)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).


1. Membina dan menyebut
kumpulan sama banyak 2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.
menggunakan
a) bahan konkrit 3. Edarkan pembilang dalam bilangan genap yang berbeza kepada setiap
b) gambar kumpulan.
c) garis nombor
4. Minta murid membuat kumpulan dua-dua dengan menggunakan
2. Menulis ayat matematik pembilang tersebut.
tambah berulang
a) dua-dua Soal jawab:
b) lima-lima Adakah ahli (pembilang) dalam setiap kumpulan itu sama banyak?
c) sepuluh-sepuluh Adakah kamu (setiap kumpulan) mendapat jumlah kumpulan
d) empat-empat pembilang yang sama?
Ada berapa kumpulan pembilang yang kamu dapat?
BAHAN BANTU MENGAJAR
5. Minta murid memadankan kumpulan pembilang dua-dua dengan kad
Bagi sesi pengajaran & bergambar dan kad nombor seperti berikut:
pembelajaran:
1. Pembilang
2. Kad bergambar
3. Kad nombor
4. Garis nombor bersaiz besar

Bagi aktiviti pengukuhan:


Petak 100
(Rujuk BBM ms. 1)
2 2 2

6. Seterusnya tunjukkan operasi penambahan berulang pada garis nombor


tadi. Contohnya:

2 +2 +2

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

7. Kemudian bimbing murid untuk menulis ayat matematik tambah


berulang seperti berikut:

2 + 2 + 2=6

8. Ulangi langkah 4 hingga 7 dengan kumpulan lima-lima, sepuluh-


sepuluh dan empat-empat.

9. Edarkan Lembaran Kerja 4.1(a).

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Kumpulan Bimbing murid menunjukkan operasi penambahan berulang pada Petak


83
UNIT 4: DARAB
Sama banyak 100. Contohnya:
Dua-dua
Lima-lima
Sepuluh-sepuluh
Empat-empat
I 2 3 4 5 6 7 8 9 I0
Penambahan berulang
Ayat matematik II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 20

2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Ulangi dengan kumpulan lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat.


Bincangkan tentang pola yang terhasil.

UNIT 4.1(b)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

84
UNIT 4: DARAB

Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis individu
1. Memperkenalkan simbol darab dan pen marker kepada setiap kumpulan.
dan sama dengan
a) mengguna dan 2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.
mempelbagaikan
perbendaharaan kata yang 3. Pamerkan satu mangkuk yang berisi dua biji manggis.
relevan dalam konteks
darab Soal jawab:
b) menulis simbolnya Cikgu ada satu mangkuk berisi dua biji manggis.
c) menggunakan simbol bagi Sekarang cikgu gandakan mangkuk berisi dua biji manggis ini
menulis ayat matematik menjadi tiga.
berdasarkan situasi yang (Pamerkan kesemua tiga mangkuk yang berisi dua biji manggis
diberi setiap satunya)

2. Menulis ayat matematik darab


apabila diberi kumpulan dua-
dua, lima-lima, sepuluh-
sepuluh dan empat-empat
berbantukan
a) objek Berapa mangkuk manggis yang ada sekarang?
b) gambar (Murid akan menjawab ”Tiga mangkuk”)
c) garis nombor Berapa biji manggis yang ada dalam setiap mangkuk?
(Murid akan menjawab ”Dua biji”)
BAHAN BANTU MENGAJAR Tiga darab dua sama dengan enam.
(Tuliskan ’3 × 2 = 6’ pada papan tulis)
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran: 4. Perkenalkan simbol ‘×’ sebagai simbol untuk menunjukkan
1. Mangkuk gandaan.
2. Objek maujud yang sesuai
(bola, gula-gula, buah- 5. Minta murid melukiskan gambar bagi situasi di atas pada papan
buahan, mainan dsb.) tulis masing-masing.
3. Papan tulis individu
4. Pen marker 6. Kemudian tunjukkan gandaan tersebut melalui garis nombor
5. Garis nombor bersaiz besar seperti berikut:

Bagi aktiviti pengukuhan:


1. Papan tulis individu
2. Pen marker 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
3. Pembilang
4. Pinggan kertas Soal jawab:
5. Garis nombor bersaiz besar Berapa lompatan yang kamu lihat?
(Murid akan menjawab ”Tiga lompatan”)
Berapa langkah yang ada dalam setiap lompatan?
(Murid akan menjawab ”Dua langkah”)
Tiga darab dua sama dengan enam.
(Bulatkan nombor ’6’ pada garis nombor tersebut)

7. Ulangi langkah 3 hingga 6 bagi objek dalam kumpulan lima-lima,


sepuluh-sepuluh dan empat-empat.
8. Edarkan Lembaran Kerja 4.1(b).

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Darab 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis individu, pen
Kali marker, pembilang dan pinggan kertas kepada setiap kumpulan.
Ganda
85
UNIT 4: DARAB
Hasil darab 2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.
Kumpulan
Sama banyak 3. Minta murid menunjukkan ‘5 × 3’ dengan:
Dua-dua  menggunakan pembilang dan pinggan kertas
Lima-lima  melukis gambar bagi situasi tersebut pada papan tulis masing-
Sepuluh-sepuluh masing
Empat-empat  melukis lompatan pada garis nombor tadi
Penambahan berulang
Ayat matematik 4. Minta murid memperihalkan kumpulan pembilang/gambar/lompatan
garis nombor tadi dengan menggunakan perbendaharaan kata yang
sesuai. Contohnya:

Tiga pinggan, lima pembilang dalam setiap pinggan, kesemuanya


lima belas pembilang.

Lima digandakan tiga menjadi lima belas.

Tiga darab lima sama dengan lima belas.

5. Ulangi langkah 3 dan 4 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

UNIT 4.1(c)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

86
UNIT 4: DARAB

Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).


Menulis operasi darab yang sama
jawapannya dengan operasi 2. Edarkan papan tulis individu, pen marker dan kubus Unifix (dua warna
darab yang diberi dengan berbeza) kepada setiap kumpulan.
mengubah susunan nombor yang
didarabkan 3. Minta murid membina lima kumpulan dua-dua dan dua kumpulan
lima-lima seperti berikut:

Lima
Lima kumpulan
kumpulan Dua
Dua kumpulan
kumpulan
dua-dua
dua-dua lima-lima
lima-lima
BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &


pembelajaran:
1. Papan tulis individu
2. Pen marker
3. Kubus Unifix
(dua warna berbeza)

Bagi aktiviti pengukuhan:


1. Kertas petak
2. Pensel warna/krayon

4. Minta murid menulis ayat matematik berdasarkan susunan kubus


tersebut pada papan tulis masing-masing iaitu ‘5 × 2 = 10’ dan ‘2 × 5
= 10’.

Soal jawab:
Apa yang kamu lihat pada kedua-dua ayat matematik ini?
Terangkan.

5. Bincangkan tentang perubahan susunan nombor yang didarabkan dan


jawapan yang terhasil. Bimbing murid untuk melihat bahawa
perubahan susunan dua nombor yang didarabkan akan menghasilkan
jawapan yang sama.

6. Ulangi langkah 3 hingga 5 dengan memberikan contoh-contoh yang


lain.

7. Edarkan Lembaran Kerja 4.1(c).

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Darab Minta murid menggunakan kertas petak (kertas buku latihan petak kecil)
Kali dan pensel warna atau krayon untuk mewarnakan petak bagi mewakili ayat
Ganda matematik yang diberi.
Hasil darab
Kumpulan Contohnya:
87
UNIT 4: DARAB
Sama banyak
Dua-dua
Lima-lima Enam
Enam kumpulan
kumpulan dua-dua- Dua
Dua kumpulan
kumpulan enam- enam-
Sepuluh-sepuluh dua
dua enam
enam
Empat-empat 66 ×× 22 == 12
12 22 ×× 66 == 12
12
Penambahan berulang
Ayat matematik
Susunan nombor

UNIT 4.2(a)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gula-gula, kertas


Membina sifir dua, lima, sepuluh mahjong dan pen marker kepada setiap kumpulan.
dan empat dengan berpandukan
a) objek konkrit 2. Minta murid meletakkan dua biji gula-gula dalam satu kumpulan.
b) gambar
c) garis nombor Soal jawab:
Berapa bilangan kumpulan dua-dua?
(Murid akan menjawab ”Satu kumpulan dua-dua”)
Berapa biji gula-gula kesemuanya?
(Murid akan menjawab ”Dua biji”)
Satu darab dua sama dengan dua.
BAHAN BANTU MENGAJAR
88
UNIT 4: DARAB
(Tulis ‘1 × 2 = 2’ pada papan tulis)
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran: 3. Minta murid melukiskan gambar berdasarkan situasi tadi dan
1. Pembilang atau objek maujud menuliskan ayat matematik darab pada kertas mahjong seperti berikut:
yang sesuai (gula-gula, buah-
buahan, mainan dsb.)
2. Kertas mahjong
3. Pen marker
1×2=2

Bagi aktiviti pengukuhan:


1. Petak 100
(Rujuk BBM ms. 1) 4. Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga terdapat sembilan kumpulan dua-dua.
2. Pen marker Minta murid membilang dua-dua setiap kali menjumlahkan gula-gula
3. Pensel warna/krayon tersebut. Hasil kerja murid akan kelihatan seperti berikut:

1×2=2

2×2=4

3×2=6

Dan
Dan seterusnya
seterusnya sehingga
sehingga ‘9
‘9 ×× 22 == 18’
18’

5. Bincang dan bandingkan hasil kerja murid.

6. Seterusnya lukis garis nombor bersaiz besar di atas lantai.

7. Minta murid melangkah dua-dua dan mengaitkannya dengan operasi


darab. Contohnya:

Murid A melangkah sekali, dari ’0’ hingga ’2’.


Murid-murid lain menyebut ”Satu darab dua sama dengan dua”.

Murid B melangkah dua kali, dari ’0’ hingga ’2’ dan dari ’2’ hingga
’4’.
Murid-murid lain menyebut ”Satu darab dua sama dengan dua, dua
darab dua sama dengan empat”.

Murid C melangkah tiga kali, dari ’0’ hingga ’2’, dari ’2’ hingga ’4’
dan dari ’4’ hingga ’6’.
Murid-murid lain menyebut ”Satu darab dua sama dengan dua, dua
darab dua sama dengan empat, tiga darab dua sama dengan enam”.

8. Ulangi langkah 7 sehingga sembilan kali langkah dalam bilangan dua-


89
UNIT 4: DARAB
dua.

9. Edarkan Lembaran Kerja 4.2(a).

Nota: Ulangi aktiviti yang serupa bagi membina sifir lima, sepuluh dan
empat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya.

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Darab Aktiviti 1
Kali
Ganda Bimbing murid membina sifir dua, lima, sepuluh dan empat dengan
Hasil darab menggunakan Petak 100. Minta murid membulatkan atau mewarnakan
Kumpulan hasil darab bagi sifir tersebut seperti berikut:
Sama banyak
Dua-dua  Sifir dua
Lima-lima
Sepuluh-sepuluh I 2 3 4 5 6 7 8 9 I0
Empat-empat
Penambahan berulang II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 20
Ayat matematik
Susunan nombor 2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30
Sifir

 Sifir lima

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I0

II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 20

2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

 Sifir sepuluh

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I0

II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 20

2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

 Sifir empat

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I0

II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 20

2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

90
UNIT 4: DARAB
Bincangkan tentang pola yang terhasil.

Aktiviti 2

Minta murid melekatnya dalam buku latihan dan menyanyikan sifir


mengikut melodi lagu berikut:

 Sifir dua - Chan Mali Chan


 Sifir lima - Ikan Kekek
 Sifir sepuluh - Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni
 Sifir empat - Lompat Si Katak Lompat

UNIT 4.2(b)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Letakkan satu gelung rotan di hadapan kelas.


Menentukan nilai bagi sifir satu
dan sifir sifar 2. Minta seorang murid untuk berdiri di dalam gelung rotan tersebut.

Soal jawab:
Berapa kumpulan (gelung rotan) yang ada?
Berapa ahli (murid) di dalam setiap kumpulan?
Satu kumpulan satu-satu.
Berapa jumlah murid kesemuanya?

3. Minta murid menuliskan ayat matematik darabnya ‘1 × 1 = 1’


BAHAN BANTU MENGAJAR

91
UNIT 4: DARAB
pada papan tulis.
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran: 4. Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga terdapat sembilan kumpulan satu-
1. Gelung rotan satu.
2. Papan tulis individu
3. Pen marker 5. Kemudian minta murid membaca sifir satu tersebut. Bincangkan
4. Gelas tentang pola yang terhasil. Bimbing murid untuk melihat bahawa
5. Guli sebarang nombor yang didarabkan dengan satu menghasilkan
nombor yang sama sebagai hasil darabnya.

Bagi aktiviti pengukuhan: 6. Seterusnya bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis
1. Kotak individu dan pen marker kepada setiap kumpulan.
2. Kad soalan
3. Radio/muzik 7. Tunjukkan satu gelas yang berisi guli.

Soal jawab:
Berapa biji gelas yang kamu lihat?
Berapa biji guli yang kamu lihat?
Tuliskan ayat matematiknya.
(Minta murid menuliskan ayat matematik darab berdasarkan
situasi tersebut pada papan tulis masing-masing)
Satu (tunjuk pada gelas) darab satu (tunjuk pada guli) sama
dengan satu (tunjuk pada guli dalam gelas).

8. Seterusnya keluarkan guli tersebut daripada dalam gelas tadi.

Soal jawab:
Sekarang cikgu akan keluarkan guli ini.
Berapa biji gelas yang kamu lihat?
Tuliskan ayat matematiknya.
(Minta murid menuliskan ayat matematik darab berdasarkan
situasi tersebut pada papan tulis masing-masing)
Satu (tunjuk pada gelas) darab sifar (tunjuk pada guli) sama
dengan sifar (tunjuk pada guli dalam gelas).
(Tuliskan ’1 × 0 = 0’ pada papan tulis)

9. Kemudian tunjukkan satu lagi gelas kosong dan ulangi teknik


penyoalan yang sama.

10. Ulangi langkah 9 sehingga terdapat sembilan gelas kosong


kesemuanya.

11. Kemudian minta murid membaca sifir sifar tersebut. Bincangkan


tentang pola yang terhasil. Bimbing murid untuk melihat bahawa
sebarang nombor yang didarabkan dengan sifar menghasilkan

92
UNIT 4: DARAB
sifar sebagai hasil darabnya.

12. Edarkan Lembaran Kerja 4.2(b).

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Darab 1. Adakan permainan ‘Kotak Beracun’.


Kali
Ganda 2. Masukkan kad soalan seperti berikut ke dalam kotak.
Hasil darab
Kumpulan 5×0= 8×1=
Sama banyak
Dua-dua
Lima-lima 9×0= 4×1=
Sepuluh-sepuluh
Empat-empat
Penambahan berulang 3. Muzik dimainkan. Kotak tersebut diedarkan daripada murid ke murid
Ayat matematik yang lain.
Susunan nombor
Sifir 4. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang ’kotak beracun’
Sifar tersebut akan mengambil satu kad soalan daripada dalam kotak.

5. Murid tersebut hendaklah membaca soalan. Dia perlu melukiskan


situasi bagi ayat matematik tersebut pada papan tulis dan menyatakan
jawapan yang betul. Contohnya, murid yang mendapat kad soalan
‘3 × 1 = ____‘ boleh melukiskan seperti berikut:

93
UNIT 4: DARAB

6. Semak jawapan bersama-sama. Sekiranya jawapan tersebut salah,


soalan akan dibuka kepada murid yang lain.

7. Soalan yang telah dijawab perlu dikeluarkan dari kotak tersebut.

8. Permainan diteruskan hingga selesai

UNIT 4.2(c)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan pembilang yang


Melengkapkan ayat matematik mencukupi kepada setiap kumpulan.
darab yang melibatkan sifir dua,
lima, sepuluh, empat, satu dan sifar 2. Tuliskan ayat matematik berikut pada papan tulis:

× 2 = 12

Soal jawab:
(Bacakan ayat matematik tersebut)
Berapa kumpulan darab dua pembilang, dapat dua belas
pembilang?
BAHAN BANTU MENGAJAR
Ada dua belas pembilang kesemuanya.
Bagi sesi pengajaran & (Lukiskan dua belas pembilang pada papan tulis)
pembelajaran: Dalam setiap kumpulan ada dua pembilang.
Pembilang (Tunjuk pada nombor ‘2’ dalam ayat matematik tadi)

Berapa kumpulan dua-dua yang perlu ada dalam setiap kumpulan


Bagi aktiviti pengukuhan: untuk menjadikan dua belas?
1. Garis nombor (Tunjuk pada petak kosong dalam ayat matematik tadi)
2. Petak 100
(Rujuk BBM ms. 1) Gunakan pembilang kamu untuk mencari jawapannya.
(Minta murid membuat kumpulan dua-dua dengan
menggunakan dua belas pembilang)

Berapa kumpulan dua-dua yang kamu dapat?

3. Lukiskan situasi tersebut pada papan tulis dan tuliskan jawapannya.

4. Bimbing murid untuk melihat bahawa di dalam setiap kumpulan perlu


pembilang (ahli) yang sama banyak.

5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan memberikan contoh-contoh yang

94
UNIT 4: DARAB
lain.

6. Seterusnya tuliskan ayat matematik berikut pada papan tulis:

4× =8

Soal jawab:
(Bacakan ayat matematik tersebut)
Empat kumpulan darab berapa pembilang, dapat lapan pembilang?

Cikgu ada empat kumpulan pembilang.


(Tunjuk pada nombor ‘4’ dalam ayat matematik tadi.
Kemudian lukiskan empat kumpulan pada papan tulis)

Tapi cikgu perlukan lapan pembilang kesemuanya.


(Tunjuk pada nombor ‘8’ dalam ayat matematik tadi)

Berapa pembilang yang perlu ada dalam setiap kumpulan untuk


menjadikan lapan?
(Tunjuk pada petak kosong dalam ayat matematik tadi)

Gunakan pembilang kamu untuk mencari jawapannya.

7. Bimbing murid untuk melengkapkan ahli (pembilang) dalam setiap


kumpulan secara satu-persatu untuk mencukupkan lapan pembilang
sambil melukiskan situasi berikut pada papan tulis:

 Langkah 1 - Letakkan/lukiskan satu pembilang dahulu ke


dalam setiap kumpulan.

Soal jawab:
Berapa jumlah pembilang yang ada?
Sudah cukupkah lapan pembilang kesemuanya?
Jika belum cukup, berapa lagi pembilang yang cikgu perlu
tambah?
Mari kita tambahkan satu pembilang lagi.

 Langkah 2 - Letakkan/lukiskan satu pembilang lagi ke


dalam setiap kumpulan.

95
UNIT 4: DARAB

Soal jawab:
Berapa jumlah pembilang yang ada?
Sudah cukupkah lapan pembilang kesemuanya?
Perlukah kita tambahkan pembilang lagi?
Empat darab berapa menjadi lapan?

8. Bimbing murid untuk melihat bahawa di dalam setiap kumpulan perlu


pembilang (ahli) yang sama banyak sehingga cukup jumlah pembilang
yang dikehendaki.

9. Ulangi langkah 6 hingga 8 dengan memberikan contoh-contoh yang


lain.

10. Edarkan Lembaran Kerja 4.2(c).

Nota: Ulangi aktiviti yang serupa bagi sifir lima, sepuluh dan
empat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya.

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Darab Bimbing murid melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir
Kali dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar melalui:
Ganda
Hasil darab  Penggunaan garis nombor
Kumpulan
Sama banyak ×4=8
Dua-dua
Lima-lima
Sepuluh-sepuluh
Empat-empat
Penambahan berulang
Ayat matematik 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Susunan nombor
Sifir
Sifar Bimbing murid menjalankan langkah-langkah berikut:
1. Bulatkan jawapan pada garis nombor.
2. Buat lompatan empat-empat bagi nombor ‘4’ (ahli) hingga sampai
ke jawapan tadi.
3. Bilang jumlah langkah (kumpulan) yang terhasil, iaitu dua. Maka ‘4
× 2 = 8’.

 Penggunaan Petak 100

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I0

II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 20

2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

3I 32 33 34 35 36 37 38 39 40

96
UNIT 4: DARAB
Bimbing murid menjalankan langkah-langkah berikut:
1. Bulatkan petak dalam bilangan dua-dua hingga mendapat jumlah
lapan petak kesemuanya.
2. Bilang jumlah kumpulan dua-dua yang terhasil, iaitu empat. Maka
‘4 × 2 = 8’.
UNIT 4.3(a)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Murid duduk secara berpasangan. Nyanyikan lagu sifir dua, lima,
Menyatakan secara spontan sifir sepuluh dan empat bersama-sama (rujuk Unit 4.2(a), Aktiviti
dua, lima, sepuluh, empat, satu dan Pengukuhan 2).
sifar mengikut
a) tertib menaik 2. Edarkan kad manila, keratan gambar, gunting, gam dan kad ayat
b) rawak matematik sifir dua kepada setiap pasangan.

3. Minta setiap pasangan menuliskan jawapan pada kad ayat matematik


yang telah diberikan dan menghasilkan kad bergambar bagi setiap kad
tersebut dengan menggunakan bahan-bahan tadi. Contohnya:
BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &


pembelajaran:
1. Kad manila
2. Keratan gambar
(Rujuk BBM ms. 39 - 45)
3. Gunting
4. Gam
5. Kad ayat matematik sifir dua, bagi kad ayat matematik 1×2=2
lima, sepuluh dan empat
(tanpa jawapan, dilaminate)
(Rujuk BBM ms. 46- 65)
6. Pen marker
7. Radio/muzik

Bagi aktiviti pengukuhan:


1. Kad ayat matematik sifir dua,
lima, sepuluh dan empat bagi kad ayat matematik 3×2=6
(tanpa jawapan, dilaminate)
(Rujuk BBM ms. 46 - 65)
2. Sehelai kain 4. Setelah selesai, kumpulkan kesemua kad bergambar dan kad ayat
matematik tersebut.

5. Bentukkan dua kumpulan, A dan B.

6. Secara rawak, setiap ahli kumpulan A diminta memegang sekeping


kad ayat matematik sifir dua dan ahli kumpulan B memegang sekeping
kad bergambar di dada masing-masing.

7. Mainkan muzik dan minta murid-murid bergerak untuk mencari


pasangan ayat matematik dan kad bergambar yang betul secepat yang
mungkin sebelum muzik dihentikan.

8. Murid yang telah berjumpa dengan pasangannya akan berdiri bersama.

9. Teruskan aktiviti ini sehingga kesemua murid berjumpa dengan

97
UNIT 4: DARAB
pasangannya.

10. Kemudian minta setiap pasangan beratur mengikut tertib menaik sifir
tersebut dengan secepat mungkin.

11. Seterusnya minta murid membaca bersama-sama sifir yang dibentuk


mengikut tertib menaik sambil menyemak urutan sifir tersebut.

12. Edarkan Lembaran Kerja 4.3(a).

Nota: Ulangi aktiviti yang serupa bagi sifir lima, sepuluh dan
empat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya.

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Darab 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan akan bermain


Kali pada masa yang sama.
Ganda
Hasil darab 2. Lantik seorang murid untuk menjadi pengadil. Edarkan kad kad ayat
98
UNIT 4: DARAB
Kumpulan matematik sifir dua kepada setiap pengadil.
Sama banyak
Dua-dua 3. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang kain
Lima-lima sebagai penghadang antara pemain dan pengadil.
Sepuluh-sepuluh
Empat-empat 4. Kemudian setiap kumpulan diminta memilih seorang ahli kumpulan
Penambahan berulang sebagai pemain.
Ayat matematik
Susunan nombor 5. Aturkan kumpulan seperti lampiran ‘Susun Atur Kumpulan’.
Sifir
Sifar 6. Pengadil akan memilih sekeping kad ayat matematik sifir dua dan
Tertib menaik memegang kad tersebut di dadanya supaya ianya dapat dilihat oleh
pemain apabila kain dijatuhkan seperti berikut:

6×2= Kad
Kad ayat
ayat matematik
matematik

7. Pada kiraan ‘3’, murid yang memegang kain tadi akan menjatuhkan
kain tersebut.

8. Pemain yang terdahulu menyebut jawapan yang betul bagi kad


tersebut dikira pemenang dan satu markah diberi kepada
kumpulannya.

9. Ahli kumpulan yang lain akan mengambil giliran sebagai pemain.

10. Pemegang kain akan memegang semula kain tersebut dan pengadil
akan mengambil kad ayat matematik yang lain.

11. Teruskan permainan hingga selesai. Semua ahli kumpulan perlu


mengambil giliran untuk bermain. Pada akhir permainan, markah
dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran.

Nota: Ulangi aktiviti yang serupa bagi sifir lima, sepuluh dan empat.
Ahli kumpulan A Pemegang kain
SUSUN ATUR KUMPULAN

Kain

Pemain
kumpulan A
Pengadil
Pemain
kumpulan B
Ahli kumpulan B

99

Pemegang kain
UNIT 4: DARAB

UNIT 4.3(b)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

100
UNIT 4: DARAB

Murid berupaya: 1. Nyanyikan lagu sifir dua, lima, sepuluh dan empat bersama-sama
Menyatakan secara spontan sifir (rujuk Unit 4.2(a), Aktiviti Pengukuhan 2).
dua, lima, sepuluh, empat, satu dan
sifar mengikut 2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan
c) salah satu daripada dua pen marker kepada setiap pasangan.
nombor yang didarab untuk
memberi hasil darab tertentu 3. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.

4. Letakkan kotak yang berisi kad nombor dalam gandaan dua di atas
meja di hadapan kelas.
BAHAN BANTU MENGAJAR 5. Tuliskan ayat matematik ‘ × 2 =’ pada papan tulis.

Bagi sesi pengajaran & 6. Ambil satu kad secara rawak daripada dalam kotak dan lekatkannya
pembelajaran: sebagai jawapan pada ayat matematik tadi.
1. Papan tulis individu
2. Pen marker Soal jawab:
3. Garis nombor bersaiz besar Berapa darab dua jawapannya (sebutkan nombor pada kad
4. Kotak tadi)?
5. Kad nombor dalam gandaan
dua, lima, sepuluh dan empat 7. Minta murid berbincang dan menuliskan jawapan pada papan tulis
6. Pelekat masing-masing.

8. Semak jawapan bersama-sama. Minta beberapa murid untuk


Bagi aktiviti pengukuhan: menerangkan jawapan mereka. Murid boleh melukis gambar atau
1. Papan tulis individu menggunakan garis nombor ketika menerangkannya.
2. Pen marker
3. Garis nombor bersaiz besar 9. Kad nombor tadi perlu dikeluarkan dari kotak tersebut.
4. Kotak
5. Kad nombor dalam gandaan 10. Ulangi langkah 6 hingga 9. Permainan diteruskan hingga selesai.
dua, lima, sepuluh dan empat
11. Edarkan Lembaran Kerja 4.3(b).

Nota: Ulangi aktiviti yang serupa bagi sifir lima, sepuluh dan
empat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya.

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Darab 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan
Kali pen marker kepada setiap pasangan.
Ganda
Hasil darab 2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.
Kumpulan
Sama banyak 3. Letakkan kesemua kad nombor dalam gandaan dua dan empat, atau
Dua-dua lima dan sepuluh dalam kotak yang sama.
101
UNIT 4: DARAB
Lima-lima
Sepuluh-sepuluh 4. Ambil satu kad secara rawak daripada dalam kotak. Tanyakan soalan
Empat-empat yang sesuai dengan kad nombor yang telah diambil. Contohnya,
Penambahan berulang apabila kad nombor ’30’ diambil:
Ayat matematik
Susunan nombor Soal jawab:
Sifir Berapa darab lima hasil darabnya tiga puluh?
Sifar atau
Enam darab berapa hasil darabnya tiga puluh?
atau
Berapa darab sepuluh jawapannya tiga puluh?
atau
Tiga darab berapa hasil darabnya tiga puluh?
atau
Berapa darab berapa jawapannya tiga puluh?

5. Minta murid menuliskan soalan tadi sebagai ayat matematik bahagi.

6. Minta murid berbincang dan menuliskan jawapannya pada papan tulis


masing-masing.

7. Semak jawapan bersama-sama. Minta beberapa murid untuk


menerangkan jawapan mereka. Murid boleh melukis gambar atau
menggunakan garis nombor ketika menerangkannya.

8. Kad nombor tadi perlu dikeluarkan dari kotak tersebut.

9. Ulangi langkah 3 hingga 7. Permainan diteruskan hingga selesai.

UNIT 4.4

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).


Menggunakan sifir dua, lima,
sepuluh dan empat bagi: 2. Tulis cerita atau penyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:
a) mereka cipta cerita
berdasarkan ayat matematik Adam memetik 5 biji rambutan sehari.
darab yang diberi Dia memetik rambutan selama 4 hari dalam bilangan yang sama.
b) menyelesaikan masalah harian Berapa biji rambutan yang Adam petik kesemuanya?
yang melibatkan pendaraban
dua nombor 3. Lukiskan jadual berikut pada papan tulis.

BAHAN BANTU MENGAJAR Hari Bilangan rambutan yang dipetik

1
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran: 2
1. Kertas mahjong
102
UNIT 4: DARAB
2. Pensel warna/krayon
3

4
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Pensel warna/krayon
2. Lembaran Soal jawab:
‘Selesaikan Masalah Ini’ Berapa biji rambutan yang Adam petik dalam sehari?
(Rujuk BBM ms. 24) (Lukis lima biji rambutan pada hari pertama di dalam jadual)
Berapa biji rambutan yang dipetiknya pada hari
kedua/ketiga/keempat?
(Minta murid melukis bilangan rambutan tersebut pada hari
kedua dan hari-hari berikutnya di dalam jadual)

Hari Bilangan rambutan yang dipetik

4. Minta murid membilang kesemua rambutan tersebut dalam bilangan


lima-lima.

5. Kemudian minta murid menuliskan dan menerangkan ayat matematik


bagi situasi tadi.

6. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan memberikan contoh-contoh yang


lain.

7. Seterusnya edarkan kertas mahjong dan pensel warna atau krayon


kepada setiap kumpulan.

8. Tuliskan satu ayat matematik darab pada papan tulis.

9. Secara berkumpulan, minta murid mereka sendiri cerita atau penyataan


masalah bagi operasi darab dan seterusnya mencari jawapannya.

10. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah berdasarkan


pengalaman mereka sendiri. Bincang dan bandingkan dapatan mereka.

11. Edarkan Lembaran Kerja 4.4.

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Darab 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan pensel warna atau krayon
Kali dan lembaran ‘Selesaikan Masalah Ini!’ kepada setiap pasangan.
Ganda
Hasil darab 2. Tulis cerita atau penyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:
Kumpulan
Sama banyak Puan Hanny membeli empat buku roti untuk keluarganya.
Dua-dua Setiap buku roti itu dipotong kepada lima keping.
103
UNIT 4: DARAB
Lima-lima Berapa keping roti yang Puan Hanny dapat?
Sepuluh-sepuluh
Empat-empat 3. Minta murid menuliskan penyataan masalah tadi di dalam petak pada
Penambahan berulang lembaran aktiviti tersebut.
Ayat matematik
Susunan nombor 4. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tadi. Mereka
Sifir boleh menggunakan bahan yang sesuai untuk mencari jawapan.
Sifar Bincang dan bandingkan dapatan mereka.
Jadual
Cerita 5. Kemudian minta murid menggunakan ayat matematik darab yang lain
Selesaikan masalah untuk mendapatkan nombor yang sama sebagai jawapan.

6. Minta mereka sendiri cerita atau penyataan masalah bagi ayat


matematik tersebut. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah
berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan memberikan contoh-contoh yang


lain.

104

Anda mungkin juga menyukai