Anda di halaman 1dari 7

JURNAL MINGGU PERTAMA

( 7 FEBRUARI – 11 FEBRUARI 2010 )

MASALAH

Minggu ini adalah minggu pertama saya menjalani praktikum. Saya


dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Pendidikan Islam bagi tingkatan
3 Ibnu Amir dan 2 Ibnu Kathir.
Masalah yang saya hadapi apabila memasuki kelas ialah masalah
pengawalan kelas. Murid-murid agak malas dan tidak menumpukan sepenuh
perhatian di dalam kelas. Mereka kelihatan tidak bersedia masih lagi ‘tidur’ dalam
dunia masing-masing. Namun, kebelakangan ini pengawalan kelas agak baik
kerana saya mula bertegas dan memulakan displin kendiri yang agak ketat.

Menurut Ee Ah Meng, 1990,


“Disiplin merupakan peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok
masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan
kehidupan masyarakat itu sendiri”.

Selain itu, disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun dan
seterusnya membawa kepada sifat rasional dan dapat pula mewujudkan
keyakinan diri seseorang itu. dalam bilik darjah, disiplin memainkan peranan
yang penting untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang harmonis dan sihat.
Dengan wujudnya disiplin, proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku
dengan lebih berkesan lagi.

Saya sedar akan masalah yang melanda ini. Walaupun sebagai guru
praktikum, saya amat menitikberatkan sikap murid dan kawalan kelas kerana ini
akan memberikan cabaran kepada saya untuk mengajar kelas tersebut pada
sesi pengajaran seterusnya. Oleh itu, saya ingin membawa perubahan kepada
murid-murid kelas tersebut. Kebisingan dan kekacauan yang melanda ini adalah
masalah utama saya apabila masuk ke kelas ini. Masalah-masalah ini
menyebabkan pengajaran saya terganggu dan tidak dapat menyampaikan isi
pelajaran dengan sempurna.

ANALISIS MASALAH

Masalah ini sememangnya tidak akan lari daripada guru terutama guru
baru atau praktikum. Namun, saya cuba untuk mencari punca masalah ini
dengan bertanyakan kepada guru-guru lain dan berbincang dengan rakan-rakan
serta mencari rujukan daripada buku.

Setelah berbincang, bertanya dan mengkaji, saya mula berfikir sendiri


apakah sebenarnya faktor yang menyebabkan murid seperti tidak bersedia dan
hilang tumpuan dalam masa yang singkat. Berbagai persoalan yang bermain di
kotak fikiran saya seperti:
 Apakah penyebab mereka tidak bersedia?
 Adakah mereka sedar atau sengaja berbuat demikian terhadap saya?
 Mengapakah mereka suka datang ke hadapan meja guru apabila soalan
diajukan kepada mereka?
 Adakah mereka sering cepat hilang tumpuan semasa saya mengajar?

Daripada tinjauan yang saya telah lakukan melalui temubual dan soal selidik
dengan guru pembimbing serta pemerhatian di dalam kelas, beberapa dapatan
telah saya senaraikan iaitu:

 Murid mungkin hanya menganggap saya sebagai guru muda dan mereka
lebih mesra seperti abang mereka sendiri.
 Mereka mungkin anggap saya sengaja memberikan denda tanpa
sebarang tindakan susulan.
 Saya kurang tegas dalam menyatakan peraturan dalam kelas.
 Kemungkinan juga pelajar bosan dengan pengajaran yang saya lakukan
kerana murid yang terpilih sahaja yang akan datang ke hadapan atau
diberikan peluang menjawab soalan.
 Kemungkinan juga saya kurang mesra dengan murid-murid menyebabkan
mereka sukar untuk mendengar apa yang hendak saya sampaikan.
CADANGAN

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi ini, beberapa cadangan telah


dikenalpasti iaitu :

1. Masalah kebisingan dan kekacauan:


 Menetapkan peraturan di dalam kelas dengan lebih ketat dan tegas.
 Saya perlu menyusun semula kedudukan murid di dalam kelas iaitu
pelajar yang bising diletakkan berasingan dan di hadapan sekali.
 Merancangkan aktiviti yang dapat menarik minat mereka pada awal
sesi pengajaran dan pembelajaran.
 Berhenti mengajar sejenak dan tumpukan perhatian kepada murid
yang membuat bising supaya mereka sedar bahawa tindakan
mereka itu tidak disukai dan mengganggu rakan yang lain.
 Saya juga perlu lebih banyak memberi nasihat dan motivasi kepada
pelajar tersebut supaya lebih minat dan bersemangat dalam sesi
pengajaran saya.
 Bertanyakan lebih banyak soalan yang meminta mereka
mengemukakan pendapat. Ini untuk menyedarkan mereka bahawa
mereka tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran saya.

Selain itu, terdapat juga teknik mengawal kelas secara berkesan. Antara
yang difikirkan sesuai dalam proses pengajaran saya ialah:
 Kepimpinan guru secara demokratik. Kepimpinan seperti ini memberi
kebebasan kepada murid untuk bertindak dalam kumpulan. Guru
akan memilih ahli dan sentiasa melakukan penyerahan tugas.
Hasilnya, murid akan sentiasa menghasilkan kerja yang baik dan
aktif dalam semua keadaan sama ada semasa kehadiran guru
ataupun tidak.
 Menurut Lippit dan White (1958),

“Guru memainkan peranan pasif dan membiarkan muridnya dalam


kumpulan mempunyai kebebasan penuh untuk melakukan apa yang
dikehendaki dan tidak memberi sebarang saranan dan penilaian
negatif mahupun positif terhadap tingkah laku pelajar”.

 Ditambah pula oleh Ee Ah Meng (1988),

Kepimpinan guru dalam pendekatan ini dikelaskan sebagai


kepimpinan laisez-faire.
Ee Ah Meng (1988)

 Walaupun begitu, kerja yang dihasilkan adalah lebih banyak


berbanding dengan pelajar yag dikawal oleh guru yang mengenakan
kawalan yag teralu ketat dan menggunakan kekerasan.

 Pendekatan secara kawalan pengalaman terpimpin yang bersfat


sederhana dengan jenis kepimpinan demokratik patut diamalkan
kerana ia dapat mewujudkan keadaan yang kondusif dan sesuai
serta dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan lebih berkesan lagi.
TEMPOH PENYELESAIAN

21 Febuari – 25 Feb 2010 (1 minggu)

TINDAKAN SUSULAN

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah bercadang untuk


menggunakan pendapat Lippit dan White (1958) yang mengatakan:

“Guru memainkan peranan pasif dan membiarkan muridnya dalam


kumpulan mempunyai kebebasan penuh untuk melakukan apa yang
dikehendaki dan tidak memberi sebarang saranan dan penilaian
negatif mahupun positif terhadap tingkah laku pelajar”.

Melalui pendapat Lippit dan White ini, guru memainkan peranan yang
penting dan hendaklah peka terhadap setiap pelajarnya samada pelajar
menumpukan perhatian ataupun tidak. Antara lainnya ialah:
 Sekiranya guru mendapati pengajaran mereka kurang menarik dan
membosankan, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi serta
menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik.
 Guru juga boleh melibatkan pelajar secara berkumpulan dan bertanyakan
beberapa soalan kepada pelajar yang kurang menumpukan perhatian
kepada pelajarannya.
 Guru hendaklah bersedia dengan pelajaran yang hendak diajar terlebih
dahulu.
 Guru perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya tidak timbul
perasaan pilih kasih di kalangan pelajar.
 Guru perlu menetapkan peraturan yang kekal dan bertindak secara
berpatutan dengan kesalahan pelajar dan tidak melakukan kekerasan.
 Guru memberi tugasan kepada murid untuk mengubah keadaan supaya
murid yang aktif lebih menumpukan terhadap tugasan yang diberikan.
KESIMPULAN

Sebagai guru praktikum, kemahiran mengawal kelas perlu dilaksanakan


dengan mengikut budi bicara dan kebijaksanaan yang sewajarnya. Guru
bertanggungjawab menyelia dan mengarah semua aktiviti dalam kelasnya
termasuk disiplin. Pelajar yang berdisiplin akan menjamin keteteraman dalam
kelas. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan
dengan licin dan berkesan.

Sebarang masalah yang wujud semasa mengawal kelas hendaklah


diselesaikan dengan cara mengenalpasti punca masalah di samping mengenali
latar belakang pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan yang diambil
akan memberi kesan yang positif terhadap diri pelajar.

Pelajar juga hendaklah diberikan tugas dalam bentuk berkumpulan dan


guru hendaklah memberikan aktiviti yang menarik perhatian pelajar dan
bermakna buat mereka.

Jadi, saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk menjadi seorang


guru yang berjaya mengawal disiplin murid dan mendidik murid dengan sikap
dan sahsiah yang terpuji. InsyaAllah.

Disediakan oleh :

Zul Izzi Bin Berahim


Guru Praktikum,
SM imtiaz Besut, Terengganu

Anda mungkin juga menyukai