Menjadi Isteri Cemerlang Dengan Asmaulhusna
Menjadi Isteri Cemerlang Dengan Asmaulhusna
Kandungan
1. Pendahuluan………………….…………..………………………………….2
2. Siapakah Diriku?...............................................................3
3. Siapakah Suamiku?...........................................................8
4. Siapakah Ibuku?..............................................................10
5. Siapakah Mertuaku?.........................................................12
15. Penutup..........................................................................21
TIPS MENJADI ISTERI CEMERLANG MELALUI
Mukasurat 2/23
PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA
___________________________________________________________________________________
1. Pendahuluan
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum,
2. Siapakah Diriku?
Sesungguhnya Engkau Ya Kholiq (Yang Maha Pencipta) yang
telah menciptakan diriku daripada tanah yang hina dan kemudian dari
air mani yang juga hina, dari tiada kepada ada. Engkau Ya Kholiq Yang
Maha Pencipta dan Ya Malik Yang Maha Berkuasa dan Raja Yang
Memiliki Segala Isi Langit dan Bumi telah ciptakanku dan
sesungguhnya diriku hanya ciptaanMu dan hambaMu yang dulunya
tiada dan kini ada.
4. Siapakah Ibuku?
Ibu yang kusayangi, sesungguhnya kasih sayangmu dan
keperihatinanmu kepada diriku selama ini tidak mampu ku balas
kerana sesungguhnya semuanya itu adalah sifat Ya Rahman dan Ya
Rahim Allah, yang Allah campakkan kepadamu ibuku agar kau
menyayangiku dan melindungiku sejak kecil sehingga dewasa. Sifat Ya
Rahman dan Ya Rahim Allah ini lah yang masih kau rasakan walaupun
diriku ini sudah bersuami. Kau tetap merinduiku dan ketika diriku balik
kerumahmu kau tetap mencurahkan perhatianmu dan kasihmu
sebagaimana diriku masih kecil dulu, tidak sedikitpun ada kekurangan
yang kurasakan. Kau sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada diriku
dunia dan akhirat dengan sifat Ya Salam Yang Maha Sejahtera yang
dicampakkan kedalam hatimu.
5. Siapakah Mertuaku?
Ibu mertua yang kusayangi, sesungguhnya kasih sayangmu dan
keperihatinanmu kepada suamiku selama ini tidak mampu dia
membalasnya kerana sesungguhnya semuanya itu adalah sifat Ya
Rahman dan Ya Rahim Allah, yang Allah campakkan kepadamu ibuku
agar kau menyayangi suamiku dan melindunginya sejak kecil sehingga
dewasa.
Sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah ini lah yang masih kau
rasakan walaupun dirinya ini sudah berumahtangga. Kau tetap
merinduinya dan ketika dia balik kerumahmu kau tetap mencurahkan
perhatianmu dan kasihmu sebagaimana dia masih kecil dulu, tidak
sedikitpun ada kekurangan yang dia rasakan. Kau sentiasa mendoakan
kesejahteraan kepadanya dunia dan akhirat dengan sifat Ya Salam
Allah yang dicampakkan kedalam hatimu.
Diriku sedar pada diri setiap manusia yang berjaya itu, ada
kurniaan Allah dari sifat Ya Baari’Nya. Ya AlimNya, Ya HakimNya dan
Ya RasyidNya. Sesungguhnya kehebatan seseorang itu bukanlah milik
dirinya, tetapi milik Allah semuanya dan Dia mengurniakan kepada
sesiapa yang dia mahu dan Dia jua boleh mengambilnya pada bila-bila
yang Dia mahu.
15. Penutup
Sabahatku, akhirilah penderitaanmu, kesunyianmu,
kebuntuanmu dan kegelisahanmu selama ini. Marilah melangkah
bersamaku, kita berjalan diatas Permaidani Makrifatullah. Seluruh
Asma ‘Ul Husna Allah mampu mencipta keajaiban kepada yang ikhlas
bergantung kepadaNya. Diriku amat yakin kepada Ya Mujib yang Maha
Mengabulkan yang akan mengabulkan segala permintaan kita ini, Ya
Sami’ Yang akan mendengar segala bicara kita ini kerana Dia Ya
Rahman Ya Rahim amat kasih dan sayang kepada diri kita.
Sedikit Panduan:
Semoga jiwamu kini merasa bahagia dan damai, semoga dirimu sudah
menemui jawapan kepada persoalanmu selama ini, semoga dirimu
sudah berjumpa jalan keluar dari segala yang membelenggumu
selama ini..