Anda di halaman 1dari 4

TARBIAH PEMANGKIN KEJAYAAN UMMAH

ْ َ‫ش َه ُد أَنْ الإِلهَ إِال هللاُ َوأ‬


‫ش َه ُد‬ ْ َ‫ أ‬  َ‫ش ِر ُك ْون‬ ْ ‫ق لِيُ ْظ ِه َرهُ َعلَى ال ِّد ْي ِن ُكلِّ ِه َولَ ْو َك ِرهَ ال ُم‬ َ ‫س ْولَهُ بِال ُهدَى َو ِد ْي ِن‬
ِّ ‫الح‬ ُ ‫س َل َر‬ َ ‫ي أَ ْر‬ ْ ‫الح ْم ُد هللِ الَّ ِذ‬
َ
‫ان إِلَى‬
ٍ ‫س‬َ ‫ص َحابِ ِه َو َمنْ تَبِ َع ُه ْم بِإ ِ ْح‬ َ
ْ ‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأ‬ َ ‫سلِّ ْم َوبَا ِركْ عَل َى‬ َ ‫اللّ ُه َّم‬   ُ‫س ْولُه‬
َ ‫ص ِّل َو‬ ُ ‫سيِّ َدنَا ُم َح َّمدًا َع ْب ُدهُ َو َر‬َ َّ‫أَن‬
َ‫سلِ ُم ْون‬ْ ‫ق تُقَاتِ ِه َوالت َم ُْوتُنَّ إِال َوأَ ْنتُ ْم ُم‬َّ ‫ َح‬ َ‫فَيَا ِعبَا َد هللاِ ! اتَّقُ ْوا هللا‬.....ُ‫ …أَ َّما َب ْعد‬ ‫… َي ْو ِم ال ِّد ْي ِن‬

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan


sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita 
sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan 
segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.   

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah:

‫ فإن تولوا فقل حسبي هللا‬ .  ‫لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم‬
‫ عليه توكلت وهو رب العرش العظيم‬ ‫الإله إال هو‬  .

Maksudnya : "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada


kalangan kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat
menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi
penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari
keimanan), maka katakanlah : “Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain
Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki
‘Arasy yang agung”.

12 Rabiul Awwal mencatat sejarah gemilang dengan kelahiran seorang bayi yang
akhirnya dilantik menjadi nabi lagi rasul bagi mengubah dunia daripada kelam
kufur kepada terangnya iman, daripada kezaliman hukum berdasarkan nafsu
kepada keadilan system berasaskan wahyu, daripada penindasan jahiliah kepada
keluasan Islam. Pengutusan nabi Muhammad s.a.w bersama kitab al-Quran
merupakan suatu rahmat bagi sekalian alam di mana dunia yang telah lama
gersang daripada turunnya wahyu mula subur kembali, umat manusia yang
bergerak tanpa pedoman mula menemui semula sinar kebenaran. Sempena
kedatangan bulan Rabiul Awwal buat sekian kalinya mestilah digunakan dengan
sebaik mungkin bukan sahaja dalam menyebut keindahan akhlak dan perjuangan
Rasulullah s.a.w tetapi apa yang lebih penting ialah kita mesti mengikut segala
jejak langkah dan ajaran yang ditinggalkan oleh baginda. Kita wajib menyanjung
Rasulullah s.a.w dan dalam masa yang sama kita mestilah menjunjung segala
perintah Allah S.W.T dan rasulNya. Pastikan perasaan kasih dan sayang kita
kepada diri Rasulullah s.a.w benar-benar ikhlas dengan memastikan setiap
tindakan dan kelakuan kita selari dengan apa yang diajar dan disuruh oleh
Rasulullah s.a.w. Kita tidak mahu menjadi umat yang hanya gembira menyebut
akhlak dan jasa nabi tetapi mereka sendiri tidak mahu mengikut jejak langkah
dan ajaran nabi. Buktikanlah rasa syukur kita di atas kurniaan Allah S.W.T yang
begitu besar iaitu pengutusan nabi Muhammad s.a.w dengan kita sentiasa
berselawat ke atas baginda dan bersungguh-sungguh dalam mempertahankan
kemulian nabi serta menjulang kembali seluruh system Islam yang telah dibawa
oleh nabi biar apa pun yang berlaku. Ingatlah kita kepada sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud : Tidaklah beriman seseorang itu
sehinggalah aku lebih dikasihinya daripada dirinya sendiri, anak, ayah dan
manusia seluruhnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 6-11 surah ad-Duha:

‫ يجدك يتيما فئاوى ووجدك ضاال فهدى ووجدك عائال فأغنى فأما اليتيم فالتقهر وأما السائل فال تنهر وأما بنعمة ربك‬ ‫ألم‬
‫فحدث‬

Maksudnya :  "Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia


memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau kebingungan mencari-cari
(jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-
Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar
terhadapnya. Adapun orang yang peminta bantuan maka janganlah engkau
tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-
sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya"

Melalui berapa ayat daripada surah ad-Dhuha, kita dapati bagaimana kehidupan
Rasulullah s.a.w telah dikawal oleh Allah semenjak masih kecil lagi bagi menjamin
dakwahnya apabila dilantik menjadi nabi lagi rasul mudah diterima oleh
masyarakat. Rasulullah s.a.w diuji dengan kematian beberapa orang kesayangan
bermula dengan ayahnya Abdullah diikuti pula dengan bondanya Aminah dan
datuknya Abdul Muttalib ketika baginda masih memerlukan perhatian dan kasih
sayang. Ujian kepada kewafatan ahli keluarga tercinta ini telah banyak
melahirkan nabi sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung
kepada orang lain. Melalui ujian ini juga mampu mendidik jiwa nabi agar
mengasihani terhadap anak yatim kerana baginda sendiri pernah merasai
keperitan hidup sebagai anak yatim piatu. Berat mata memandang berat lagi bahu
yang memikul

         Rasulullah s.a.w turut diuji dengan kemiskinan dan kesusahan di mana


ibundanya Siti Aminah setelah kewafatan ayahanda tercinta Abdullah maka
kehidupannya agak susah. Kemiskinan dan kesusahan yang dihadapi telah
mengajar erti kesabaran dan kasih sayang kepada orang lain. Rasulullah s.a.w
yang terkenal dengan gelaran al-Amin iaitu seorang yang amanah kerana benar
percakapannya, mulia akhlaknya dan menjadi kepercayaan ramai telah berusaha
menyara hidup dengan melakukan pelbagai pekerjaan yang halal. Akhirnya Allah
S.W.T menjadikan nabi sebagai peniaga yang berjaya ditambah lagi melalui
perkahwinan baginda dengan wanita hartawan iaitu Siti Khadijah. Kesenangan
yang dicapai tidak melupakan nabi kepada manusia yang susah kerana baginda
sendiri telah merasai kesusahan hidup. Ini semua melahirkan sifat kasih dalam
diri nabi kepada orang susah walau pun telah menjadi pemimpin yang agong. Malah
kejayaan besar yang dicapai oleh nabi Muhammad s.a.w adalah hasil daripada
sifat baginda yang sanggup mengharungi kesusahan bersama dengan umatnya
sehingga baginda lebih suka memilih jalan susah daripada mewah. Ia berbeza
dengan sikap sesetengah pemimpin pada hari ini yang menyuruh rakyat hidup
papa sedangkan dia sendiri hidup kaya raya, sanggup melihat rakyat hidup
menderita akibat rumah diroboh sedangkan dia membina mahligai yang menelan
belanja berjuta-juta, menyuruh rakyat berjimat-cermat sedangkan banyak wang
negara dibazirkan pada perkara yang tidak berfaedah untuk rakyat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Sabda Rasulullah s.a.w :

‫س ْه ِر‬
َّ ‫س ِد بِال‬
َ ‫الج‬ َ ُ‫ُض ٌو تَدَاعَى لَه‬
َ ‫سائِ ُر‬ ْ ‫الوا ِح ِد إِ َذا ا‬
ْ ‫شتَ َكى ِم ْنهُ ع‬ َ ‫س ِد‬ َ ‫اح ِم ِه ْم َوتَ َعاطُفِ ِه ْم َك َمثَ ِل‬
َ ‫الج‬ ُ ‫َمثَ ُل ال ُمؤْ ِمنِيْنَ فِى تَ َوا ِّد ِه ْم َوتَ َر‬
‫الح َّمى‬
ُ ‫ َو‬ 

Maksudnya : "Perumpamaan orang-orang beriman dalam erti kasih sayang,


belas kasihan dan bertimbang rasa sesama mereka seperti tubuh yang satu
iaitu apabila mana-mana anggota badan berasa sakit maka seluruh tubuh
yang lain turut berjaga malam dan menanggung kesakitan."

Sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.a.w mestilah
dicontohi dan diteladani oleh kita semua dalam mengembalikan kemenangan dan
kemuliaan umat Islam. Umat Islam yang masih terasa bagaimana kebiadapan
musuh Islam yang bertindak menghina nabi Muhammad s.a.w melalui lukisan
karikatur mestilah bangkit dalam mempertahankan kemuliaan nabi disamping
bersungguh-sungguh mengembalikan semangat bantu-membantu terhadap
saudara seagama yang sedang ditindas dan dijajah oleh musuh Islam. Kita wajib
berusaha dalam menghentikan kezaliman musuh Islam terutama terhadap
saudara kita di Iraq yang saban hari dibunuh dengan kejam. Umat Islam juga
wajib membantu saudara kita di Palestin yang sedang ditekan oleh Amerika dan
sekutu kuffarnya kerana menjaga kepentingan yahudi Israel. Musuh Islam
sepatutnya menghormati kemenangan gerakan Islam HAMAS yang baru
membentuk kerajaan di Palestin sesuai dengan dakwaan mereka yang mendokong
sistem demokrasi. Tindakan kejam menarik segala bantuan serta meminta agar
bank-bank dunia tidak memberi ruang kepada sebarang bantuan untuk disalurkan
kepada kerajaan Palestin adalah suatu yang bacul dan tidak bertamadun. Oleh itu
menjadi kewajipan kita bersama untuk menghulurkan bantuan kepada saudara
seagama di Palestin melalui cara yang termampu. Kita turut mendesak agar
pemimpin-pemimpin negara umat Islam supaya berani menyalurkan bantuan
kepada Palestin. Jangan tunduk kepada tekanan musuh Islam sehingga saudara
kita terus menderita. Tiada untungnya tunduk kepada musuh yang tidak pernah
belas kasihan kepada umat Islam. Jangan serahkan batang tengkuk kita untuk
disembelih oleh kuffar sebaliknya tunjukkanlah keberanian kita berasaskan
Islam agar musuh tidak lagi berani menghina dan menindas umat Islam sesuka
hati

Firman Allah dalam ayat 15  surah al-Hujurat :


‫ أولئك هم الصــدقون‬ ‫إنما المؤمنون الذين ءامنوا باهلل ورسوله ثم لم يرتابوا وجــهدوا بأمولهم وأنفسهم فى سبيل هللا‬

Maksudnya : "Sesungguhnya  orang-orang yang beriman hanyalah mereka


yang beriman kepada Allah S.W.T dan rasulNya kemudian mereka tidak
ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan
Allah S.W.T. Mereka itulah orang-orang yang benar"

َ ِ‫الح ِك ْي ِم َوتَقَبَّ َل ِمنِّي َو ِم ْن ُك ْم ت‬


‫الوتَهُ إِنَّهُ ه َُو‬ ِّ ‫ت َو‬
َ ‫الذ ْك ِر‬ ِ ‫اركَ هللاُ لِ ْي َولَ ُك ْم فِي القُ ْرآ ِن ال َع ِظ ْي ِم َونَفَ َعنِي َوإِيَّا ُك ْم بِ َما فِ ْي ِه ِمنَ اآليَا‬ َ َ‫ب‬
َ‫ستَ ْغفِ ُر ْوهُ فَيَا فَ ْوز‬ َ
ْ ‫ت فا‬ َ ْ‫ؤ‬ ْ‫ؤ‬
ِ ‫ت َوال ُم ِمنِيْنَ َوال ُم ِمنا‬ ِ ‫سلِ َما‬
ْ ‫سلِ ْمينَ َوال ُم‬ ُ
ِ ‫سائِ ِر ال ْم‬ ُ َ
َ ِ‫ستغفِ ُر هللاَ ال َع ِظ ْي َم لِ ْي َولك ْم َول‬ْ َ ْ ‫س ِم ْي ُع ال َعلِ ْي ُم َوا‬َّ ‫ال‬
َ‫ستَ ْغفِ ِريْنَ َويَا نَ َجاةَ التَّائِبِيْن‬ ْ ‫ال ُم‬

Anda mungkin juga menyukai