Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 4103 : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


SEMESTER: MEI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

4. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

5. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan untuk
bahan tersebut.

1
SOALAN TUGASAN

1. Bahasa Melayu mengalami perkembangan yang amat ketara untuk


mengangkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Buat satu kajian secara deskriptif
tentang pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris terhadap perkembangan
bahasa Melayu kini.
(20 markah)
2. Zaman pramerdeka, empat jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan. Bincang dan buktikan dengan dapatan deskriptif implikasi pelaksanaan
laporan keempat-empat jawatankuasa tersebut dan kesannya terhadap pelaksanaan sistem
pendidikan Negara kita pada masa kini.
(10 markah)
PANDUAN PELAJAR

Rujukan kepada modul dan sumber-sumber bercetak atau sumber dalam internet yang
boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang
mempunyai reputasi; contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka) diperlukan untuk
memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

PANDUAN TUTOR
1. Tutor diminta membimbing para pelajar semasa penyediaan tugasan.
2. Cadangkan buku rujukan dan beberapa laman sesawang yang berkaitan.
Contoh:
i. Tuntunan Bahasa.Asas Pegangan Pelajar oleh Awang Sariyan
ii. Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah dan rakan-rakan
iii. Koleksi Lembar Bahasa – Dewan Bahasa dan Pustaka
iv. Koleksi Pedoman Bahasa – Dewan Bahasa dan Pustaka
v. http://www.dbp.gov.my
3. Tutor adalah diminta memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya
memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES selewat-lewatnya
pada tarikh yang ditetapkan oleh OUM.

2
SOALAN TUGASAN

1. Bahasa Melayu mengalami perkembangan yang amat ketara untuk


mengangkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Buat satu kajian secara
deskriptif tentang pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris terhadap
perkembangan bahasa Melayu kini.
(20 markah)

PENDAHULUAN

Tujuan kertas kerja ini merupakan percubaan untuk memahami masyarakat,


kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu mengandungi negara- negara Asia Tenggara
seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia melalui analisa tentang unsur-unsur
perkataan pinjaman dari bahasa luar dalam bahasa Melayu moden.
Analisa kata-kata asing dalam bahasa Melayu agaknya menunjukkan salah satu
proses pembinaan tamadun Melayu. Dari segi pandangan tersebut, kertas kerja ini cuba
menjelaskan sifat-sifat bahasa dan budaya Melayu dan juga terutamanya masyarakat
Malaysia sehingga kepada pembentukannya sekarang. Oleh yang demikian,bahasa
Melayu boleh dianggap sebagai salah satu kunci untuk memahami faktor-faktor yang
meringkaskan inti sari kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu. Ini adalah kerana bahasa
Melayu pernah memainkan peranan penting sebagai bahasa rasmi di Nusantara
sejak masa lampau sehingga sekarang.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan bahasa
kebangsaan sejak lebih setengah abad yang lalu telah mencipta kira-kira sejuta istilah
dalam pelbagai bidang. Dalam melaksanakan kerja penyusunan istilah, DBP dengan
kerjasama pakar bidang dalam Jawatankuasa Istilah tertentu telah bersidang dan meneliti
setiap butiran dalam senarai bahasa sumber iaitu, bahasa Inggeris sebelum
membincangkannya dan seterusnya memberikan padanan bahasa sasaran, iaitu bahasa
Melayu berdasarkan langkah-langkah proses pembentukan istilah yang telah ditetapkan
dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Ejaan
Bahasa Melayu. Mereka mengabstrakkan konsep daripada bahasa sumber, biasanya

3
bahasa Inggeris. Apa yang terbentang di hadapan mereka merupakan entiti yang
bermakna kepada mereka. Tugas mereka adalah untuk mengambil konsep daripada entiti
tersebut dan menempatkannya dalam leksikon asli bahasa Melayu melalui proses pinjam
terjemah atau menggunakan istilah kata pinjaman.
Konsep pinjam terjemah (konsepnya yang dipinjam daripada bahasa lain),
kemudiannya disesuaikan dan diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran. Sebagai contoh,
frasa kapal terbang atau pesawat terbang adalah frasa pinjam terjemah daripada bahasa
Belanda, vliegtuig, manakala frasa kapal udara adalah pinjam terjemah daripada kata
bahasa Inggeris, air-plane. Begitu juga dengan kata dalam bahasa Inggeris, skyscraper
menjadi ungratte-ciel dalam bahasa Perancis. Kini, terdapat sebahagian penutur bahasa
Sepanyol menyebut perros calientes (secara literal bermaksud "dog hot") atau hot dogs
dalam bahasa Inggeris bagi menamakan sejenis makanan. Kata bahasa Inggeris
honeymoon menjadi lune de miel dengan maksud moon of honey dalam bahasa Perancis
dan "bulan madu" dalam bahasa Melayu.
Antara kaedah lain dalam proses pinjam terjemah ialah terjemahan langsung.
Kaedah ini dilaksanakan apabila wujud kesepadanan istilah bagi kedua-dua bahasa
sasaran dan bahasa sumber. Contohnya, akar (bahasa sasaran) merupakan terjemahan
daripada root (bahasa sumber), alang (bahasa sasaran) diterjemahkan daripada beam
(bahasa sumber) dan cacing (bahasa sasaran) merupakan terjemahan daripada worm
(bahasa sumber). Kata padanan dalam bahasa sasaran menunjukkan bahawa sudah wujud
kata dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu dan juga dalam pengetahuan ahli
peristilahan. Dalam proses pemadanan ini, makna yang dibawa oleh padanan bahasa
sasaran adalah sama dengan makna dalam bahasa sumber.
Melalui proses pinjam terjemah ini ada kalanya juga penggabungan dua kata
dapat mencari padanannya yang setara apabila diterjemahkan seperti "pasangan" yang
diterjemahkan daripada viability (daya hidup) dan "gila babi" daripada epilepsy. Ada
kalanya kesepadanan terjemahan antara kedua-dua bahasa tersebut tidak dapat dicari,
seperti terjemahan "denyutan nadi" daripada pulse. Hal ini demikian kerana asas
terjemahan dalam istilah adalah ketepatan makna bukan makna harfiah.
Selain itu, berlaku juga penciptaan kata baru yang tidak pernah ada dalam
bahasa Melayu bagi mendukung konsep baru sama ada dalam bentuk satu perkataan,

4
frasa atau gandaan separa seperti terjemahan "tanih" daripada soil, biak baka daripada
breed dan "cecair" daripada liquid.
Ada kalanya proses pinjam terjemah juga tidak mudah, terutamanya dalam
bidang yang lebih khusus dan teknikal. Bahasa Melayu masih kurang efisien untuk
mendukung konsep yang saintifik yang timbul bersama-sama dengan kemajuan negara
dalam bidang sains, teknologi dan ikhtisas. Kaedah yang sesuai adalah melalui
peminjaman dan kaedah ini dilaksanakan dalam pembentukan istilah dalam banyak
bahasa di dunia.

Kaedah peminjaman ini banyak diterapkan oleh penggubal istilah bahasa


Melayu dalam bidang yang khusus. Ada bentuk pinjaman yang tidak diasimilasikan, iaitu
tidak disesuaikan secara ortografi (sistem ejaannya). Oleh itu, istilah pinjaman ini sama
dari segi bentuk mahupun maknanya dalam bahasa asal, seperti istilah "lamina", "orbit"
dan "organ". Istilah pinjaman yang diasimilasikan separa dengan cara penyesuaian dari
segi ortografi bahasa Melayu, seperti terjemahan "analisis" daripada analysis dan "cip"
(elektronik) daripada chip. Bentuk ini berbeza dengan istilah pinjaman yang
diasimilasikan sepenuhnya, seperti rizab (reserve) dan resit (receipt). Bentuk lain yang
wujud ialah kata dasar yang merupakan kata pinjaman dan berimbuhan bahasa Melayu,
seperti "kadar kemortalan" (mortality rate) dan "meneutralkan" (neutralise). Frasa
"pelarut akues" (bahasa sasaran) yang diterjemahkan daripada aqueous solvent (bahasa
sumber) ialah bentuk istilah yang unsur penerangnya ialah kata pinjaman.

Peminjaman berlaku bukan kerana penggubal istilah bersikap merendahkan


martabat bahasa Melayu tetapi sesungguhnya masih banyak makna kata dalam bahasa
Melayu yang tidak sejajar dengan makna konsep dalam bahasa Inggeris, dan ada kalanya
istilah bahasa Melayu harus digandingkan dengan istilah pinjaman untuk membentuk
istilah tersebut. Hasil daripada penyediaan istilah ini telah membawa perubahan dalam
leksikon bahasa Melayu.

5
Bahasa Melayu seperti bahasa yang lain juga mempunyai kosa kata dalam
bahasanya dan memerlukan kata yang dipinjam daripada bahasa lain untuk
melangsungkan komunikasi.

JUMLAH,SUMBER DAN PERKATAAN PINJAMAN DALAM BAHASA


MELAYU

Untuk mengkaji kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu, kosa kata yang terdapat dalam
Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dirujuk untuk menentukan jumlah,
sumber dan kadar kata asing dalam kertas kerja ini. Hasilnya seperti di bawah.:

(Jumlahnya berasaskan bilangan kata-kata dasar yang dimuatkan dalam


Kamus Dewan.)

Jenis bahasa dipinjam Jumlah Peratus


Bahasa Inggeris 2,381 23,7%
Bahasa Arab 1,791 17.8%
Bahasa Jawa 1,482 14.5%
Bahasa Belanda 1,387 13.8%
Bahasa Minangkabau 1003 10.0%
Bahasa Jakarta 920 9.1%
Bahasa Sanskrit 490 4.9%
Bahasa Cina 188 1.9%
Bahasa Sunda 90 0.9%
Bahasa Portugis 83 0.8%
Bahasa Parsi 81 0.8%
Bahasa Tamil 57 0.6%
Bahasa Hindu 57 0.6%
Bahasa Jepun 16 0.2%
*Bahasa Lain 36 0.4%

* Jumlah Kata Pinjaman : 10,062

* Kadar jumlah kata pinjaman terhadap jumlah kata dasar ialah 35%.(Jumlah kata dasar
dalam kamus tersebut merupakan 28,651)

* Bahasa Lain :

Sumber Bahasa Pinjaman Bilangan


Bahasa Palembang 11
Bahasa Latin 8
Bahasa Bali 4

6
Bahasa Turki 3
Bahasa Rusia 3
Bahasa Aceh 2
Bahasa Perancis 1
Bahasa Padang 1
Bahasa Sepanyol 1
Bahasa Korea 1
Bahasa Thai 1

Tetapi dalam tugasan ini keterangan etimologi tidak diberikan selengkapnya.


Kebanyakan perkataan pinjaman hanya dihitungkan menurut kata yang sudah berlabel
bahasa sumber dalam kamus sebagai kata yang masih ada sifat-sifat keasingannya.

Oleh itu, ianya tidak menjelaskan bahasa sumber kata pinjaman dengan tepat
kerana takrif mengenai peminjaman leksikal sukar ditentukan. Tetapi tulisan ini mencuba
menganalisis latar-belakang unsur-unsur perkataan luar dari bahasa asing ke dalam
bahasa Melayu untuk memahami sejarah dan ciri-ciri masyarakat Melayu terutamanya
Malaysia.

Analisa unsur-unsur perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu.

Di sini, penulis menganalisis kata-kata asing yang tergolong menurut bahasa asal-usul
masing-masing dan mempertimbangkan hubungan antara masyarakat Melayu dan
kebudayaan luar melalui hasil analisa tersebut.

A. Perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit

Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhi perubahan


masyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka
membawa bukan sahaja agama Buddha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja,
kesusasteraan, geografi, hukum, ilmu nujum, ubat, seni pahat, pengolahan logam, kain
sutera dan sebagainya. Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia Melayu.
Oleh yang demikian,beberapa faktor yang berkaitan boleh dijumpai dalam
perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu.

7
Sebahagian perkataan berasal dari bahasa Sanskrit boleh dibahagikan kepada tiga
bidang, iaitu “konsep kewujudan”,”pembentukan pertubuhan sosial kelas” dan
“permulaan perdagangan”.

i. Konsep kewujudan

“konsep kewujudan”, banyak perkataan yang menyatakan agama


,alam dan falsafah boleh ditemui dalam kata-kata pinjaman dari bahasa
tersebut. Oleh sebab itu kita mengagak bahawa masyarakat Melayu telah
menerima pengetahuan seperti itu dari kebudayaan India.

ii. Pembentukan pertubuhan sosial kelas

“pembentukan pertubuhan sosial kelas”, ketika bahasa Sanskrit mendatangi


dunia Melayu, perubahan penting terjadi dalam masyarakat Melayu. Pendek
kata, kedua-dua kelas yang memerintah dan kelas yang diperintah telah di
formasi pada masa itu.

iii. permulaan perdagangan

Yang ketiga, berkaitan “permulaan perdagangan”, perdagangan antarabangsa di


kalangan dunia Melayu dan India bermula dan ramai pedagang dan tentera
melawati ke sana. Sejak itulah dunia Melayu dikatakan mencebur diri ke zaman
perdagangan. Untuk melakukan perdagangan tersebut, kota dan bandar dibentuk
dan dibangunkan di beberapa tempat di kepulauan Melayu sebagai pangkalan
pertukaran dengan negara luar Nusantara.

Menurut perkembangan perdagangan,persalinan perseorangan pun semakin


meningkat dan juga bukan sahaja dari segi material tetapi juga bahan perpustakaan dan
kesusasteraan dibawa oleh orang India.

Contoh : agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca, negara,
keluarga, raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana, pustaka, tentera, cerita, harga, kota,
desa, merdeka, kerja

8
B. Perkataan pinjaman dari bahasa Arab

Untuk bahasa Melayu, dikatakan pengaliran masuk perkataan bahasa Arab


berserta kedatangan agama Islam merupakan peristiwa yang sama penting dengan
pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu.

Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab, perubahan leksikal dilakukan sama
ada kata umum mahupun istilah. Setelah agama Islam disebarkan ke seluruh dunia
Melayu, bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan
dan pengajian tinggi tetapi juga bahasa umum di Nusantara. Oleh itu kebudayaan Islam
memberi pelbagai pengaruh yang penting kepada masyarakat Melayu.

Sifat yang didapati oleh penganalisis tentang golongan perkataan dari bahasa
Arab adalah seperti yang berikut. Kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri
daripada tiga kategori seperti “konsep berdasar ilmu Islam”(pandangan dunia, nilai
moral, undang-
undang,upacara dll), ‘perkembangan perniagaan’ dan ‘peningkatan sains, kesusasteraan
dan seni.’ Terutamanya,perkataan Arab boleh dijumpai dalam golongan kata umum yang
bermaksud hubungan antara Tuhan dan manusia,perniagaan dan upacara sebagai
kelahiran, perkahwinan, pemakaman dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, perkataan-perkataan tersebut telah sebati dalam kehidupan


harian dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu. Contoh : adat, dunia, masjid,
salam, ulama, masyarakat, syarikat, musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus,
murid, nafsu, hikayat, sejarah, riwayat dan kisah

C . Perkataan pinjaman dari bahasa Parsi

Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia Melayu lebih 800 tahun lalu, mereka
membawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih tinggal sehingga kini. Salah satu
kesan yang berkekalan merupakan agama Islam yang tersebar di seluruh Nusantara.

9
Selain daripada itu, pedagang Parsi juga membawa kesusasteraan mereka dan
memperkenalkan penggunaan tulisan jawi kepada orang Melayu.

Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan yang mempunyai


asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapan seharian. Contoh : bandar,
dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat, pasar, nakhoda, saudagar,
pahlawan, jam, serunai

D. Perkataan asal dari bahasa Portugis

Orang Portugis menduduki Melaka selama satu abad sejak dari tahun Masihi
1511. Berkaitan hal ini pengaruhnya boleh ditemui dalam beberapa perkataan yang
diambil dari bahasa Portugis ke dalam bahasa Melayu.

Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagak hubungan antara


masyarakat Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan ia boleh dibahagikan kepada
tiga bidang iaitu “kedatangan barang-barang Eropah dari Portugis”,”kedatangan agama
Kristian” dan “tenaga tentera Eropah”.

Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugis berminat untuk


menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapi kuasanya tidak kuat untuk
memerintah seluruh dunia Melayu. Oleh sebab itu pengaruhnya kepada masyarakat
Melayu tidak sampai ke jiwa bangsa dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari
Eropah sebagai perkara baru.

Contoh : almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemeja, sepatu, tinta, gereja,
paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba

E. Perkataan pinjaman dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi

Kedudukan Dunia Melayu strategik sebagai pelabuhan transit di jalan perkapalan


antarabangsa di antara India dan China sejak masa lampau. Oleh sebab itu ramai orang
berpindah dari dua negara ke kepulauan Melayu,khususnya di Semenanjung Tanah

10
Melayu. Pada abad ke- 19 ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai
tenaga buruh di kawasan perlombongan dan estet.

Akibat perkara itu,perkataan berasal dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi telah
dibawa oleh imigran ke sana. Unsur-unsur perkataan yang tergolong dalam kategori ini
boleh ditemui dalam bahasa Melayu sekarang.

Berdasarkan analisa tentang perkataan tersebut, bermaksud makanan-makanan


dan barang-barang hidup harian yang berasal- umbi budaya masing-masing tetapi ia
sudah menyerap di dalam masyarakat Malaysia walaupun kata-kata ini masih ada ciri-ciri
budaya mereka sendiri. Pendek kata ia menetap dalam bahasa Melayu dari segi
kebendaan bukan kerohanian.

Perkataan itu menjadi sebahagian dari kehidupan harian dan sudah sebati di
kalangan masyarakat Malaysia sebagai unsur budaya umum meskipun ia dibawa masuk
oleh imigran dari negara berasingan.

Contoh :

Bahasa Cina : angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng, sempoa, tauge, tauhu,
tauke, toko, tukang, tong, teko, mi, tocang

Bahasa Tamil : batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose, cerpu, katil, perisai,
talam, pinga,

Bahasa Hindi : acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca,


pateri, roti, tala, topi

F. Perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris dan Belanda

Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruh kepada


masyarakat Malaysia. Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan
bahasa Inggeris dalam masyarakat Malaya,sebagai bahasa pentadbiran, perniagaan dan

11
pendidikan. Dengan analisa perkataan ini, sifatnya boleh didefinisikan bahawa
perkataan bahasa Inggeris dimasukkan dalam bahasa Melayu sejak zaman
penjajahan sampai sekarang terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi.

Kata pinjaman asal dari bahasa Inggeris boleh digolongkan kepada dua bidang
iaitu “istilah politik, ekonomi dan akademik moden” dan “nama barang industri, elektrik
dan teknologi tinggi”.

Sebaliknya, orang Belanda menjajah Indonesia setelah mereka meninggalkan


Melaka pada 1924 Masihi. Oleh itu orang Belanda juga memberi perkataannya kepada
bahasa Indonesia dan sifatnya digolongkan dalam bidang yang hampir sama dengan
perkataan dari bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu.

Tetapi agaknya kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Belanda dalam Kamus
Dewan merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasa Indonesia. Oleh sebab
perkataan itu dilabel IB(Indonesia Belanda) dalam Kamus tersebut.

Contoh : Bahasa Inggeris : akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem, gabenor,


kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen, teknologi, paip, sains, kamera,
radio, satelit, taksi, virus, wayarles

Bahasa Belanda : akademikus, debitur, ekonomis, introdusir, invalide, kubus,


langdros, komponis, mester, otobis, percis, supremasi, nol, mebel, marsuse, bangkir,
pigmen, rektor, studen, universitas

G. Perkataan pinjaman dari bahasa serumpun di kepulauan Indonesia

Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai “Lingua Franca” di Dunia
Melayu sejak masa lampau. Oleh yang demikian, kita boleh menemui banyak perkataan
bahasa serumpun di kepulauan Indonesia terutamanya dari Jawa dan Sumatra. Kerana

12
aliran masuk kata-kata dari bangsa- bangsa serumpun di sana kerap kali dilakukan
terhadap bahasa Melayu.

Khususnya berhubung dengan akibat bahawa ramai petani berimigrasi ke


Semenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra, perkataan dari bahasa Jawa dan
Minangkabau dapat dijumpai lebih banyak dari kata-kata bahasa lain dari kawasan
tersebut dalam bahasa Melayu. Kalau di analisa sifatnya,perkataan tersebut agaknya
sudah menyerap sebagai sebahagian unsur bahasa Melayu sekarang dan kebanyakannya
ialah kata yang bererti mengenai alam, pertanian, makanan, haiwan, nama keluarga
diraja, adat-istiadat dan sebagainya yang berdasarkan adat dan kebudayaan daerah
masing-masing di kepulauan Indonesia.

Dalam jumlah kata tersebut,bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa (bahasa Jawa,


Jakarta Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratus. Berikutnya ialah bahasa-bahasa
Sumatra (bahasa Minangkabau, Aceh, Palembang dan Padang). Di samping itu perkataan
dari bahasa Bali terdapat dalam Kamus Dewan. Ia bermaksud adat-istiadat Bali yang unik
di Indonesia.

Contoh : Bahasa Jawa : alu, ani-ani, banjir, bengawan, kuno, lahar, omong,
perabot, ratu, sapi, tempe, wisma, warga, gotong, lontong

Bahasa Minangkabau : acak, alimbubu, bagar, bako, bancah, gerai, kacang,


kelumun, kila, limbubu, mumuk, pondik, rumbing, satir, toboh, uda

Bahasa Jakarta : bandot, bisa, bancet, genit, gerontang, jamur, jejaka, majikan,
ngah, nini, pelan, rebon, tangar, urik, yuyu

Bahasa Sunda : akang, balong, dodol, jaat, kantih, molor, oncom, peser, pincut,
takol, tahapan, timburu

Bahasa Palembang : anggan, cengih, kekas, panjing, perepat, sandang, welasan

Bahasa Aceh : bangta, rudus

13
Bahasa Bali : lebu, pedanda, senteng

Bahasa Padang : marah

H. Perkataan pinjaman dari bahasa Jepun

Perkataan yang berasal dari bahasa Jepun terdapat sedikit dalam Kamus Dewan.
Kebanyakannya ialah perkataan yang diguna pada zaman pendudukan Jepun dan juga
kata yang bererti benda-benda tradisi dan moden dari Jepun yang terkenal di dunia.
Tetapi sesetengah perkataan ini jarang digunakan.

Contoh : ginko, harakiri, heiho, jibaku, judo, kanji, kimono, kokang, romusya,
sake, samurai, syogun, taiso, takeyari

I. Perkataan pinjaman dari bahasa lain

Perkataan yang memasuki dari bahasa lain yang boleh ditemui ialah bahasa Latin,
Turki, Rusia, Perancis, Sepanyol, Korea dan Thai. Bilangannya sangat sedikit.

Contoh : Bahasa Latin : ad, interim, ibid, status quo

Bahasa Turki : aga, bokca, efendid

Bahasa Rusia : czar, taiga, vodka

Bahasa Perancis : kelonyor

Bahasa Sepanyol : selva

Bahasa Korea : tae kwan do

Bahasa Thai : wat

PENUTUP

Dari analisa tersebut,peratusan unsur perkataan bahasa luar dalam bahasa Melayu
ialah 35 peratus. bahasa Inggeris terdapat hampir 65 peratus perkataan yang mempunyai

14
asal-usul bahasa Latin, Greek dan lain-lain. Sebahagian kosa kata bahasa-bahasa Eropah
pula terdiri daripada bahasa Latin dan Greek. Begitu juga sekiranya analisa leksikal
bahasa Jepun,terdapat juga hampir 40 peratus perkataan yang mempunyai asal-usul
bahasa Cina dan 10 peratus berasal dari bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris.

Selain daripada itu, terdapat perkataan yang baru dibawa masuk ke dalam bahasa
Melayu dan sering digunakan untuk menyatakan khususnya konsep moden dan istilah
sains dan teknologi tetapi ia tidak berumbi dalam masyarakat Malaysia. Kumpulan itu
mengandungi perkataan yang dipinjam dari bahasa Inggeris dan Belanda. Terutamanya
perkataan bahasa Inggeris digunakan dalam istilah akademik dan sains yang
diambil dari Eropah dan bilangannya masih bertambah dengan pesat dalam bidang
tersebut. Ini adalah kerana banyak istilah bidang sains dan teknologi disebarkan oleh
media massa bahasa Inggeris ke seluruh dunia pada masa ini.

Melihatkan itu,istilah bahasa Inggeris agaknya akan menduduki sebahagian besar


dalam kata pinjaman dalam bahasa Melayu tetapi ini tidak akan berlaku. Kerana
perkataan tersebut diterima untuk menunjuk konsep baru, istilah sains dan bidang
popular, oleh sebab itu agaknya ia mudah dihapuskan apabila perkara yang lebih baru dan
maju muncul dan diambil masuk ke dalam bahasa tertentu pada masa hadapan.

2. Zaman pra merdeka, empat jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji


sistem persekolahan. Bincang dan buktikan dengan dapatan deskriptif
implikasi pelaksanaan laporan keempat-empat jawatankuasa tersebut dan
kesannya terhadap pelaksanaan sistem pendidikan Negara kita pada masa
kini.
(10 markah)

Sebelum merdeka, tedapat beberapa laporan atau ordinan yang berkaitan dengan
keperluan pendidikan. Laporan – laporan yang dimaksudkan itu ialah Laporan
Cheeseman, Laporan Barnes, laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran dan Laporan Razak,

15
A) LAPORAN BARNES.

Sebelum Laporan Barnes dikemukakan, Majlis Perundangan Persekutuan telah


menolak Laporan Cheeseman kerana berhasrat untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar utama di semua sekolah. Laporan Barnes atau Laporan Jawatankuasa
Mengenai Pendidikan Melayu diperkenalkan pada tahun 1951 bagi menggantikan
laporan yang terdahulu.
Dalam laporan ini dipengerusikan oleh L.J Barnes sendiri, terdiri daripada
sembilan orang Melayu dan lima orang Inggeris. Laporan ini bertujuan untuk
meningkatkan kepentingan bahasa Inggeris di samping mengekalkan bahasa Melayu.
Antara lain-lain syor yang terdapat dalam laporan ini ialah:
i. Untuk peringkat sekolah menengah, hanya satu bahasa pengantar Inggeris
sahaja yang akan wujud.
ii. Bahasa Cina dan Tamil diketepikan atau akan dihapuskan pada peringkat
sekolah rendah lagi. Sebagai ganti satu jenis sekolah sahaja iaitu Sekolah
Kebangsaan.
iii. Sekolah Kebangsaan menggunakan satu bahasa saja sebagai bahasa pengantar
iaitu sama ada bahasa Melayu atau Inggeris.
iv. Pendidikan percuma untuk Sekolah Kebangsaan, iaitu selama enam tahun.
v. Sekolah Kebangsaan harus ditadbir dan dibiayai bersama oleh Penguasa
Pelajaran Tempatan.
Cadangan Laporan Barnes sedikit sebanyak membayangkan kemungkinan
hubungan kaum yang buruk di kalangan masyarakat Tanah Melayu. Masyarakat Cina dan
juga India sudah memikirkan bahawa bahasa dan budaya akan terkubur atau hilang begitu
sahaja.

B) LAPORAN FENN-WU

Laporan Fenn-Wu diperkenalkan ekoran ketidakpuasan hati di kalangan


masyarakat Cina. Sir Henry Gurney telah melantik jawatankuasa jemputan pada tahun

16
1951 yang diketuai oleh dua orang penasihat Bangsa-bangsa Bersatu iaitu Dr. W.O Fenn
dan Dr. Wu Teh Yau. Laporan ini yang dikenali sebagai laporan Fenn-Wu mendesak
agar dasar pendidikan Tanah Melayu hendaklah menuju kepada matlamat pembentukan
kewarganegaraan Tanah Melayu. Oleh itu mengikut cadangan laporan ini, mempelajari
satu atau dua bahasa sahaja tidak mencukupi kepada masyarakat yang berbilang bangsa.

C) ORDINAN PELAJARAN

Ordinan Pelajaran dibentuk pada tahun 1952 kerana Laporan Barnes dan laporan
Fenn-Wu mempunyai matlamat yang berbeza-beza. Antara agenda penting dalam ordinan
ini ialah penubuhan dua jenis aliran persekolahan iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.
Bahasa Cina dan Tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat permintaan
daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik darjah. Begitu juga
sekolah Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem pelajaran kebangsaan. Ordinan ini
juga tidak mendapat sambutan sehinggalah terbentuk Laporan Razak 1956.

D) LAPORAN RAZAK

Sebelum mencapai kemerdekaan, isu-isu yang berkaitan dengan dasar pelajaran


telah diperkatakan dengan hebat. Dalam tahun 1955, sebuah Jawatankuasa dilantik oleh
kerajaan untuk mengkaji dasar pendidikan persekutuan yang boleh diterima oleh semua
masyarakat. Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan itu mengandungi 15 anggota
Majlis Perundangan termasuk Melayu, Cina dan India. Pada bulan April 1956,
jawatankuasa Pendidikan itu mengemukakan cadangan dan disambut baik oleh Majlis
Perundangan. Laporan tersebut dikenali sebagai Laporan Razak. Seterusnya cadangan
laporan Razak telah dijadikan asas untuk penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan
seperti yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961. Penguatkuasaan Akta Pelajaran 1961
menyebabkan bantuan sekolah menengah Cina dihentikan .Seterusnya pada tahun 1962,
sekolah menengah Cina bantuan kerajaan dimansuhkan. Yang tinggal hanya sekolah-
sekolah menengah persendirian Cina.

17
Secara umumnya objektif Penyata Razak ialah untuk melahirkan sekolah-sekolah
yang berjiwa Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Di samping itu ia tidak merosak kebudayaan serta bahasa-bahasa lain
termasuk kepentingan bahasa Inggeris. Kewujudan laporan Razak juga melambangkan
Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar
demokrasi dan dasar kesejagatan. Ciri-ciri lain yang dianggap penting dan dilaksanakan
dalam laporan Razak ialah:

i. Penyelarasan masuk sekolah rendah antara umur 6 hingga 7 tahun.


ii. Sukatan pelajaran yang sama di semua sekolah rendah dan menengah.
iii. Mewajibkan bahasa Inggeris di semua sekolah.
iv. Terdapat tiga bahasa yang digunakan di sekolah Cina dan Tamil.
v. Setiap buah sekolah ditadbir oleh Jemaah Pengurus atau Lembaga Pengelola
Sekolah , Guru Besar pula menjadi setiausaha dalam lembaga tersebut.
vi. Pembentukan Jemaah Nazir Persekutuan.

Walaupun Penyata Razak mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu tetapi


terdapat beberapa kelemahan iaitu:

i. Mementingkan kualiti murid-murid sehingga ada yang terkandas atau gagal


untuk masuk ke sekolah menengah.
ii. Tidak mementingkan pendidikan agama Islam kerana menyerahkan kepada
kerajaan negeri.
iii. Masih mengekalkan bahasa Inggeris sehingga bilangan sekolah menengah
Inggeris melebihi daripada bilangan sekolah menengah.

Dari satu segi, laporan Razak juga telah menunjukkan sistem pendidikan telah
bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah. Serentak
dengan itu juga ditubuhkan Pusat latihan Harian di seluruh negara dan juga beberapa
buah Maktab Perguruan seperti Maktab Perguruan Bahasa (1958), Maktab Perguruan
Seri Pinang (1957), Maktab Perguruan Seri Kota (1957), maktab Perguruan Ilmu Khas

18
(1959), Maktab Perguruan Teknik (1962), Maktab Perguruan Temengong Ibrahim (1964)
dan lain-lain maktab yang dirobohkan pada pertengahan tahun 1970-an.

IMPLIKASI

a. Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan


pembangunan dan kemampuan negara.
Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:
• Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);
• Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
• Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
• Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
• Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

b. Wujudnya usaha mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem


pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan
perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa
Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada
penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan
peperiksaan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

19
c. Wujud dasar pendemokrasian pendidikan

Bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan


percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan
universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah
menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini
menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus
meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal
kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

d. Isu Masa Depan Pelajar Aliran Agama.

Sekolah agama sekolah ‘second class’, pelajarnya ketinggalan zaman. Siapa yang
masuk sekolah agama tidak ke mana perginya, paling tidak menjadi ustaz. Dalam konteks
ini, apa yang jelas, penjajahan berperanan penting dalam mencorakkan sistem pendidikan
di Malaysia. Corak sistem pendidikan berdasarkan kepentingan penjajah. Zaman pra-
merdeka telah menyaksikan betapa sekolah-sekolah mubaligh mendapat tempat di hati
masyarakat terutama golongan elit Melayu kerana kewujudannya dikatakan ‘established’.
Manakala sekolah agama terus dipinggirkan oleh pihak pemerintah dan ia cuma popular
di kalangan masyarakat Melayu yang mempertahankan nilai jati diri Melayu.

20
Biblografi

Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989,1994.

Kamus Baru Bahasa Melayu. Koa Kyokai, Aikoku Shinbunsha Press. 1941.

Kamus Besar Bahasa Indonesia. Departemen Pendidikan dan


Kebudayaan,Balai Pustaka. 1993.

Kamus Standar Bahasa Indonesia-Jepang. Dian Rakyat. Universitas


Nasional.1995.

AMRAN Kasimin. Arabic words in the Malay vocabulary(a critical study


of existing Malay dictionaries). Kuala Lumpur. Universiti Kebansaan
Malaysia. 1976.

FATIMAH Faiman. Unsur-unsur Bahasa Melayu dalam Bahasa Jawa. Bangi.


Pengarang. 1974.

MOHAMMAD Abdullah,Sh. Pengaruh Bahasa Arab di dalam teks Sejarah


Melayu. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1982.

MUHAMMAD Said.Hj.Sulaiman. Guguskatan Parsi,Portugis,Belanda dan


Tamil dan juga lagak Kedah. Johor Baharu. PBMPB di Raja. 1940.

van RONKEL. Mengenai Pengaruh tatakalimat Arab terhadap tatakalimat


Melayu. Jakarta. Bhratara. 1977.

21