Anda di halaman 1dari 13

PENULISAN RENCANA DALAM BIDANG MAKLUMAT - PENULISAN

Tajuk Rencana: ISU DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA


DI SEKOLAH-SEKOLAH

oleh : Baharuddin Abduljabar

Membaca merupakan satu amalan yang mulia dalam memperoleh pengalaman


dan maklumat. Membaca juga merupakan satu proses yang perlu dilakukan oleh semuia
golongan tanpa mengira peringkat umur, darjat dan pangkat. Terdapat kata hikmah yang
merujuk kepada kelebihan membaca iaitu membaca jambatan ilmu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membaca didefinisikan sebagai
mengucap apa yang bertulis atau tercetak pada buku, papan tanda atau sebagainya secara
lisan dengan kuat. Harris dan Sipay (1980), mendefinisikan membaca sebagai proses
memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercorak atau bertulis.
Manakala Kennedy (1981), mendefinisikan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk
mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang diketahui
seterusnya memahami dan mentafsir maksudnya berdasarkan pengalaman lalu.
Marohaini Yusof (1989) merumuskan membaca merupakan perlakuan yang kompleks
dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua kemahiran utama yang diperakui wujud dalam
membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami maklumat
yang dibaca.
Berdasarkan definisi yang diberikan, dapat dirumuskan bahawa proses
memperoleh maklumat melalui gabungan beberapa proses kompleks iaitu proses sensori,
pengamatan, linguistik dan kognitif. Setiap proses ini memainkan peranan penting dalam
proses keseluruhan membaca. Tanpa hubungkait antara setiap proses kompleks tersebut,
proses membaca tidak akan dapat berlaku dengan baik, selain matlamat yang hendak
dicapai melalui proses membaca tidak akan tercapai.

4
Membaca adalah suatu kemahiran. Kemahiran membaca merupakan satu
kemahiran bahasa yang penting. Melalui pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam
ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman – pengalaman
biasa yang lain. Pembacaan membawa seseorang itu kealam imaginasi, di luar daripada
situasi kehidupan yang dilaluinya sehari – hari. Pembacaan juga boleh membuka dan
memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.
Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam – dalamnya kepada murid –
murid sejak awal – awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan sebaik -
baiknya
Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang –
lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang
disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh mengenal
dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai satu
tanggapan bagi memudahkan fahamannya. Bamberger pula mentakrifkan membaca
adalah satu proses yang mengubahkan simbol – simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep –
konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental. Daniels dan Diack
berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huruf – huruf dalam satu
susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat – ayat kepada bunyi – bunyi
yang mempunyai makna.
Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola
– pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis . Daripada definisi – definisi dan tafsiran
para sarjana tadi dapatlah kita ketahui bahawa membaca bukanlah satu proses yang
mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks. Membaca
mengabungkan beberapa kemahiran , iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang
diskriminatif ( untuk mengenal dan membezakan bentuk – bentuk huruf ), kemahiran
mengingat, mendengar dan membezakan bunyi – bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut
bunyi – bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan
lambang – lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat ( otak ) untuk
menterjemah dan memahami apa yang dibacanya.
Tegasnya membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran
kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca, dia mestilah

5
mempunyai kemahiran – kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh kita
klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.
Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum.
Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah
sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah
dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha
terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan
pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.
Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal
menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang
merumuskan;
Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas KBSR tidak
mencapai tahap yang dijangkakan – menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak
dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah
dan di peringkat persekolahan menengah.
Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal
membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk
memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah
memperkenalkan program Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.

Jenis-jenis dan masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat
melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat
melalui aspek bacaan kefahaman. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-
kanak adalah seperti berikut:
a) Membuang/meninggalkan (omission). Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan
ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut ’uah”, ”kering” disebut ”kerin”.
Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; ”Buku itu sangat
tebal. ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti
”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.
b) Ulangan (repetition). Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa
membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

6
c) Gantian (substitute). Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca,
misalnya ”ladang” disebut ”lalang”. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan
perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.

d) Tambahan (insertion). Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca,


misalnya “buah” disebut “buwah”. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti
berikut; ”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak.”
e) Pembalikan (reversals). Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau
songsang. Contoh ;”Bala” disebut ”laba”, manakala pembalikan perkataan dalam ayat
berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca
sebagai ” Dia nasi makan”, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.
f) Tidak kenal huruf .Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama
kebanyakan kanak- kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan
kanak- kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan
menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna.
g) Salah sebutan. Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf
atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna
lagidalam konteks ayat berkenaan.
h) Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata.
i) Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.

PUNCA MASALAH KEMAHIRAN MEMBACA YANG DIKENAL PASTI


Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara
khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca
masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :
i. Faktor fizikal
Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah
penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti
kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan
(epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).

7
Kemungkinan seseorang murid tersebut mempunyai kelemahan dari segi
pendengaran.atau penglihatan. Contoh kesan masalah penglihatan terhadap keberkesanan
membaca adalah seperti kesukaran seorang yang rabun mengecam perkataan dalam
bacaan. Selain masalah penglihatan yang dialami, masalah pendengaran merupakan salah
satu faktor fizikal yang menyumbang kepada masalah membaca. Pendengaran
mempengaruhi keberkesanan bacaan kerana ia mempunyai kaitan antara bacaan lisan
dengan tulisan. Pembaca akan membaca dengan menyebut perkataan yang tercatat dan
mentafsirkannya sebagai maklumat.
Seseorang yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat membentuk bunyi
yang betul melalui tulisan yang dibacanya. Hal ini membuatkan maklumat yang betul
sukar disampaikan. Bagaimanapun, adakalanya maklumat dapat disampaikan dengan
tepat sekiranya penulisan tersebut berbentu ringan.
Masalah pertuturan, berkemungkinan seseorang murid itu pelat, gagap atau
menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Seseorang murid yang mempunyai
masalah ini, tidak boleh menyebut atau membaca dengan betul.
ii. Faktor kognitif dan bahasa
Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait. Menurut
Roe,Stoodt dan Burn (1978), pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan
membaca ini lebih ketara dalam kalangan pelajar (pembaca) pada peringkat menengah
daripada murid peringkat rendah. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar
diperingkat menengah kerana kecerdasan dan kemampuan untuk memahami struktur ayat
yang lebih kompleks dan canggih. Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan
kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing
dalam matapelajaran yang dipelajarinya.
Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan
menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap
kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca
menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive
language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

8
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan
Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang
memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak.
Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan
dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca
menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi
kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga,
kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian
mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti
tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap
kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan
aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.
iv Faktor luaran
Selain di atas beberapa faktor lain juga turut peyumbang kepada masalah ini iaitu:
a.. GURU
i) Guru Mata Pelajaran :
* Guru melabelkan murid yang dianggap lemah.
* Bahan pengajaran yang berasingan tidak disediakan untuk murid yang lemah.
* Guru menganggap masalah murid yang lemah dalam menguasai kemahiran 3M
adalah tugas Guru Pemulihan Khas sahaja.
ii) Guru Pemulihan Khas
* Tidak ada panduan khas yang sistematik dalam mengoptimumkan peranannya.
* Kurang mendapat pendedahan dalam P & P yang berkaitan.
b. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
* Pihak pentadbiran sekolah memberikan sepenuh tumpuan kepada
pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR/PKSR.
* Kurang program berkesan yang dirancang untuk menangani
masalah penguasaan kemahiran 3M .
* Peruntukan yang terhad membataskan pelaksanaan program yang dirancang
c. KEMUDAHAN
i) Fizikal

9
* Tiada peruntukan kelas khas untuk melaksanakan program Pemulihan Khas.
ii) Kewangan
* Tiada peruntukan khusus dalam melaksanakan Program Pemulihan Khas.
iii) Bahan-bahan rujukan.
* Bahan rujukan yang sesuai untuk guru dan murid amat berkurangan.
iv) Buku Teks.
* Tiada buku teks yang khusus untuk murid pemulihan khas.
d. KELUARGA
* Ada dikalangan keluarga/ibu bapa/penjaga yang buta huruf.
* Latar belakang keluarga yang bermasalah.
* Latar belakang sosio ekonomi yang rendah.
e. KURIKULUM
* Program Pemulihan Khas tidak menjadi agenda utama dalam Mesyuarat
Panitia/Kurikulum sekolah ( perbincangan ringkas sahaja mengenai pemulihan ).
* Pengetua dan Guru Besar diharap mengambil inisiatif utama untuk
memperbaiki kurikulum di sekolahnya dengan memasukkan agenda pemulihan
seperti juga pentingnya agenda-agenda yang lain.
* Beri perhatian kepada Tahun 1, 2 dan 3. Sekiranya perkara ini diambil perhatian
khusus oleh sekolah itu sendiri maka mudahlah murid sebegini ditangani maka
pembelajaran seterusnya di tahun - tahun yang berikutnya tidak menjadi masalah
lagi.
MEMECAH TRADISI PENGAJARAN MEMBACA
Setiap kali proses pengajaran membaca berlaku di dalam bilik darjah sama ada di
sekolah rendah, menengah atau di intitusi pengajian tinggi ia perlu dipandang sebagai
satu pengajaran ilmu yang baru yang dapat diterima oleh pelajar. Sebagai langkah
mengatasi masalah ketidakbolehan membaca, kita sewajibnya berusaha mengajar dengan
gigih supaya pelajar dapat menerima apa yang diajar itu dengan penuh kesedaran, dengan
sikap yang positif, dan dapat menggunakan hasil pengalaman pembacaan itu untuk tujuan
yang sebenar. Malangnya ramai guru hari ini menitikberatkan elemen-elemen proses
membaca yang tidak jelas dan tidak bermakna kepada pelajar. Ada guru yang
memburukkan lagi proses pengajaran membaca dengan mendekatinya pula secara

10
mekanikal. Ini kerap berlaku kerana ada banyak kekangan keadaan dan halangan yang
berlaku semasa proses mengajar membaca. Ilmu membaca perlu dititikberatkan bukannya
proses membaca.
Kekangan dan halangan yang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru
kerana ramai yang tidak tahu yang ianya wujud. Proses pengajaran membaca di dalam
bilik darjah adalah refleksi kepada amalan bagaimana buku harus dibaca di sekolah
semasa guru mempelarainya di sekolah dahulu. Amalan pengajaran ini telah
menyebabkan guru bertindak dengan mengajar secara teknikal tanpa berani membuat
keputusan bagaimana hendak mengubahsuaikannya
Untuk mengelakkan guru daripada menjadi sebagai seorang juruteknik membaca, mereka
harus boleh dan tahu mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan membuat keputusan
sendiri berpandukan kepada apa yang ada di hadapan mereka (pelajar, bahan, tujuan,
kaedah dan diri mereka sendiri). Keupayaan berbuat demikian adalah satu langkah ke
arah menjadi seorang guru membaca yang profesional. Guru membaca yang sebenar ialah
mereka yang mendapat pendidikan dalam ilmu membaca dan ilmu pengajaran membaca
(yang dimaksudkan di sini ialah semua guru dan tidak terhad kepada guru yang mengajar
subjek bahasa sahaja).
Sebagai satu contoh ilmu membaca yang dimaksudkan ialah apabila kita
membaca kita perlu tahu bahawa tujuan penulis menulis teks ialah untuk berkongsi
maklumat dengan pembacanya dan pembaca pula akan membentuk semula isi teks
supaya mereka dapat menerima dan memahami maklumatnya. Pada asasnya untuk
mendapatkan maklumat daripada teks pembaca harus boleh mengcam, menggunakan dan
mencantumkan petanda dan petunjuk yang disediakan oleh penulis dengan maklumat
daripada pengalaman lalu tentang tajuk yang dibacanya, dan dengan pengetahuan tentang
proses membaca. Pembaca juga harus boleh membuat inferens kepada makna yang dibuat
oleh penulis.
Antara faktor utama yang boleh memungkinkan proses pembacaan itu menjadi
satu aktiviti yang berjaya ialah pembaca harus mempunyai sikap yang positif. Kedua,
pembacaan yang dilakukan itu perlulah berasaskan kepada kefahaman tentang konsep
pemerosesan mental. Pemprosesan konsep ini boleh dilakukan oleh seorang pembaca
yang cekap ketika dia berusaha membentuk makna; dan jika dilakukan dengan mahir dia

11
boleh memahami keseluruhan teks yang dibacanya itu dengan berkesan (proses
metakognisyen). Ketiga, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran membaca yang sebenarnya.
Bila kita mengajar membaca sebenarnya kita mengajar bagaimana pelajar dapat
membentuk sikap terhadap isi kandungan yang ditulis oleh penulis. Guru harus dapat
menumpukan perhatian pembaca kepada bagaimana penulis meluahkan pengalaman,
pengetahuan dan pendapatnya ke dalam bukunya. Penulis mempunyai perhubungan yang
rapat dengan pembaca kerana kedua-dua mempunyai pandangan dan sikapyang sama
pengalaman, pemprosesan maklumat, pembinaan isi kandungan, tujuan membaca
kemahiran menulis dan membaca. Kesemua ini saling terikat dalam usaha membina
pengalaman dan kemahiran yang berkesan dan berjaya dalam pembacaan.
Pelajar perlu diberi motivasi melalui pengajaran yang terancang dan
tersusun. Guru memotivasikan pelajar dengan memberikan tugasan yang berjaya
dilaksanakan oleh pelajar secara mengintegrasikan apa yang hendak dipelajarinya itu
dengan aktiviti yang sebenar. Kelemahan yang berlaku ialah semasa di sekolah rendah
guru merancang pengajaran membaca berpandukan kepada pembacaan satu teks asas
sepanjang tahun melalui kelas bahasa. Di situlah fokus pembelajaran membaca tanpa
pelajar berpeluang meluaskan kemahiran kepada bentuk bahan bacaan yang bebeza.
Pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika mereka mempunyai
sikap negatif terhadap peroses pembelajaran dan bahan yang dibacanya itu. Sikap positif
terhadap membaca banyak bergantung pada pelajar mempunyai kesedaran metakognitif
tentang konsep seperti: a) "Apakah itu membaca?", dan b) tentang penyertaan mereka
dalam aktiviti membaca. Untuk menimbulkan semua ini teknik utama ialah mewujudkan
satu suasana keliling yang literat yang membolehkan pelajar membina konsep yang tepat
dan perasaan yang selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang bermakna. Menyeru
dan menyuruh pelajar membina sikap postif secara lisan akan menghasilkan kesan yang
minima, yang pentingnya ialah penyertaan dalam aktiviti membaca yang sebenar dengan
panduan dan tunjuk ajar yang berkesan.
Semua pelajar akan melalui proses peningkatan darjah, oleh itu fokus pengajaran
juga harus turut berubah daripada satu konsep yang mudah kepada yang lebih sukar iaitu

12
dari keseronokan membaca cerita beralih kepada konsep tentang fungsi membaca dan
pelbagai reaksi yang mereka ketemui dalam sesuatu bahan bacaan .
Matlamat membaca ialah untuk membolehkan pelajar memahami mesej di dalam
teks. Keupayaan untuk memahami kandungan di dalam teks bergantung pada
pengalaman latar yang ada pada pelajar tentang tajuk yang dibaca, jenis bahan bacaan
dan apa tujuan dia membacanya. Pada umumnya apabila kita mengajar membaca
tumpuan kita ialah pelajar. Tujuan guru biasanya untuk membolehkan pembaca
mengeluarkan isi kandungan teks yang dibacanya tetapi pengajaran begini tidak
menjamin pelajar tahu bagaimana maklumat dapat diproses dalam situasi bacaan yang
berbeza. Ini berlaku kerana guru kurang peka dan tidak memberi tumpuan kepada
kemahiran-kemahiran kognitif bagaimana maklumat dapat diterbitkan dari teks.
Semua Pusat Sumber Sekolah perlu menyediakan ‘KLINIK MEMBACA’. Cara
pembacaan di ajar iaitu cara membaca yang berkesan dengan mengetahui kepentingan
bahagian-bahagian buku.
MEMBANTU PELAJAR MENGGUNAKAN STRATEGI MEMAHAMI TEKS
Sesuatu proses kefahaman teks bacaan yang berkesan berfokus pada cara-cara dan
penaakulan yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat, dan bukannya pandangan
pembaca terhadap isi kandungan teks. Tujuan perlakuan kefahaman ialah untuk
membolehkan pembaca sedar tentang cara membaca dan penaakulan yang digunakan itu
di bawah kawalannya sendiri. Kita mahu pelajar tahu bagaimana untuk menggunakan
pengetahuan latar dan membuat telahan dan inferens semasa mereka membaca. Kita juga
mahu pembaca boleh dan tahu memantau pembacaan mereka dan menggunakan strategi
yang dapat memecah halangan terhadap pembinaan makna semasa mereka
membaca. Kita juga mahu pembaca menyusun dan menilai hasil daripada apa yang telah
mereka baca.
Peranan guru dalam pengajaran strategi ialah untuk mewujudkan satu suasana
pengajaran yang menegaskan bahawa dalam pembacaan teks yang bersambungan
penggunaan strategi membaca yang tepat adalah langkah yang penting. Guru
dapat mengukuhkan proses kefahaman membaca seseorang pelajar itu dengan
menunjukkan kepada mereka bagaimana strategi yang sama juga digunakan oleh penulis
semasa mereka menulis teks. Pengajaran dalam proses kefahaman membaca bermula

13
dengan kefahaman mendengar pada peringkat permulaan literasi dan meningkat sedikit
demi sedikit kepada proses-proses yang lebih kompleks dan jenis bahan bacacan yang
lebih tinggi
Kalau guru tidak tahu dan tidak mahu membaca maka lebih ramai pelajar
yang tidak mahu dan tidak tahu membaca. Pelajar tidak mahu membaca kerana membaca
buku teks itu selalu dianggap susah. Mereka tidak mahu membaca kerana mereka tidak
kenal buku, dan mereka juga tidak mahu membaca kerana penguasaan bahasa Melayu
dan Inggeris mereka lemah. Pelajar lebih mementingkan bacaan nota yang guru sediakan
atau nota komersial. Kepada mereka, ini boleh menjamin kelulusan peperiksaan yang
cemerlang dan inilah yang sangat digalakkan oleh guru, ibu dan bapa.
Pelajar di Malaysia rata-rata tidak diberi tunjuk ajar tentang kemahiran membaca
pada tahap yang tinggi dan lebih kompleks dan berkesan untuk membaca buku-buku teks
dan buku ilmiah iaitu menggunakan petunjuk, tanda-tanda, ciri-ciri dan sifat-sifat yang
disediakan di dalam buku. Buku ulang kaji dan nota guru tidak mempunyai sifat-sifat dan
bahagian seperti yang terdapat dalam buku teks dan buku ilmiah. Membaca buku ulang
kaji dan nota guru tidak boleh digolongkan sebagai latihan kemahiran membaca buku
kerana ia bukanya buku dalam erti kata sebenar. Buku teks dan buku ilmiah yang
sempurna banyak memberi petujuk kepada pembaca untuk membaca secara kritikal.
Kita harus percaya sehingga hari ini ramai guru mempunyai pengetahuan yang
samar-samar tentang membaca kerana sebilangan besarnya tidak pernah mengikuti
kursus tentang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Program pendidikan guru di
peringkat diploma, sarjana muda tidak mewajibkan guru mengambil kursus-kursus dalam
bidang ini. Yang dikesalkan di IPTA dan di maktab-maktab perguruan tidak ditawarkan
bidang Pengkhususan Ilmu Membaca dan Pengajaran Membaca. Pelajar-pelajar program
Diploma Pendidikan di maktab perguruan menerima pengetahuan asas tentang membaca
melalui kursus bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Yang lebih serius ialah guru-guru
yang pengkhususan mereka mata pelajaran sains, teknikal, perdagangan dan kejuruteraan
tidak menerima sebarang pendedahan tentang ilmu membaca dan pengajaran
membaca. Inilah situasi yang ada pada hari ini tentang Ilmu Membaca.
Sebagai kesimpulannya, keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah
berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru

14
hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.
Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak
mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian
pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang
mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas,
kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk
menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang
disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah
ditetapkan atau mengikut sebahagian daripada langkah sahaja, maka guru tidak boleh
mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

15
Bibliografi

Awang Sariyan (2004) Teras Pendidikan Bahasa Melayu – Asas Pegangan Guru. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Henry Guntur Tarigan (1994) Membaca Sebagai Suatu Keterampilan Berbahasa.
Bandung: Angkasa Bandung
Mahzan Arshad (2007) Pendidikan Literasi Bahasa Melayu – Satu Pendekatan
Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Marohaini Yusoff (1999) Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala
Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
Noresah Baharom (1997). Kamus Dewan Edisi Ke-3: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

16