Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Linguistik berasal daripada perkataan latin ‘Lingua’ yang membawa maksud


bahasa. Dalam Bahasa Melayu pula istilah Linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu.
Kata adjektifnya adalah Linguistic atau Linguistik. Istilah ahli linguistic dibuat linguist
seorang yang fasih dalam beberapa bahasa. Dari segi istilah ilmiah pula dapat diertikan
sebagai ahli bahasa.

Ilmu Linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan yang spesifik. Ini
bermakna bidang kajian linguistik mempunyai sistem yang teratur dan bersifat empiris
iaitu dikaitkan dengan taktik, data dan bukti yang dapat diuji kesahihannya.

Sosiolinguistik adalah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama


sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah iaitu sosio (singkatan daripada sosiologi –
disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik disiplin yang meneliti bahasa,
sosiolinguistik adalah bahagian pengajian dan pengkajian. Pengajian dan pengkajian
sosiolinguistik bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara
struktur bahasa dengan struktur sosial iaitu samaada sesuatu struktur bahasa itu
menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau sebaliknya. (Teo Kok Seong 42-43).

Sudah menjadi hakikat yang nyata bahawa bahasa tidak dapat wujud tanpa
masyarakat. Hubungan antara keduanya begitu erat dan tidak dapat dipisahkan. Semakin
luas bahasa digunakan, semakin banyak pula penggunaanya. Bahasa sebagai wahana
komunikasi digunakan untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan
peristiwa.

LinguistikSosiolinguistik/OUM 1
METODOLOGI KAJIAN BAHASA

Berbentuk rakaman perbualan yang mengambil masa 3 minit 29 saat. Dirakamkan


pada 20-7-2009. Seramai 8 orang responden terlibat terdiri dari 5 orang guru perempuan
dan 3 orang guru lelaki. Berusia dari 27 tahun hingga ke 45 tahun. Analisa responden
seperti yang tertera dibawah:

Bil Responden Jantina Umur Pendidikan Bangsa


1 Responden 1 Perempuan (Ina) 39 Sijil Perguruan Asas India/Cina
2 Responden 2 Perempuan (Azmah) 42 Sijil Perguruan Asas Melayu/Minang
3 Responden 3 Perempuan (P.Aida) 45 Sijil Perguruan Asas Melayu/Mendeleng
4 Responden 4 Perempuan (Zuraidah) 41 Sijil Perguruan Asas Melayu/Minang
5 Responden 5 Lelaki (Shahrudin) 29 Diploma Perguruan Melayu/Kerinchi
6 Responden 6 Lelaki (Faiz) 29 Ijazah Pendidikan Melayu/Minang
7 Responden 7 Lelaki (Halidon) 45 Ijazah Pendidikan Melayu/Jawa
8 Responden 8 Perempuan (S.Hasmah) 27 Ijazah Pendidikan Melayu/Jawa

(A) PENGGUNAAN BAHASA DALAM KONTEKS SOSIAL DENGAN


PENERAPAN LINGUISTIK.

Kajian Bahasa ini telah dirakamkan ke atas lapan (8) responden yang terdiri dari
pelbagai peringkat usia, bangsa, taraf pendidikan dan jantina. Rakaman yang dijalankan
ke atas responden menunjukkan situasi yang sedang berlaku. Kelapan-lapan orang
responden sedang membincangkan sebuah isu dalam bidang pendidikan. Perbincangan
dijalankan secara tidak rasmi (formal). Hal ini dapat dilihat semasa berlakunya ujaran
perbincangan. Tidak ada responden yang mengucapkan kata-kata aluan untuk sesebuah
acara rasmi. Yang dimuliakan, Yang Berusaha dan sebagianya. Jika didengar dari
perbincangan responden-responden terus mengajukan soalan…… pats ke?. Ini dilakukan
kerana beliau terdengar beberapa orang responden sedang berbincang tentang sesuatu
perkara dan untuk mendapatkan kepastian beliau telah mengajukan soalan yang
seterusnya memberikan jawapan kepada pertanyaan beliau. Dalam konteks ini
perbincangan dijalan secara tidak formal dan isu yang diperbincangkan adalah dalam
konteks pendidikan.

LinguistikSosiolinguistik/OUM 2
Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan beberapa orang responden yang
bertanyakan kepada responden ketiga (K.Aida) sebagai orang yang mahir dalam isu itu
atau perkara yang dibincangkan. Ini dapat dilihat dengan jelas dimana soalan diberikan
bertubi-tubi kepada responden 3 tentang jawapan pada soalan yang diberikan.

Walaupun ada responden lain yang membantu memberi jawapan bagi isu yang di
ketengahkan, responden lain masih memerlukan jawapan yang pasti dari responden 3
(K.Aida).

Apabila berbicara kebanyakan responden sedar bahawa mereka sedang


berbincang tentang isu pendidikan yang sama iaitu cara mengisi borang PATS maka
walaupun perbincangan tidak ramai tetapi ciri Linguistik yang digunakan masih lagi
formal. Ini dapat didengar ….. pats buat hari – hari ke ?.... Hasmah buat pemulihan.
Saya buat pengkayaan.

Walaupun perbincangan dijalankan secara tidak rasmi, tetapi isu yang


dibincangkan berkaitan dengan pendidikan. Dimana semua responden cuba mencari
jawapan kepada pertanyaan dan masalah yang dihadapi, maka perbincangan berjalan
dalam suasana yang terkawal, walaupun ada satu ketika terdapat beberapa orang
responden yang bercakap serentak dan berkali-kali penyataan yang sama kerana, tidak
puas hati terhadap dengan jawapan responden 3 (K.Aida).

Bila menyentuh tentang laras bahasa perbincangan semua responden akan


bertanya soalan yang kurang mereka faham dan bersedia menerima jawapan yang betul
dari responden 5 (Shahrudin), walaupun pertanyaan diberikan kepada responden 3
(k.Aida). Penyataan dari responden 5 (Shahrudin) yang tenang, pendek dan lengkap,
tidak berbelit mudah difahami oleh responden lain.
Oleh itu dapat didengar hingga ke akhir perbincangan hanya tinggal tiga orang responden
yang mengikuti perbincangan. Hal ini mungkin berlaku kerana responden yang lain telah
faham isi perbincangan. Manakala tiga responden yang tinggal mencari penyelesaian dan
altenatif yang lebih tepat bagi isu yang dibincangkan.

LinguistikSosiolinguistik/OUM 3
(b) INTERAKSI BAHASA DENGAN LATAR BELAKANG PENGGUNAAN
BAHASA

Rakaman perbualan 3 minit 29 saat ini dapat melihat adanya interaksi bahasa
dengan latar belakang penggunaan iaitu dialek sosial. Jika didengar ujaran bahasa dari
responden 3 (K.Aida) terdengar perbezaan dialek yang digunakan …. Hari ni kan buat
klinikal berapo orang?...... variasi bahasa yang digunakan, jika didengar dengan teliti
ialah dialek melayu mendailing begitu juga dengan responden 1 (Ina) yang ni untuk ni,
yang ni untuk po?. Bagi responden 1 (Ina) ujarnya lebih tegas dan nada (intonasi) ujaran
sentiasa tinggi berbandingan dengan respoden lain. Ini mungkin kerana responden 1 (Ina)
anak kacukan cina dan india, tetapi telah menganut agama Islam ketika beliau di Maktab
Perguruan. Dari segi latarbelakangnya beliau lebih berani walaupun ada kalanya bahasa
yang diujarkan terdapat banyak kesilapan tatabahasa seperti (i) jadi ….. isi aje lah ye..
betul tak betul ……(ii) tak benda tu …

Percampuran kod merupakan salah satu interaksi bahasa responden dalam


perbincangan ini. Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan dalam
perhubungan umumnya perkataan atau sebarang unsur lain. Terdapat beberapa perkataan
inggeris yang sebati digunakan oleh beberapa orang responden ketika berbicara dan
istilah ini tidak dilihat menggangu perbincangan responden ini, ianya malah membantu
kefahaman responden-responden tentang isu yang dibincangkan. Antara pencampuran
kod yang didengar ialah:

(i) …… ini yang panggil budak personal tu ?


(ii) …… hari ni buat klinikal berapa orang ?
(iii) …… yang individual coaching tu ?
(iv) …… sebab tu lah, benda ni tak logik…

LinguistikSosiolinguistik/OUM 4
Penyataan yang diatas jelas menunjukan perbincangan responden menggunakan bahasa
tidak formal (bahasa rojak) . Di mana bahasa yang digunakan tidak mengambil kira
tatabahasa, sebutan dan pilihan perkataan dalam ujaran mereka.

(C) HUBUNGAN BAHASA DENGAN ORGANISASI MASYARAKAT

Penggunaan laras yang berbeza juga sering dikaitkan dengan faktor hubungan
sosial dan peribadi. Jika kena dengan larasnya hubungan sosial dan peribadi seseorang
pengguna bahasa itu akan menjadi lebih erat. Misalnya semasa berinteraksi dalam
pentadbiran, seseorang anak buah atau ahli dalam pengurusanya mestilah menggunakan
laras bahasa yang formal yang mempunyai ciri-ciri adap sopan. Dalam perbincangan
yang didengar responden jelas menggunakan kata panggilan cikgu yang digunakan bagi
menunjukkan responden 8 kepada responden 7. Ujaran jelas seperti :

(i) ….. dekat cikgu Halidun pengkayaan dekat saya pemulihan…..


(ii) ….. kalau cikgu Halidon buat jugak, saya buat jugak…..
(iii) ….. cikgu Halidon buat….

Pemilihan perkataan cikgu menunjukkan pangilan hormat. Tidak semua


responden menggunakan panggilan cikgu. Mereka hanya menggunakan panggilan akak,
akak atau nama sahaja. Pemilihan perkataan dan susun ayat yang tepat penting bagi
menjamin hubungan sosial yang sihat dan saling hormat menghormati.

Begitu juga jika seorang penutur bahasa itu ingin mengeratkan hubungan semasa
bertutur ia harus tahu menggunakan laras bahasa yang sesuai apabila berbicara bersama
rakan sebaya atau rakan sejawat. Status atau kelas penggunaan jelas dapat didengar
dituturkan oleh beberapa orang responden. Perhubungan status penggunaan peribadi itu
seperti panggilan akan, kakak.

(i) …… kak ida kata satu


(ii) …… hari ini akak dapat buat seorang, tulis tarikh hari ini

LinguistikSosiolinguistik/OUM 5
(iii) …… kak boleh tak?

Penggunaan kata akak dan kak menunjukkan perbezaan status usia responden usia
membahasakan dirinya akak, sementara responden 5 menggunakan panggilan akak
semasa berinteraksi. Begitu juga responden 1 menggunakan sebutan kak. Ketiga-tiga
responden jelas menggunakan pekataaan akak dan kak bagi menunjukkan panggilan rasa
hormat antara adik dan kakak kerana faktor umur dan juga hormat kerana status pentadbir
(Guru Kanan) dan orang yang ditadbir (Guru). Dalam konteks peribadi perbincangan
menggunakan bahasa yang tidak formal, pengunaan kata panggilan begini boleh
mewujudkan rasa muhibah dalam pergaulan dan perhubungan. Seterusnya mewujudkan
pemaufakatan yang baik dan berkesan.

(d) SIKAP TERHADAP BAHASA DAN PERBEZAAN DALAM BAHASA


YANG BERKAITAN DENGAN FAKTOR KEMASYARAKATAN

Perbezaan dalam bahasa merujuk kepada variasi atau laras bahasa digunakan
dalam pertuturan bahasa. Laras bermaksud cara penggunaan sesuatu bahasa dan fungsi
penggunaannya. Manakala variasi bahasa timbul berkaitan dengan faktor penggunaan
bahasa. Faktor-faktor penguna bahasa berkaitan dengan faktor masyarakat. Faktor
penguna bahasa yang akan dibincang dalam kajian ini ialah:

1. Faktor Usia (umur).


2. Faktor Pendidikan.
3. Faktor Jantina.
4. Faktor Daerah, Kawasan (Dialek).
5. Faktor Persekitaran.

Faktor Usia (umur)

LinguistikSosiolinguistik/OUM 6
Temuramah dan penceritaan responden didapati kelapan-lapan responden berusia
sekitar 29 hingga 45 tahun.

Usia juga memainkan peranan dalam melahirkan ujaran penggunaan bahasa, laras
bahasa dan variasi bahasa. Perbezaan usia yang ketara iaitu muda (29 tahun) pertengahan
(35 tahun ) hingga (45 tahun).

Bagi penutur muda dan pertengahan seperti responden 5, 6 dan 8 intonasi ujaran
mereka lebih cepat terburu-buru dan lantang. Ini jelas dapat didengar dari persoalan
responden 1 yang terburu-buru dan sering mencelah. Hal ini berbeza dengan responden
yang dikira pertengahan usia.

Variasi bahasa (ujaran) lebih tenang, lembut dan sopan seperti ucapan responden
3. Beliau sabar, tenang dan tidak tergopoh gapah menjawab setiap persoalan responden
lain.

Usia juga mempengaruhi emosi penutur. Dalam konteks perbincangan ini,


golongan muda dan pertengahan emosinya mudah tersinggung dan cepat marah. Ini jelas
dapat didengar semasa intonasi responden 2, 5 dan 6 jelas kedengaran rasa tidak puas hati
atas arahan yang harus dilaksanakan, ditambah pula dengan bebanan tugas yang sedia
ada. Respon ini dapat didengar dengan jelas dari responden 1.

(i) ….. jadi isi aje lah ye betul tak betul..


(ii) ….. dah lepas ka…
(iii) ….. yang ni tak faham…
(iv) ….. kalau kita buat masa BM masa bila pulak kita nak buat tu…

Respon dari responden ini jelas menunjukkan bahawa faktor usia amat
mempengaruhi petuturan, emosi dan variasi bahasa.
Faktor Pendidikan.

LinguistikSosiolinguistik/OUM 7
Maklumat yang diperolehi hasil kajian lapan responden mempunyai kelayakan
akademik yang berbeza. 4 orang mempunyai Sijil Perguruan Asas, seorang Diploma
Perguruan dan 3 orang Sarjana Muda Pengajaran.

Pendidikan juga mempengaruhi sikap penutur terhadap bahasa. Jika didengar


responden dari pertengahan umur, mereka menggunakan ujaran yang lebih bersopan dan
penggunaan tatabahasa masih baik walaupun dalam perbincangan tidak rasmi. Ini dapat
didengar dari responden ke 3, walaupun beliau tidak setuju atas arahan yang dikeluarkan
tapi demi tugas beliau memaklumkan dan memujuk responden lain melaksanakanya
dengan contoh ujaran:

(i) ….. macamnilah, benda ni tak logic tapi kena buat…..


(ii) ….. bila Nurulbadar datang makan buah dia Tanya pats one akak
mengelabah cari, akak fotostat juga….

Status pendidikan juga memainkan peranan penting kerana setelah beberapa minit
perbincangan berjalan, hampir semua responden telah berhenti menyuarakan pertanyaan.
Ini jelas menunjukkan taraf pendidikan yang agak tinggi memudahkan sesuatu
pengucapan dan perbincangan mudah difahami

Taraf pendidikan juga menunjukkan kemahiran dan keberanian responden untuk


menanyakan soalan, memberi pandangan dan maklumbalas mereka berdasarkan isu yang
dibincangkan. Ini kerana seringkali lihat dan dengar penutur yang taraf pendidikan
rendah lebih banyak berdiam diri. Ini mungkin kerana ada rasa rendah diri dalam penutur.
Mereka rasa tidak layak bersuara atau takut pendapat mereka salah atau pertanyaan
mereka ditertawakan.

Cara umunya berdasarkan kajian ini, sememangnya dapat dilihat warga pendidik,
paling banyak membincangkan isu-isu semasa. Bermula dengan pengajaran dan

LinguistikSosiolinguistik/OUM 8
pembelajaran, masalah murid, persekitaran, motivasi dan langkah penyelesaiaan.
Semuanya berkaitan dengan taraf pendidikan.

Faktor Jantina

Dari rakaman pertuturan dan perhatian faktor jantina mempengaruhi pertuturan


seseorang. Perempuan lebih banyak bertutur dari lelaki. Sebagai contoh, dalam interaksi
sosial ibu lebih banyak bercakap dari bapa. Ini kerana ibu merasa tanggungjawab
mendidik adalah tugas golongan ibu, oleh itu pertuturan ibu berunsur nasihat, arahan dan
disiplin yang harus dipatuhi. Ujaran ini akan disampaikan kepada anak dari mereka kecil
hinggalah ibu meninggal dunia. Bukti yang jelas bahawa perempuan lebih banyak
bercakap dari lelaki. Contoh dalam kajian, dimana responden 1, 2, 3, 4 dan 8 adalah
perempuan dan perbincangan secara tidak rasmi dipelopori oleh orang perempuan (kaum
wanita).

Dalam konteks sosial jelas memperlihatkan bahawa perempuan lebih banyak


bertutur terutama di majlis rasmi seperti perkahwinan, cukur rambut dan berkhatan. Ini
mungkin kerana perempuan melakukan aktiviti ringan dan untuk mengelakkan kebosanan
sewaktu berkerja. Salah satu aktiviti yang mudah ialah bersembang atau bercerita tentang
perkara-perkara yang umum.

Manakala orang lelaki terpaksa melakukan kerja-kerja berat seperti memotong,


mengankat kayu, mengacau rendang dan membina bangsal. Semuanya memerlukan
tenaga dan cepat letih. Jadi mereka lebih senang berdiam diri sambil merehatkan badan
dan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu tugas dengan lebih cepat dan tepat.
Ujaran dan pertuturan orang lelaki lebih kepada kesimpulan atau menutup perbincangan.

Jantina juga memainkan peranan dalam perhubungan sosial kerana walaupun


jumlah penutur lelaki dalam sesuatu perbincangan sedikit seperti dalam kajian ini, iaitu 3
orang berbanding 5 orang responden wanita. Pengujaran responden lelaki didengar dan

LinguistikSosiolinguistik/OUM 9
diterima. Ini dapat didengar dari penyataan respoden 7. ……. Hasmah buat pemulihan
saya buat pengkayaan . Walaupun ujaran nya ringkas tetapi maksudnya amat jelas.
Responden 7 mengesahkan apa yang akan dilakukanya dan sekali gus menyatakan apa
yang patut dibuat oleh respoden 8.

Faktor Daerah, Kawasan (dialek)

Dialek juga merupakan salah satu aspek penting yang dikaji dalam
Sosiolinguistik. Ia merupakan variasi bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabasa dan
kosa kata daripada bahasa baku.

Dialek sosiol juga dikenali sebagai sosiolek ia digunakan oleh kumpulan penutur
mengikut kelas sosial. Dalam kajian ini oleh kerana ujaran bahasa dalam laras
perbincangan akademik walaupun situasinya tidak formal semua responden yang bertutur
menggunakan dialek Bahasa Melayu Johor cuma ada dua orang responden menggunakan
melayu mendeleng dan Bahasa Melayu Kerinci.

Tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam penggunaan kosa kata cuma bunyi
sebutan agak lembut dan berlagu seperti yang diucapkan oleh responden 3 (k.Aida) dan
responden 5 (Shahrudin) mungkin jika tidak bertutur dalam laras perbincangan akademik
responden ini akan menggunakan dialek sosial mereka seperti minang, jawa, kerinci dan
mendeleng.

Faktor Persekitaran (Kelas/Taraf)

Variasi dan reka bahasa (pengucapan) juga dipengaruhi oleh taraf sosial,
ekonomi, politik dan budaya. Bagi masyarakat yang terdiri kelas atasan, seperti golongan
cerdik pandai, golongan perniagaan dan golongan istana mungkin ada percampuran
bahasa seperti penggunaan Bahasa Inggeris di rumah dan pertuturan di tempat kerja
walaupun pada umumnya bahasa pertuturan ibunda adalah Bahasa Melayu.

LinguistikSosiolinguistik/OUM 10
Penukaran kod bahasa ini juga mungkin diambil kira untuk memudahkan
komunikasi antara mereka. Selain menunjukkan perbezaan taraf hidup (gah dengan cara
hidup barat) dan interaksi dengan cara tidak langsung yang melibatkan penutur yang
bukan Bahasa Melayu seperti cina, india dan bangsa asing yang menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai medium pertuturan.

KESIMPULAN

Laras bahasa adalah amat penting. Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan
keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju mundurnya sesuatu bangsa.
Perbandingan jumlah laras Bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka dapat
membuktikan terdapat perkembangan dalam taraf Bahasa Melayu.

Kajian bahasa samada dalam linguistik, sosiolinguistik telah mula dikenali


terutama bagi para pendidik dan pengkaji Bahasa Melayu. Kini Bahasa Melayu telah
mencapai tahap Bahasa Ilmiah dan digunakan untuk memperkatakan pelbagai bidang
ilmu. Bahasa Melayu juga digunakan dalam perhubungan awam.

Oleh kerana terdapat kepentingan Bahasa Melayu, maka laras variasi Bahasa
Melayu perlu dipelajari sebagai satu kemahiran supaya orang melayu boleh
menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.

LinguistikSosiolinguistik/OUM 11