Anda di halaman 1dari 2

Cara mudah bina Network sendiri di 5 KOD

Jika anda mempunyai lebih dari 2 buah komputer, pastinya anda mahu menyambungkannya antara satu
sama lain. Dengan kata lain, membina network bagi komputer di rumah anda. Pastinya banyak kelebihan
mempunyai network sendiri, contohnya :

1. Berkongsi Printer.
2. Berkongsi sambungan internet.
3. Berkongsi Fail dan software antara komputer.
4.Jimat masa

Untuk membina rangkaian komputer di rumah, berikut adalah hardware yang anda perlukan:

1. Dua atau lebih Komputer


pastikan komputer anda mempunyai kad rangkaian. Kebanyakan komputer sekarang mempunyai kad
rangkaian terbina dalam "onboard". Jika komputer anda tidak mempunyai kad rangkaian, anda boleh
membelinya dari kedai komputer berhampiran. Biasanya kad rangkaian ini adalah dari jenis PCI. Pastikan
komputer anda mempunyai slot PCI yang masih kosong.
2. Switch

Peranti ini diperlukan bagi membolehkan sambungan lebih daripada 3 komputer @ peranti rangkaian
yang lain seperti printer, modem ADSL dan lain-lain. Switch boleh didapati di pasaran mengikut bilangan
port yang disokong olehnya. Bilangan port yang anda perlukan adalah mengikut sebanyak mana
komputer anda ingin jadikan rangkaian.
3. Kabel UTP (CAT 5)

Kabel ini digunakan untuk menyambungkan komputer ke switch atau komputer ke komputer. Kabel ini
boleh anda dapati dipasaran mengikut panjang. Pastikan bilangan kabel yang anda perlukan adalah
mencukupi.

Setelah semua peralatan yang diperlukan disediakan, tibalah masanya untuk anda menyambungkan setiap
komputer. Berikut adalah contoh sambungan kabel.

Tetapkan (setting) nilai TCP/IP


TCP/IP adalah ibarat alamat bagi komputer. Nilai ini adalah unik bagi setiap komputer. Ini bermakna
tiada nilai TCP/IP yang sama bagi komputer dalam sesebuah rangkaian.

Bagi pengguna windows, untuk menetapkan nilai TCP/IP, klik


start > control panel > network connection
double klik Local Area connection > properties
internet protocol (TCP/IP) > properties

Untuk alamat IP/netmask anda harus menggunakan salah satu segmen yang sudah dicadangkan untuk
local network (Intranet) iaitu :

* IP = 10.x.y.z netmask = 255.0.0.0


* IP = 172.16-31.x.y netmask = 255.255.0.0
* IP = 192.168.0-255.x netmask = 255.255.255.0

Untuk pilihan 16-31 (segmen 2) atau 0-255 (segmen 3), anda harus pilih satu nombor. Sementara itu
untuk x, y dan z boleh diisi nombor 1 hingga 254. Setiap komputer harus anda beri alamat IP yang unik.
Contohnya jika anda pilih segmen pertama (paling mudah diingat), maka IP/mask komputer anda
contohnya adalah:

Komputer1 Peg Pem : 10.0.0.1 / 255.0.0.0


Komputer2 Pen Peg Pem : 10.0.0.2 / 255.0.0.0
Komputer3 Tadbir Ketua Kerani : 10.0.0.3 / 255.0.0.0
Komputer4 Tadbir PC 2 : 10.0.0.4 / 255.0.0.0
Komputer5 Tadbir PC 3 : 10.0.0.5 / 255.0.0.0
Komputer6 BKK : 10.0.0.6 / 255.0.0.0
Komputer7 KSM : 10.0.0.7 / 255.0.0.0
Komputer8 Semak Stok : 10.0.0.8 / 255.0.0.0
Komputer9 ABM : 10.0.0.9 / 255.0.0.0
Komputer10 : 10.0.0.10 / 255.0.0.0
Komputer11 : 10.0.0.11 / 255.0.0.0
Komputer12 : 10.0.0.12 / 255.0.0.0
Komputer13 : 10.0.0.12 / 255.0.0.0

Atau kalau pilih segment 192.168.1.x, maka pada IP/mask komputer anda adalah :

Komputer1 : 192.168.1.1 / 255.255.255.0


Komputer2 : 192.168.1.2 / 255.255.255.0
Komputer3 : 192.168.1.100 / 255.255.255.0
Komputer4 : 192.168.1.200 / 255.255.255.0

Setelah nilai TCP/IP anda telah tetapkan, tibalah masa untuk menyambungkan setiap komputer dan
seterusnya membina sebuah rangkaian komputer anda sendiri.
Klik start > control panel > network setup wizard..
ikuti arahan seterusnya...

Ok, cukup setakat ini. Moga anda berjaya membina network anda sendiri. Sebarang pertanyaan sila
kemukan pada Kapt Arlizam Ariffin

Anda mungkin juga menyukai