4.0 PENGENALAN
RINGKASAN BAB
Sukan di negara ini secara tradisinya telah
4.1 Agensi Sukan Nasional
diurus dan digerakkan oleh organisasi
x Kementerian Belia dan Sukan
sukarelawan yang hampir kesemuanya
x Majlis Sukan Negara
bernaung dan diiktiraf Majlis Olimpik
x Majlis Olimpik Malaysia
Malaysia. Peranan kerajaan kini banyak
x MSSM
tertumpu kepada usaha-usaha
pembangunan, pengembangan dan x Persatuan-persatuan Sukan di
sokongan kepada kemajuan sukan di Malaysia
negara. Peranan yang dimainkan oleh 4.2 Agensi Sukan Antarabangsa
Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan x FIFA
Negara, Majlis Sukan Sekolah-sekolah x IAAF
Malaysia dan agensi lain di peringkat x IHF
kebangsaan, negeri dan daerah amat x IBF
penting dalam memastikan objektif yang x ITF
digariskan dalam dasar sukan negara x IRB
tercapai.
OUM
56
BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar
Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan
Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah
Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953.
Memandangkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh Bahagian Belia dan
Bahagian Kebudayaan dalam konteks pembangunan, kerajaan telah menggabungkan tiga
aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan di bawah satu
Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada
1972.
Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan
telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia
Membina satu masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan
bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial serta membina satu masyarakat yang
sihat dan cergas ke arah perpaduan negara.
OUM
57
AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA BAB 4
Aktiviti 4.1
Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara
Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN
secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein,
Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha bersama telah dimulakan
dengan melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan,
pertubuhan-pertubuhan sukan tanah air, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian
tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu
sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.
OUM
58
BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA
MSN mula disusun semula pada tahun 1981 bagi tujuan memperkemas dan
mempertingkat fungsinya dengan objektif utama mengembang dan membangunkan sukan
khusus bagi sukan berprestasi tinggi.
Jika diteluskan matlamat utama penubuhan MSN adalah seiring dengan Dasar Sukan
Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan
pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di pertandingan di peringkat tertinggi.
PIAGAM MSN
OUM
59
AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA BAB 4
Senarai Semak
Kenal pasti peranan utama MSN dan bincangkan pelaksanaan di peringkat nasional.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan pendaftarannya pada
tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran
Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM
kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia.
MOM adalah merupakan sebuah organisasi sukan yang diiktiraf penglibatan dan
penyertaannya dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Persekutuan
Sukan Antarabangsa (IFS). Penglibatan MOM sejak 1954 melayakkannya menjadi badan
utama di negara ini dalam penyertaan di sukan Olimpik.
Selain daripada diiktiraf oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan oleh
beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti:
(a) Association of National Olympic Committee (ANOC)
(b) Olympic Council of Asia (OCA)
(c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF)
(d) Commonwealth Games Federation (CGF)
(e) International Assembly of National Confederation of Sports
Penyertaan yang diwujudkan ini telah melayakkan MOM untuk menjadi badan utama
negara yang membolehkan penyertaan dalam kejohanan sukan seperti Sukan Asia,
Sukan SEA dan Sukan Komanwel.
OUM
60
BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA
Ahli kepada MOM adalah terdiri dari Persatuan Sukan Kebangsaan yang juga merupakan
persatuan sukan mewakili setiap jenis sukan di Malaysia dan diiktiraf Oleh IFS. Berikut
adalah senarai persatuan sukan yang menjadi ahli kepada MOM.
MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Persekutuan Malaya. (KPM) Pada tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia Ianya yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Antara objektif utama MSSM:
(a) Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.
(b) Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
(c) Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.
(d) Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di
peringkat kebangsaan dan negeri.
(e) Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-pertubuhan
sukan jika perlu.
(f) Memaju dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.
(g) Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah dan dasar yang patut
diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan,
melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.
MSSM memberikan peluang kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia untuk mengambil
bahagian dalam pelbagai disiplin sukan. Antara acara-acara wajib yang dipertandingkan di
peringkat kejohanan MSSSM adalah seperti olahraga, badminton, renang, bola sepak,
skuasy dan gimnastik.
Acara yang diperkenalkan oleh MSSM melalui kejohanan yang dianjurkan, telah menjadi
semakin popular di kalangan murid sekolah. Melalui program ini bakat-bakat yang
berpotensi di peringkat MSSM dapat dikenal pasti dan diberi bimbingan secara khusus
untuk menjadi atlet negara. MSSM juga sentiasa memberi penghargaan kepada atlet
dengan memberikan pelbagai anugerah sebagai satu penghargaan kepada atletnya,
antara anugerah-anugerah tersebut adalah seperti anugerah MSSM/MILO dan Junior
Olympic Award.
Organisasi MSSM diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai Lembaga
Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Lembaga Pengurusan MSSM boleh
menubuhkan jawatankuasa atau jawatan tertentu bagi melicinkan fungsi MSSM sendiri.
Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti
(a) Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada kelancaran fungsi MSSM.
(b) Jawatankuasa Kewangan MSSM yang mentadbir kewangan MSSM.
(c) Sekretariat MSSM yang menjadi urus setia kepada MSSM dan Lembaga
Pengurusan.
OUM
61
AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA BAB 4
(d) Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi MSSM di peringkat negeri.
(e) Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam
setiap permainan atau acara yang dipertandingkan di peringkat MSSM.
Antara bidang kuasa MSSM ianya berperanan memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran
berhubung perkara-perkara pembangunan dan pengurusan sukan. MSSM juga
mempunyai bidang kuasa mengeluarkan arahan berkaitan kepada Jawatankuasa MSS
Negeri, Sekretariat Negeri dan mana-mana pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia
atau institusi pendidikan mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan hal ehwal
sukan.
OUM
62
BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA
Setiap persatuan sukan ini adalah diwajibkan untuk menjadi ahli gabungan kepada Majlis
Olimpik Malaysia bagi melayakkan persatuan sukan untuk menghantar pasukan
bertanding mewakili negara di pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa.
Dengan wujudnya Dasar Sukan Negara (1988) dan Akta Pembangunan Sukan (1997) kini
persatuan sukan di Malaysia telah diberikan perhatian dan sokongan yang serius oleh
Kerajaan khususnya melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam memastikan
perkembangan dan kemajuan setiap disiplin sukan di negara terjamin. Untuk
menambahkan kefahaman anda, beberapa buah persatuan sukan diketengahkan kepada
anda dalam topik ini.
Kongres Tenpin Boling Malaysia adalah merupakan persatuan sukan kebangsaan yang
mewakili sukan boling di Malaysia. Persatuan ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian
Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia. Di samping itu juga persatuan ini juga
diiktiraf dan diperakui penglibatannya di peringkat antarabangsa oleh Federasi Bowling
Asia (ABF), Persatuan Tenpin Boling Dunia (WTBA) dan Federation International des
Quilleurs (FIQ).
Objektif utama persatuan ini adalah menggalak dan memperkembangkan sukan boling ke
pelbagai peringkat di samping keutamaan cemerlang dalam setiap penyertaan dalam
pelbagai peringkat pertandingan.
Persatuan ini disokong oleh penglibatan dari pelbagai syarikat korporat yang menaja
program. Melalui program “Partner in Sports” persatuan ini mendapat tajaan dari Sri
Jentayu Sdn Bhd di samping bantuan penajaan lain dari seperti Nestle Products (Milo),
Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Sports Excel, Malaysia Airlines and Antioni Sdn Bhd.
Keahlian dalam persatuan ini dianggotai oleh 14 persatuan tenpin boling peringkat negeri.
Persatuan ini juga aktif menjalankan pelbagai program seperti kejohanan di pelbagai
peringkat, program pembangunan dan penggalakan.
OUM
63
AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA BAB 4
Sukan Lumba Basikal dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia sebelum tahun 1938
oleh tentera British. Namun ianya mula dipertandingkan secara terancang mulai tahun
1938 di sekitar Lembah Kelang melalui acara lumba basikal jalan raya. Selangor menjadi
Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan dan seterusnya diikuti oleh negeri lain iaitu
Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Mr.
Gurchan Singh dan Kapten C.O. Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand)
dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak and Pulau Pinang sebagai ahli
gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM 146/55. Pada 5 Mac 1960, persatuan telah
diterima sebagai ahli gabungan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union
Cycliste Internationale – UCI) dan pada masa yang sama diterima sebagai ahli gabungan
Majlis Olimpik Malaysia.
Sukan Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan sepenuhnya apabila sukan
ini dipertandingkan di dalam Temasya Komanwel dan Temasya Sukan Asia 1998.
Bantuan diterima melalui Program Jaya ’98 untuk menyediakan atlet ke arah Sukan
Komanwel dan Sukan Asia. Pada masa yang sama, atlet yang menjalani latihan ini
diserapkan dalam pasukan Negara menyertai Jelajah Le Tour de Langkawi yang mula
dianjurkan pada tahun 1996.
Program ini telah dimulakan sejak tahun 2002 bersama-sama dengan pelancaran Program
Gemilang 2006. Ada sebahagian dari atlet yang dikumpulkan ini telah menyertai skuad
pelapes negara sejak tahun 1999 iaitu ketika persiapan ke arah Sukan SEA 2001.
OUM
64
BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA
Persatuan Badminton Malaysia merupakan badan induk yang utama kepada sukan
badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton
Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia.
Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta
Pembangunan Sukan 1997.
OUM
65
AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA BAB 4
FIFA
Pentadbiran FIFA diuruskan oleh sebuah sekretariat tetap yang beribu pejabat di Zurich,
Switzerland. Kakitangan yang terlibat menguruskan sekretariat ini adalah seramai 280
orang. Sekretariat ini diketuai oleh Setiausaha Agung, beliau bertanggungjawab terhadap
melaksana dan menyelaraskan semua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat
jawatankuasa eksekutif FIFA yang dianggotai oleh wakil dari zon kawasan seperti Asia,
Amerika, Ocenia dan sebagainya. Setiausaha agung juga bertanggungjawab kepada
urusan kewangan, hubungan antarabangsa dan semua kejohanan bola sepak anjuran
FIFA.
OUM
66
BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA
Presiden terkini FIFA adalah Joseph S. Blatter yang telah mula memegang jawatan sejak
8 Jun 1998. Beliau ketika itu mengambil alih jawatan dari Mantanya Joao Havelange dari
Brazil. Joseph S. Blatter adalah seorang yang berpengalaman sebelum memegang
jawatan presiden di mana beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam FIFA selama
23 tahun.
Jawatankuasa paling berpengaruh dan penting dalam FIFA ialah jawatankuasa Kongres
yang dianggotai oleh wakil di peringkat antarabangsa, Jawatankuasa ini yang bersidang
setiap tahun akan membincang dan menangani isu-isu antarabangsa dalam
pembangunan bola sepak antarabangsa. Jawatankuasa Kongres ini merupakan
jawatankuasa yang akan membuat keputusan dalam isu dan hal-hal yang berkaitan
dengan undang-undang dan kaedah pelaksanaan yang akan diguna pakai secara
seragam di seluruh dunia. Selain daripada itu, ianya juga bertanggungjawab meluluskan
laporan tahunan, meluluskan keanggotaan baru ke dalam FIFA dan pengundian dan
pemilihan presiden.
Pentadbiran FIFA kini disokong oleh 25 jawatankuasa kerja tetap dan 2 badan
perundangan iaitu Jawatankuasa Disiplin dan Jawatankuasa Rayuan. Kesemua
jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam membuat keputusan pentadbiran
dalam pelbagai kejohanan dan pembangunan sukan bola sepak di peringkat dunia.
Keputusan yang telah dicapai melalui pelbagai jawatankuasa ini secara rutinnya akan
dirujuk kepada Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai ahli lembaga pengarah FIFA.
Jawatankuasa Eksekutif ini dipengerusikan oleh presiden FIFA, 7 naib presiden, 6 ahli
jawatankuasa dan seorang pemerhati dan turut disertai oleh Setiausaha Agung FIFA yang
bertindak sebagai Ex-Officio dalam setiap mesyuarat jawatankuasa FIFA.
Konfederasi dalam FIFA adalah organisasi payung kepada persatuan bola sepak nasional
dari setiap zon kawasan. Antaranya seperti
(a) Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) untuk negara sekitar zon Asia
(b) Football Confederation (CONCACAF) bagi negara Utara dan bahagian tengah
Amerika dan Caribbean
(c) CAF bagi negara-negara Afrika
(d) CONMEBOL bagi Amerika Selatan
(e) UEFA bagi Negara Eropah
(f) OFC bagi negara-negara gabungan Ocenia
OUM
67
AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA BAB 4
Kesemua badan konfederasi ini bertindak memberikan bantuan dan sokongan serta
memainkan peranan membantu FIFA dalam melaksanakan tugas sama seperti FIFA di
peringkat zon kawasan. Konfederasi juga kini berfungsi mengembang dan
membangunkan bola sepak dengan memberikan latihan dan juga menganjurkan
kejohanan dalam peringkat zon kawasan.
Setakat ini ahli gabungan IAAF telah mencecah sebanyak 212 ahli gabungan dari seluruh
dunia yang terdiri dari Kesatuan Olahraga Nasional dari seluruh dunia. Persidangan bagi
ahli gabungan dalam IAAF dilaksanakan setiap 2 tahun sekali dalam satu persidangan
congress. Kongres ini merupakan badan utama yang membuat keputusan terhadap dasar
dan kemajuan sukan olahraga di peringkat antarabangsa. Jawatankuasa Eksekutif pula
dianggotai oleh ahli jawatankuasa yang dilantik oleh IAAF.
Bagi keahlian gabungan nasional terdiri daripada Kesatuan Olahraga Kebangsaan dari
mana-mana negara yang diiktiraf. Hanya satu keanggotaan bagi sebuah negara
dibenarkan dan perlu mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan
oleh IAAF. Setakat ini keanggotaan dari pelbagai negara adalah sebanyak 212 dan angka
ini meletakkan IAAF sebagai salah satu organisasi sukan yang terbesar di dunia.
JAWATANKUASA IAAF
Terdapat 5 buah jawatankuasa tetap dan ahli dilantik oleh Kongres IAAF. Kuasa pemberat
yang dimiliki membolehkan jawatankuasa ini membantu dan menasihati Majlis IAAF dalam
memberikan cadangan dan pandangan ke Kongres. Keahlian yang dibenarkan sehingga 4
tahun. Berikut adalah senarai jawatankuasa yang terlibat:
(a) Jawatankuasa Merentas Desa dan Larian Jalan IAAF(Cross Country & Road
Running Committee)
(b) Jawatankuasa IAAF Masters
(c) Jawatankuasa Jalan Kaki IAAF (Race Walking Committee)
OUM
68
BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA
Suruhanjaya IAAF adalah terdiri dari suruhanjaya atlet, pembangunan, perubatan dan
doping, kewangan, grandprix, pemasaran dan promosi, akhbar dan televisyen.
Suruhanjaya ini dianggotai oleh anggota yang memiliki kepakaran dalam setiap cabang
ini, Jawatankuasa ini bermesyuarat agak kerap dan sering bertindak memberi pandangan
kepada Majlis IAAF.
KONGRES
Kongres ini dianggotai oleh ahli kehormat dan tidak boleh dianggotai lebih dari tiga orang
dari Kesatuan Olahraga Nasional yang sama. Kongres ini bertemu dan berbincang setiap
dua tahun sekali dan sering diadakan ketika Kejohanan Olahraga Dunia dilangsungkan.
Melalui kongres ini pemilihan dilakukan bagi memilih Presiden, 4 Naib Presiden,
Bendahari Kehormat dan ahli jawatankuasa. Kongres ini memiliki kuasa untuk mengubah
dan menggubal undang-undang pertandingan dan memperkenalkan acara baru atau
kejohanan.
Kejohanan Hoki Olimpik yang pertama telah dilangsungkan di London pada tahun 1908
yang disertai oleh England, Ireland dan Scotland dan ianya hanya bagi kategori lelaki.
Selepas kemunculan antarabangsanya yang pertama sukan ini telah digugurkan pada
1908 di Stockholm dan membuat kemunculan semula di Antwerp pada tahun 1920 dan
sekali lagi digugurkan di Paris dalam pada 1924. Alasan digugurkan sekali lagi pada 1924
adalah disebabkan hoki ketika itu tidak ada organisasi antarabangsa yang
bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelarasan sukan hoki.
OUM
69
AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA BAB 4
Penubuhan badan antarabangsa yang pertama untuk sukan hoki telah diinspirasikan
penubuhannya oleh Persatuan Hoki England and Belgium pada tahun 1909 di mana
kedua-dua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan udang-undang yang seragam di
peringkat antarabangsa. Langkah ini seterusnya diikuti oleh Perancis dan dianggap
kurang berkesan.
Perkembangan sukan ini juga telah menularkan kepada penglibatan wanita di serata
negara di peringkat antarabangsa sehingga mencetuskan penubuhan Federasi Hoki
Antarabangsa Wanita atau International Federation of Women's Hockey Associations
(IFWHA) pada tahun 1927. Sejurus selepas sambutan Jubli Emas FIH pada 1974 dan
IFWH pada 1980 akhirnya kedua-dua badan ini akhirnya bergabung membentuk hanya
satu badan induk utama, FIH.
Kini FIH dipengerusikan oleh seorang presiden, setiausaha agung dan bendahari yang
juga bekerjasama dengan Lembaga Eksekutif, Majlis FIH dan pelbagai jawatankuasa
kerja.
OUM
70
BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA
Badan Ragbi Antarabangsa atau International Rugby Board (IRB) ini telah diasaskan
penubuhannya pada tahun 1886. IRB beribu pejabat di Dublin, adalah sebuah badan
dunia yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di
seluruh dunia. Keahlian dalam IRB dianggotai oleh 95 ahli penuh kesatuan ragbi. 20
keahlian bersekutu dan 6 keahlian dari peringkat zon kawasan.
Jawatankuasa eksekutifnya dipengerusikan oleh Dr. Syd Millar. Jawatankuasa ini akan
bertemu setiap 2 kali dalam setahun bagi membincangkan isu-isu dan perkembangan
mengenai ragbi serantau dan dunia. Antara Negara yang memiliki keahlian dalam
jawatankuasa ialah Scotland, Ireland, Wales, England, Australia, New Zealand, South
Africa and France dan masing-masing memiliki dua kerusi manakala bagi Argentina,
Kanada, Itali dan Jepun hanya satu kerusi.
Sukan ragbi kini bukan sahaja dimainkan oleh lelaki malah di negara barat ianya
dimainkan juga oleh golongan wanita. Dalam siri kejohanan ragbi di peringkat
antarabangsa berikut kejohanan ragbi yang di bawah pengurusan dan pengawasan IRB:
(a) IRB Sevens
(b) Rugby World Cup Sevens
(c) Women's Rugby World Cup
(d) IRB U19 World Championship
(e) IRB U21 World Championship
(f) Super Powers Cup
(g) RWC Sevens
1. Bincangkan peranan dengan mendalam IRB, ITF dan FIH dan rujuk
laman web organisasi ini.
x IRB: www.irb.com
x ITF: www.itftennis.com
x FIH: www.worldhockey.org/
OUM
71
AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA BAB 4
RUMUSAN
x Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar-
dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah
penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di
bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953
x Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian
Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali
sebagai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
x Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara
Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran
MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk
Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
x Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan pendaftarannya
pada tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran
Pertubuhan 1966.
x Kongress Tenpin Bowling Malaysia mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia
dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia. Kongres ini juga diiktiraf dan diperakui
penglibatanya di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Bowling Asia (ABF),
Persatuan Tenpin Bowling Dunia (WTBA) dan Federation International des Quilleurs
(FIQ).
x Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Mr.
Gurchan Singh dan Kapten C.O. Jennings (seorang pegawai dari tentera New
Zealand) dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak and Pulau Pinang
sebagai ahli gabungan
x Persatuan Badminton Malaysia merupakan badan induk yang utama kepada sukan
badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton
Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik
Malaysia. Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan
kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997
x Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau The Federation Internationale de
Football Association (FIFA) telah diasaskan penubuhannya pada 21 May 1904 di
Paris. Idea penubuhan badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari
penubuhan Football Association (FA) di England sejak tahun 1863.
x Persekutuan olahraga amatur antarabangsa atau International Amateur Athletic
Federation (IAAF) adalah merupakan badan utama antarabangsa utama yang
mengawal selia aktiviti sukan olahraga di peringkat antarabangsa
x Penubuhan badan antarabangsa yang pertama untuk sukan hoki telah diinspirasikan
penubuhannya oleh Persatuan Hoki England and Belgium pada tahun 1909 di mana
kedua-dua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan udang-undang yang
seragam di peringkat antarabangsa
x ITF adalah merupakan sebuah badan dunia yang bertanggungjawab kepada
pembangunan dan perkembangan sukan tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini
dianggotai oleh 203 persatuan tenis di seluruh dunia termasuk Malaysia. ITF di
peringkat zon kawasan diwakili oleh enam badan utama
OUM
72
BAB 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA
x Badan Ragbi Antarabangsa atau International Rugby Board (IRB) ini telah diasaskan
penubuhannya pada tahun 1886. IRB beribu pejabat di Dublin, adalah sebuah badan
dunia yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan
ragbi di seluruh dunia. Keahlian dalam IRB dianggotai oleh 95 ahli penuh kesatuan
ragbi. 20 keahlian bersekutu dan 6 keahlian dari peringkat zon kawasan
RUJUKAN
Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia
Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical education. Iowa:
Wm. C. Brown Publisher
Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM :
Satu kesinambungan.
Teng Boon Tong (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.
Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma
Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma
Production Sdn. Bhd.
OUM
73