Anda di halaman 1dari 12

Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai

masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang


kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya
hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan
rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.
Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen
kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang
penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya
hidup kita malah perlu disemai sejak awal
lagi agar kita tidak tergolong dalam
kalangan yang mempunyai masalah
kesihatan. Namun, adakah kempen gaya
hidup sihat, “Tak Nak Merokok”, makanan
berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu
mengubah pandangan masyarakat kita
tentang peri pentingnya menjaga kesihatan
sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin
ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan
ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya
perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah
golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka
terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan
mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan
yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai
penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat,
tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita
menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang
bermakna pada masa hadapan.

http://prauniversiti6.blogspot.com
“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat,
otak cerdas” sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh
itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar
menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan
pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum
seperti mengambil pelbagai produk
kesihatan dan ubat-ubatan. Kesihatan
diri sebagai mahkota hidup
kita.Sekiranya kita sakit,semestinya kita
tidak bermaya untuk melakukan sesuatu
pekerjaan.Oleh itu,kita mestilah
menajaga kesihatan diri kita supaya kita dapat hidup dalam
keadaan yang bebas tanpa penyakit.
Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat
manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi
agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya,
umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai
penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan
kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi,
pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan
satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya.
Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara
kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan
seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam
menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup.
Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan
tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai
penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani,
http://prauniversiti6.blogspot.com
akli, dan sosial perlu
dirangkumkan agar ia dapat
diterjemahkan sebagai gaya hidup
yang sihat. Oleh itu, penjagaan
kesihatan secara menyeluruh perlu
dilaksanakan bagi setiap individu
agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab
masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh
dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan
seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman.
Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok
yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang
baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani
yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu
melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan
jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan
bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup
yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada
gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan
seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah,
individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan
hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat
mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat
umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu
diamalkan bagi setiap individu dalam suasana
hari ini agar tidak mengundang pelbagai
penyakit moden yang kini kian menular dalam
masyarakat kita.

http://prauniversiti6.blogspot.com
Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini
kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Kesuntukan masa
untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak
seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar
kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya
cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita
mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di
samping mengelakkan diri daripada
terkena penyakit serius seperti kencing
manis, darah tinggi, serangan sakit
jantung dan juga angin ahmar.
Masyarakat pada masa ini berlumba-
lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada
masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan
membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik
hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini
pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah
seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan
menunggang kuda. Kepenatan dan beban di tempat kerja
akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita
mungkin akan murung, kerap marah dan
sebagainya. Apabila kita melakukan
aktiviti riadah dengan kekerapan yang
konsisten dan berterusan, maka akan
memudahkan pembakaran lemak
berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar
denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna
dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang
http://prauniversiti6.blogspot.com
kita hadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan
cergas otak sihat. Aktiviti ini lebih menyeronokan
sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-
kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan
hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk
bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu
bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra
dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi
oleh mereka. Hubungan yang erat sesama ahli keluarga
seperti isi dengan kuku dapat
melahirkan keluarga yang harmonis
dan mengurangkan masalah sosial
dalam kalangan remaja.

http://prauniversiti6.blogspot.com
.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan
satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam
kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang
ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah
seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan
kita hari ini yang lupa kesan pengambilan
makanan berlemak ataupun makanan
yang mempunyai kandungan garam, gula
atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini
boleh mendatangkan pelbagai penyakit
kronik seperti sakit jantung, darah tinggi
ataupun kencing manis yang juga menjadi
punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga
mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau
meminum arak kerana kesannya amat membahayakan.
Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang
diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang
seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu
menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu
lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh
menjalankan aktiviti seperti bersukan,
berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian
http://prauniversiti6.blogspot.com
atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti
senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu
menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik
serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka
yang gemar bersukan biasanya memiliki
badan yang sihat dan minda yang cerdas
berbanding dengan orang yang jarang
bersukan. Jelasnya, semakin kerap
senaman dilakukan maka semakin
tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang
cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan
diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar
daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan
rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup
seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau
penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti
mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik
agar tidak diharung lalat mahupun
memilih gerai atau tempat makan yang
bersih semasa menjamu selera. Sikap
sambil lewa masyarakat dalam aspek
berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru,
amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk
gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.

http://prauniversiti6.blogspot.com
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan
kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga
kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih
perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar
daripada sebarang penyakit.
Umpamanya, orang ramai
digalakkan mengadakan gotong-
royong untuk membersihkan
kawasan taman perumahan dengan
membersihkan sampah-sarap atau
memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-
agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan
sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam
atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun
tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun
ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta
membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek
psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih
terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan
orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan
individu yang suka bersendirian atau
menyimpan masalah mereka. Sikap
berkawan dan menghabiskan masa
bersama-sama mereka menjadikan
keperluan psikologi manusia dipenuhi
dengan efektif. Masyarakat digalakkan
http://prauniversiti6.blogspot.com
menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama
rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan
biasanya dapat melahirkan satu bentuk
kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial
manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh
gaya hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau
mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu
bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini.
Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu
menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda
kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan
zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di
pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli
masyarakat kita. Kepada mereka
yang menghadapi tekanan hidup,
mereka mungkin boleh
mendapatkan bantuan daripada
pakar motivasi ataupun rakan-
taulan di sekeliling mereka. Hal ini
perlu kerana tekanan yang dialami
boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif
seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu
perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda
seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat
yang mampu dicapainya kelak.
.
..........

http://prauniversiti6.blogspot.com
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh
menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup
sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat
mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-
ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup
sebeginilah yang menyebabkan pelbagai
masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua
perlulah memahami bahawa mencegah lebih
baik daripada mengubatinya. Nyata hari ini,
masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan tidak
mengamalkan pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang
tidak sihat, terdedah kepada tekanan yang juga menjadi
akar umbi kepada masalah kesihatan dan
juga tidak menitikberatkan soal kesihatan
rohani.. Oleh itu, sudah sampai masanya
masyarakat muhasabah kembali kesilapan
dan memperbetulkannya serta perlu
menjadikan kesihatan sebagai satu amalan
penting dalam hidup tidak kira semua lapisan
umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga
keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan
pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita
boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan
teratur.

http://prauniversiti6.blogspot.com
1. http://www.scribd.com/
2. http://www.docstoc.com/docs/9154817/Gaya-
Hidup-Sihat
3. http://digg.com/health/Amalan_gaya_hidup_sihat
4. http://fitmall.blogspot.com/
5. http://pmr.penerangan.gov.my/
6. http://anizyn.blogspot.com/2009/06/tip-gaya-hidup-
sihat.html
7. http://kongsiilmu.21.forumer.com/a/gaya-hidup-
sihat_post14.html
8. http://www.kck.usm.my/index.php/Laporan-
Aktiviti-HUSM/kempen-gaya-hidup-sihat.html
9. http://pendita.com/2008/gaya-hidup-sihat/

Peta Minda

http://prauniversiti6.blogspot.com
Pendahuluan

Kepentingan

Langkah – Langkah

Rujukan

http://prauniversiti6.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai