Anda di halaman 1dari 1

Wasiat Nabi kepada Saidina Ali

 Takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas
pinggang. Bahawasanya orang itu mendapat laknat Allah.

 Janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan tengah kerana sesungguhnya itu
adalah apa yang dilakukan kaum Lut.

 Takutilah engkau daripada berdusta. Sesungguhnya berdusta menghitamkan muka.

 Peliharalah dirimu daripada mengumpat dan mengadu-domba. Orang yang berbuat


demikian diwajibkan azab kubur ke atasnya dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.

 Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah sama ada dusta atau benar kecuali
dalam keadaan darurat dan janganlah engkau jadikan Allah permainan sumpah
engkau.

 Sentiasalah bersugi dan mencungkil gigi kerana bersugi itu menyucikan mulut,
mencerahkan mata dan diredhai Allah.

Anda mungkin juga menyukai