Anda di halaman 1dari 4

Hidup ini takkan kembali kepada sebelumnya.

Apa yang telah berlaku takkan dapat terpadam


daripada sejarah kehidupan kita.  Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah
catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tak dapat nak
reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut. Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang
telah berlaku”, namun kita takkan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya.
Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan. Allah memberikan peluang membuat keputusan,
kemudian memberikan peluang mengambil pelajaran. Bahkan dengan taubat, Allah akan
memadamkan semuanya daripada tulisan. Namun kita sentiasa lupa. Jadi, apakah kita mahu terus
melakukan kesalahan dan kelak menyesal? Atau berfikir sebelum melakukan sesuatu yang
takkan dapat terpadam daripada sejarah hidup? Maha suci Tuhan yang masih memberikan
Rahmat dan Nikmat dalam hidup yang penuh dosa dan noda.

Kita pernah lahir sebagai seorang bayi yang suci bersih, saat kita tak mengenal dunia dalam
sedar. Kita hanya tersenyum dan ketawa melihat gelagat orang lain. Dan kini, kita sendiri sudah
melupakan senyuman itu. Kita sendiri tidak dapat mengingat wajah-wajah yang telah
membuatkan kita senyum tatkala kita masih bayi, tidak mengerti. Kemudian kita membesar
menjadi kanak-kanak riang yang sentiasa mendapat kasih sayang, atau sentiasa aktif menjalani
kehidupan. Melihat orang dewasa membuatkan kita cemburu dan sentiasa berharap agar segera
dapat menjadi dewasa.

“Bestnya orang besar boleh naik motor, kereta…”


“Bestnya, orang besar boleh pakai telefon mahal-mahal”
“Bestnya, orang besar boleh masuk universiti”

Lalu kita meneruskan kehidupan, sehingga remaja. Tatkala itu kita semakin ligat mencuba
pelbagai perkara baru dalam kehidupan. Kita ingin diri dihargai dan diri sentiasa dikenang orang.
Namun, kita sering memberontak jika ada nasihat-nasihat daripada orang yang lebih tua. Kita
lantas berazam untuk cepat menjadi dewasa agar kita dapat membuat keputusan sendiri dan terus
hidup sepertimana yang kita kehendaki.

“Ah, penyibuk saja orang tua ni, biarlah aku nak buat apa pun.”

Masa terus berlalu dan kita menjadi dewasa. Begitulah seterusnya kehidupan, hinggalah akhirnya
kita sampai ke usia yang paling tua. Atau mungkin mati sebelum menjangkau umur tersebut.
Tatkala itu, kita kembali merenung hidup. Meneliti masa kanak-kanak, remaja, kemudiannya
dewasa yang telah lalu, takkan kembali. Segala kesalahan tinggal penyesalan dan segala
kejayaan tinggal kenangan. Kita ingin kembali ke umur sebelumnya untuk menikmati hidup
dengan cara yang lebih baik. Tatkala itu, barulah kita tersedar;

HIDUP TIDAK BOLEH REVERSE!


Kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Nak buat cari jalan, tak nak buat cari
alasan. Seribu satu alasan bisa diberi jika kita memang tak berminat untuk melakukan sesuatu.
Sebaliknya seribu satu jalan bisa kita terobosi jika kita nekad untuk melakukannya. Ini bukan
teori baru, dan bukan pujangga lapuk. Ini adalah realiti yang kita sama-sama tahu dan sudah
berada dalam diri kita, namun kita sering ‘tidak sedar’ dengan apa yang kita sedang lakukan.
Untuk menentukan diri kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mencari jalan atau
mencari alasan, kita lebih tahu. Kita boleh menipu manusia lain, tapi kita tahu hakikatnya.
Bahkan Allah lebih tahu tentang diri kita dan hati kita.

Kesungguhan Menemukan Jalan

Jalan yang kita lalui mungkin agak samar-samar dan tidak jelas ke mana hala tujunya. Kekadang
tujuannya jelas tetapi lorongnya kabur. Namun, kesungguhan kita dalam mencari jalan terbaik
untuk ditelusuri bakal mengundang hidayah dan petunjuk daripada Allah. Sebagaimana firman-
Nya dalam surah Al-’Ankabuut Ayat 69:

Selalunya bukan tidak ada jalan, tetapi kita yang tidak mahu mencari jalan, cepat berputus asa
dan lebih memilih untuk tidak meneruskan kesungguhan dan keazaman.

“Dah tak ada jalan dah”,

itu ungkapan buat orang-orang yang tidak yakin akan kehebatan Allah dalam menyinari jalan-
jalan yang bakal kita lalui. Orang yang hidupnya penuh alasan. Bahkan tidak keterlaluan jika
dikatakan kita telah menidakkan segala bentuk petunjuk daripada menerangi laluan, lantas yang
berlaku adalah MEMANG TIADA JALAN LAGI bagi orang-orang ini. Mungkin kita termasuk
dalam kalangan orang-orang ini.

“Pasti ada jalan terbaik”,

itu suara orang-orang optimis yang sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah dalam
mencari jalan dan memecah kebuntuan. Dan tidak mustahil sesuatu yang luar biasa bisa dicapai
oleh orang-orang sebegini. Tatkala manusia ramai mengatakan tidak ada jalan, dia akhirnya
MENEMUI JALAN yang tidak disangka-sangka.

Tidak dapat tidak, hidup sentiasa menuntut kita membuat keputusan. Keputusan kita menentukan
jalan mana yang akan dilalui. Jika kita memilih menjadi seorang Mukmin, maka jalan-Nya harus
selari dengan tuntutan terhadap seorang Mukmin. Sekalipun kita buntu membuat pilihan terbaik,
jangan pernah berputus asa untuk menonjolkan kesungguhan dan keazaman yang tinggi. Itulah
yang harus kita semua tadabbur daripada ayat Surah Al-’Ankabuut Ayat 69 di atas.

Boleh sahaja Rasulullah memberikan alasan bahawa


kemungkaran terlalu meluas dan tidak sesuai untuk sebarkan dakwah tatkala baginda
diutus menjadi rasul, atau mungkin baginda bisa memberikan alasan bahawa baginda seorang
yang ummi, tidak pandai menulis dan membaca. Tetapi bukan itu yang keluar daripada diri
baginda, bahkan jalan yang dilalui oleh baginda jauh lebih hebat cabarannya berbanding apa
yang sedang kita rasakan ’susah’. Ya, memang susah rasanya nak berdakwah di tengah-tengah
masyarakat Islam yang rosak, apakah lebih susah daripada berdakwah ketika tidak ada seorang
pun Islam? Memang susah rasanya berdakwah tatkala kesempitan wang, apakah lebih susah
daripada berdakwah tatkala dipulaukan seluruh masyarakat, diseksa dan dihalau?

Kesungguhan Baginda begitu terserlah sehingga tidak ada satu lorong pun yang tidak dilalui
untuk menyebarkan dakwah, sehingga seluruh badannya luka-luka dilempar batu di Thaif,
sehingga lebam-lebam kaki baginda dalam beribadah. Dan kita bagaimana? Sudahkah kita buntu
mencari jalan tatkala masih banyak lorong-lorong yang belum kita terobosi? Adakah kita
hanya keletihan kerana tidur berdengkur sepanjang hari? Sudahkah kita mendapat luka begitu
hebat kerana menjalankan tugas dakwah? Persoalan-persoalan ini bisa menjelaskan status kita
sebagai pencari jalan atau pencari alasan.

Jika kekayaan dijadikan alasan, Nabi Sulaiman memiliki kekayaan yang tiada tolok bandingnya.
Jika kesakitan menjadi alasan, Nabi Ayyub teruji dengan wabak yang sugguh hebat dan
menyakitkan. Jika kekuasaan menjadi penghalang, Nabi Sulaiman memiliki kerajaan yang
meliputi binatang dan jin. Jika orang tak mahu mendengar, Nabi Nuh berdakwah sehingga orang
menutup telinga dengan jari dan menutup muka dengan baju. Nabi Ibrahim berdakwah sehingga
dilemparkan ke dalam api yang marak. Nabi isa berdakwah sehingga disalib. Hassan Al-Banna
berdakwah sehinnga dibunuh. Kita, tidak dapat berdakwah kerana terlalu aman? Adakah lagi
yang bisa kita jadikan alasan?

Kalau nak buat, carilah 1001 jalan. Kalau taknak buat, silakan carilah 1001 alasan. Ingat, setiap
apa yang kita buat akan dipersoalkan.

Wallahua’lam.

Anda mungkin juga menyukai