Anda di halaman 1dari 16

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 1

MEMBINA DAN MENGESAHKAN INSTRUMEN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PINTAR
(Develop and Affirm an Instrument for Teaching and Learning of Gifted Students)

WAN AMERAN WAN MAT


SITI RAHAYAH ARIFFIN
JAMIL AHMAD

ABSTRAK

USULAN PENYELIDIKAN: Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan


instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar yang dibina berasaskan model
kurikulum iaitu model isi kandungan, model proses-produk dan model
epistemologi. Instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar bertujuan untuk
menilai keberkesanan pelaksanaan dan juga pendekatan pengajaran dan
pembelajaran terhadap pelajar-pelajar pintar cerdas. Pembangunan instrumen ini
adalah perlu untuk memastikan program yang dirancang mencapai matlamat untuk
memacu pembentukan modal insan yang cemerlang intelek, sahsiah dan jati diri
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang
berketerampilan dalam semua aspek seperti emosi, jasmani, rohani dan intelek.
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data
kualitatif akan dikumpul melalui temubual mendalam bersama pakar dan dianalisis
melalui perisian NVIVO 8. Data dari temubual pakar akan digunakan untuk
menghasilkan instrumen soal selidik dan akan ditadbir kepada sampel yang dipilh
untuk mendapatkan data kuantitatif. Kajian rintis instrumen pengajaran dan
pembelajaran pintar akan ditadbirkan kepada pelajar-pelajar PERMATApintar serta
guru-guru yang terlibat mengajar pelajar pintar semasa perkhemahan kali kedua
pada bulan November 2010. Kajian sebenar akan dijalankan dengan menggunakan
instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar yang telah mantap dan disahkan
oleh pakar ke atas mereka yang terlibat secara langsung dengan PERMATApintar
yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar di Sekolah PERMATApintar dan
pelajar-pelajar pintar cerdas yang akan memulakan sesi pengajian pada tahun 2011.
Data kajian sebenar akan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13, perisian
WINSTEPS version 3.62.4 dan AMOS versi 7. Model pengukuran Rasch digunakan
untuk mengetahui kesesuaian item dan seterusnya mengguna ”structural equation
model” (SEM) bagi mengukur model dalam ”confirmatory factor analysis” (CFA)
untuk mengetahui kesesuaian model.

ABCTRACT

RESEARCH PROPOSAL: The purpose of this study was to develop and affirm an
instrument for teaching and learning of gifted students. The formation of this
instrument was based upon three curriculum models. They were the content model,
process and product model and the epistomologi model. This instrument will be
applied to assess the effectiveness of teaching and learning approach of the gifted
2 Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

students. The Development of this instrument was necessary in order to ensureas


necessary in order to ensure the program has achieved to spur intelligent human
capital with positive personality and strong characternin accordance of the National
Education Philosophy. The approachhe approach of the study were qualitative and
quantitative. First qualitative data was collected from protocol interviews conducted
among the expertise in teaching gifted student then analysed using NVIVO 8. Next a
questionaire was further prepared using the data analysed. These questionaires were
given to a group of selected samples to prepare a quantitative data. A pioneer study
will be carried out using the instrument among the PERMATApintar students in the
second camp in November 2010. Then a proper s tudy will be conducted in PERMATA
School using the established and outhorised instrument among teachers ang gifted
students who will be begin their sessions in 2011. The final findings will be analysed
using the SPSS version 13, WINSTEP version 3.62.4 and Amos version 7. Rasch
assessment model will be used to find out the suitability of the items followed by
Structural Equation Model (SEM) to measure the models used in the Confirmatory
Factor Analysis.

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan (PIPP) sebagai garis panduan untuk menghasilkan pendidikan
berkualiti secara menyeluruh dengan mewujudkan enam teras strategik. Salah
satu teras strategik dalam PIPP ialah membangunkan modal insane bermula dari
zaman kanak-kanak prasekolah hingga ke institusi pengajian tinggi. Di kalangan
pelajar ini terdapat pula sekumpulan individu yang mempunyai kelebihan
intelektual berbanding rakan sebaya mereka. Memandangkan mereka adalah aset
negara yang perlu diberi perhatian demi mencapai cita-cita negara untuk menjana
modal insan. Oleh itu, KPM sangat komited bagi menghasilkan generasi berilmu,
berkemahiran dan bertanggungjawab terhadap pembangunan pelajar pintar yang
bakal menjadi modal insan negara. Oleh yang demikian, setiap perancangan dan
pelaksanaan yang akan diusahakan harus berdasarkan wawasan untuk membawa
perubahan dan anjakan paradigma dari segi pemikiran, orientasi dan tindakan
seluruh negara dalam sistem pendidikan pelajar-pelajar pintar. Kemajuan dan
perubahan kehidupan yang dialami kini menjadi satu cabaran yang besar tehadap
sistem pendidikan negara ini. Cabaran utama dan kritikal yang dihadapi oleh sistem
pendidikan ialah untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang
dan berkualiti bagi menghasilkan bakal aset negara yang berpotensi, berilmu
pengetahuan, berkemahiran dengan kehendak dan aspirasi masyarakat.

PERNYATAAN MASALAH

Pelajar pintar merupakan khazanah berharga negara yang memerlukan kurikulum


khas serta pemantauan yang berterusan agar negara mendapat manfaat. Oleh itu,
mereka perlu dikenal pasti melalui proses pencarian terancang supaya tidak
tertinggal berbanding pelajar pintar di negara lain (Rosmah, 2009). Thailand dan
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 3

Singapura telah mengadakan sekolah khas manakala Cina dan Australia telah
memulakan program bagi pelajar pintar mereka. Adalah menjadi harapan negara
agar pelajar pintar dapat menjalani program di Malaysia dan seterusnya dapat
memberi khidmat kepada negara.
Isu-isu semasa diperkatakan sekarang adalah lebih menumpukan kepada
persoalan apakah perlunya satu usaha yang berterusan ke arah menyediakan
bimbingan kepada kanak-kanak pintar ini dan sama sekali tidak membiarkan saja
khazanah berharga negara atau permata negara ini berlalu begitu saja. Membimbing
pelajar ini memerlukan kurikulum khas dan diiringi pemantauan yang berterusan.
Golongan berkeupayaan tinggi ini mampu menerajui ilmu ke tahap yang
dibanggakan di samping meneroka ilmu-ilmu baru bagi generasi akan datang.
Namun, mereka perlu dibimbing untuk mengeksploitasi kebolehan dan kecerdikan
semula jadi yang dianugerahkan kepada mereka.
Menurut Abdullah (2007), pelbagai cara dapat digunakan untuk
mempertingkatkan kepintaran dan kecerdasan murid dalam bidang yang
ditonjolkannya seperti mengatur program dan menyediakan strategi tentang apa
yang hendak diajar. Namun isu perlaksanaan iaitu susunan aktiviti yang dirancang
mengikut jangka masa yang ditetapkan semasa pengajaran dan pembelajaran
mencapai sasaran yang ditetapkan. Kanak-kanak pintar cerdas sering menghadapi
masalah pembelajaran dan juga masalah sosial disebabkan kejahilan serta sikap
negatif guru terhadap ciri-ciri pembelajaran serta perbezaan individu dalam
melayani keperluan pendidikan pelajar-pelajarnya (Mohd Hussain, 1995). Merujuk
laporan tahunan (2008) oleh JNJK ke atas pemeriksaan penuh sekolah rendah dan
sekolah menengah didapati pengajaran dan pembelajaran masih belum mencapai
tahap yang membanggakan manakala kemenjadian murid belum menyerlah dan
masih terdapat pengetua yang belum dapat menggerakkan pembaharuan dan
meningkatkan prestasi p&p guru di sekolah mereka.
Laporan tahunan (2008) JNJK juga mendapati pencapai kelulusan purata UPSR
dibawah 30% yang berpunca daripada kelemahan mentafsir dan menterjemahkan
dasar-dasar sedia ada serta kaedah pelaksanaannya. Atas kesedaran inilah pengkaji
ingin membina instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar ini bagi
membimbing sekolah dan memberitahu institusi pendidikan untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran pelajar pintar berjalan lancar.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan instrumen


pengajaran dan pembelajaran pintar yang diubahsuai daripada Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia-Pengajaran dan Pembelajaran (SKPM-P&P) yang diguna pakai
di sekolah aliran perdana berasaskan model kurikulum oleh van Tassel-Baska
(1986). Pembinaan instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar bertujuan
menilai keberkesanan pelaksanaan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
terhadap pelajar-pelajar pintar cerdas. Pembangunan instrumen ini adalah untuk
memastikan program yang dirancang untuk pelajar ini mencapai matlamat
membina modal insan yang cemerlang inteleknya, sahsiahnya dan jati diri sejajar
4 Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu instrumen pengajaran dan


pembelajaran pintar yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi
perlu dibangunkan agar penilaian dan pemantauan proses pengajaran dan
pembelajaran ke atas guru-guru yang mengajar pelajar pintar dapat dijalankan dan
diharap dapat menjana guru serta menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam sistem
pendidikan negara..

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah untuk membangun instrumen pengajaran dan pembelajaran


pintar. Objektif terperinci kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti faktor untuk menilai pengajaran dan pembelajaran guru
mengajar pelajar pintar.
2. Mengenal pasti pandangan pakar pendidikan pintar tentang faktor pengajaran
dan pembelajaran pelajar pintar
3. Mengenal pasti pandangan guru yang terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran pintar.
4. Meneroka faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran inovatif
dan kreatif pelajar pintar.
5. Kualiti pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang kepada pembinaan
instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar.
6. Menentukan kesahan kandungan, kesahan kriteria, kesahan konstruk dan
kebolehan percayaan instrument pengajaran dan pembelajaran pintar
7. Mencadangkan satu model penilaian pengajaran dan pembelajaran pintar.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah faktor untuk menilai P&P guru mengajar pelajar pintar?


2. Bagaimana pandangan pakar pendidikan pintar tentang faktor P&P pelajar
pintar?
3. Apakah pandangan guru yang terlibat dalam P&P pintar?
4. Apakah faktor yang mempengaruhi P&P inovatif dan kreatif pelajar pintar?
5. Apakah kualiti P&P yang menyumbang kepada pembinaan instrumen P&P
pintar?
6. Apakah kesahan kandungan, kesahan kriteria, kesahan konstruk dan
kebolehan percayaan instrument P&P pintar?

KERANGKA KONSEPTUAL

Instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar bertujuan untuk melaksanakan


pemantauan dan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran ke atas guru-guru yang
mengajar pelajar-pelajar pintar mestilah mempunyai kebolehpercayaan dan
kesahan yang tinggi supaya menghasilkan penyeliaan yang berkesan. Pembinaan
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 5

instrumen melibatkan langkah-langkah yang berurutan Murphy dan Davishofer


(2005) mencadangkan Pembinaan instrumen terbahagi kepada empat fasa iaitu (i)
perancangan; (ii) pembinaan; (iii) penilaian kuantitatif; dan (iv) pengesahan
instrument dan menggunakan seperti dalam Rajah 1.

Rancangan Item Analisis


Pelajaran Tahunan Performance Pertama
Menggunak
Rancangan an Model
Model Pelajaran Harian Rasch
Pembinaan
Kandungan -Peta Item-
Instrumen
-Pecutan Set Induksi Individu
P&P Pintar:
-Berasas -Polariti Item
-Teori
Kemahiran – -Kesesuaian
Pengukuran
Pendekatan Penyampaian/per- Item
-Teori
D-P kembangan -Indek
Teori Respons
-Kandungan Pelajaran Pengasingan
kognitif Item
Intelek -
(Ausubel -Model
- Fasilitator imensionaliti

Instrumen Pengajaran dan Pembelajaran Pintar


Teknik Penyoalan Rasch
(1978) -Kesesuaian
Proses- Guru
Individu
Teori Produk Prosedur -Respon Luar
Behaviurism -Mendalam Penglibatan Murid pembinaan Jangkaan
e (Skinner -Berasaskan P&P Pintar: - Kefungsian
1971) Produk - 3 peringkat
Peneguhan Kategori
Orientasikan reka bentuk
Teori sosial Sumber - instrument
(Bandura Saintifik (Cohen &
-Kolaborasi Latihan dan Analisis
1986, 2001) Swerdlik Kedua –
Tugasan Murid 2002)
Model Kebezaan
Epistemologi Kefungsian
Pemeriksaan Item DIF
-Berasaskan Latihan dan Pendekatan
Estetik - Menggunak
Tugasan Murid pembinaan
Pendekatan an Model
P&P Pintar:
-Perbincangan Rasch
Penutupan -Rasional-
- Tema dan - Gender
Empirikal
Idea (Murphy &
-Kaedah Davidshofer
Hasil Kerja Murid Analisis
Socratik 2005)
Model
Persamaan
Pengurusan Kelas Struktural
(SEM)
1. CFA
Item 2. Pengesah
Perwatakan Guru Performance an Model

RAJAH 1. Kerangka konseptual ini diadaptasi berdasarkan model kurikulum oleh


Van Tassel-Baska (1986, 1988, 2003) dan Van Tassel-Baska dan Brown (2007).
6 Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

Menurut Van Tassel-Baska (1986) terdapat tiga buah model kurikulum yang
terbukti berkesan dikalangan populasi pelajar pintar pada pelbagai peringkat
perkembangan dan dalam pelbagai bahagian khusus iaitu, (i) Model pengisian
kandungan, (ii) Model kajian proses - produk, dan (iii) Model konsep epistemologi.

Model Isi Kandungan/Masteri


Model ini menitik berat kemahiran belajar dan (konsep domain inkuiri). Pelajar-
pelajar pintar digalakkan bergerak pantas dalam bahagian isi kandungan. Oleh yang
demikian kadangkala kepantasan isi kandungan mendominasi aplikasi model ini.
Apabila kaedah Diagnostik - Preskriptif (D – P) digunakan, pelajar diuji dahulu
kemudian baru diberi bahan pengajaran untuk dikuasai. Pendekatan D-P ini
berkesan dalam keadaan yang terkawal. Dalam kaedah D-P ini guru dan pembantu
guru berperanan sebagai fasilitator. Kurikulum kaedah ini disusun berdasarkan
intelektual dan mengikut urutan dan secara bergandaan (kumulatif) menjurus
kepada asas kecekapan yang memudahkan pencapaian.
Van Tassel Baska (1984) telah membuktikan keberkesanan model ini dalam
pengajaran bahasa Latin. Guru-guru Bahasa Inggeris yang mengajar sebagai bahasa
asing telah menggunakan model dalam pengajaran masteri Bahasa Inggeris kepada
pelajar-pelajar. Model ini telah mewakili sebagai kaedah pengajaran kendiri kepada
pelajar pintar yang merangkumi progresif yang sekolah boleh faham. Guru-guru juga
menyusun semula isi kandungan yang diajar mengikut kemahiran tinggi dan
konsep-konsep supaya tugasan pelajar meningkat tinggi dimana memberi gambaran
keseluruhan (holistik) topik yang diajar. Murid pintar cerdas digalakkan agar cepat
menghabiskan kandungan sesuatu subjek atau secara ringkasnya ia lebih kepada
pembelajaran pecutan.
Model isi kandungan ini dapat mengurangkan kemampuan mata pelajaran
bacaan dan matematik kepada satu pertiga. Proses ini terjadi dengan dua kaedah
memodifikasikan kurikulum iaitu;
1. Memberikan pelajar dengan peningkatan kemahiran mengikut kemampuan
pelajar, menguji/menilai profisiensi pelajar dengan memberi tugasan kerja
berasaskan/berdasarkan (kemajuan/pencapaian peningkatan tahap) tahap
pencapaian berperingkat; dan
2. Menyusun semula kemahiran asas kepada kemahiran berkelompok tinggi
untuk mengurangkan masa pembelajaran dan seterusnya menggalakkan
pengalaman mencabar kepada pelajar-pelajar pintar.

Penilaian kebelbagaian kecerdasan semasa di dalam kelas akan memberi


gambaran sebenar tentang pencapaian pelajar. Dengan ini, akan membantu guru
untuk menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan.

Model Proses – Produk


Model proses - produk lebih menekan kemahiran menyelidik dalam bidang saintifik
dan sosial yang memberi ruang kepada pelajar untuk mengembangkan produk yang
berkualiti. Model ini menggunakan kaedah kolaboratif yang melibatkan guru, pelajar
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 7

dan orang yang mengguna model ini sebagai satu kumpulan untuk mengenalpasti
dan menyelesaikan masalah (problem – based learning). Pelajar akan bekerja
secara aktif dalam memulakan research topik, memilih reka cipta, mereka menjalan
kajian literatur, memilih corak ekperimental, membentang dalam proposal mereka.
Pelajar memberi fokus kpd kemahiran proses perkembangan Saintifik inkuiri dan
cuba untuk mengembangkan produk yang berkualiti tinggi melalui tiga peringkat
inkuiri iaitu; i) pra inkuiri /kemahiran level 1, ii) kaedah inkuiri(kemahiran level
2), dan iii) kemaharin mengintepritasikan.

Epistemologi Model
Model ini memfokus kepada pelajar berbakat dalam memahami dan menghargai
ilmu pengetahuan dimana pelajar didedahkan kepada idea, tema dan prinsip yang
merentasi domain pengetahuan. Peranan guru dalam model ini adalah sebagai
penyoal, menimbulkan isu untuk dibincangkan dan didebatkan. Murid pula akan
memberi tumpuan kepada pembacaan, membuat refleksi dan menulis. Model ini
lebih memberi asas kepada murid untuk memahami kreativiti dan juga proses
intelektual melalui analisa secara kritis terhadap produk. Ia juga memberi konteks
untuk integrasi antara kognitif dan objektif afektif ke dalam kurikulum. Ramai
penulis tentang pelajar pintar telah bersetuju tentang kaedah epistemologi dalam
kurikulum untuk pelajar pintar (ward 1961; Hayes-Jacob, 1981; Maker, 1982;
Tannenbaum, 1983) dalam Van tassel-Baska (1986).

KAJIAN KEPUSTAKAAN
Malaysia sudah bersedia untuk mengadakan program bimbingan khas kepada
pelajar pintar agar pelajar ini dapat megembangkan potensi mereka ke tahap
optimum. Pelajar pintar merupakan khazanah berharga negara yang memerlukan
kurikulum khas serta pemantauan yang berterusan agar negara mendapat manfaat.
Golongan pelajar pintar cerdas di negara ini perlu dikenal pasti dan proses
pencarian perlu dirancang dengan teratur agar mereka dapat menerima program
pengayaan dan pecutan secara holistik. Program ini memerlukan penelitian khas
dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek yang dipupuk secara seimbang agar
perkembangan mereka berlaku secara optimum. Pelajar pintar di negara ini tidak
seharusnya tertinggal ke belakang berbanding pelajar pintar di negara lain.

DEFINISI DAN MAKNA

Definisi Pintar Cerdas


Pintar menurut Kamus Dewan ialah cekap dan pandai, manakala cerdas bermaksud
sempurna akal. Hasan (2009), menjelaskan pintar cerdas adalah kelebihan luar
biasa dari segi minda dan kelakuan yan dimiliki individu. Menurutnya lagi kelebihan
ini dapat membantu mereka membuat adaptasi secara lebih selesa kepada
persekitaran hidup mereka dan didapati sering di hadapan dibandingkan dengan
anak-anak lain yang sebaya.Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan
ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” menyatakan
8 Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

pintar cerdas ialah keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan


taakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), menyatakan pintar cerdas kebolehan
individu untuk berfikir secara abstrak. Allport (1937) menyatakan pintar cerdas
keupayaan individu mengatasi masalah dalam kehidupan seharian. Burt (1954)
menyatakan pintar cerdas kebolehan kognitif yang umum dan semulajadi. Piaget
(1950) menyatakan pintar cerdas kebolehan individu buat adaptasi terhadap
persekitaran fizikal dan sosial.

Berbakat
Merujuk kepada perkataan ‘Gifted’ iaitu seseorang yang berpotensi menjadi
cemerlang samada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Menurut Gagne
(1998) seseorang itu dikatakan berbakat apabila dia menampakkan potensinya
dalam bidang tersebut.

Kecerdasan/Kepintaran
Gardner (1983) mendefinisikan kepintaran sebagai An intelligence is the ability to
solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural
setting (Frames of Mins 1983). Pernyataan ini telah dirumuskan oleh Linda
Campbell, Bruce Campbell & Dee Dickinson (1999) sebagai kebolehan
menyelesaikan masalah, kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan
kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
1. Teori Dasar Percubaan (Prototype-Based Theory) masih berpegang kepada
kepintaran didefinisikan sebagai berdasarkan kebolehan yang ada pada diri
pelajar dari segi motivasi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat yang luar biasa tentang sesuatu, kreativiti dan
imaginasi, kebolehan mengingat, kelucuan, pertanyaan dan kebolehan
berfikiran ke hadapan.
2. Teori Dasar Contoh (Example-Based Theory) mendefinisikan kepintaran
sebagai satu konsep “kepunyaan/pengkategorian” berdasarkan pengalaman.
Kepintaran pelajar adalah berdasarkan kepada contoh seseorang pelajar
pintar yang terdahulu sebagai pengalaman untuk dijadikan contoh kepada
yang lain.
3. Teori Model Dasar (Theory-Based Models) mengaitkan kepintaran dengan
hubungan berdasarkan kepercayaan, kategori dan sistem pendidikan sesuatu
masyarakat.

Kecerdasan dan Kreativiti


Wechsler (1974) menerangkan definisi kecerdasan menjurus kepada lima
komponen utama, (1) pemikiran abstrak, (2) pembelajaran dari pengalaman, (3)
penyelesaian masalah melalui insight, (4) penyesuaian diri kepada situasi baru dan
(5) kebolehan memfokus dan sustaining keupayaan agar matlamat yang diingini
dapat dicapai. Seorang pelajar yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi tidak
semestinya seorang pelajar yang pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai daya
kreativiti yang tinggi biasanya memiliki cirri-ciri tingkah laku yanh unik. Mohd
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 9

Hussain (1995) mendapati antara ciri-ciri kreatif yang biasanya dilaporkan oleh
kebanyakan penulis adalah seperti berikut; (1) Mudah tertarik pada perkara yang
kompleks, misteri, artistic, dan estetik. (2) Suka kelainan daripada orang lain seperti
cara berpakaian, fesyen, pilihan, dan sebagainya. (3) Suka berfantasi, bermain-main
dengan imiginasi, atau idea-idea sendiri. (4) Memiliki keyakinan diri yang tinggi
serta suka dan berani mengambil risiko. (5) Mempamerkan sikap idealistic dan
tidak suka bergantung pada orang lain. (6) Memiliki sifat ingin tahu dan suka
meneroka sesuatu yang baru. (7) Bersungguh-sungguh dan komited dalam
menyelesaikan sesuatu masalah atau aktiviti. (8) Tidak suka dikawal dan
dikongkong.

Ciri dan Keperluan Kanak-Kanak Pintar


Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar cerdas:
1. Menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi
tugasan yang mencabar;
2. Memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum atau
disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai, dan
mereka bentuk tingkat pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut.
Tingkat pelajaran adalah strategi pelajaran di mana guru-guru mentaksir
tahap kesediaan (minat, pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran) pelajar-
pelajar dan mengumpulkan mereka mengikut pengajaran dan penghasilan
yang sewajarnya; dan
3. Bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru boleh merancang dari tiga hingga
enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep dan
generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti
pelajaran yang aras kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks.
Disebabkan tahap kesediaan pelajar akan berbeza bagi setiap topik, kumpulan
pelajar dalam kelas akan berbeza bergantung pada perubahan kurikulum.
Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar dengan tahap kesediaan
individu dan tahap kandungan, dan menyediakan peluang kepada pelajr untuk
mencabar diri mereka sendiri.

Pencarian dan Profil Kanak-Kanak Pintar di Malaysia


Dalam konteks pendidikan di Malaysia, ujian untuk menentukan darjah kecerdasan
(DK) bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan di sekolah-sekolah. Alat untuk
mengukur DK tidak terdapat di sekolah-sekolah di Malaysia. Walaupun potensi
kognitif pelajar tidak diukur dengan ujian-ujian penentu DK, namun potensi kognitif
dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan yang
cemerlang. Satu kaedah untuk menentukan potensi kognitif pelajar perlu
diwujudkan di sekolah-sekolah di Malaysia untuk memberi maklumat awal tentang
potensi kognitif pelajar. (Rosadah et.al 2005). Mohd Zuri et. al (2005) dalam kajian
mereka mendapati bahawa pelajar pintar adalah lebih baik dari pelajar yang lain
kerana semua pelajar belajar dalam satu bilik darjah yang mempunyai nilai baik
yang sama. Pelajar pintar cerdas akademik (PCA) yang berpersonaliti ekstrovert
lebih cenderung belajar bersendirian daripada belajar berkumpulan. Dapatan juga
10 Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

mendapati sukar untuk mengklasifikasikan PCA merupakan pelajar yang


berpersonaliti ekstrovert atau sebaliknya, ini kerana setiap pelajar adalah unik.
Terdapat PCA yang perlu belajar dalam bentuk berkumpulan dan sering
mengadakan perbincangan dengan guru dan rakan sebaya, manakala terdapat juga
pelajar yang gemar belajar bersendirian dan memerlukan guru tuisyen persendirian
untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Program Pengayaan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual


Kebanyakan pendidik dan sarjana dalam bidang pendidikan pintar cerdas
berpendapat bahawa cara yang terbaik untuk melayani keperluan pendidikan
kanak-kanak pintar cerdas ialah dengan mengadakan program khas iaitu satu
program yang berbeza daripada program yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar
biasa. Program ini melibatkan perbezaan dan kelainan cara gaya pembelajaran. Cara
berfikir, tahap kecerdasan dan sebagainya yang dimiliki oleh pelajar-pelajar pintar
(Abraham 2001). Menurut Lindy (2007), program perkhemahan musim panas
tempatan yang dijalankan untuk pelajar pintar selama tiga minggu telah mengumpul
data demografi pelajar bagi membantu mengenal pasti perubahan terhadap
akademik dan kestabilan emosi pelajar. Rinn dan Wininger (2007) dalam kajian
beliau menunjukkan remaja pintar cerdas yang menyertai sukan mempunyai
kekuatan fizikal yang lebih baik, kestabilan emosi, keyakinan diri, dan keyakinan
dalam bersosial dengan rakan sebaya yang sama jantina berbanding dengan remaja
yang tidak menyertai sukan.

Sokongan Psikologi dan Sosial Kanak-Kanak Pintar


Terdapat empat jenis perkembangan akademik pelajar pintar iaitu pelajar
cemerlang (full-bloomer), baik (good-achiever), lemah (fade-away) dan lambat
berkembang (late-bloomer). Kajian yang dijalankan oleh Seokhee Cho et.al (2008)
menunjukkan pelajar-pelajar tersebut mempunyai keyakinan terhadap diri,
kebolehan intelek, motivasi, dan sikap terhadap sekolah adalah sama. Dapatan jua
menunjukkan pelajar cemerlang membaca lebih banyak sejak kecil berbanding
pelajar-pelajar lain. Sokongan ibu bapa sangat-sangat diperlukan untuk menyokong
perkembangan diri anak-anak pintar cerdas agar mereka tidak mengalami
kemurungan dan kekecewaan dalam hidup mereka ( Rinn et.al 2008). Vrignaud, et.
al (1991) dalam kajian mereka berkaitan teknik yang dilaksanakan di Perancis
untuk pelajar pintar cerdas yang mempunyai tahap akademik yang luar biasa serta
kadar intelektual yang tinggi dan pelajar berbakat dalam seni dan sukan. Dapatan
mendapati Perancis telah menjalankan program pecutan (acceleration) dan
program pengukuhan (enrichment).

Memahami Anak Pintar


Jennifer (2007) mendapati cara terbaik untuk perkembangan anak-anak pintar ialah
dengan menempatkan anak-anak pintar di kelas yang terbaik dengan kepintarannya.
Guru kelas perlu mengetahui apakah keupayaan anak-anak pintar cerdas
berdasarkan kepintarannya. Kenal pasti keupayaan kecerdasan anak-anak sama
ada dari segi matematik, ataupun kecerdasan dari segi lapangan lain seperti
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 11

membuat persembahan ataupun keupayaan memahami. Setelah mengenal pasti


keupayaan dan kecerdasan pelajar tadi, guru kelas dan sekolah mestilah
menyediakan keperluan bagi pengembang kepintaran itu. Ini merupakan kaedah
yang terbaik bagi pelajar pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas perlu diberi perhatian
oleh guru dan guru mestilah menggunakan gaya pengajaran yang bersesuaian.

Model Perbezaan antara Bakat dengan Pintar Cerdas Menurut Gagne


Menurut Gagne (2003) Model yang membezakan di antara istilah Barat dengan
Istilah Pintar Cerdas adalah merupakan pembangunan teori wujudnya pintar cerdas
yang mana kebolehan sedia ada (gift) bertukar kepada kemahiran khusus (talents)
dalam sesuatu bidang melalui proses pembelajaran dan latihan. Gagne dalam
Noriah et al.(2009) aptitud adalah bakat semula jadi yang merangkumi domain-
domain seperti intelek, penghasilan kreatif, kepimpinan berserta interpersonal dan
psikomotor. Aptitud merujuk kepada potensi kecekapan seseorang untuk
melakukan sesuatu. Justeru, bagi individu yang asalnya berbakat (gifted) akan
menjadi pintar cerdas (talented) apabila melalui proses perkembangan yang
meliputi pembelajaran. Namun, terdapat masalah dalam proses perkembangan yang
dilalui termasuk persekitaran yang tidak membantu, sifat dan sikap diri yang
berpegang pada nilai yang salah atau minat yang lebih memberi tumpuan kepada
perkermbangan diri dalam bidang lain.

METODOLOGI

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor untuk menilai kualiti pengajaran
dan pembelajaran pintar serta membina dan menentusahkan instrumen pengajaran
dan pembelajaran pintar berdasarkan model-model dan teori pengukuran yang
berkaitan. Untuk memeriksa kefungsian item dan mengesan kesahan serta
kebolehpercayaan instrument pengajaran dan pembelajaran pintar, model
pengukuran Rasch digunakan. Manakala untuk mengesahkan item-item yang
mengukur tema dalam sesuatu konstruk, model pengukuran dalam “confirmatory
factor analysis” (CFA) digunakan.

Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian ini akan melibatkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif iaitu
pendekatan triangulasi. Menurut Creswell (2007), penggabungan pendekatan
kualitatif dan kuantitatif membolehkan pengkaji memperolehi data yang lebih
komprehensif. Keseluruhan kajian ini akan dibahagi kepada empat fasa iaitu
perancangan, proses pembinaan, penilaian kuantitatif dan pengesahan. Fasa satu
menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes penerokaan
berbentuk kes pelbagai (multiple case). Fasa dua melibatkan pembinaan item
berdasarkan spesifikasi instrumen yang dibina dengan membentuk jadual
spesifikasi instrumen (JSI) dan fasa setrusnya menentukan kebolehpercayaan dan
kesahan instrumen menggunakan Rasch Model. Fasa akhir melibatkan kajian
sebenar menggunakan instrumenyang dibina.
12 Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

Populasi dan Sampel Kajian


Populasi kajian terdiri daripada pensyarah, guru dan pelajar yang terlibat dalam
projek permata pintar. Seramai enam orang penyarah yang merupakan pakar serta
dua orang guru akan ditemubual dalam proses pembinaan item. Kajian keatas
instrumen akan melibatkan seramai 1000 orang terdiri daripada pensyarah, guru,
instruktur, pembantu dan pelajar yang terlibat dalam program PERMATApintar.

Kajian Rintis
Satu kajian rintis akan dijalankan terhadap 50 orang responden yang mewakili
pelajar dan guru untuk memastikan instrumen yang digunakan boleh difahami,
sesuai dan releven serta dapat memberi maklumat dan maklum balas yang
diperlukan. Hasil daripada kajian rintis akan melibatkan beberapa sesi permurnian
dan pemantapan instrumen soal selidik.

Analisis Statistik
Data daripada temu bual akan dianalisis oleh pengkaji dengan menggunakan
perisian Nvivo version 8. Data temu bual secara mendalam serta literatur digunakan
untuk mengenal pasti faktor-faktor pengajaran dan pembelajaran pintar. Hasil
dapatan faktor-faktor pengajaran dan pembelajaran pintar ini seterusnya digunakan
dalam pembentukan awal item item instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar.
Menurut Yin (2003) pengkaji kualitatif perlu mendokumentasikan kaedah bagi
kajian kes mereka dalam usaha menentukan sama ada pendekatan mereka itu
konsisten dan boleh dipercayai.
Kajian rintis adalah untuk memilih item yang baik (Cohen & Swerdlik 2002).
Model pengukuran Rasch akan digunakan bagi menganalisis data untuk meneliti
indeks kebolehpercayaan dan kesahan konstruk instrumen pengajaran dan
pembelajaran pintar dan dalam fasa terakhir Pengkaji dari pelbagai bidang kajian
pendidikan terutamanya dalam bidang penilaian pendidikan menuntut bahawa
terdapat kelebihan menggunakan kedua dua kaedah kualitatif dan kaedah
kuantitatif berbanding dengan memilih sama ada kaedah kualitatif atau kaedah
kuantitatif (Firestone & Pennell 1997; Fraser et al. 1988).

KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen pengajaran dan
pembelajaran pintar. Pembangunan instrumen ini adalah untuk memastikan
bahawa program yang dirancang untuk pelajar pintar mencapai matlamat bagi
memacu pembentukan modal insan yang cemerlang intelek, sahsiah dan jati diri.
Satu instrumen pengajaran dan pembelajaran pintar yang mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi perlu dibangunkan agar penilaian dan pemantauan
proses pengajaran dan pembelajaran keatas guru yang mengajar pelajar pintar
dapat dijalankan. Ini diharap dapat menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam
sistem pendidikan negara. Perancangan pembangunan modal insan diberi
keutamaan dalam perancangan pendidikan. Pembangunan insan pintar 25 tahun
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 13

dari sekarang iaitu mulai 2010 akan menghasilkan individu yang kreatif dan
inovatif.

RUJUKAN

Alimuddin Mohd Dom. (2006). Kepimpinan instructional, peranan pengetua dan


guru besar dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
Abraham, S. J. (2001). Multiple intelligences in the classroom. Issues in Education,
24: 1-14.
Berita Harian. (2009). 17 April.
Bond, T.G. & Fox, C.M. (2001). Applying the Rasch Model: Fundamental measurement
in the human sciences. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
Briggs, C. J., Reis, S. M., & Sullivan, E. E. (2008). A national view of promising
programs and practices for culturally, linguistically, and ethnically diverse
gifted and talented students. Gifted Child Quarterly. 52; 131-144
Brody, L., Mills, C. (1997). Gifted children with learning disabilities: A review of the
issues, Journal of Learning Disabilities, 30, 282-286.
Chan, D.W. (2008). Giftedness of Chinese students in Hong Kong: Perspectives from
different conceptions of intelligences. Gifted Child Quarterly, 52; 40-53.
Creswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five
traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Cresswell, J.W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods
approaches. Los Angeles: SAGE Publications.
Fetzer, E. A. (2000). The gifted learning disabled child: A guide for teachers and
parents. Gifted Child Today, 23,44-50.
Goddard, R., Sweetland, S. & Hoy. W. (2000). Academic emphasis of urban
elementary school and student achievement in reading and mathematics; A
multilevel analysis: Educattion Administration Quarterly, 36(5), 683 – 702.
Gorodetsky, M. & Klavir, R. (2003). What can we learn from how gifted / average
pupils describe their processes of problemsolving? Learning and Instruction,
13, 305-325.
Hair, Jr., J.F., Anderson, R.E., Tatham, R.L., & Black, W.C. (2006). Multivariate data
analysis. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Hambleton, R.K. Swaminathan, H. & Rogers, H.J. (1991). Fundamental of item
response theory. London: Sage Publication, Inc.
Hasan Mohd Ali. (2009). Anak kita memang pintar cerdas: Panduan membina
potensi diri anak-anak. PTS Publication & Distributors sdn.bhd.
Holland, P.W., Thayer, D.T. (1998). Differential item performance and the Mantel-
Haenszel produre. In Wainer. H., & Braun, H.I. (pnyt). Test validity, 129-145.
New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
Hong, E & Aqui, Y. (2004). Cognitive and motivational characteristics of adolescents
gifted in mathematics: Comparisons among students with different types of
giftedness. Gifted Child Quarterly, 48: 191-201.
14 Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

Jennifer Riedl Cross. (2007). Developing your child’s talent in the real world:
Dealing with juxtaposition between ideal and actual gifted education. Gifted
child today. pg 50-56.
Jiannong, S. & Xingli, Z. (2008). Self-concept of gifted children age 9 to 13 years old.
Journal for the education of the gifted. Vol.31, 4; 481-499. Copyright@2008
prufrock press inc., http://www.prufrock.com
Jolly, L. J. (2005). Pioneering definitions and theoretical positions in the field of
gifted education. Gifted Child Today. 28, 3; 38-41: Research Library.
Jolly, J. L. & Kettler, T. (2008). Gifted education research 1994-2003: A disconnect
between priorities and practice. Journal for the Education of the Gifted. Vol. 31,
4; 427-446. Copyright@2008 prufrock press inc., http://www.prufrock.com
Mahoney, A. S. (2008). Goodness of fit: The challenge of parenting gifted children.
Parenting for High Potential, 18-21.
Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Roslina Nik Yaacob & Aznan Che Ahmad.
(2005). Mengenal pasti perbezaan personaliti ekstrovert dan introvert dalam
kalangan pelajar pintar cerdas akademik (PCA) berdasarkan gender. Jurnal
Pendidikan 23: 111 – 112.
Manning. S. (2006). Recognising gifted student: A practical guide for teachers. New
York: Kappa Delta Pi.
Monaco, T. et al. (2009). Teachers Identify and Support At-Risk gifted Students in
the regular Classroom. The New New Zealand Journal of Gifted Education. 15
(1).
National Association for Gifted Children. (1990). Giftedness and the gifted. What’s it
all about? ERIC Clearinghouse on Handicapped and Gifted Children. Retrieved
from www.nagc.org/index.aspx?id=121
National Association for Gifted Children. (2008). Is there a definition of gifted?
Retrieved Mac 30, 2010, from http://www.nagc.org/index.aspx?id=548
Nik Azis Nik Pa. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik.
Kajang: Institut pengajian Ilmu-ilmu Islam
Ng dan Sandiyao. (2005). Masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas. Masalah
Pendidikan, 5-12.
Pallant, J.F. (2001). SPSS Survival Manual: A step guide to data analysis using SPSS
for windows. Ver. 10. Illinois: Allen & Unwin.
Rosadah, Noriah dan Zalizan. (2005). Profil pemprosesan kognitif pelajar pintar
cerdas akademik di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 30: 35-49.
Rinn, A. N. & Wininger, S. R. (2007). Sports participation among academically gifted
adolescents: Relationship to the multidimensional self-concept. Journal for the
Eduction of the Gifted, 31 (1): 35-56. http://www.prufrock.com
Rinn, A. N., Jamieson, K. M., Gross, C. M., & McQueen, K. S. (2008). A canonical
correlation analysis of the influence of social comparison, gender, and grade
level on the multidimentional self-concepts of gifted adolescents. Social
Psychology of Education.
Rubin, H. J., & Rubin, I. S. (2005). Qualitative interviewing: The art of hearing data.
Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 15

Seokhee, C., Doehee, A., Suksil, H., & Hyejin, P. (2008). Academic developmental
patterns of the Korean gifted during the 18 years after identification.
Personality and Individual Differences. 45: 748-789.
Shaunessy, E. (2007). Implications for gifted education. Gifted Child Quarterly, 51:
119-135.
Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan
penilaian. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Siti Rahayah Ariffin. (2008). Inovasi dalam pengukuran dan penilaian pendidikan.
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Rahayah, Roseni & Hafsa. (2008a). Factors contributing to multiple intelligences
among teenagers. Jurnal Pendidikan, 33: 35-46.
Siti Rahayah Ariffin, Noriah Mohd Ishak, Abdul Ghafur, Rodiah Idris, Benedict &
Wan Ameran Wan Mat. (2008b). Assessing generic skills using Rasch Model
approach: A method for construct validity and reliability. ICEI 2008.
Siti Rahayah Ariffin, Noriah Mohd Ishak, Abdul Ghafur, Rodiah Idris, Wan Ameran
Wan Mat & Benedict. (2008c). Innovation using Rasch Model approach in
measuring generic skills. ICEI 2008.
Sternberg, R.J., Grigorenko, E.L, & Kenneth, K.K. (2005). Intelligences, races and
Genetics. American Psychological Association, 60 (1): 46-59.
Tidwell, R. (1980). A psyho-education profile of 1,593 Gifted High School Students.
Gifted Child Quarterly, 24 (2): 63-68.
Torrance, E. (1997). Potentially creative youth. In R. Frederickson & J. Rothney
(Eds.), Recognizing and assisting multipotential youth. Columbus: Charles E.
Merrill Publishing Company.
Utusan Melayu. 3 Mac 2009.
Utusan Melayu. 17 April 2009.
Van Tassel-Baska, J. (1986). Effective curriculum and instructional models for
talented students. Gifted Child Quarterly, 30: 164-169.
VanTassel-Baska, J. (1988). Comprehensive for gifted learners. Massachusetts: Allyn
& Bacon.
VanTassel-Baska, J. (1994). Comprehensive curriculum for gifted learners. 2nd Ed.
Boston: Allyn & Bacon.
Van Tassel-Baska, J. & Brown, E. F. (2007). Toward best practice: An analysis of the
efficacy of curriculum models in gifted education. Gifted Child Quarterly. 51:
342-358.
Vrignaud, P., Bonora, D., & Dreux, A. (1991). Counselling the gifted and talented in
France: Minimizing gift and maximizing talent. International Journal for the
Advancement of Counseling, 27: 211-228
Wasonga, T.A. (2005). Multicultural education knowledgebase, attitudes and
preparedness for diversity. The International Journal of Education
Management, 19(1): 67-74.
Watts, G. (2006). Teachers attitudes to the acceleration of the gifted: a case study
from New Zealand. Gifted and Talented, 10: 13-21.
16 Wan Ameran, Siti Rahayah & Jamil

Webb, J.T. (1994). Nurturing social-emotional development of gifted children. ERIC


EC Digest#E527.
Winebrenner, S. (2001). Teaching gifted kids in the regular classroom. Minneapolis,
MD: Free Spirit Publishing Inc.
Wright, B.D., & Masters, G.N. (1982). Rating scale analysis. Chicago: MESA Press.
Yin, R. K. (1989). Case study research: Design methods. Newbury Park, CA: Sage
Publications.

Anda mungkin juga menyukai