Anda di halaman 1dari 2

Yang Mulia Saudara/Saudari Pengacara Majlis

Yang Berusaha En. Salan b. Hj. Ali,


Guru Besar SK Sawah Ring

Yang Berusaha En. Mohamed b. Othman


Yang DiPertua PIBG SK Sawah Ring,

Yang Berusaha En. Syed Abdullah b. Syed Abd Kadir


Naib Yang DiPertua PIBG SK Sawah Ring

Guru-Guru Penolong Kanan

Guru-Guru, Para Ibu Bapa

Murid-murid serta para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menjemput
saya untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Sawah Ring bagi tahun 2010. Saya
juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya
mengadakan program ini sebagai satu program tahunan di sekolah ini demi kepentingan
murid-murid

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian!

Seperti yang kita semua sedia maklum, para murid merupakan tiang negara dan bakal
pemimpin negara. Jadi pengasuhan, bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek
hidup dari peringkat awal lagi adalah amat penting. Pencapaian mereka dari segi
akademik sahaja tidak memadai. Malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi
dalam aspek keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat.

Saya percaya melalui majlis sebegini sudah pastinya akan merapatkan lagi hubungan
diantara ibu bapa dengan pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak kita. Melalui
program begini juga ibu bapa dapat mengetahui segala permasaalahan yang timbul
dikalangan anak-anak mahupun pihak sekolah. Justeru itu pelbagai pendekatan boleh
diambil oleh kedua-dua belah pihak untuk sama-sama menyelesaikannya.

Saya percaya program pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan
dan memotivasikan para murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan
dalam beberapa aspek penting seperti kurikulum, ko-kurikulum dan Sahsiah. Diharapkan
semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan
sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada
kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga difahamkan sekolah Kebangsaan Sawah Ring banyak melahirkan anak-anak
yang berpotensi di dalam bidang ko-kurikulum. Beberapa kejayaan di peringkat
kebangsaan juga telah dicapai. Syabas dan tahniah diucapkan atas usaha cemerlang
mereka.
Diharapkan para ibu bapa juga akan dapat memberi lebih tumpuan pada anak-anak dan
membantu mereka untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang
akademik tetapi juga perkembangan sahsiah dan lapangan hidup. Jika tidak, mereka
akan ketinggalan zaman dan terpaksa mengharungi banyak masalah dan cabaran yang
tidak terhingga di zaman ini.

Dengan kata-kata itu, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim merasmikan


Mesyuarat Agung PIBG SK Sawah Ring Kali Ke 34, tahun 2010 pada petang ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai