Anda di halaman 1dari 4

Kebaikan Menabung Wang

Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kehidupan adiwangsa

Malaysia menjadi semakin maju dan memerlukan penggunaan kos hidup

yang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam kehidupan ini, kita bukan

sahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malah aspek kewangan juga

tidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah persediaan

untuk masa depan, amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagi

kerana pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari

rebungnya. Wang ini boleh disimpan di dalam bank atau juga di dalam

tabung. Wang yang disimpan itu boleh diibaratkan sebagai sedikit-sedikit

lama-lama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah pastilah amalan

menabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita pada

masa hadapan.

Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masa

depan khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat

penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku-

buku rujukan, membeli alat-alat tulis, membayar uran sekolah dan yuran

kelas bimbingan luar. Semua ini memerlukan wang yang banyak, lebih-lebih

lagi apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka akan

menyambung pelajaran di peringka yang lebih tinggi seperti di menara

ganding, di kolej dan di institusi pendidikan swasta yang lain. Semakin

tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakain banyaklah wang yang

diperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpan

wang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabila

kita bersiap sedia lebih awal lagi.


Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikan

sebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang kes

kecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorang

itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulah

diambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahli

keluarga yang lain. Antara contoh kes kecemasan itu ialah gangguan

kesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi dan tanah

runtuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kita

sudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelum

hujan, sudah pasi masalah ini dapat diatasi.

Menabung wang juga mempunyai kesan serampang dua mata iaitu

dapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari remaja seperti berjimat-

cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa depan

kehidupan. Dalam kondisi ini, apabila kita menabung wang, kita akan

mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros dan merugikan diri

sendiri. Dalam agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu

merupakan sahabat syaitan. Oleh yang demikian, dengan menabung wang

kita akan belajar menahan nafsu untuk berbelanja dan menunjukkan obligasi

terhadap diri kita sendiri. Wang yang berlebihan mestilah disimpan dan

digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan membantu

keluaga.
Seperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan

perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa

yang mempunyai anak yang ramai, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan

yang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain demi

membesarkan anak-anak. Oleh itu, apabila anak-anak ada menyimpan wang

sejak kecil lagi, maka wang ini dapat digunakan oleh keluarga bagi

mengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini.

Intihanya, sebagai anak adiwangsa negara Malaysia ini, kita mestilah

bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan budaya

menabung wang sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu iaitu berjimat sebelum

kena dan berjimat sebelum habis juga etlah menjelaskan kepada kita betapa

pentingnya penggunaan wang secara bijak agar kita tidak membazir dan rugi

pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menabung wang.

Amalan Terbuka

Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan
rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang
perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah
terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan
rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu
akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan
mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah,
"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di
negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah
mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka
berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu
selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah
Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum
akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu
bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai
contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya
Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan
dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya.
Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara kita.

Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan
masalah untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan
oleh sikap tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak
menghiraukan aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di
merata-rata tempat. Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu
berakhir dan menyusahkan pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini
perlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak
mengotorkan tempat itu.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan
diri dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan
kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa
mengambil makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang
banyak. Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan
masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal
ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin
tidak mendapat makanan langsung.

Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua
pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan
dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti
amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk
menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi" apabila
menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan
menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan
dapat dicapai
 

Anda mungkin juga menyukai