Anda di halaman 1dari 16

SENI DALAM PENDIDIKAN

WAJ 3107

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


UNIT SAINS DAN MATEMATIK
AMBILAN JANUARI 2009

Disediakan untuk:
EN. UMRAN BIN SAMSUDIN

Disediakan oleh:
NURDIANA ELINA BINTI NURDIN
891001-08-6224
SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ
3107)

Jabatan Kajian Sosial, Institut


Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis,
Pahang.
HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : NURDIANA ELINA BINTI NURDIN

Tarikh : 26 SEPTEMBER 2010


BIODATA

NAMA : NURDIANA ELINA BINTI NURDIN

NO. I/C : 891001-08-6224

T/LAHIR : 01 OKTOBER 1989

UNIT : PISMP MATEMATIK

MAJOR : MATEMATIK

MINOR : PENDIDIKAN JASMANI & BAHASA INGGERIS

AMBILAN : JANUARI 2009

ALAMAT : IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS,


PAHANG.

ALAMAT RUMAH : NO. 1973, LOT BANGLO, 36800 KG. GAJAH, PERAK.

NO. TELEFON : 013 – 5322312

KELAYAKAN AKADEMIK : Sijil Pelajaran Malaysia


PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya telah berjaya
menyempurnakan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu bagi Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) bagi mata pelajaran Seni dalam Pendidikan bagi semester 4
ini. Saya berasa sangat gembira kerana telah berjaya menyiapkan portfolio dan kerja
kursus ini pada tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu sebelum 27 September 2010.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang


tidak terhingga kepada pensyarah yang saya kasihi iaitu En. Umran bin Samsudin atas
tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam membantu saya menyempurnakan tugasan
kerja kursus ini. Beliau telah memberi galakan serta nasihat kepada saya dan kawan-
kawan tanpa rasa penat dan jemu. Usaha dan pengorbanan beliau tidak akan saya
lupakan selagi hayat dikandung badan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu, memberi tunjuk ajar, sokongan serta pendapat dan
idea-idea yang bernas kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya amat
menghargai segala jasa dan keringat yang telah mereka sumbangkan.

Akhir kata, saya akan mengguna dan mengamalkan ilmu yang ada
dengan sebaik-baiknya untuk masa sekarang dan pada masa akan datang. Sekian.
ISI KANDUNGAN

SOALAN TUGASAN

PENDAHULUAN

TUGASAN

o RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


o BAHAN BANTU MENGAJAR
o HURAIAN

REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN
SOALAN TUGASAN

Komponen Seni Dalam Pendidikan (SDP) merangkumi tiga bidang iaitu Seni
Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran
dan perkembangan kanak-kanak. Ianya bertujuan melahirkan individu yang berbudaya
dan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai jati
diri yang tinggi. Kefahaman yang tinggi dapat dicapai melalui penerokaan, pengalaman
yang dialami sendiri, ekspresi yang melibatkan perasaan estetika, daya kreativiti
individu, penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.

1. Menyediakan portfolio seni dalam pendidikan. Penyediaan portfolio ini adalah


berdasarkan pada format yang standard. Antara kandungan portfolio anda ialah
biodata diri, isi kandungan, penghargaan, maklumat, lampiran dan lain-lain.
2. Secara individu, anda dikehendaki menyediakan satu contoh Rancangan
Mengajar dengan mengaplikasikan ketiga-tiga aspek seni (muzik, seni visual dan
psikomotor) di aplikasikan dalam mana-mana bahagian Rancangan Mengajar
tersebut. Anda bebas memilih konsep-konsep berkaitan yang telah dipelajari
dengan mengaplikasikannya secara kreatif dan berkesan. Selain itu, anda juga
perlu memastikan perkara di bawah:
a. Melampirkan bahan bantu mengajar: seperti carta, skor muzik, lirik,
gambar atau lain-lain menyokong pengajaran yang dirancangkan.
b. Membuat huraian yang ringkas tetapi tepat mengenai kemahiran berfikir
dan juga aspek penerpan nilai yang diaplikasikan secara lebih bermakna
dan berkesan.
PENDAHULUAN

Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya dikehendaki menyediakan satu


Rancangan Pengajaran Harian mengikut bidang pengajian. Oleh yang demikian, saya
telah menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian Matematik bagi murid-murid
Tahun 1. Rancangan pengajaran yang disediakan telah mengaplikasikan ketiga-tiga
aspek yang ditekankan dalam subjek Seni Dalam Pendidikan. Antara aspek yang
diaplikasikan ialah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Ketiga-tiga aspek ini
amat penting dalam penyediaan rancangan mengajar kerana ia dapat menarik minat
murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar terutamanya Matematik. Selain itu, ia
juga dapat mengembangkan lagi bakat dan potensi murid-murid dalam ketiga-tiga
aspek tersebut.

Tajuk yang dipilih ialah berkaitan dengan Nombor Bulat. Ketiga-tiga aspek dalam
Seni Dalam Pendidikan turut diterapkan dalam Rancangan Mengajar bagi seni visual,
murid-murid dekehandaki untuk mewarna gambar yang berkaitan dengan nombor yang
telah mereka pelajari. Bagi aspek muzik, murid-murid dikehendaki untuk menyanyikan
lagu yang berkaitan dengan nombor. Manakala bagi aspek seni pergerakan, murid-
murid dikehendaki untuk membuat pergerakan berdasarkan lagu yang mereka
nyanyikan. Murid-murid hanya perlu meniru gaya guru serta melakukannya sambil
menyanyi. Aktiviti yang dipilih sangat menarik dan ia mampu menarik minat murid-murid
untuk mempelajari Matematik. Selain itu, murid-murid juga akan berasa sangat gembira
dan bersahaja semasa menjalani proses pembelajaran.
REFLEKSI
Tugasan ini telah diterima daripada Encik Umran bin Samsudin pada bulan
Ogos yang lepas. Tugasan ini berkaitan dengan penyediaan satu contoh Rancangan
Mengajar yang mengaplikasikan tiga bidang utama dalam Seni Dalam Pendidikan iaitu
Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Saya perlu memahami ketiga-tiga
komponen tersebut. Kemudian, saya perlu mengaplikasikan ketiga-tiga komponen
tersebut di dalam Rancangan Mengajar. Tugasan ini diberi masa lebih kurang sebulan
setengah. Masa yang diperuntukkan ini sangat mencukupi untuk menyempurnakan
tugasan kerja kursus ini.

Tugasan kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan secara individu. Selepas


memahami tajuk dan kehendak soalan, saya segera mencari maklumat yang berkaitan
daripada buku-buku rujukan di pusat sumber, internet mahupun buku teks untuk
dijadikan sebagai sumber rujukan dan panduan dalam melaksanakan tugasan ini.
Setelah mengenal pasti sumber-sumber yang berkaitan, saya memahaminya terlebih
dahulu. Saya juga turut mengenalpasti tajuk-tajuk yang mungkin sesuai untuk dijadikan
sebagai rancangan menganjar. Kemudian barulah saya membuat rangka untuk
menyediakan rancangan mengajar yang berkaitan dengan subjek major saya iaitu
Matematik.

Tanpa melengahkan masa, saya terus mecurahkan idea dan kreativiti


berdasarkan hasil pembacaan serta pemerhatian yang dilakukan. Saya
menyempurnakan rancangan mengajar yang telah dirangka sebelum ini. Walaupun ia
kelihatan agak mudah, namun saya perlu memastikan bahawa murid-murid dapat
memahami serta menguasai apa yang akan saya ajarkan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Saya juga perlu mendapatkan pandangan serta komen
daripada ibubapa serta rakan-rakan terhadap hasil kerja yang saya rangkakan agar
rancangan mengajar saya menjadi lebih sempurna.

Selain itu, saya juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar seperti yang
ditulis dalam rancangan mengajar. Terdapat beberapa bahan bantu mengajar yang
saya sediakan seperti persembahan powerpoint, lembaran kerja, gambar, lirik lagu dan
lagu dan lain-lain lagi. Semua bahan bantu mengajar ini adalah yang terbaik agar
murid-murid berasa sangat terhibur semasa proses pembelajaran berlangsung.
Kesemua bahan bantu mengajar ini saya turut lampirkan bersama tugasan kerja kursus
ini.

Melalui tugasan kerja kursus ini, banyak maklumat serta pengetahuan baru
yang telah saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini terutama sekali mengenai
racangan pengajaran harian. Melalui Seni Dalam Pendidikan, banyak input yang
menarik dan berguna untuk diaplikasikan semasa mengajar di sekolah. Antaranya, tiga
komponen dalam Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Tiga komponen ini amat penting untuk dimuatkan dalam rancangan
mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung akan lebih
menarik dan memberi kesan kepada murid-murid. Di samping itu juga melalui tiga
komponen ini, bakat serta potensi murid-murid akan lebih terserlah.

Melalui tugasan ini juga, banyak input yang amat berguna sekali telah saya
peroleh. Saya akan menggunakan segala ilmu pengetahuan yang saya miliki ini untuk
mendidik anak bangsa di sekolah dengan sebaik-baiknya. Segala ilmu yang telah
dicurahkan akan saya aplikasikan dalam pengajaran saya kelak.

Kesimpulannya, melalui tugasan ini, saya telah dapat menguasai tentang


tiga komponen penting dalam Seni dalam Pendidikan untuk diaplikasikan dalam
rancangan mengajar. Saya berharap dapat menjadi seorang guru yang cemerlang
suatu hari nanti serta dapat mendidik anak bangsa saya dengan sebaik-baiknya.
BIBLIOGRAFI
BUKU

1. Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail (2009). HBEF1403 Seni Dalam
Pendidikan. Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.
2. Wan Yusof bin Wan Ngah, Fezarudin bin Mahamudin & Mohd. Marzuki bin
Maulud (2002). Integrated Curriculum For Primary Schools: Mathematics
Year 1 Teacher’s Guide Part 1. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3. Wan Yusof bin Wan Ngah, Fezarudin bin Mahamudin & Mohd. Marzuki bin
Maulud (2002). Integrated Curriculum For Primary Schools: Mathematics
Year 1 Textbook Part 1. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

INTERNET

1. http://www.slideshare.net/miao12345/peranan-seni-dalam-pendidikan
2. http://www.docstoc.com/docs/9469311/HBEF1403-SMP-SENI-DALAM-
PENDIDIKAN
3. http://www.docstoc.com/docs/9427991/Seni-Dalam-Pendidikan
4. http://www.scribd.com/doc/21216934/Seni-Dalam-Pendidikan
5. http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/seni-dalam-pendidikan-
sdp.html

Anda mungkin juga menyukai