Anda di halaman 1dari 9

PANDUAN PELAKSANAAN

LARIAN SERENTAK 1MURID / 1SUKAN (1M 1S) 1MALAYSIA

JPN / PPD / SEKOLAH / IPGM / MATRIKULASI

1. Tarikh dan masa

1.1 Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)

1.2 Masa larian serentak bermula (flag-off) : 7.45 pagi

2. Jarak

Jarak larian ialah sekurang-kurangnya 1.5 km / 1500 meter atau lebih, mengikut
kemampuan JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi.

3. Penyertaan (penyertaan adalah percuma)

3.1 Semua warga JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi dan ahli
masyarakat digalakkan untuk menyertai larian tersebut. JPN / PPD /
Sekolah / IPGM / Matrikulasi boleh menentukan bilangan dan penglibatan
ahli masyarakat yang difikirkan sesuai. Peserta-peserta boleh terdiri
daripada yang berikut:

3.1.1 murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan


sekolah swasta);

3.1.2 guru, anggota khidmat sokongan dan ahli keluarga;

3.1.3 ibu bapa dan ahli keluarga murid / pelajar;

3.1.4 bekas murid / pelajar;

3.1.5 ikon sukan; dan

1
3.1.6 VVIP / VIP

a) Menteri

b) Menteri Besar

c) Ahli Parlimen / ADUN

d) VVIP / VIP lain yang difikirkan sesuai

3.1.7 Organisasi / Agensi setempat

a) Warga Pejabat Negeri

b) Warga Majlis Daerah

c) Agensi Kerajaan

d) Syarikat Swasta

3.1.8 Lain-lain yang difikirkan sesuai

4. Pelaksanaan

4.1 Acara larian serentak hendaklah bermula tepat pada jam 7.45 pagi. Atur
cara yang dicadangkan di bawah adalah sebagai panduan sahaja.
Sekolah boleh menyesuaikan pengisian majlis mengikut perancangan
sekolah. Atur cara yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Cadangan Atur Cara


6.30-7.00 pagi : Semua Peserta Melapor Diri
: Senamrobik
: Ketibaan Dif-Dif Jemputan
: Ketibaan Tetamu Kehormat
7.20 Pagi : Bacaan Doa
: Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri
: Gimik Pelancaran (Jika Ada)
: Aktiviti Memanaskan Badan Bersama-sama VVIP
7.45 pagi : Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia Bermula
: Aktiviti Sukan dan Pameran
2
: Aktiviti Sekolah
12.30 tgh : Bersurai

4.2 Semua JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi dikehendaki terlibat


dalam Pelancaran Dasar 1M 1S dengan melaksanakan larian serentak
1M 1S 1Malaysia.

4.3 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi boleh memilih cadangan model
pengelolaan larian seperti berikut:

4.2.1 Pelancaran dan larian peringkat JPN atau PPD - beberapa buah
JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi yang berhampiran akan
dikumpulkan di satu tempat yang sesuai untuk pelancaran dan
larian serentak. Semua Sekolah / IPGM / Matrikulasi lain hendaklah
melaksanakan pelancaran dan larian serentak pada hari dan waktu
yang sama anjuran masing-masing;

4.2.2 JPN dan PPD akan memilih satu JPN / PPD / Sekolah / IPGM /
Matrikulasi dan lancarkan sebagai peringkat negeri. Semua JPN /
PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi lain hendaklah melaksanakan
pelancaran dan larian serentak pada hari dan waktu yang sama
anjuran masing-masing; atau

4.2.3 Setiap sekolah / IPGM / Matrikulasi melaksanakan majlis


pelancaran dan larian masing-masing.

5. Trek Larian (keselamatan hendaklah diutamakan)

5.1 Padang JPN / PPD / sekolah / IPGM / Matrikulasi; atau

5.2 Trek merentas desa; atau

5.3 Padang awam; atau

5.4 Taman rekreasi; atau

5.5 Trek larian yang sesuai dan selamat; atau

5.6 Gabungan mana-mana di atas.

3
6. Pendaftaran Peserta

6.1 Semua peserta perlu didaftarkan dalam borang penyertaan mengikut


kategori masing-masing.

6.2 JPN / PPD / sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah mendaftarkan


peserta dengan melengkapkan maklumat mengikut kehendak borang.

6.3 Borang penyertaan boleh diperolehi dengan memuat turun melalui laman
sesawang http://www.moe.gov.my/bsukan mulai 01 Mei 2011.

7. Nombor Peserta

7.1 Murid / pelajar sahaja yang akan diberi nombor peserta.

7.2 Peserta kategori lain tidak perlu diberi nombor peserta.

7.3 JPN / PPD / sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah memulakan nombor


peserta murid / pelajar bermula daripada nombor 0001 dengan
menggunakan format nombor yang sama (mengguna empat angka -
contoh 0098, 0122 atau 1387 dsb).

7.4 Nombor peserta murid / pelajar hendaklah dipamerkan di baju (bahagian


hadapan atas) peserta semasa larian. Peserta kategori lain boleh berlari
tanpa nombor peserta.

7.5 Nombor peserta boleh dicetak menggunakan kertas.

8. Pengesahan Jumlah Penyertaan

8.1 Pengarah IPGM / Matrikulasi / Pengetua / Guru Besar / Guru Kanan


hendaklah mengesahkan jumlah sebenar penyertaan murid / pelajar
dengan menurunkan cop rasmi dan tandatangan pada borang penyertaan
murid / pelajar pada hari larian (02 Julai 2011).

8.2 Catatkan jumlah sebenar murid / pelajar yang mengambil bahagian


pada borang penyertaan.

8.3 Bagi kategori lain, catatkan jumlah peserta yang berdaftar sahaja di dalam
borang penyertaan.

4
9. Penyerahan Borang Penyertaan

9.1 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah menghantar borang


penyertaan yang telah disahkan dengan cara mengimbas (scan) semua
borang penyertaan dan di e-mel kepada Bahagian Sukan, KPM mulai 02
Julai iaitu selepas larian dan hendaklah sampai ke Bahagian Sukan
sebelum 08 Julai 2011. Senarai e-mel adalah seperti berikut;

9.1.1 JPN/PPD/Sekolah alamat e-mel mengikut JPN masing–masing

9.1.2 IPGM/ Matrikulasi alamat e-mel kepada SEKRETARIAT

JABATAN PELAJARAN ALAMAT E-MEL PEGAWAI BERTUGAS


NEGERI (JPN)

perlis1m1s@gmail.com
JPN PERLIS

kedah1m1s@gmail.com
JPN KEDAH Pn Noorawati binti A.Rahim
03 8884 1326 (P)
pp1m1s@gmail.com
JPN PULAU PINANG

perak1m1s@gmail.com
JPN PERAK

selangor1m1s@gmail.com
JPN SELANGOR

klumpur1m1s@gmail.com
JPN WILAYAH
PERSEKUTUAN
Pn Susila binti Ahmad
putrajaya1m1s@gmail.com 03 8884 1331 (P)
PEJABAT PELAJARAN
PUTRAJAYA

n91m1s@gmail.com
JPN NEGERI SEMBILAN

melaka1m1s@gmail.com
JPN MELAKA

johor1m1s@gmail.com
JPN JOHOR Cik Maizura binti Haron
03- 8884 1330 (P)
pahang1m1s@gmail.com
JPN PAHANG

5
terengganu1m1s@gmail.com
JPN TERENGGANU

kelantan1m1s@gmail.com
JPN KELANTAN

sabah1m1s@gmail.com En. Cik Norhikmah binti


JPN SABAH Tauhid, seperti berikut :
sarawak1m1s@gmail.com
JPN SARAWAK 03-88841333 (P)

labuan1m1s@gmail.com
JPN LABUAN

SEKRETARIAT En. Jazmi bin Jalil, seperti


berikut :
(IPGM & Matrikulasi) sekretariat1m1s@gmail.com
P : 03-88841135

HP : 017-7199890

10. Penyerahan Gambar dan Rakaman Video

10.1 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah mengambil gambar


pegun (still photos) sebagai bukti pelaksanaan acara.

10.2 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi digalakkan membuat rakaman


video sebagai bahan dokumentasi dan juga bukti pelaksanaan acara.

10.3 Gambar pegun dan rakaman video hendaklah diatur mengikut kronologi
acara:

 pendaftaran;

 permulaan larian (flag-off larian);

 ketika larian berlangsung;

 tamat larian; dan

 aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai.


10.4 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah e-mel gambar pegun
(10 hingga 20 keping) kepada Bahagian Sukan pada atau sebelum 08
6
Julai 2011 mengikut negeri masing-masing. Senarai e-mel adalah seperti
para 9.1.

10.5 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah menghantar rakaman


video melalui e-mel seperti alamat e-mel di para 9.1, atau dimuatkan
dalam satu (1) cakera padat (CD /VCD) sahaja dan dihantar pada atau
sebelum 08 Julai 2011 di alamat seperti berikut :

Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1&7, Blok E13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p. : En. Mohd Jazmi bin Abd. Jalil)

7
LAMPIRAN A

CARTA ALIRAN

MAJLIS PELANCARAN DASAR 1MURID 1SUKAN (1M 1S):

LARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA

PENGHANTARAN PENGHANTARAN

BORANG PENYERTAAN GAMBAR & RAKAMAN VIDEO

MULA MULA

JPN/PPD/SEKOLAH/IPGM/ JPN/PPD/SEKOLAH/IPGM/
MATRIKULASI MATRIKULASI
MUAT TURUN BORANG MERAKAM GAMBAR & VIDEO
& ACARA LARIAN
LENGKAPKAN
02 JULAI 2011
BORANG PENYERTAAN
MULAI 01 MEI 2011

PENGARAH/PENGETUA/GURU HANTAR
RAKAMAN GAMBAR & VIDEO
BESAR/GURU KANAN SAHKAN
KE BAHAGIAN SUKAN DALAM
JUMLAH PENYERTAAN BENTUK CAKERA PADAT (CD/DVD)
SEBENAR 02 – 08 JULAI 2011
02 JULAI 2011

IMBAS (SCAN) & E-MEL SEMUA TAMAT


BORANG PENYERTAAN
KE BAHAGIAN SUKAN
02-08 JULAI 2011
 Jumlahkan bilangan penyertaan
 Turunkan tanda tangan
 Cop pengesahan

TAMAT

8
9

Anda mungkin juga menyukai