Anda di halaman 1dari 2

http://mynote-oum.blogspot.com/2008/08/teori-pemerolehan-bahasa.

html

Teori Behavioris (Skinner)


Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta
suasana dalam bilik darjah.

Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa
menerusi hukuman dan ganjaran. Contohnya cikgu Zainal menyebut nama serta
memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul.

Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk
bahasa dan bukan bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan
sebagainya. Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam pengajaran
bahasa.
Teori Mentalis (Chomsky)
Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanak-kanak.
Kanak-kanak dikatakan berupaya membuat rumusan, sebab itulah cikgu Zainal
mengajar murid-muridnya tentang peraturan pembinaan ayat.

Perkembangan bahasa kanak-kanak pula adalah mengikut tahap umur mereka. Mereka
menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur. Murid
cikgu Zainal dapat membina ayat selepas merumuskan apa yang disampaikan oleh
cikgu Zainal.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacaan diutamakan.
Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan. Pembelajaran bahasa
kanak-kanak pula diukur melalui kecekapan dan pencapaian mereka. Penyampaian
makna juga lebih diutamakan daripada struktur bahasa. Selain itu, tatabahasa diajarkan
secara formal melalui kaedah deduktif.
Teori Interaksionalis (Halliday)
Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila
dia memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar
muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa.
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui
interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan
akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa.

Anda mungkin juga menyukai